PENAJA

Saturday, 17 August 2019

Pengalaman memandu Honda City generasi ke-6 Part 5

ok di bahagian terakhir ni, lepas ni tak tahu bila lagi nak update blog ni. sebab tak ada masa hehe...

bahagian akhir aku nak buat kesimpulan. city ni kekuatan dia prestasi, rupa paras, penjimatan minyak dan prestige.

jika korang suka 4 benda ini, honda city adalah pilihan tepat. tapi sekarang ni toyota pun dah start pakai CVT untuk Vios dan Yaris mungkin memberi saingan yang sengit. cuma toyota kurang power.

setiap kereta ada kelemahan masing2. susah nak cari yang sempurna. jadi caranya kaji sesebuah kereta buat perbandingan. jika kelemahan sesebuah kereta itu korang boleh terima, maka teruskanlah.

jujurnya, akhirnya kalau hati dah teruja  tu akal sudah tidak berguna lagi. orang cakap apa pun tak berguna. aku suka honda city, ianya berbaloi. tapi aku buat kesilapan beli S spac tu je.

Pengalaman memandu Honda City generasi ke-6 Part 4

pada part 4 aku akan senaraikan kelemahan honda city menurut unit yang aku dapat ini. mungkin tidak sama dengan pengalaman bangsa H yang lain.

kelemahan paling aku tak suka adalah kualiti kereta ni boleh dikatakan agak rendah. sebelum ni aku guna vios CBU Thai. kali ini city CKD. kualiti badan yang rendah. korang boleh rasa masa cuci kereta. body dia tenggelam bila kita tekan kuat sikit. kualiti macam ni aku dapat rasa masa basuh myvi wife aku. selain itu gab antara bonet belakang. boleh masuk 1 jari weh. bukan standart dia 0.4cm je ke?. bukan unit aku je. malah hampir semua. mula2 bila aku naik kereta ni aku pasang seat belts terkesima aku. butang merah tu makai macam janda anak 7 la. longgar tak solid. penggunaan plastik murah pada dashboard tu biasa la spec S pulak tu. pemasangan sesetengah bahagian dalam juga tidak kemas. malah ramai juga rakan2 dapat pakej cengkerik sekali (mujur aku tak) . bila anda pernah pakai kereta yang lebih berkualiti anda akan dapat rasa rendahnya kualiti city ni. tp jangan risau lama kelamaan itu anda tidak akan sedar bila sudah selalu menggunakanya.

kedua yang aku tak suka pasal city terutama spec S ni adalah keputusan melampau untuk mengurangkan kos/harga sehingga buang benda2 tak masuk akal. jika nak buang aircond di belakang tu aku fahamlah sebab maybe mahal benda tu, screen sesentuh pun masuk akal lagi. ini poket kerusi di belakang pun dia buang. dia kasi 1 je poket. kancil bapak aku tahun 1999 tu pun dapat 2 poket ok. apa ke binggai keputusan ni. pastu shark fin dia tukar pakai antena. kebetulan masa ruby red ni keluar dia bagi antena kt belakang. masa mula2 keluar spec S ni dia bagi antena radio tu kena tarik keluarkan. dekat belah depan. 1 lagi rasa sedih juga spec S ni tak dapat meter sama seperti kereta lain. dia bagi zaman dinasor punya hawau haha. selalu dia bezakan screen, rim, keyless dan ciri keselamatan je kot. ni meter pn kasi yg lain. 1 lagi yang aku rasa malu tapi orang lain mungkin tak perasan adalah kerusi belakang yang tak boleh lipat. dia dah lekat dengan body. apa punya pe'el honda nilah huhu. ... tapi spec S skrg ni dah ok tak macam dulu.


