PENAJA

Monday 30 July 2012

MISTERI NUSANTARA: DOUBLE SIX


Tahukah saudara-saudari terdapat satu kejadian aneh yang berlaku di Malaysia yang sehingga ke hari ini masih menjadi satu tanda tanya penduduk Sabah. Misteri yang menyelubungi kejadian ini adalah setebal kabus-kabus di puncak Gunung Kinabalu. Keanehan semakin terasa sejurus selepas Pesta Kaamatan bila bisikan-bisikan di kaki gunung menagih satu keadilan.

Misteri ini bermula 35 tahun yang lalu, pada enam haribulan enam tahun 1976. Enam pemimpin Negeri Sabah menaiki sebuah pesawat yang dijadualkan berlepas dari Labuan pada pukul enam petang. Kejadian itu hari ini digelar 'Tragedi Double 6', berikutan banyak angka enam yang terbabit.

Ianya satu tragedi kerana kapalterbang tersebut, yang sebaliknya bertolak lebih awal daripada jadual asal, kemudiannya terhempas di Sembulan, Sabah, membunuh kesemua enam orang pemimpin berserta lima yang lain. Enam enam enam. Nahas udara ini bukan nahas biasa.

Bukan sahaja punca nahas masih menjadi misteri sains penerbangan, yang lebih mencurigakan lagi ialah terdapat teori yang mendakwa satu konspirasi telah berlaku. Jika benar konspirasi ini menjadi faktor utama nahas berlaku maka bermaksud kemalangan tersebut telah disengajakan, supaya satu projek Malaysia tertangguh atau lagi baik terkubur bersama pesawat. Kata orang-orang lama, supaya Sabah tidak keluar dari Malaysia.

Enam enam enam. Misteri Nusantara. Ini bukan cerita budak-budak. Juga bukan cerita hantu. Ini cerita CSI Kota Kinabalu dibintangi oleh Ketua Menteri Sabah sendiri. Antara watak-watak jahat dalam cerita ini ialah Perdana Menteri Malaysia. Enam enam enam. Misteri Nusantara. Seram, geram dan ganas. Tidak sesuai untuk tatapan bayi-bayi yang belum boleh mengundi. Kalau bukan kerana tragedi ini peta Malaysia hari ini sudah jadi kudung.

Masih terdapat tugu peringatan 'Double Six' di Sembulan sehingga ke hari ini, namun cerita-cerita berkenaan Double Six sudah dipadamkan dari ingatan masyarakat umum Malaysia. Siapa yang padamkan dan mengapa ia dipadamkan? Sama-sama kita mencari jawapan. Misteri nusantara...

Kononnya juruterbang mabuk menyebabkan dia hilang kawalan. Kononnya kapalterbang kehabisan minyak di udara menyebabkan ia terhempas bagai burung kepatahan sayap. Kononnya juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Kononnya ada bunyi letupan sebelum pesawat terhempas berkecai.

Misteri ini mungkin tidak akan terungkap selagi 'black box' pesawat tersebut tidak ditemui. Tetapi manusia hari ini sudah semakin bijak. Mereka kata jawapannya bukan terletak dalam black box. Jawapan kepada misteri Double Six terletak dalam senarai penumpang-penumpang pesawat Nomad:

1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)
2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)
3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)
4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)
5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)
6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)
7. Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri)
8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah)
9. Kopral Mohd Said (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad)
10. Gandhi J Nathan (Juruterbang)
11. Johari (Anak kepada Tun Fuad Stephens)

Mari kita bertanya pada orang-orang Sabah. Apa kata mereka.









Mohammad Fuad Stephens

Teori: Tun Fuad                                        

SABAHAN 1: Tun Fuad Stephens merupakan Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab dalam penyatuan North Borneo dengan Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu dan beliau tidak menyenangi campurtangan Malaya dalam ekonomi Sabah. Kemudian dalam tempoh yang sama Tun Fuad terbunuh dalam tragedi itu. Tidakkah kamu rasa tragedi tersebut merupakan satu konspirasi pihak-pihak tertentu?

Bukannya mahu membongkar 'X-Files' tapi ternyata perjuangan mereka yang terkorban dalam tragedi ini seperti sengaja dilupuskan dari ingatan kita. Tiada maklumat dalam Internet, tiada catatan dalam buku-buku sejarah, tiada laporan secara terbuka berkenaan punca nahas tersebut. Banyak teori-teori yang diberi berkenaan punca nahas. Mengapa kotak hitam itu tidak dijumpai? Ini lagi satu tanda-tanya. Cuba fikir baik-baik, siapa yang berkepentingan dalam hal ini?

Mengikut cerita lisan yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tun Fuad mempunyai banyak syarat-syarat semasa pembentukkan Malaysia. Negeri Sabah tidak akan jadi semiskin ini kalau perjuangan Tun Fuad tidak terhempas di Sembulan. Pihak-pihak berkepentingan ini sudah semestinya merasakan Tun Fuad adalah satu halangan. Mereka tahu mereka perlu melangkah mayat Tun Fuad terlebih dahulu sebelum mereka-mereka ini dapat mengawal minyak dan sumber asli Sabah. Tidak mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat. Langkah kedua ialah menghapuskan bukti-bukti berkaitan. Kalau boleh dalam sejarah pun jangan disebut.


