PENAJA
Monday, 8 August 2016
selamat tinggal toyota vios 2nd gen...
salam semua. hari ini adalah hari terakhir saya bersama kereta kesayangan saya toyota vios e spec tahun 2010... sebelum ini review saya untuk toyota vios ini mendapat sambutan yang amat mengujakan. pandu uji toyota vios E test drive review
hari ini selepas hampir 6 tahun saya memandu toyota vios 2nd gen, saya akan menyerahkan kereta tersebut kepada penjual kereta terpakai. jodoh kami tidak lama. selepas 200 000 km perbatuan kami terpaksa berpisah. sedangkan prestasinya masih membanggakan dan dia masih kesayangan saya. bukan apa, saya perlu kereta baru untuk perjalanan ke kampung di kedah 5 kali setahun sekurang-kurangnya. kami perlukan sebuah kereta baru untuk keselamatan perjalanan dan keamanan berkendara.
semasa saya beli kerata tersebut pada 2010 saya masih bujang. dan saya gunakan kereta tersebut hari-hari tanpa memikirkan jangka panjang. hari ini saya nampak bila kita tidak "menjaga" penggunaan kereta kita terpaksa melepaskanya untuk keamanan semasa berjalan jauh. dengan perbatuan 200 000 km dan sifar masalah mekanikal dan enjin, saya risau vios saya akan meragam di haiway...jika itu berlaku saya nampak isunya amat besar untuk saya yang mempunyai 2 anak kecil. nasihat saya sayangi kereta anda dan jangan la guna mcm saya 2,3, bulan 10000km/sekali servis.maka cepatlah dia mencecah perbatuan 200 000 dalam kurang 6 tahun.
secara jujurnya masalah yang saya pernah hadapi selama 5 tahun lebih ini adalah 2 kali tayar bocor dan 2 kali minyak habis. baru2 ini pam air cermin rosak dan saya telah tukar. namun masih juga rosak. semasa major servis bulan 5 lalu penyerap hentakan belakang ada kebocoran. ya!! ini semua hanya selepas 200 000 km perjalanan. selepas mejor servis saya dapati terdapat titisan minyak di bawah kereta. mungkin timing chain sudah bocor. sebab semasa mejor servis pihak toyota tidak memaklumkan masalah ini. mungkin ia baru terjadi. pembacaan saya dapati timing chain perlu tukar 150k -200k perjalanan.
siapa tidak sayang kereta yang merupakan isteri pertama saya dan sudah 5 tahun bersama dan setia dengan saya. tidak membawa sebarang masalah. yang berjasa membawa kami ke kampung 5/6 kali setahun dari johor?. tapi apakan daya saya perlukan sebuah kenderaan baru yang lebih meyakinkan. agar kami sekeluarga terus aman semasa pulang ke kampung.
kepada bakal pemilik toyota vios, kamu memilih kenderaan yang terbaik. berbaloi memilikinya. kereta jepun buatan thailand. buatanya kemas dan prestasinya baik. dan masih lagi sebuah kereta yang mendahului pesaing lain dari aspek2 tertentu. apa yang syaa rasa vios masih termaju adalah faktor gear berliku dan tempat kaki di baris belakang yang rata. masih tiada tandingan. penghawa dingin pun masih cemerlang selepas hampir 200 000 perbatuan dengan hanya 1 kali servis. perkhidmatan servis toyota yang cemerlang.
walaupun kelebihan yang ada pada vios, saya kini beralih pada honda city. ini semua kerana hanga!!. ya harga. bajet bulanan saya hanya 800.vios baharu dengan rebit 7k dan harga J pada tanda harga 81k amat tinggi pada saya. sedangkan saya beli vios e pada harga 82k sebelum ini.saya sebelum ini telah ke nissan untuk meyambar almera. telah letak booing 100 dan selesaikan dokumen. saya ke nissan kerana tawaran almera 8000k rebet. wah boleh buat muka. tolak vios dapat 37k. tolak loan 31k dapat 5k ++. namun selepas membuat beberapa kajian internet saya dapati almera mempunyai 2 masalah. pertama bering yang selalu rosak dan kipas aircond yang juga selalu rosak. memang mereka akan cover kerana masih ada jaminan, namun bila selalu jadi saya akan buang masa untuk benda2 mcam itu. bukan saja kajian internet, malah dari pengalaman kawan2 dan juga mekanik yang berpengalaman.
