PENAJA
Showing posts with label stpm. Show all posts
Showing posts with label stpm. Show all posts
Tuesday, 9 October 2012
Friday, 28 September 2012
soalan percubaan stpm sejarah 1 kelantan 2012
BAHAGIAN A
Jawab dua soalan sahaja.
1. Huraikan
struktur organisasi sosial tamadun Mesir dan China ( 25 M )
2. Jelaskan
ciri-ciri sistem pemerintahan Republik yang diamalkan oleh pemerintah di Rom (
25 M )
3. Jelaskan
struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada zaman klasik ( 25 M )
4. Terangkan
konsep sara diri, komersil dan kapitalisme. Huraikan sebab-sebab perkembangan
sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke 18 ( 25 M )
5. Dengan
merujuk kepada contoh yang berkaitan, bincangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan pendidikan formal dalam tamadun awal manusia ( 25 M )
6. Jelaskan
matlamat Penerokaan dan penjelajahan orang-orang Yunani. ( 25 M )
7. Nilaikan
Kepentingan Penjelajahan Dan Penerokaan Oleh Christopher Columbus, Ferdinand Magellan Dan Vasco Da Gama. ( 25 M
)
8. Nilaikan
sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia ( 25 M )
BAHAGIAN B
Jawab dua soalan sahaja.
9. Huraikan latar belakang masyarakat kota Makkah dan
kota Madinah sebelum kedatangan Agama Islam ( 25 M )
10. Perihalkan
penentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhamad s,a.w sewaktu berada di kota Makkah
dan nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh baginda bagi mengatasinya.(25 M
)
11. Khalifah
Uthman dianggap seorang Khalifah yang teraniaya kerana menjadi sasaran fitnah.
Bincangkan. ( 25 M )
12. Huraikan
aspek kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ketenteraan dengan memberikan
contoh – contoh yang sesuai. ( 25 M )
13. Bincangkan
kaitan peristiwa hijrah dengan matlamat penjelajahan dan penerokaan pada zaman
Nabi Muhammad SAW dan kesannya kepada
umat Islam. ( 25 M )
14. Huraikan ystem halaqah, madrasah, dan pondok dalam
sejarah pendidikan Islam (25 M )
15. Huraikan
pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa
al-Rasyidin ( 25 M )
16. Jelaskan
prinsip dan amalan kesenian dari perspektif Barat dan Islam. ( 25 M )
Tuesday, 18 September 2012
Friday, 14 September 2012
Thursday, 13 September 2012
Wednesday, 12 September 2012
Monday, 10 September 2012
hijrah : sejarah stpm 2012
Nyatakan
faktor-faktor dan kesan-kesan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke
Madinah.
Pendahuluan (3 markah)
a) Konsep Hijrah
1.
Hijrah ertinya ‘perpindahan’, iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke
Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun
hijrah dalam kalendar Islam.
2.
Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah bagi
memastikan kejayaannya dari segi agama, moral, sosioekonomi dan politik.
Madinah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama,
moral dan sosioekonomi.
3.
Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah bin Abd al-Asad pada
1 Muharam tahun pertama Hijrah ( 16 Julai 622 M ). Rombongan pertama yang
berhijrah ke Madinah ialah seramai 70 orang dan mereka berhijrah dalam
kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah .
Isi Jawapan ( 20 markah )
Faktor-faktor penghijrahan ( 5x 2 markah = 10 markah)
1. Kesan daripada Bai'atul
Aqabah / Perjanjian Aqabah
Termeterainya
Bai'atul Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui bai'at ini, Nabi
telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam
Bai'atul Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'atul
Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan
sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan
orang Islam.
2. Tekanan
Musyirikin Mekah
Tekanan
/ Ancaman daripada musyirikin Mekah telah mendorong Nabi Muhammad dan orang Islam
berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan
dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang
musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam
secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan
sosial akan terjejas.
3. Kegagalan
Dakwah di Taif
Kegagalan
dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain,
iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka
untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada
Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka
mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.
4. Kematian
Abu Talib dan Khadijah
Kematian
Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk
berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah
adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya
untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam,
tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.
5. Mencari
Tempat Baru untuk Berdakwah
Nabi
berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan
sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap
penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak
kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.
6. Kesediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi
Kesediaan
penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk
Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan
antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara
Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.
7. Faktor kedudukan Madinah yang Strategik
Kedudukan
Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai
untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi
kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja
dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga
ekonomi.
8.Penduduk Madinah Lebih Hampir dan memahami tentang
Agama Samawi
Penduduk
Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi,
terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan
ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi.
Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut
berbanding penduduk Mekah.
9. Turun Wahyu
Daripada Allah tentang Hijrah
Hijrah
berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam
berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut
mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah
terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.
Kesan-kesan penghijrahan.( 5 x 2markah = 10 markah)
1. Kesan Secara Umum
Dapat
mempergiatkan penyebaran agama Islam. Hijrah merupakan suatu proses jangka
panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan secara terancang dan teratur
dari segi kerohanian dan kebendaan. Nabi Muhammad (SAW ) mendapat teman yang
setia, jujur dan ikhlas dalam mengharungi perjuangan iaitu Ali dan Abu Bakar.