SABAHAN 2: 6676, memang ada konspirasi kerana dengkinya negeri lain-lain terhadap Sabah yang aman, makmur dan kaya sumber asli. Maka di lakonkan pula untuk menjahanam negeri Sabah. Tun Fuad adalah satu-satu pemimpin Sabah yang sangat berkalibar sebelum kebangkitan Tun Mahathir. Walau bagaimanapunpun, kita kena hapuskan dulu ISA baru boleh bersuara.


SABAHAN 3: For sure. Hapuskan UMNO dan BN dulu baru ISA boleh dihapuskan.


SABAHAN 4: Kan Sabah hampir keluar dari Malaysia ketika itu. Cuba ingat. Sebilangan besar pemimpin-pemimpin Semenanjung takut kalau-kalau Sabah keluar dari pembentukan Malaysia. Ini kerana Sabah mempuyai hasil bumi yang kaya seperti kayu balak, minyak dan sebagainya. Selepas peristiwa 6 June 1976, cerita tentang Sabah keluar dari Malaysia tiba-tiba sahaja lenyap. Cuba anda fikir.


SABAHAN 5: Saya tahu kotak hitam itu masih di simpan oleh mereka. Pada waktu itu Sabah serba kekurangan media. 35 tahun bukannya lama sangat untuk mengkaji kejadian ini. Sedangkan ahli-ahli sejarah dapat mencungkilkan rahsia yang beratus-ratus tahun lamanya.


SABAHAN 6: ‘Kotak hitam’ juga menjadi misteri, yang kononnya tidak dapat ditemui. Aduhai, luas sangatkah kawasan terhempas tu? Aku rasa Tun Mahathir pun terlibat sama atau dia perancang dalam kes ini. Kesian arwah Tun Fuad, satu kesalahan yang tidak terbela dan dia menjadi mangsa pembunuhan yang telah dirancang.


SABAHAN 7: Bagi aku sejarah kontroversi begini perlu disiasat supaya kebenaran akan terjelma. Sememangnya kita tidak boleh menghidupkan orang yang telah meninggal dunia dengan apa-apa yang kita buat sekarang tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat pembelaan.


SABAHAN 8:  Ok kita cuba cari data-data engineer di Pulau Labuan dulu dalam tahun 1976, saya rasa orang ini pun telah berpencen, tapi tak tau lah kalau masih hidup lagi. Kalau mereka masih hidup lagi bermakna kita ada sedikit tuah untuk membongkar kes ini, sebab sesebuah kapalterbang yang ingin berlepas mesti disahkan dahulu oleh jurutera-jurutera yang bertauliah. Ini untuk mengelakkan sebarang kemalangan dari berlaku. Jika sesebuah kapalterbang itu diragui keselamatannya maka jurutera tadi tidak akan berani meluluskannya.

Kes ini memang rumit dan sangat sukar. Tetapi kita mesti teruskan juga perjuangan kita dan pencarian kita sampai ke akar umbi, biar orang yang bertanjungjawab diheret ke muka pengadilan kerana mereka ini telah menyebabkan Sabah dan rakyat-rakyat negeri ini menjadi papa kedana.


SABAHAN 9: Sudah terlalu lama -- 1976. Mungkin data-data akhir mengenai penyelenggaraan kapal tersebut sudah tidak ada dalam simpanan. Bagi kapalterbang yang masih dalam perkhidmatan pun data-datanya cuma disimpan selama dua tahun sebelum dihantar ke arkib. Seingat saya tarikh 1976 itu merupakan tarikh dimana perjanjian kemasukan Sabah dalam Malaysia dikaji semula. Saya terdengar Sabah ingin mengikuti langkah Singapura yang keluar dari Malaysia. Cuba fikirkan.


SABAHAN 10: Sedangkan kes yang baru-baru pun tiada kesudahan inikan pula kes 30 tahun 40 tahun. Keraguan memang wujud tetapi bila disebut “konspirasi” akan sinonim dengan kerajaan yang memerintah. Apa kan daya kita. Siri X-Files, Ejen Mulder dan Dana Scully bermati-matian membuat siasatan kes-kes yang akhirnya melibatkan orang atasan. Akhirnya siasatan menjadi sia-sia apabila bukti-bukti terkumpul dimusnahkan, demi menjaga kepentingan kerajaan. Perkara sama boleh terjadi dalam kes Double Six, dipadamkan demi kepentingan kerajaan.





Kapalterbang Nomad










Photos courtesy Lady Mariah








Teori: Bom                                                 

JULAIHI: Kalau kerajaan yang terlibat sama dalam kes ini kerajaan itu mesti disiasat juga. Kerajaan hanya boleh menang dalam cerita TV. Dalam cerita realiti Mesir dan Timor Leste kerajaan itu dibaling batu. Tetapi sebelum kita berbincang lebih lanjut tentang kemungkinan-kemungkinan berlakunya penganiayaan terhadap Bapa Kemerdekaan Sabah, apa kata kita selidik dulu bagaimana sebenarnya kejadian itu berlaku. Betul kah ada letupan di udara sebelum kapalterbang terhempas?


SABAHAN 11: Memang ada letupan tapi tidak kedengaran bunyi letupan. Mana mungkin dalam masa 20 minit penerbangan dari Labuan ke KK pesawat itu boleh jatuh berkecai begitu sahaja. Media pula memainkan peranan mengelirukan cerita kata juruterbang sedang mabuk lah ketika memandu kapalterbang. Ada pula mengatakan enjin rosak dan berbagai-bagai lagi alasan yang tidak munasabah.