saya nekad dan menghubungi honda. mereka tawarkan honda city rebet sebanyak 5k. tolak vios dan daripada baki tambah muka dalam 3500. tolak NCb vios jadi kne tambah 2500 untuk muka. ini saya ambil honda city paling asas S spec. 2 je yang saya mapu. dengan nak bayar rumah dan rumah sewa. xamampu beb. saya ke honda hujung bulan 7. dan awal bulan 8 honda buat promosi so rebet tambah 1k lg. so muka saya hanya bayar dalam 500...ok sangat 2 kan hehe....dari almera ke city. cuma bulanan je la beza. almera dalam 759 city 798...vios dulu 838. bila saya banding city S dengan vios E rasa macam saya down gred la. sebab S spec sagat2 la asas. tapi orang lain mana perasan sgt kot. kecuali bila dia x nampak antena jerung pada kereta saya. 2 je la bezanya S spec dengan y lain. tapi bila banding almera E dan city S hampir sama. so baik saya ambil city. lagi meyakinkan.
sebenarnya saya mahu ambil bezza sebab ada DNA toyota, tapi disebabkan bezza guna platform axia terus xjadi.sebab kecik.ingat platform myvi huhu...nak amik persona gak tp maaf cakap saya ni almera 2 masalah kecik je saya dan xmampu nak serabutkan otak. inikan pulak proton yang ramai orang cakap ada masalah remeh2. ini orang cakap.saya kalau boleh xnak ambil risiko. city ni pn xd la 100% perfact sebab pasang kt malaysia gak tp brand dia diyakini. tapi persona cantik weh harga pn cun. bulan2 6++ je kot huhu...hope saya buat pilihan yang tepat. wife saya pakai myvi dan setakat ini xd masalah.sebab 2 saya berminat ambil perodua.
city saya belum kluar lagi.dalam minggu ini juga. terpaksa antar vios sebab urusan jual beli.maka minggu ni xberkeretalah saya.pinjam kereta abah jawabnya.hope cepatlah city keluar.
sebenarnya post ini saya nak bagi kredit kepada kereta kesayangan saya Da Vinci namanya. terima kasih kerana sumbangan beliau selama ini. moga anda bertemu tuan yang baru. jaga diri anda ye. hope kita akan jumpa lagi di jalanan nanti...
terima kasih kepada pembaca yang telah membaca dan memberi komen pada pandu uji toyota vios sebelum ini. dan tq juga yang baca post ini...
tunggu pandu uji saya untuk honda city pula nanti....
sekian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana ada post ini.saya seorang perempuan yang ada 3 anak kecil,juga mempunyai sebuah kereta vios manual J tahun 2009.Memang tidak dinafikan vios memang banyak sangat berjasa dan tidak mempunyai masalah.tetapi apabila usianya mencapai 9 thn, 156000 km maka banyak spare part yang perlu berganti.dan setiap satu spare part tu menelan kos beribu2.Jadi saya juga bercadang untuk trade in kereta ini dengan kereta yang baru dengan kos bulanan 700 ke bawah.tetapi masih tidak tahu mana satu kereta yang tepat.setakat ini finalist adalah honda BRV atau City atau Vios.
ReplyDeleteRmai yang bercakap takkan pakai vios lagi?Betul juga kan..
City ayah sy pakai agak bermasalah sedikit.
BRV -bentuk dia saya tak minat.
Sienta ok tak?
unikltipupelajar.blogspot.com
ReplyDelete