Keredaan dan restu daripada Allah perlu sentiasa dipohon terutama di
waktu-waktu kesusahan.
2) Perubahan Pusat Gerakan Islam Perkembangan politik
Pusat
gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan
dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula
dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy.
Ajaran-ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja
bahagian kota Mekah. Bidang politik mempunyai kaitan langsung dengan kegiatan
ketenteraan di mana kegiatan ketenteraan Islam berkembang dengan pesat dan
berjaya menundukkan dua buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom.
3) Penyebaran Islam Semakin Meluas
Ajaran
Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu
meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad
telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir,
Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara
yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis
(pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.
4) Perubahan Kedudukan dan Peranan Nabi Muhammad
Baginda
tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda
menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah,
baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama,
pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda
di Mekah.
5) Pertambahan Umat Islam
Hijrah
umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang berkaitan
dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan Allah. Madinah
dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat penyebaran agama
Islam. Peristiwa hijrah ke Madinah juga terdapat banyak unsur-unsur mukjizat
yang berkaitan dengan aspek keagamaan secara langsung dan dapat
mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam.Umat Islam semakin bertambah dan
terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar
ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan
Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut Nabi Muhammad
berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan
masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi
semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.
6) Penubuhan Negara Islam
Kota
Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya
membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai
oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang
ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak
seluruh masyarakat.
7) Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah
Sebelum
Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa
sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia
yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang
teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek
kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan
sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.
8) Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar
Konflik
diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan
ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan.
Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang
Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa
dan harta benda.
9) Permulaan Kiraan Tarikh Kalendar Hijrah
Tarikh
penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan
sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan pada masa
pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran
bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai
29-30 hari.
10) Perubahan Dasar Politik
Umat
Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang
penentangan Quraisy secara kekerasannya bila cara perdamaian tidak dapat
dielakkan. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj.
Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar kerana orang Islam tiada
sebarang kekuatan untuk menentang.
11) Pertumbuhan Ekonomi
Kedudukan
ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang Muhajirin
telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan kawasan
yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan.
Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat Islam telah
diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam
menjadi lebih makmur dan stabil.
12) Perubahan Sistem Sosial ( Pembentukan Ummah )
Semasa
di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah sementara para
peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah menghapuskan
nilai-nilai masyarakat Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni
berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan
tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidup berkabilah telah
digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk Ummah.
Kesimpulan ( 2 markah )
Sejarah
penghijrahan Nabi Muhammad ( SAW ) merupakan perjuangan Baginda untuk
menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak oleh keperluan
untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan
dan kesejahteraan umat Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripada
penghijrahan Rasullulah ( SAW ) untuk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan
umat Islam.
Penghijrahan
ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan
perkembangan agama Islam.Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam
dan umat manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.
Kautilya sejarah stpm 2012
Bincangkan idea-idea
Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk
membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.
A. Pendahuluan
1.
Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada
Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara
India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.
2.
Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada –ke 3 yang dihasilkan pada
abad ke-3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran
diplomasi, peperangan dan ekonomi.
3.
Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah
dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.
B. Isi- Isi Jawapan ( 7isi X 3 Markah = 21 Markah )
Idea- idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra
1. Menggariskan
Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik
Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan
negara luar.
(i)
Mementingkan keamanan iaitu ‘ saman ‘iaitu perdamaian dengan musuh yang
lemah.
(ii)
Persediaan untuk berperang
(iii)
Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.
(iv)
Bersekutu dengan musuh.
(v)
Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan
ke atas musuh lain.
(vi)
Melancarkan serangan pertama.
2. Menggariskan
Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan
(i)
Memujuk musuh dengan rasuah atau ‘dana’dan
perbincangan.
(ii)
Mencetuskan persengketaan
(iii)
Menanamkan benih-benih permusuhan
(iv)
Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.
3. Mempengaruhi
Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas
Beliau
menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacara keagamaan
Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melalui
peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.
4. Peranan/
Dasar Pemerintah Terhadap Musuh
Karyanya
menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui
kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen
ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera
terlatih.
5. Peranan
Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat
Pemerintah
perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat. Pemerintah
mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot
menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masak dan
seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.
6. Pemerintahm
Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak
Untuk
menghadapi musuh, ‘bheda’ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh
dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan
tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep ‘danda’ iaitu kayu atau
besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh.
7.
Kautilya memperkenalkan teori ‘mandala’.
Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh
negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh
tersebut akan membantu kita.
8.
Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk
mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.
9.
Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan
kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang
lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap
bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.
10.
Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa
termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh
yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu
kerana bimbang makanan itu mengandungi racun.
C. Kesimpulan ( 1 Markah )
Wednesday, 5 September 2012
soalan percubaan pengajian am stpm johor 2012
sorry saya masukkan menggunakan formah foto sb xtahu nak masuk guna PDF
harap dapat di manfaatkan.thanks
Thursday, 30 August 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
