SABAHAN 12: Orang tua saya cerita accident bukan kerana pilot error. Sebenarnya kapalterbang itu meletup kerana bom. Ada orang pasang bom dalam kapal dan telah di-set-kan masanya untuk meletup. Maklum lah Ketua Menteri Fuad pada masa itu sangat kuat dan berpengaruh.


SABAHAN 13: Tadi aku sempat cerita-cerita dengan uncle Chai salah seorang daripada kawan baik Johari. Dia kata semasa kejadian 35 tahun dahulu dia sedang menunggu ketibaan Johari dan Tun Fuad di airport. Memang tiada letupan sebelum terhempas. Tapi kelihatan asap sebelum terhempas. Dia kata besar kemungkinan ada konspirasi.


SABAHAN 14: Memang konspirasi. Penduduk Sembulan dengar letupan kuat sebelum kapalterbang itu jatuh ke laut.


SABAHAN 15: Saya percaya 99.9% bahawa kemalangan itu adalah konspirasi. Ketika itu saya berumur 17 tahun dan belum tau apa-apa tentang politik. Apa yang saya ingat ialah sejurus selepas tragedi itu, sebelum penyiasatan dijalankan, sudah kedengaran cakap-cakap bahawa tragedi itu adalah perbuatan khianat orang-orang tertentu. Melihat rupa bangkai pesawat itu saja sudah cukup menjelaskan sesuatu yang tidak kena. Kapal itu menjunam ke laut, tidak mungkin boleh berkecai pada altitude yang rendah. Tetapi cabinnya seakan telah meletup. Jika pesawat itu mengalami kerosakan pada engine atau alat kawalan sebelum terhempas sudah pasti pilot sempat memaklumkan menara kawalan.


SABAHAN 16: Was there a bomb on board? Yes, go see the photos in the book in memorial of Tun Fuad. The metal pieces are all twisted very badly when a fall into shallow water could not have produced such impact.


SABAHAN 17: Saya pun masih muda semasa kejadian. Saya ada nampak gambar bangkai kapalterbang. Tidak pun hancur berkecai. Tapi saya heran kenapa kotak hitam tidak dijumpai. Saya rasa ada pihak-pihak tertentu memaksa laporan dibuat bahawa kotak hitam tidak dijumpai. Saya selalu nampak gambar dan berita kapalterbang besar di luar negara jatuh terhempas dan berkecai tetapi kotak hitam masih boleh dijumpai. Ini kapalterbang yang mengorbankan Tun Fuad tidak pun berkecai tetapi di mana itu kotak hitam?


JULAIHI: Bengang betullah pakcik kena engkorang Sabah ni. Ada yang kata pesawat pecah berkecai ada pula yang kata tidak berkecai. Ada kata terdapat bunyi letupan ada pula yang kata tidak ada bunyi letupan. Ini belum lagi cakap pasal kontroversi sudah belit-belit kenyataan kamu urang. Jadi apa sebenarnya yang berlaku?


SABAHAN 18: Di sesetengah kawasan mungkin tidak kedengaran bunyi letupan tapi orang-orang kat Taman Sempelang dan Sembulan ada terdengar bunyi letupan sebelum kapalterbang terhempas. Tempat kejadian tidak jauh dari tempat kami tinggal. Ramai orang kampung yang terdengar letupan tersebut. Satu lagi, kenapa diorang boleh muatkan sehingga 11 orang ke dalam pesawat Nomad? Bukankah Nomad hanya boleh muat tujuh, lapan orang sahaja?


SABAHAN 19: I was a young schoolboy then. Donald Stephens especially, was well loved by most Sabahans whose age around 45-55 during that time. My mum cried as soon as she heard Donald died in that fateful crash. According to my mum loud explosion was overheard by many of the Kampung Air folks in Sembulan. The photos of the wreckage were published in the newspapers. Many people could not believe such a devastating wreck for a low flying aircraft which was ready for a landing could suffer so much damage. Based on the conversation I overheard from my elders, the aircraft was overloaded with passengers and golf sets but many people in 1976 believed the aircraft had exploded in mid air. The issue died off after sometime but I'm not sure whether there was a final report published.


SABAHAN 20: How to get the full inquiry report when the test pilot who did the investigation later perished in another flight over New Zealand. The Kotak Hitam is our only hope now.


JULAIHI: Kotak Hitam yang dimaksudkan di sini ialah briefcase hitam Tun Fuad ye?


SABAHAN 21: Kotak Hitam ialah Black Box, ia merakamkan perbualan antara pilot dengan menara kawalan, contohnya "Hello-hello, control tower, pesawat mengalami sedikit gangguan mental kalau ada apa-apa terjadi nanti jangan undi BN ada paham over."


SABAHAN 22: Ada sedikit pembetulan, pakcik. Kotak hitam sebenarnya merujuk kepada “Flight Data Recorder”. Ia tidak merakamkan perbualan antara pilot dengan co-pilot atau pilot dengan control tower. Kotak hitam merakamkan data-data seperti tekanan udara di dalam kabin, keadaan enjin dan sebagainya. Penerangan yang diberikan oleh seorang tadi tu merujuk kepada “Cockpit Voice Recorder”. Kadangkala kedua-dua FDR dan CVR dipanggil kotak hitam walaupun sebenarnya kotak-kotak tersebut berwarna oren.

