PENAJA

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Tuesday, 9 October 2012

persiapan perkahwinan datuk lee chong wei


MSN Sport meninjau persediaan pra perkahwinan wira negara, Datuk Lee Chong Wei, 29 bersama pasangannya, Wong Mew Choo di sebuah lokasi peranginan yang mendamaikan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast. Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan 2 warna sebagai tema utama iaitu merah jambu & putih.
3 hari lalu, Datuk Lee Chong Wei melalui NTV7 memberitahu bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.
Nampaknya, rasa teruja Datuk Lee Chong Wei untuk berkahwin tak dapat disorokkan lagi apabila ada peminat yang perasan dengan sebuah status Facebook berbunyi, “Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo will be having wedding dinner on 10 and 11 Oct 2012. Excited?” Wah, nampaknya, tarikh perkahwinan Datuk Lee Chong Wei yang sepatutnya berlangsung pada 2013 secara diam-diam telah diawalkan.
Difahamkan, antara tetamu jemputan beliau ialah musuh tradisinya, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.
Kedua-dua pasangan ini pernah berpisah atas komitmen kerja pada tahun 2009 dan kembali bercinta semula setahun kemudian, dan sejak itu hubungan mereka menjadi semakin erat.
Lee Chong Wei Kahwin 2
lcw1
Lee Chong Wei Kahwin 3
Lee Chong Wei Kahwin 4
Lee Chong Wei Kahwin
ohbulan

Sunday, 30 September 2012

Atlet Malaysia Mana Yang Pakai Ferrari F430 Ni?


Atlet Malaysia Mana Yang Pakai Ferrari F430 Ni?

 


Dato' Lee Chong Wei memang terkenal sebagai pemain badminton berstatus nombor satu dunia, dan kehebatan di gelanggang juga tidak dinafikan. Dah atlet yang berjaya, jadi dah secocoknya dia menerima banyak imbuhan dan insentif daripada kerjayanya itu. Kini dengan usahanya itu, dia memiliki Ferrari F430 yang dikhabarkan atlet pertama memilikinya

Sebelum Kini Chong Wei dikhabarkan memiliki Nissan GTR R35, namun kereta itu dikatakan dijual untuk membeli kereta Ferrari ini. Selain itu Chong Wei juga mempunyai kereta BMW X6 Coupe dan Proton hitam Inspira 2,0 (hadiah dari Proton)
 

Dato' Lee Chong Wei atlit sukan terkaya di Malaysia...


Dato' Lee Chong Wei atlit sukan terkaya di Malaysia...

 

Korang tahu ka? Jaguh badminton negara , Lee Chong Wei adalah atlit yang terkaya kat Malaysia ni dengan pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta pada tahun lalu.

Banyakkan? Antara atlit lain yang tercalon ialah Nicol David.. Walaupun purata pendapatan tahunan diorang ni tak sebanyak atlit bola sepak antarabangsa ataupun Tiger Wood yang memperolehi pendapatan RM222.6 juta ataupun 53 juta Euro tu..tapi kalau di Malaysia ni pendapatan diorang tu dah kira kaya la tu..

Mana datangnya pendapatan Lee Chong Wei tu? 
1. Of coz la dari 9 kejohanan antarabangsa yang dimenangi,
2. Pingat emas Sukan Komanwel 
3. Pingat perak Sukan Asia.

Ketiga-tiga acara diatas membolehkan beliau mengumpul sebanyak RM700,000. Wow, satu angka yang besar kan?

4. Elaun latihan sebanyak RM4000 sebulan
5. Elaun ranking pemain nombor satu dunia sebanyak RM15,000 sebulan.
6. Elaun program Road To London.
7. Bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
8. Pencen sebanyak RM3,000 sebulan hasil daripada beliau memperoleh pingat perak di Sukan Olimpik 2008.

Banyaknya senarai punca pendapatan Dato' Lee Chong Wei ni kan.. Ini belum lagi termasuk senarai penajaan yang diterimanya. Seperti :
1. Yonex
2. Maxis
3. Samsung
4. Kaspersky
5. 100 Plus
6. Astro Arena

Maka, jumlah keseluruhan nilai Lee Chong Wei ni adalah RM2 juta hingga RM3 juta.. Satu yang sangat boleh dibanggakan. Hanya dengan bersukan dan kesungguhan beliau yang dapat memenangi setiap kejohanan..inilah hasilnya.. Tabik springlah..

 
Dengan bersukan, Dato' Lee Chong Wei mampu memliki kereta sport Nissan GTR..Fuhhh memang bergaya lah..Tengoklah gambar kereta dia kat atas ni..

Tapi ada juga atlit sukan Malaysia yang hidup susah..Jadi, masa yang tengah naik dan bernilailah kena beringat dan menyimpan. dan, Lee Chong Wei ni juga ada mempunyai dewan badminton sendiri yang boleh disewa..Satu aset juga tu kan..

Tuesday, 25 September 2012

Tips Memilih Raket Badminton


Tips Memilih Raket Badminton


Seperti hari-hari yang lain, jika ada kelapangan, hamba akan mengisi mase lapang dengan bermain badminton. Baru la badan ase tough sikit. haha.. Kalo x, memang lembik je badan kalo dok rumah. Kalo de bini boleh la jugak isi mase lapang. huhu.. Hari ni hamba mau share sikit perkara mengenai badminton.
Kalo kita sebut je badminton, semua orang dah boleh fikir jenama raket badminton yang mana bagus. Dan automatik, hampir kesemuanya akan memilih jenama Yonex. Yup, jenama Yonex memang telah establish sebagai jenama no 1 dalam badminton dan mempunyai kualiti yang bagus. Akan tetapi, jenama Yonex ini juga sepertimana jenama yang lain, mempunyai jenis-jenis raket yang tersendiri. Tidak semua orang boleh serasi dengan raket yang dibeli walaupun harga yang dibeli tersebut menjangkau ribuan ringgit.
Dalam memilih raket badminton, pengetahuan mengenai spesifikasi raket amat penting. Ini adalah kerana pengetahuan sebegini boleh membantu kita untuk memilih raket yang sesuai dengan kite. Antara spesifasi yang penting adalah seperti ini:
Spesifikasi Raket
  • Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
  • Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
  • Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″)
  • Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
  • Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
  • Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
  • Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.

  


Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang hamba cadangkan adalah:
Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 23- 24 lbs dan ke atas