servis juga aku rasa 1 kelemahan dari honda. pertama pusat servis SC kebanyakan taraf 2 bintang kalau kira hotel. sebab selama ni servis toyota sekali pergi honda sedikit lebih baik dari perodua. servis pun tak mesra. mereka lebih menjual dari memberi servis. saya ulang lebih berminat menjual barang dari memberi servis. mereka masukan dan offers barang2 tak perlu. kebetulan aku ni rajin juga tolak ingat kira bijak dah. sekali semalam dalam group honda city cakap dia servis 20k 200++. terkejut aku. aku dah 70k tak pernah bayar bawah 300. jadi aku tengok la resit lama, rupanya ada yang dalam jadual tak ada tapi pusat servis masukan. 1st minyak dari 88 jadi 129. kedua penapis udara. ingat benda tu wajib, takut la tak buat nanti hilang jaminan sekali tak ada pun dalam jadual servis rasmi. masalah dengan SC honda selain sombong lagi tak mesra (pengalaman dari johor, perlis dan kedah). berbeza dengan toyota. cuma servis honda ni cepat. tak sampai 1jam 30 minit. tak pasti ini kelebihan atau tak. toyota dulu 2 jam biasa. 4 jam pun ada. adakah ia sebab honda lebih cekap atau toyota lebih teliti?. selain itu appointment selalu full. setahun lepaslah. sekarang Sc dah bertambah. ok sikit. di toyota walk in pun boleh. honda 2 minggu awal pun kadang2 penuh. sebab tu sampai ke perlis servis. kalau alor setar siap cakap (call) dengan kerek, 2 bulan penuh. bila cakap takut terlebih saya nak out station dia kata letak kereta 3 hari di SC. abis aku nak pergi kerja naik apa?. selain itu bila call nak servis awal2 dah tanya servis berapa K?. mintak no kereta pun belum kadang2. mungkin mereka tanya sebab nak ejas hari apa yang boleh selit. tapi mungkin juga SC nak ambil servis yang mahal sahaja. atau nak ambil servis yang upah buruh di caj bukan free (free 6 kali). itulah sebahagian pengalaman dengan SC honda. panjang pula.

cukup rasanya. takut nanti marah army H serang blog aku pula hehe... nanti part 5 aku buat kesimpulan untuk korang. 

Pengalaman memandu Honda City generasi ke-6 Part 3

apa yang aku suka...


kelebihan paling utama City berbanding pesaing dalam segment B adalah kuasa. enjin ivtec 1.5 ni menghamburkan kuasa 120hp berbanding vios 98hp jika tak silap. ini menjadikan ianya sangat berkuasa membawa badan city  ini. senang nak capai 110km/j. tak pernah cuba top speed tapi 160 tu masih stabil. vios dulu aku pernah cuba 180 tu pun belum habis tekan. sebab sayang nyawa. kuasa yang cukup ini memberikan kelancaran pemanduam dan keyakinan semasa nak memotong. tak perlu tukar2 gear atau bagi kereta mengaum untuk dapat kuasa tujahan. tiada unsur mendesak atau under power semasa memandu. pada kelajuan 110km/j RPM hanya menunjukkan 2100 sahaja.

transmisi dia pula CVT dengan 7 nisbah gear. ia menghasilkan perubahan gear yang sangat lancar dan hampir2 tak terasa perubahan gear berlaku. dari D dan anda letakan gear pada S, anda akan teruja dan rasa best betul. sebab kuasa meningkat tapi tak rasa melompat dan tidak mengaum2 bunyinya. CVT ini juga menghaislkan penjimatan minyak yang luar biasa. nanti aku cerita. CVT juga menjadikan perjalanan lebih lancar dan senyap kerana tidak berlaku sentak menyentak gear tu. disebabkan kuasa yang mencikupi penggunaan eco button juga tidak menjadi masalah sebab kuasa yang disalurkan masih mencukupi.

