PENAJA

Tuesday 31 July 2012

ANWAR IBRAHIM TERSELAMAT DALAM DUA KEMALANGAN HELIKOPTER.MUNGKIN ANDA INGIN TAHU...


Misteri Kemalangan Helikopter Tan Sri Yahya Ahmad Belum Terjawab Lagi

Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.
Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.
Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.
Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.
Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.
Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.
Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.
Hubungan rapat antara Allahyarham dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain yang berperangai lintah darat. Terutamanya kroni-kroni Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.
Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.
Pada tahun bulan Mac 1997 awal-awal pagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah helikopter di Kuala Lipis Pahang. Helikopter berkenaan membawa Tan Sri Yahya dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit.
Sehingga kini misteri kemalangan helikopter berkenaan masih belum terjawab.
Ada cerita-cerita yang tersebar mengatakan kemalangan berkenaan telah diatur dengan rapi oleh orang-orang tertentu yang cemburu dengan kejayaan Allahyarham.
Sehari sebelum kemalangan yang meragut nyawa Tan Sri Yahya, allahyarham dikatakan menghadiri satu majlis makan malam bersama Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
Apakah maknanya semua itu ? Tidak mustahil sekadar untuk mengabui mata orang ramai. Seperti dalam filem pun ada.
Banyak cerita yang mengatakan Anwar Ibrahim ada terlibat dalam merancang kemalangan berkenaan. Sejauh mana kebenarannya hanya pihak-pihak yang berkuasa sahaja mampu mengesahkannya.
Selepas Anwar dipecat cerita tentang kemalangan tersebut telah diputar belitkan. Kata orang-orang Anwar sebenarnya helikopter itu telah disabotaj untuk membunuh Anwar kerana keesokkan harinya kata mereka Anwar dijangka menaiki helikopter berkenaan untuk melawat Kedah. Oleh kerana Tan Sri Yahya menggunakannya terlebih dahulu maka beliaulah yang menjadi mangsa.
Tidak mustahil semua itu adalah wayang semata-mata. Anwar memang pakar dalam bab-bab berkenaan. Semoga pihak berkuasa dapat mencungkil balik kes ini demi keadilan kepada keluarga mangsa.
Bukan setakat kes ini, malah pihak berkuasa juga perlu menyiasat semula kemalangan yang melibatkan Datuk Aziz Shamsuddin yang mana isterinya telah terbunuh dalam kemalangan itu. Tidak ketinggalan juga kemalangan yang melibatkan Azizan Abu Bakar dimana isterinya serta anak yang masih dalam kandungan berusia sembilan bulan terbunuh.

Misteri kematian Tun Razak.