Seperti yang dinyatakan oleh seorang Sabahan lagi tu, itulah cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Kapalterbang itu terlebih membawa muatan. Jika muatan itu tidak disusun dengan baik ianya boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada pesawat -- berat sebelah. Jika pilot tidak boleh mengawal situasi begini kapalterbang boleh terhempas. Walaubagaimanapun, ramai saksi yang mengatakan kapal itu meletup sebelum terhempas. Ini menangkis kemungkinan terlebih muatan sebagai punca kemalangan.


JULAIHI: Tapi seingat pakcik, pesawat Nomad buatan Australia tidak dilengkapkan dengan Black Box.


SABAHAN 23: Saya setuju dengan maklumat-maklumat yang diberikan di sini. Saya dan rakan-rakan sedang dalam usaha mendirikan satu Gallery Double Six di Grace Point yang akan siap pada Jun 6, 2009. Dan kami sepasukan sedang mengumpul maklumat berkenaan Double Six. Kami berpendapat memang ada satu muslihat di sebalik tragedi Double Six.

Malangnya tidak banyak maklumat yang boleh kami dapat kerana setiapkali kami bertanya tentang beberapa maklumat penting kami diberitahu ianya 'maklumat sulit'. Perlu kita ambil kira juga keputusan mahkamah sudah mengistiharkan kematian Tun Fuad sebagai kehilangan nyawa dalam satu kemalangan supaya keluarga si-mati boleh mendapat pampasan insuran. Walaubagaimanapun peguam kes ini pada ketika itu cuba meletakkan status kes ini sebagai Open Case, tetapi memakan masa yang lama. Banyak pula perkara-perkara yang saya tak faham tetapi berdasarkan maklumat yang kami perolehi kejadian ini boleh dikaitkan dengan penyatuan Sabah dan Malaysia pada masa itu. Tun Fuad menentang keras beberapa perkara. Beliau enggan menurunkan tandatangan ke atas perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan hasil minyak Sabah .


JULAIHI: Nahas udara berlaku tahun 1976. Petroleum Act 1974. Sudah kah atau belum kah tandatangan kah?


SABAHAN 24: Kalau mahu check detail lagi kes ini sila rujuk kepada peguam Ansari. Dia yang handle kes ini.


SABAHAN 25: Or ask Tan Sri R A Lind. This is the man with an identity card of code 71 who had held senior key public offices despite the efforts of Borneonisation in Sabah during this time. It had much to do with Malaysia Agreement. This is the man who should know the Constitution of Sabah. I believe he was also aware of the Petroleum Development Act 1974 when Sabah did not sign the agreement for 5 per cent. I also believe he was at the airport’s control tower when the incoming plane was about to land. We also want to know what was his role in the succesful 5 per cent oil royalty agreement soon after the demise of Tun Fuad Stephens.


SABAHAN 26: The fact remains the aircraft was not trimmed for the weight it was carrying and the pilot was not a experinced pilot. He was a qualified pilot but with low flying hours in comparison to a commercial pilot. He might have made a mistake, we just don’t know. Accidents in aviation happens all over the world involving all kinds of aircraft every month. Safety standards were significantly different in the 70′s compared to now.


JULAIHI: Ini macam kira 'unsolved mystery' lah ni kan. Kalau boleh jangan babitkan keluarga mereka yg terkorban, tak mahu kita menimbulkan kesedihan pada mereka selepas kehilangan ahli keluarga tersayang.


SABAHAN 27: Adakah patut hal ini terus dilupakan begitu sahaja?


SABAHAN 28: Memang betul ia akan menimbulkan kesedihan pada keluarga yang tersayang. Tetapi lebih sakit lagi dan menderita mangsa-mangsa yang tidak bersalah berpuluh-puluh tahun lamanya bila penganiayaan terhadap mereka diabaikan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi bila terkenangkan Tun Fuad semasa itu berjuang untuk kebaikkan Sabah. Bayangkan lah nasib Sabah pada ketika ini jika pemimpin tersebut masih hidup. Mungkin Sabah lebih maju atau sama taraf dengan negeri-negeri lain atau negara-negara maju. Patutkah kita biarkan perjuangan beliau terkubur begitu sahaja? Rakyat Sabah perlukan seorang pemimpin yang sangat berkalibar, intelek dan genius seperti dia. Pemimpin itu telah dirampas daripada kita dengan cara paling kotor -- 6676.







Double Six

Teori: Snakes in the plane                       

SABAHAN 29: Memang masih menjadi misteri kisah Double Six ni. Ada cerita yang tidak diberitahu dalam mana-mana catatan. Yang saya dengar, ada ‘seseorang’ yang dijadualkan mengikuti kapal ini, tetapi last-last tukar flight. Yang anehnya, ‘orang’ ini meninggalkan begnya di dalam kapalterbang yang seharusnya dia naiki. 'Orang' ini terlepas dari maut. Akhirnya, ‘orang’ ini menjadi orang besar di Sabah pada ketika itu.


SABAHAN 30: Datuk Harris Salleh! Dia lah tu! Kesian pemimpin kita. Orang yang perjuangkan hak-hak Sabah kena komplot. Tapi yang gila kuasa macam si Datuk Harris kena jaga sama itu sana Kerajaan Persekutuan.