gabungan CVT dan 120HP menghasilkann ratio keseimbangan kereta yang sangat baik. penggunaan minyak super jimat. sebelum ini vios 1 tangki penuh 40 liter boleh sehingga 600km. city dengan kapasiti tangki yang sama boleh mencapai sehingga lebih 700km. secara purata jika balik ke kedah dari johor menggunakan hiway dengan kecepatan rata2 110km/j penggunaan minyak boleh mencapai 18-19km/liter. bagi jalan biasa kegunaan harian di kawasan luar bandar penggunaan adalah 16-17 km/liter. tidak pernah diuji di kawasan bandar dan jem. penjimatanya sangat lur biasa. ini kemudianya menyebabkan aku seram nak beli kereta cc besar atau MPV. sebab kata 1 liter boleh dpt 10km je.bapaklah haha

faktor seterusnya adalah rupa paras. ini subjektif tapi aku yakin semua setuju antara semua segmen B, city merupakan kereta paling helok. bentuk arrow jelas memeperlihatkan sifat jantan sejati dengan lambang H di depan. kebetulan masa beli warna ruby red baru keluar. aku rasa warnanya masuk dan agak menyerlah. city boleh dikatakan cantik dari segala sudut pandangan. sehinggakan city ini hampir2 tak perlu tambah apa2 body kit atau accessories sebab ianya hampir2 sempurna.

seterusnya adalah tidak pernah rosak, kereta ni agak baik ketahananya. selama 3 tahun ini hampir2 tiada apa masalah. dari sekecil2 sehingga besar. jadi aku sanggat suka kereta ini. tak membebankan kepala hotak aku. selalu balik ke kedah dari johor hampir2 tak matikan enjin kereta sampailah ke kedah. non stop kecuali tuang minyak. jarak ke kedah dalam 800km jadi memang kena tuang mintak sekali. setahun 4 kali paling kurang balik kedah. sehingga kini city masih berkhidmat dengan sangat baik.

faktor H. ini adalah faktor yang jadikan city berbeza dengan jenama lain. H agak dicemburui oleh jenama lain. ia ada aura yang tersendiri.

suspension dan pemanduan city juga agak baik. ia nyaman tetapi lincah di jalan raya. tidak terhentak2 atau terbuai2. sederhana dan meyakinkan semasa memandunya.

rekaan dalamanya agak moderan dan kemas. tidak terlalu mencuba dan tidak terlalu hambar. sedap mata memandang. stearing dia juga akan cantik dan kemas. berbza dengan city yg lama. kali ini anda boleh tersenyum dan puas dengan bentuknya. modern dan minimalis. sebab aku ambil spec S balutan kerusi dalam warna gelap dan penggunaan fabric yang selesa. span juga lembut.

part 4 aku cerita kelemahan/kekurangan city

Pengalaman memandu Honda City generasi ke-6 Part 2

baiklah aku sambung lagi.

selepas pulang ke rumah, barulah sel2 otak ini kembali berfungsi dengan baik. sebab strees sudah hilang. macam tulah kehidupan ni. mulalah aku mencari maklumat tentang almera ni. google tentang masalah dia dan lain2. satu penemuan yang aku jumpa masa tu adalah, bearing dia selalu rosak. aku dan mula cuak la. aku whatapp SA tanya pasal masalah tu. betul ke masalah tu wujud dan adakah versi faceleft masih ada lagi masalah tu?. SA cakap nanti tukar saja dengan bearing jenama yang berkualiti. aku terus tak balas whatapp dia dah perlu buat keputusan tepat.

aku pernah alami peristiwa ini dulu masa nak beli Hyindai Matrix bapak aku. dah bayar Booking 200 pastu tetiba bapak aku kata nak kereta lain. aku tanyalah kenapa. nanti burn la 200 tu macam tulah. akhirnya aku yang menyesal kerana 200. bukan apa matrix tu payah nak jaga sebenarnya. manja sangat. mahal pulak part dia. tapi matrix tu guna sampai habis bayar dan bapak aku sekarang guna bezza. bezza ni guna nama adik aku.

jadi berdasarkan pengalaman tu aku nekad cari kereta lain. vios pada masa tu mahal sikit. jadi bulan2 akan lebih mahal. lagi pula tak kan 2 kali pakai vios. ke ok je mcm tu?. jadi aku usha honda city... eh ada rebat 6k la. wow tambah sikit je ni. duit jual vios nanti boleh la topup.