September 1, 2011


Tengah hari tadi aku terbaca blog
 Aduka Taruna tentang kematian Tun Razak.Ada orang bagi tau kat Aduka bahawa Tun Razak mati bukan pasai leukemia tapi pasai bunuh diri. Seperti biasa, komen-komen yag keluar terus membakulsampahkan teori tersebut. Oleh: MSK
Aduka belum lahir semasa Tun Razak meninggal dunia. Begitu juga tukang-tukang komen yang terus menyangkal teori tersebut.
Semasa kematian Tun Razak pada 14 Januari 1976, aku berada di Tingkatan Empat. dah baligh dan boleh berfikir.
Sebenarnya, banyak lagi kematian-kematian pemimpin negara yang diseliputi misteri…termasuk Tun Razak. Dan tahun 1976 memang penuh dengan sejarah.
Seminggu sebelum kematian Tun Razak, Perdana Menteri China Komunis, Chou En Lai meninggal dunia pada 8 January 1976.
Beberapa bulan selepas kematian Tun Razak, Tun Fuad Stephens dan keseluruhan menteri kabinetnya mati apabila kapalterbang Nomad Aircraft terhempas pada 6.6.1976 dan membunuh semua penumpang. Misteri kematian mereka masih belum terungkai dan kalau nak tau cerita yang lebih lanjut, boleh baca disini.
Tengku Razaleigh dan Tun Abdul Rahman Yaakob turut berada didalam kapalterbang tersebut, tetapi telah diminta turun dari kapalterbang disaat akhir. Tujuan mereka adalah untuk membincangkan royalti minyak untuk Sabah. Tun Fuad Stephens tidak bersetuju dan mengugut untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia.
Pada 4 December 1977, kapalterbang Mas yang membawa 93 penumpang termasuk Menteri Pertanian, Dato Ali Haji Ahmad terhempas di Tanjung Kupang dan membunuh kesemua penumpang. Selain daripada Dato Ali, turut terkorban ialah Dato Mahfuz, Pengarah JKR dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.  Butiran dari kotak hitam pesawat menunjukkan bahawa kapalterbang tersebut dirampas tetapi tidak ada siasatan atau laporan rasmi dibuat. Sehingga kini, sebab mengapa kapalterbang Mas itu terhempas masih menjadi misteri.
Pada tahun 1982, Ghazali Shafie terselamat dari kemalangan helikopter. Pilot helikopter tersebut terbunuh..tapi Ghazali Shafie terselamat dengan hanya calar-calar dibadan.
 Pada tahun 1997, CEO DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad terbunuh apabila helikopter yang dinaikinya terhempas yang turut membunuh pilotnya.
Begitu juga dengan helikopter Puma yang ditugaskan untuk mengambil Anwar Ibrahim yang terhempas. Anwar terselamat.
Semua peristiwa ini dikategorikan sebagai X-Files. Mungkin ianya memerlukan Fox Mulder untuk merungkai misteri ini.
Balik kepada misteri kematian Tun Razak, memang ianya penuh dengan misteri. Cerita-cerita yang disampaikan kepada Aduka itu memang tersebar luas pada masa itu kerana ada beberapa kemusykilan.
 Tun Razak adalah Perdana Menteri pertama yang melawat China Komunis pada tahun 1974. Perdana Menteri China Komunis pada masa itu ialah Zhou En Lai manakala Pengerusi Parti Komunis China ialah Mao Tse Tung. Tun Razak telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China komunis dan ini menyebabkan hubungan antara Tun Razak dengan Zhou En Lai menjadi akrab. Aku sebut "China Komunis" sebab memang itu terma yang digunakan pada masa itu untuk memisahkan China dengan Taiwan.
Orang Umno tak payah bising tentang siapa komunis sebab Tun Razak sendiri telah pergi menyembah Komunis di China pada tahun 1974. Zhou En Lai pada masa itu sedang sakit teruk dihospital tapi meminta kebenaran doktor untuk bertemu dengan Tun Razak. Dan lebih menarik, Zhou En Lai juga meninggal dunia beberapa hari sebelum kematian Tun Razak. Lebih menarik juga, Mao Tse Tung juga meninggal dunia pada tahun yang sama, pada 9.9.1976
Kematian Tun Razak diselubungi misteri. Tak ada siapa tahu pemergian Tun Razak ke London untuk rawatan leukemia. Rakyat Malaysia tiba-tiba dikejutkan dengan kematian Tun Razak.
Dan paling menghairankan ialah tidak ada gambar-gambar semasa kematian Tun Razak disana. Mengapa jenazah Tun Razak tidak disembahyangkan di Masjid Negara seperti mana kematian Tun Dr. Ismail? Siapa yang menyempurnakan sembahyang jenazah Tun Razak di London? Mengapa langsung tidak ada gambar-gambar?
Dan selepas jenazah dibawa kembali ke Malaysia..mengapa rakyat Malaysia langsung tidak diberi peluang untuk memberikan penghormatan terakhir…sebaliknya terus dibawa ke makam pahlawan dan dikebumikan?
Good theory, Aduka.

No comments:

Post a Comment