SABAHAN 31: Mengikut sumber yang dipercayai Harris Salleh terlibat dalam 6676. Saya pernah pergi ke rumah lama dia. Ada sesuatu tak kena dengan tempat itu. Harris boleh dianggap bernasib baik kerana tidak menaiki kapalterbang yang nahas walaupun begnya sudah masuk dalam kapalterbang. Ataupun dia memang terlibat dalam konspirasi itu. Tidak lama selepas itu dia jadi Ketua Menteri Sabah. Tidak lama selepas itu Labuan diserahkan kepada Wilayah Persekutuan. Hmmm... Win-win situation?

Kalau diikutkan cerita orang-orang lama di kampung saya, Tun Fuad dan rombongan semasa itu masih dalam proses perbincangan dengan pihak persekutuan berkenaan hak-hak Sabah. Mungkin ada perkara yang mahu diubah dan sekiranya pihak Malaya tidak bersetuju... Sabah akan keluar dari Malaysia.





Double Six

Teori: Politik Keluar Malaysia                

SABAHAN 32: Urang-urang tua aku ramai yang rapat dengan Tun. Pernah juga ku tanya diaorang kampung yang dah berumur, mereka cakap memang kemalangan itu telah dirancang. Ramai diaorang percaya ianya satu 'bohongan'. Mereka sebut 'bohongan' kerana kalau 'konspirasi' urang-urang tua manalah paham bah. Nah, apa yang Sabah dapat sekarang? Semua hasil kita dikurik dan dibagi ke Malaya. Cakap urang-urang tua, cilaka punya sang penguasa!


SABAHAN 33: Apa kata siasat semula. Mana lah tahu ini merupakan cara mereka mahu menguasai Sabah. Biasalah, Sabah ni dulu sangat kaya. Sekarang apa tinggal. Duit semua pergi Federal. Apa yang kita dapat? Apa kata kita rakyat Sabah sebulat suara minta kita punya hak. Hasil di Sabah hanya digunakan di Sabah sahaja tetapi dari segi sokongan politik kita tetap pada kerajaan sekarang ni. Sokongan diaorang boleh dapat, tapi hasil dalam negeri kita adalah hak kita. Macam mana? Kita ada pemimpin Sabah sekarang pun kebanyakannya pentingkan diri sahaja. Sudah 'dibeli' secara tidak langsung, apa boleh buat. Bila lah ada pemimpin Sabah yang tegas dan tidak tunduk sangat dengan kehendak mereka-mereka itu. Kita tetap negara Malaysia tapi kami mahu hak kami dikembalikan.


SABAHAN 34: Konspirasi. Itu juga yang saya dengar dari bapa saya dan kawan-kawan seangkatan mereka sewaktu saya masih kecil. Mereka ambil itu sebagai ‘kempen’ pilihanraya. Parti mereka menang dengan majoriti besar pada masa itu. Selepas menang, cerita konspirasi itu perlahan-lahan hilang dan seolah olah tidak diperjuangkan lagi. Atau mungkin mereka fikir itu tidak perlu lagi atau tidak relevan lagi atau tidak penting lagi memandangkan ‘perjuangan’ sudah ‘menang’ pada masa itu.

Saya rasa kita tidak perlu takut untuk membongkar kebenaran peristiwa 6676. Anggap saja ia seperti tanggungjawab kita. Dan saya fikir kerajaan tidak akan rasa dipersalahkan. Mereka ada alasan pucuk pimpinan sudah berubah, pemimpin yang memimpin dulu sudah tidak bersama mereka. Ataupun mungkin konspirasi itu cuma konspirasi ekoran hal-hal peribadi yang tidak melibatkan Sabah.

Tapi kalau sekiranya satu siasatan penuh dibuat dan bila fakta-fakta nanti boleh membuktikan terdapat konspirasi yang berkait-rapat dengan 'tandatangan lima peratus'... barulah kita dapat menilai sendiri mana pemimpin yang baik. Itu pun kalau cerita sejarah tidak diubah dengan drastik, itu pun kalau kita sempat bongkar kebenaran 6676.

Saranan saya: 1- Kita kumpulkan dulu fakta-fakta. Cepat-cepat. Kenapa mesti cepat? Lagi cepat lagi senang untuk kita bongkar sementara orang-orang yang seangkatan dengan Tun Fuad masih hidup. 2- Enda payah dulu buat agenda politik tentang isu ini. Tiada siapa yang kena, sudah cukup ni sekarang. Kalau benarlah seperti yang kita percaya -- saya pun percaya bah, baik ko rileks --, cukup dulu fakta-fakta di tangan barulah kita fikirkan untuk masukkan sebagai agenda politik. 3- Kalau benar-benar serius untuk membongkar misteri Double Six, kalau perlu Australia -- pergi! Di Penampang masih ada ahli-keluarga mangsa-mangsa. Boleh tanya pandangan mereka atau tanya aktiviti-aktiviti mangsa sebelum kejadian. Kita perlu cari juruteknik kapalterbang, perlu ada komitmen yang tinggi, masa dan kos yang agak besar. Kalau nak bongkar misteri ini kita buat projek cara besar-besaran. Yang ada duit boleh sponsor projek ini. Saya sanggup jadi salah seorang dalam project team.


SABAHAN 35: Buatlah satu memo yang ditandatangani oleh seluruh rakyat Sabah supaya satu siasatan dibuat mengenai isu berkenaan, bukan isu nahas itu sahaja, apa-apa isu yg menjejaskan hak rakyat Sabah harus harus diusul ke depan.


SABAHAN 36: Saya anak jati Sabah begitu kecewa selepas pemergian Tun. Terlalu ramai rakyat Sabah yang tersiksa kerana orang luar yang mengambil kesempatan atas kekayaan orang Sabah. Cuba buka mata luas-luas orang apa yang paling ramai berpangkat tinggi di Sabah? Mana perginya orang Sabah yang berpendidikan tinggi? Berapa banyak tanah diceroboh orang luar, projek sana sini siapa yang sapu? Berapa ramai orang Sabah lari ke Semenanjung cari kerja. Ada orang dari luar yang datang ke sini? Hanya Pti sahaja. Semua persoalan ini bolehkah dijawap? Mana hasil bumi Sabah, mana perginya hasil minyak? Kenapa benda ini boleh terjadi?

Tentang kejadian Double Six apa yang perlu diperkatakan lagi? Macam-macam cerita dikeluarkan. Sayan orang Sembulan dan ramai orang kampung saya berkata memang kapalterbang tersebut meletup sebelum terhempas. Cuma kita tidak tahu apa sebabnya meletup. Saya sendiri tidak berani mengatakan ianya satu konspirasi, cuma kita kena ingat yang macam-macam benda boleh terjadi, musuh dalam selimut, perebutan kuasa ataupun perebutan kekayaan negeri Sabah. Semua orang tahu Sabah adalah negeri terkaya waktu itu.


SABAHAN 37: Memang betul rakyat Sabah ditindas oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO-BN. Pemimpin Sabah hanya berdiam diri untuk menjaga periuk nasi sendiri. Sekiranya pemimpin seperti Jeffrey Kitingan tidak ada Sabah tentu kehilangan banyak keistimewaan. Kerana pemimpin Sabah pada hari ini lemah dan mudah diatur oleh Kerajaan Persekutuan. Anak-anak Sabah pandanglah ke hadapan, fikirkan tentang masa depan negeri yang teristimewa ini. Bagaimana keadaan anak-anak generasi akan datang di negeri ini? Adakah kita akan mewariskan kepada mereka satu negeri yang kosong tanpa apa-apa? Fikirkanlah.


SABAHAN 38: Rakyat sekarang sudah ditindas dengan halus. Pemimpin Sabah pada masa ini hanya menjaga periuk nasi sendiri. Mereka takut bersuara mengenai hak-hak Negeri Sabah tetapi lantang pula bersuara bila melawan bangsa sendiri, atau melawan pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan hak-hak Negeri Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.


SABAHAN 39: Saya setuju sangat dengan cadangan memperjuangkan kedaulatan Sabah dan membawa isu ini ke pengetahuan umum. Kita orang Sabah seharusnya tidak bergaduh sesama sendiri. Tidak kiralah bangsa Momogun, Bajau, Iranun dan macam-macam lagi bangsa di Sabah. Kita sepatutnya bersatu untuk mempertahankan Sabah.

Saya cukup bersabar mendengar rintihan orang-orang kita yang ditindas oleh kerajaan Malaysia. Kita seperti dianak-tirikan. Semenanjung maju disebabkan hasil dari Sabah tapi Sabah sendiri dibiarkan mundur. Sedarkah kita yang kita ditindas? Sepatutnya tanah kita punya hasil negeri kita lah yang majukan, bukan maju tempat lain! Ini sudah melampau, bagaikan lembu punya susu sapi yang dapat nama. Kalaulah saya menjadi orang politik saya mahu mempertahankan kedaulatan Sabah dan bawa isu ini sampai ke penghujungnya. Kalau boleh bawa Sabah keluar dari Malaysia. Tapi sebelum itu orang-orang kita haruslah bersatu menentang gejala-gejala buruk di Sabah seperti PATI. Barulah kita boleh berdikari untuk memimpin tanah sendiri. Ayuh bawa isu ini ke pihak atasan, kita tuntut hak Bumiputera Sabah! Jom, kita berjuang sama!


SABAHAN 40: Saya terharu dengan segala nasib malang yang telah ditempuhi sekian lama oleh penduduk negeri Sabah dan Negeri Sabah amnya. Baru sahaja pemimpin teragung kita mengatur strategi untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, sudah dihapuskan oleh konspirasi. Lihatlah keadaan kita sekarang ini, dicap negeri termiskin dalam Malaysia. Padahal negeri kita kaya pada masa itu. Kemanakah kekayaan negeri kita pergi?

Selepas pemimpin agung kita dihapuskan oleh konspirasi, pemimpin-pemimpin yang tamak mulai berebut-rebut jawatan Ketua Menteri. Ini memberikan peluang pemimpin Federal memanipulasikan mereka. Federal kata begini, "kalau awak setuju dengan syarat kami, awak boleh jadi KM". Si tamak kata, "Yes, boss". Kerana "Yes, boss" lah Negeri kita mengalami nasib yang malang ini. Hasil negeri semuanya mengalir keluar dari negeri kita. Kalau ada yang tertinggal pun dibantai juga oleh pemimpin-pemimpin local yang cuma mahu memperkayakan diri sendiri.


SABAHAN 41: Dengan adanya kesedaran dan perpaduan generasi muda Sabah kini, kita mampu lagi untuk melahirkan seorang pmimpin yang agung, saudara, kerana kerajaan terletak di tangan kita sendiri. Cuma apa yang diperlukan hanyalah perubahan cara pemikiran rakyat Sabah sendiri. Jika rakyat mampu berfikir untuk perubahan dan mahukan perubahan pemimpin tidak mustahil untuk kita kerana kerajaan berada di tangan rakyat. Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini akan tenggelam bersama dengan kapal UMNO-BN sekiranya rakyat Sabah berani untuk berubah. Kehilangan pemimpin agung Sabah adalah satu kekesalan bagi rakyat Sabah amnya, ditambah lagi dengan ketamakkan pemimpin-pemimpin sekarang. Ayuh! Kita sama-sama melakukan perubahan dan ubah landscape pentadbiran Negeri Sabah.






Double Six

Teori: Takdir                                             


SABAHAN 42: Sudah takdir bah diaorang tu.


SABAHAN 43: Kalau kita percaya semua itu ketentuan tuhan, hidup mati orang tu di tangan tuhan, dan hanya tuhan yang boleh mengambil nyawa seseorang dan menghidupkan seseorang jadi secara logiknya seorang pembunuh tak boleh didakwa atau dikira berdosa kerana orang yang mati itu telah ditentukan tuhan mati dibunuh. Begitu ke?


SABAHAN 44: Kalau perogol pun terlepas jugaklah tu kan? Kerana sudah ketentuan tuhan orang tu kena rogol hahahahaha. Apa-apa pun kita mesti tahu kebenarannya. Urang kita bah itu yang mati tu. Takkanlah semua tu kebetulan ja.


SABAHAN 45: Kita boleh saja berkata bahawa ia adalah konspirasi. Jika kita percaya ia adalah konspirasi, maka mind-set kita terus tetap begitu. Memang fitrah manusia kan cuma mahu melihat sesuatu perkara dari sudut yg negatif. Cuba kita lihat dari sudut yang positif. Semua yg berlaku ada hikmahnya. Saya anak Sabah. Saya bangga menjadi anak Sabah. Dalam masa yg sama, saya bangga kerana menjadi anak Malaysia. Kita hidup dalam suatu negara. Mungkin teori mengatakan ia adalah konspirasi ni wujud sebab terlampau banyak tengok cerita di TV kan?

Mengapa kita harus pertikaikan tentang kekayaan Sabah? Kenapa kita harus kedekut? Bukan juga mereka yang di Semenanjung tu mahu negeri mereka miskin kan? Sudah Tuhan bagi kita kekayaan di negeri kita share-share lah bah. Kita tidak patut hidup berpuak-puak, benci dengan orang Semenanjung sebab mereka eksyen. Ya, memang ada kebenarannya, tapi tanpa mereka kita tak akan dapat kecapi apa yang kita dapat hari ini kan? Bersyukurlah. Bersatu. At least dengan adanya pemimpin kita yang bijak negara kita tidak dapat diganggu gugat oleh anasir-anasir luar. I love Malaysia.


SABAHAN 46: Kepala otak ko lah. Ko bukan orang Sabah! Ko mau jilat samurai dari atas ke bawah? Saya cari kau!


SABAHAN 47: Aku enda tahu betul kah tidak. Aku ada dengar lah pasal konspirasi diaorang ni. Orang yang jadi dalang untuk merancang kejadian tersebut adalah orang Sabah sendiri kunun, dia tak naik kapalterbang tapi ada something yang dia tinggalkan di dalam kapalterbang itu. Betul, kadang-kadang kita kena terima takdir Ilahi. Tapi kematian tersebut ada sebabnya. Mesti juga kita ndak puas hati kan dan kita sebagai orang Sabah kena tahu juga pasal benda sebenar.


SABAHAN 48: No matter what…I believe it is a conspiracy. Perhatikan sahaja apa yang berlaku terhadap Sabah selepas itu. President Indonesia pada masa itu pernah berkata, dia risau tentang masa depan Sabah, bakal dipermainkan oleh politik Malaya yang lebih licik. Sebab setelah peristiwa itu, Sabah dikendalikan seperti kerbau.

Rakyat yang tidak tahu apa-apa pada masa itu hanya dipancing dengan licik. Setelah anak-anak dewasa iaitu generasi seterusnya, keadaan semakin serius. Mereka cuba bangkit dengan aman tetapi sentiasa dituduh menimbulkan huru hara, sedangkan ada pihak-pihak yang menghantar kumpulan-kumpulan tertentu untuk menimbulkan huru-hara, lalu menyalahkan pejuang anak-anak watan. Sekali lagi politik yang licik mencemarkan usaha, melibatkan pendatang luar tanpa izin dan penyamar-penyamar lain.

Saya pernah mendengar dari pihak-pihak tertentu, bahawa radio perhubungan penguatkuasa juga kadangkala terbocor. Perbincangan licik kedengaran, malah pengagihan wang juga jelas, tetapi mereka tidak berani buat apa-apa sebab ‘ntah mengadu dengan siapa’ dan takut dituduh dan ditangkap di bawah undang-undang istimewa Malaysia. Mereka hanya dengan hati yang berat dan pilu mendengar dan melihat keadaan berlaku.

Meskipun anak-anak watan melihat penyelewengan peti undi pada masa-masa pilihanraya, pihak-pihak berkenan sudah bersedia menjawab dan membanteras usaha-usaha menegakkan keadilan. Station TV Sabah ditutup, setelah parti Berjaya kalah, kerana media cetak dan elektronik adalah penyebar maklumat utama. Maka lumpuhlah suara rakyat Sabah.