aku pun terus call SC Honda kulai. lepas tu esoknya aku datang nak usha City. City ni ada low spec S sampailah yang  full spac 90k mcm tu. low spec dia dalam 74k. rasanya cantik dah tu. semua syarat2 awal yang aku tetapkan lepas tu. bulan2 799 je. senang pula nak kira bajet bulan2 sebab asingkan 800 siap2. lepas tolak NCB city ni aku tambah beberapa ratus sahaka untuk dp dia.

vios tu pula aku jual. dapat dalam 36k jika tak silap. loan ada dalam 30k. wah 6k dalam tangan. nampaknya semuanya berjalan lancar. takdir tuhan mengaturkan perjalanan hidup kita ni. macam tulah. hari yang ditunggu pun tiba. kunci diserh ke tangan. ya kunci sebenar2nya sebab low spec tak ada keyless hahaha. rim pn besi dia bagi. tapi lambang H kan, haha. jadilah aku bangsa H hari tu.

Honda City ini aku namakanya Medici sepmperna nama sebuah keluarga terkenal zaman Renaissance. ilmiah nama kereta haha. vios tu dulu Da vinci jangan lupa ya haha.

ok part 3 akan aku kisahkan pengalaman menggunakan Honda City selama 3 tahun. harap2 dapat memberi manfaat pada korang....

Pengalaman memandu Honda City generasi ke-6 Part 1 pandu uji

salam semua. hampir r 2 tahun blog ni berhabuk, kali ini aku kembali dengan post yang menarik ini. jika dahulu pengalaman aku menggunakan Toyota Vios menjadi trending juga dalam blog ini, jadi kali ini adakah Honda City juga akan boom?.

sebenarnya 9 Ogos lalu genaplah 3 tahun aku menggunakan Honda City ini. Perbatuan pula sudah masuk 80k. maksdnya dah nak major servis la sepatutnya. jadi aku akan mulakan mcm mana aku boleh terjebak untuk membeli Honda City gen6 ini.

ceritanya bermula apabila aku strees. kalau aku strees aku suka shooping. sebab shopping ni satu terapi. kadang2 beli barang dapur pun buat aku rasa gembira dan tenang. sebab tu saya suka beli barang dapur. lagi suka pergi seorang2. kalau bawak anak2 tak hilang strres jawabnya haha.

disebabkan strees melampau, 3 tahun lalu aku start kereta dan menuju ke 4S nissan ni JB. sebelum tu dalam otak aki ni dah set nak beli kereta baru. target nya sedan segment B. bulan2 sama dengan Vios atau kurang. vios dulu 838. low down payment. jenama Jepun. dapat cash 5k. tulah ciri2 nya.

 sebenarnya vios dulu dah guna 5 tahun, perbatuan dah lebih 200k.kira setahun 40k. 2 kali ganda dari biasa penggunaanya. dulu tu je kereta yang ada. memang lenjan semahunya. walaupun sudah 200k tapi vios memang tak ada masalah. cuma ada 1 masalah. bila pagi2 nak start akan bunyi rantai bergesel. tu tandanya taiming chain dah nak kena  tukar hahaha.

selepas buat penelitian riangkas di internet, aku terus start kereta ke 4S Nissan di JB. target adalah Almera. kenapa almera sebab dia sedan jepun paling murah dan ada rebet 7k mcm tu. kira 0 down payment. pada masa tu pula ada promosi dapat body kit yang ada day light tu pula. free. lagi la aku suka sebab di web nissan tak ada news tu lg. semakin teruja beb hahaha. selepas bincang dengan SA aku putuskan ambil spec pertengahan. sesuai dengan bajet bulanan. aku bayar booking Rm100. kemudian aku pulang dengan senyuman berjela2 hahaha. rasa puas dan hilang strees masa tu. tak sabar nak bagi tau anak bini dan makbapa hahaha. jakun habis... lupa nak cakap aku pergi booking tu bini aku pun tak tahu masa tu

ok sambung part2... boleh kan... 

