PENAJA

Wednesday, 26 November 2014

kira bajet / modal pendahuluan untuk beli rumah pertama

semua orang mahu memiliki rumah impian. anda mungkin berkejaya dan bercita-cita memiliki rumah. namun terdapat satu halangan untuk memiliki rumah. wang pendahuluan yang membebankan.

so jom kita kira berapa banyak wang pendahuluan yang perlu anda perlukan untuk memiliki rumah. oleh itu anda sudah perlu menabung dari sekarang untuk memiliki rumah. bak kata orang kumpul duit dari kecil boleh membeli cincin berlian bila dewasa.

so apa yang perlu anda bayar?.

1. bayaran muka sebanyak 10%

2. bayaran guaman. untuk makluman bayaran guaman ada 2 ye. pertama bayaran untuk perjanjian jual beli (S&P). bayaran peguam kedua adalah bayaran perjanjian pinjaman (loan). bagaimana nak kira?.


HARGA RUMAH (RM)
KADAR %
150 000 PERTAMA
1.0
850  000 SETERUSNYA
0.7
2 000 000 SETERUSNYA
0.6
2 000 000 SETERUSNYA
0.5
2 500 000 SETERUSNYA
0.4
SELEBIHNYA
0.3

perlu diulang anda perlu darab 2 sebab ada 2 perjanjian yang perlu dibaya kepada peguam.


3. bayaran duti setem akan dikenakan seperti berikut

duti setem  perjanjian jual beli

HARGA RUMAH (RM)
KADAR CAJ %
100 000 PERTAMA
1.0
400 000 SETERUSNYA
2.0
SELEBIHNYA
3.0
jika ini adalah rumah pertama diskaun sebanyak 50% akan diberikan untuk rumah dibawah RM 400 000.

duti setem untuk perjanjian pinjaman adalah sebanyak 0.5% dari harga rumah.


4. bayaran juru nilai

HARGA RUMAH
KADAR CAJ %
100 000 PERTAMA
0.25
1 900 000 SETERUSNYA
0.2

ini adalah bayaran keseluruhan untuk memiliki rumah pertama anda. jom kita kira bersama.


Harga Rumah RM 300 000

bayaran muka                  10%      =  RM 30 000

bayaran guaman               1%       =  RM 1 500
                                         0.7%    =  RM  1 050

duti setem                         1%       =   RM 1 000
                                          2%      =   RM 2 000
                          diskaun 50%     = RM 1 500

                                        0.5%    =  RM 1 500

bayaran juru nilai        0.25%  =  RM 250
                                       0.20%  =  RM 400

JUMLAH                                    RM  36 200

ni anggaran sahaja. mungkin berbeza bagi kes-kes berlainan. mampukah anda untuk menyediakan jumlah tersebut?. bagi pekerja kerajaan mungkin tidak memerlukan 1 sen pun untuk memiliki sebuah rumah...

maaf jika ada kesilapan

SUMBER: majalah maskulin vol. 159 oleh Alwi Adam

Wednesday, 12 November 2014

contoh soalan model kertas 3 sejarah spm 2014 kertas 3 demokrasi berparlimen kelantan


tajuk perbincangan sejarah spm kertas 3 2014 demokrasi berparlimen

TAJUK PERBINCANGAN;

1.      Latarbelakang perlaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di negara kita
2.      Konsep/Maksud/Ciri-ciri Perlembagaan
3.      Konsep/Maksud/Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan
4.      Konsep/Maksud/Ciri-ciri Kuasa Pemerintahan
5.      Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Perundangan (Legislatif)
6.      Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Pelaksana (Eksekutif)
7.      Konsep/Maksud/Ciri-ciri Badan Kehakiman (Judisiari)
8.      Konsep/Maksud/Ciri-ciri Pilihan raya
9.      Sebab negara kita memilih sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran negara
10.  Sebab kita patut berbangga dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia
11.  Perlunya setiap warganegara memahami prinsip amalan sistem pemerintahan demokrasi
12.  Proses pilihan raya dalam amalan sistem pemerintahan demokrasi di        Malaysia
13.   Kejayaan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa
14.  Tanggungjawab / peranan setiap warganegara dalam meneruskan pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia
15.  Apakah faedah/manfaat sistem demokrasi berparlimen kepada bangsa dan negara?
16.  Kepentingan Warganegara Malaysia Memahami Pelaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen
17.  Peranan Warganegara Dalam Menjayakan Sistem Demokrasi Berparlimen
18.  Sebab Anda Berbangga Dengan Sistem Demokrasi Berparlimen Di Negara Kita
19.  Amalan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kestabilan politik di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut
20.  Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Buktikan
21.  Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara. Buktikan.
22.  Sistem pentadbiran negara sebelum sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen diperkenalkan di Malaysia.
23.  Cadangan anda bagi memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita
24.  Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
25.  Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada  pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen untuk kecemerlangan bangsa dan negara Malaysia.
26.  Kesimpulan keseluruhan isi yang telah  dibincangkan;   
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Iktibar yang diperoleh daripada kejayaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

·         Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang