PENAJA

Tuesday 28 August 2012

soalan stpm sejarah sebenar 2010


Sejarah 1: Soalan Peperiksaan Sebenar STPM 2010

Bahagian A

1. Huraikan ciri-ciri kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik. [25]

2. Sejauh manakah faktor ekonomi bertanggungjawab terhadap keruntuhan empayar Rom pada kurun ke-5 masihi? [25]

3. Jelaskan perubahan organisasi ketenteraan pada zaman awal moden di Eropah. [25]

4. Bincangkan perkembangan ekonomi komersial di eropah Barat dari tahun 1500 hingga tahun 1800.

5. Dengan memberikan contoh yang sesuai, bincangkan sejauh mana faktor agama mempengaruhi pendidikan formal dlm tamadun awal. [25]

6. Dengan merujuk kepada tamadun awal, bincangkan kepentingan muzik dalam kehidupan masyarakat pada ketika itu. [25]

7. Bandingkan peranan firaun dengan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan di Mesir dan China. [25]

8. Bandingkan kesan penaklukan puak gasar Jerman di Eropah Barat dengan kesan peluasan kuasa Islam di Asia Barat terhadap tamadun di kedua-dua kawasan itu.[25]


Bahagian B


9. Bincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-Rasyidin.[25]

10. Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah? [25]

11. Bincangkan implikasi perang uhud terhadap masyarakat Islam di Madinah. [25]

12. Huraikan perkembangan sistem mata wang Islam di zaman khulafa al-Rasyidin hingga zaman Bani Umayyah dan perana sistem mata wang itu dalam aktiviti ekonomi umat Islam. [25]

13. Huraikan peranan Institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan kerajaan Abbasiyah [25]

14. Huraikan perkembangan seni ukir Islam pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan Kerajaan Abbasiyah. [25]

15. Bandingkan dasar pemerintahan Maharaja Akbar dengan dasar pemerintahan Maharaja Aureng Zeb dalam mengukuhkan pemerintahan Monghul di India. [25]

16. Bandingkan sistem ketenteraan islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan sistem ketenteraan Barat pada zaman Rom. [25]

No comments:

Post a Comment