Monday, 30 October 2017

PART 8 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

40.Iktibar /Nilai/
     Unsur
     Patriotisme
     yang diperoleh
     berdasarkan   
     tajuk yang dikaji
     Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara.
     Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran.      
     Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula. 

     Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa-apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa - apa jua perkara yang dilakukan. 

     Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk ke arah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
     Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah berusia 60 tahun.


   
41.Rumusan
     Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah imperialisme Barat di asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan. Saya juga dapat mengetahui usaha masyarakat tempatan menentang penjajahan. Penentangan didorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. 

     Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh.
     Di samping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.
     Akhirnya kesanggupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri. 

      Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara.
      Di samping itu setiap rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara 

       Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia

PART 7 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

32.Langkah untuk
     mengekalkan
     keamanan 
     serantau
   Menghalang    
   kuasa asing /
   besar daripada
   mengancam  
   keamanan
   serantau di asia
   tenggara pada
   hari ini
          Langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan serantau ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi politik, ekonomi dan sosial.

            Demi keamanan dan kestabilan politik di Asia tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui Deklarasi Kuala Lumpur yang bersepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Melalui pertubuhan ini, negara-negara di Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat dan blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dunia.

Selain itu, dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN 1984 telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN telah membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairannya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan dan senjata nuklear.

            Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak mencampuri urusan politik negara mereka. Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh mewujudkan ketegangan di antara negara-negara anggota. Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.

            Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara-negara serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan. ASEAN juga menghormati prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara negara-negara anggota contohnya isu Rohingya.

33.Ciri-Ciri / Sifat
     Warga Malaysia
     Yang Mempunyai
     Semangat 
     Nasionalisme
     Yang Tinggi.
       Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cinta akan negara yang kental. Perasaan sayang akan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.

     Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.

    Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara. 

     Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

     Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.

      Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.

34.Cabaran dan
     langkah yang
     dihadapi oleh
     negara dalam
     usaha memupuk
     /memperkasakan 
     semangat 
     nasionalisme
     dalam kalangan
     rakyat.
     Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara. 

     Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri. 

     Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara. 

     Di samping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati. 

Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.

35.Langkah-langkah    
     untuk mengatasi
     cabaran di atas

     Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan. 


     Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan. 

     Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab. 

      Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan. 

     Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.

36.Kesan yang akan
     Berlaku sekiranya
     sikap ini tidak
     dibendung
     Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri. 

Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut  meningkat dan sukar dibendung. 

Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan  wujud. Generasi muda juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.  

37.Kesan Sekiranya
     Rakyat Malaysia 
     Tidak
     Mengamalkan
     Semangat
     Nasionalisme

          Sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat Nasionalisme, akan memberikan kesan kepada sistem politik, ekonomi dan sosial negara kita.
        Kesan dari segi politik sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, akan menyebabkan sistem pentadbiran negara merosot. Sistem politik menjadi tidak stabil  akan memudahkan negara kita dijajah semula. Selain itu pemimpin tidak  mempunyai sifat intergriti dan akan mengakibatkan negara berasa dalam keadaan kucar-kacir dan porak peranda.
        Kesan dari segi ekonomi sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, ekonomi negara akan merosot kerana hasil ekonomi negara akan dimonopoli oleh kuasa asing. Malah pelabur asing juga kurang berminat untuk melabur di negara kita.
      Kesan dari sudut sosial sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, rakyat akan hidup tidak bersatu padu kerana tiada semangat kerjasama antara kaum. Jesturu itu kemakmuran negara akan tergugat disebabkan tiada semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Tanpa semangat cinta akan negara keharmonian hidup akan pudar kerana rakyat mula mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Hal ini juga akan membawa kepada munculnya sikap perkauman.
      Tanpa semangat nasionalisme, masyarakat akan hilang jati diri. Buktinya pada hari ini didapati rakyat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang negatif dan membiarkan minda mereka terus terjajah tanpa mereka sedari. Inilah kesan sekiranya rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme.

38.Peranan anda
     untuk
     memperkasa
     semangat
     nasionalisme
            Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Melalui ilmu pengetahuan saya dapat memberi sumbangan untuk membangunkan Negara  Saya juga perlu mengamalkan sikap bertoleransi. Seterusnya mengukuhkan kerjasama antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan. Menyentuh perkara sensitif yang melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan, adat, bahasa dan sebagainya perlu dielakkan. Malah segala permasalahan perkauman perlu dibincang dengan hati dan fikiran yang terbuka.                                                                                       
            Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa mengamalkan dan menghayati kandungan Rukun Negara. Bagi aspek “Kepercayaan Kepada Tuhan” saya sentiasa mematuhi ajaran agama. Ini kerana mengamalkannya saya akan menjadi warganegara yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat menghindari diri saya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan merugikan negara. Contohnya  vandalisme, gangsterisme, membuang masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan agama dan nilai-nilai moral akan mengukuhkan jati diri.  Kesannya saya dapat menangkis pengaruh-pengaruh luar yang negatif.                                                                                      
            Selain itu saya akan sentiasa mematuhi untdang-undang negara. Ini akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam masyarakat. Keamanan membolehkan kehidupan yang berkait dengan ekonomi, social dan politik dapat berjalan dengan lancar.                                                                                                    
            Saya akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selain bersopan santun dan bertatasusila, saya juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. Contohnya  bersikap amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati, yakin pada diri sendiri dan sebagainya. Amalan nilai murni seperti ini akan menjadikan saya seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sikap ini menjadikan aset negara yang berguna.


39.Hubung kait
     Sistem Birokrasi
     Barat di Asia
     Tenggara dengan
     corak
     pentadbiran
     negara Malaysia
     hari ini.
      Hubung kait sistem birokrasi barat di Asia Tenggara dengan corak pentadbiran di Malaysia ialah dapat mewujudkan pentadbiran lebih licin dan sistematik.  Hal ini kerana sistem birokrasi barat telah memperkenalkan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan sebagainya.  Di Malaysia kini wujudnya kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

      Selain itu, sistem birokrasi barat telah menyatukan wilayah-wilayah dan mewujudkan penubuhan kerajaan pusat. Penubuhan kerajaan pusat ini menjadi asas pembentukan kerajaan persekutuan bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kini Persekutuan Malaysia 1963

      Hubung kait seterusnya berkaitan undang-undang.  Sistem birokrasi barat telah memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang Barat.  Perlembagaan Malaysia juga digubal berasaskan undang-undang Barat dan disesuaikan mengikut perkembangan budaya rakyat Malaysia.

      Tambahan lagi, hubung kait sistem birokrasi Barat dapat dilihat melalui corak pentadbiran di Malaysia masa kini iaitu konsep penyatuan wilayah.  Semasa penjajahan Barat, konsep ini telah meluaskan wilayah jajahan takluk British manakala semasa penubuhan Malaysia, konsep ini digunapakai untuk menggabungkan Sabah dan Sarawak yang merupakan wilayah yang baru pada ketika itu.

      Hubung kait juga dapat dilihat dari segi pengekalan institusi beraja di negara kita.  Dalam sistem birokrasi Barat raja-raja Melayu tidak dihapuskan tetapi hanya mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.  Dalam pentadbiran Malaysia kini juga peranan Yang Dipertuan Agong adalah sebagai ketua negara namun kuasanya tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.

      Hubung kait seterusnya, kedua-dua sistem ini memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin.  Sistem birokrasi Barat telah memperkenalkan amalan demokrasi melalui pilihanraya yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.  Calon atau parti politik yang mendapat undi yang banyak daripada rakyat akan terpilih menjadi pemimpin.

      Hubung kait dari segi ekonomi pula ialah ekonomi Asia Tenggara dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.  Mereka memperkenalkan sektor pertanian yang lebih maju seperti tanaman baru iaitu getah dan kelapa sawit, teknologi dan bidang perlombongan dan sebagainya.  Pada masa kini, kepimpinan dan pentadbiran Malaysia masih menggalakkan pelabur-pelabur dari negara luar untuk melabur dalam ekonomi Malaysia.  Dengan ini, ekonomi negara Malaysia bertambah maju.

      Sistem birokrasi Barat yelah mewujudkan kemudahan atau prasarana yang memberi kepentingan kepada pentadbiran mereka.  Contohnya, mereka telag mendirikan hospital, jalan raya dan landasan kereta api di kawasan bandar.  Kemudahan ini kemudiannya dinaik taraf, dimajukan dan diperluaskan ke seluruh negara Malaysia oleh kepimpinan kerajaan Malaysia.

PART 6 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

26.Masalah/
    Cabaran/
    Rintangan
    Untuk
     Mengekalkan  
     Kemerdekaan
    Untuk mengekalkan kemerdekaan negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran  untuk memastikan kedaulatan negara ini sentiasa terpelihara.

     Antara cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita ialah berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.

     Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana keadaan ini akan  mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.

    Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.

     Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara. Hal ini disebabkan terdapat pendatang ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
    
     Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campur tangan kuasa luar di negara kita.

    Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan negara Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan daripada ancaman musuh.

     Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu dalam kalang kalangan generasi muda hari ini. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dan kurang kesedaran tentang pentingnya pelajaran.

    Selain itu masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan dakyah atau ideologi yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.

     Begitu juga dengan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh mengancam keselamatan negara dan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

     Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan negara. Cabaran seterusnya  bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai patriotiesme dalam kalangan generasi muda masa kini. Generasi muda hari ini lebih seronok dengan hiburan-hiburan yag menyeronokkan.

27.Penjajahan /
    Imperialisme/
     bentuk Baharu
    Untuk mengekalkan kemerdekaan negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran  untuk memastikan kedaulatan negara ini sentiasa terpelihara.

     Antara cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita ialah berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.

     Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana keadaan ini akan  mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.

    Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.

     Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara. Hal ini disebabkan terdapat pendatang ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
    
     Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campur tangan kuasa luar di negara kita.

    Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan negara Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan daripada ancaman musuh.

     Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu dalam kalang kalangan generasi muda hari ini. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dan kurang kesedaran tentang pentingnya pelajaran.

    Selain itu masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan dakyah atau ideologi yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.

     Begitu juga dengan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh mengancam keselamatan negara dan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

     Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan negara. Cabaran seterusnya  bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai patriotiesme dalam kalangan generasi muda masa kini. Generasi muda hari ini lebih seronok dengan hiburan-hiburan yag menyeronokkan.  

28.Kesan 
     penjajahan /
   imperialisme
   bentuk baharu.
      Penjajahan bentuk baharu meninggalkan kesan yang membimbangkan semua pihak. Antaranya ialah sesebuah negara akan menjadi  tidak stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial.Hal ini disebabkan kerap berlaku perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya kepimpinan kerajaan Afganistan yang dibantu oleh Amerika syarikat.
Keadaan ini akan melahirkan pemimpin tidak berwibawa memerintah negara. Mereka terpaksa megikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.

     Selain itu, Kesan jelas penjajahan bentuk baru adalah dalam bidang ekonomi. Negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang lemah. Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan. Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun. Hal iini disebabkan negara kaya mempunyai pengaruh dan kawasan pasaran yang luas.

     Selain itu kehilangan jati diri bangsa. Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks bebas dan dadah. Apabila generasi muda rosak maka kemajuan negara akan terjejas.

     Kesan lain ialah penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan akhlak dan minda anak muda. Penularan budaya ini diserapkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari ini.

     Pengaruh barat yang menggugat keamanan negara ialah kebebasan bersuara tanpa menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara.

     Selain itu, ancaman penjajahan bentuk baru ialah perpaduan antara kaum akan runtuh. Fahaman individualisme, perkauman dan tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum lain akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita.Kesannya negara akan kucar-kacir dan keamanan negara akan tergugat.

29.Langkah /
    Cara / Usaha
    Memupuk
    Semangat  
    Nasionalisme.
    @ Langkah
    Mengatasi 
    Penjajahan
    Bentuk Baharu

     Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat bermula dengan peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir Melaka dan muzium-muzium.

     Selain itu, ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku dan DVD yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.

     Sementara itu, langkah Kementerian Pendidikan memupuk semangat ini dengan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam peperiksaan seperti hari ini adalah langkah yang bijak. Hal ini menyebabkan semua rakyat Malaysia ‘terpaksa’ mempelajari Sejarah negara dan sekali gus menghargai kebebasan yang telah kita kecapi.

     Seterusnya guru juga dapat menerapkan elemen patriotisme melalui mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan pintomin pada bulan kemerdekaan.

     Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi pendidikan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti patriotisme bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan seperti deklamasi sajak, debat, perarakan dan lain-lain menerusi media cetak dan elektronik.

     Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen dapat membantu memupuk semangat nasionalisme dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cintakan Negara. Contohnya filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan.
Selain itu, biografi tentang pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Tun V.T. Sambanthan yang diselitkan ketika iklan dilihat dapat menjentik hati kecil masyarakat untuk mencontohinya.

      Antara cara lain yang dapat memupuk semangat nasionalisme ini ialah melalui contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti kemiskinan, keselamatan dan lain-lain. Contohnya dalam menangani isu keselamatan di Lahad Datu.

     Akhir sekali, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat nasionalisme.

30.Kepentingan/
    Manfaat
    semangat
    nasionalisme.

    Semangat nasionalisme penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Hal ini adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat.Dengan wujudnya semangat nasionalisme sudah pasti rakyat akan terus menjaga keamanan negara.

     Selain itu, apabila rakyat mempunyai semangat nasionalisme, rakyat akan berjuang bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban demi negara. Contohnya Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang turut mengorbankan nyawa anggota tentera kita.

     Semangat nasionalisme juga penting bagi mengelakkan negara daripada dijajah oleh negara asing. Keadaan ini menyebabkan kedaulatan sesebuah negara dapat dikekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman dan damai.Keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa gangguan.

    Selain itu semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat mempertahankan negara dari anasir -  anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa Malaysia. Rakyat akan berasa bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa.Keadaan ini akan mewujudkan kestabilan dalam politik negara. Secara tidak langsung akan menyekat campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita.

     Semangat nasionalisme juga akan menyebabkan rakyat saling bekerjasama dalam memajukan ekonomi negara. Keadaan ini akan menyebabkan negara menjadi pusat tumpuan pelabur asing.Kemasukan pelabur asing secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

     Semangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara kaum dan sifat tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia akan mengenepikan perbezaan bangsa dan agama dalam usaha memajukan negara. Buktinya melalui penglibatan dalam bidang sukan.

     Semangat nasionalisme juga membolehkan generasi muda dapat mengelakkan diri daripada perkara–perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.Keadaan ini sekali gus akan dapat menaikkan imej negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni dan boleh dicontohi oleh negara luar.

31.Langkah /
    Cara / Usaha
    mengekalkan  
    keamanan Asia 
    Tenggara /
     Serantau
      Langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan serantau Asia Tenggara ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi ekonomi, politik dan sosial.

     Demi keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui deklarasi Kuala Lumpur, bersepakat menghistiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dengan penubuhan ZOPFAN negara-negara Asia Tenggara tidak bersekongkong dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi menggelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.

     Selain itu, dalam mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN 1984,telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan zon bebas senjata nuklear. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairanya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklearnya.

     Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak campurtangan urusan politik negara mereka.Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sentisif yang boleh mewujudkan ketegangan antara Negara.Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.

     Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara anggota serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan.ASEAN juga berpegang pada prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara negara anggota contohnya isu Rohingya.