Pernah saya menulis artikel yang ‘relevant’ kepada rakyat Malaysia tetapi editor syarikat surat khabar tidak dapat memuatkannya ke dalam keluaran mereka atas sebab ‘kami akan tutup kedai hari seterusnya’. Menurut editor, perkara itu sangat benar untuk menangani ekonomi semasa tetapi tidak baik untuk syarikatnya.

Saya risau tentang masa depan Malaysia sekiranya hal-hal seperti ini berterusan. Ia bukan sahaja bahaya secara dalaman, tetapi juga akan mengancam kepercayaan negara-negara luar.

Satu persoalan pula ialah, mampukah keadaan sekarang ini memulihkan perjanjian yang telus? Jika tidak maka keadilan dan keharmonian tidak mungkin akan tercapai. Rakyat mungkin kelihatan bersikap sederhana tetapi seperti pepatah kata ‘Makan hati berulam jantung.’



* * *






At the dewan rakyat


Tuesday, December 15th, 2009 14:51:00
KUALA LUMPUR: A high profile plane crash 36 years ago became a hot topic when a deputy minister tried to shed some light on the tragedy which cost the life of the then Sabah Chief Minister, Tun Fuad Stephens, among others. Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri (BN-Kudat) was fielding a question from Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) who wanted to know the causes behind the tragedy, which came to be known as the "Double 6 Tragedy", as it occurred on June 6, 1976, in Kota Kinabalu.

Abdul Rahim said investigations showed the crash was due to overloading. "The small plane was meant for six passengers, it took 11, and coupled with excess baggage, the plane went out of control during landing." Khalid, however, interrupted and shouted "Unacceptable! How can safety be given so low consideration?"

Other members of Parliament joined in the chorus but speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia intervened and put the house in order, saying the reasons for the crash had been recorded. He then asked Khalid to go and find out himself. Abdul Rahim continued his explanation on the crash citing pilot error and an absence of radar instrument.

In the crash, the plane, operated by Sabah Air, was coming from Labuan when it crashed in the sub-district of Sembulan, Kota Kinabalu, upon approaching the Kota Kinabalu International Airport, killing all onboard except one. The only survivor is Tun Fuad's son, Johari.

Because a chief minister had died, allegations of foul play immediate arose after the accident but no evidence was found to substantiate the claim.





* * *






Teori: Mengarut apa dah...                      

BABI: hehehehhh..tu lah… kalo nak tunjuk terer nak merungkaikan konon konspirasi kerajaan tu tengok-tengok la di mana kaki kita ni berpijak kan? hehe..takkan segala yang berkebetulan ni(terutama ngan no.6) ni ada konspirasi disebaliknya. Saya ader tragedi kemalangan triple 4.4.2004 jam 4 petang tau... ni ceta benar... tapi takda pun konspirasi... eheheh kami sebagai orang islam percaya bahawa segala Qada dan Qadar wajib kami percayai... segalanya ada hikmah disebalik kejadian. Segala kebenaran akan diketahui jua dan kami diharamkan membuat tuduhan sesuka hati tanpa bukti yang kukuh. Heran kan… kenapa persekutuan PEMBANGKANG ini mau gak wat ladang babi ni? Tak takut nak sentuh isu sensitiviti org islam ker? Kenapa ketua menteri PP benar kan penjualan arak kat Karnival Hari Belia peringkat negeri di Auto City, Juru, bulan lepas. Hehe.. heran-heran.. nak kiamat da dunia ni.


SABAHAN 49: Ini cerita pasal Sabah la, Babi… the lagendary of sabah politic conspiracy mystery.. ko tau apa?? Pasal agama ko jak ko tau... tak  payah buat injil di sini. Satu keturunan ko mampus pun kmi tak kisah… LOL


SABAHAN 50: Babi, ko cakap betul-betul without any research kan? Belajarlah sejarah, wahai adik… Fahami perbualan orang di sini. Tiada sebarang tuduhan malah ini adalah persoalan yang belum terjawab. Behave yourself. Pasal kejadian 4.4.2004 jam 4pm tu tidak payah ketengahkan tanpa bukti dan without issue. I'm talking bout ‘huge and important history’ in Sabah.

Berkenaan kepercayaan akan Qada dan Qadar, saya menghormati kamu. Saya memahami tuntutan itu. Dan sekali lagi saya tegaskan, artikel ini adalah persoalan yang belum terjawab. Bukan fitnah. Dan berkenaan kehairanan adik berkenaan PEMBANGKANG yang lawat kandang babi, saya sedia debat dengan anda secara terbuka. Just contact me. Rasanya, ada kesilapan berkenaan statement anda. Saya ingin berkongsi. Berkenaan isu arak dan sensitiviti agama di Malaysia, mari jumpa secara terbuka. Kita bincang cara berdepan. Dengan hati yang tenang dan hauskan pengetahuan.


SABAHAN 51: Kita memang perlu tengok di mana kaki kita berpijak, tapi tak salah kita memandang jauh ke depan atau menoleh jauh ke belakang… takkan tengok kaki je kan... macam katak di bawah tempurung la kalau macam tu, Babi. Well, kamu percaya tentang Qada dan Qadar juga, u say that all the truth akan di ketahui juga. Tapi mustahil la kebenaran itu muncul sendiri kalau tiada yang cuba mencarinya. Pada saya ini bukan soal tuduh-menuduh tapi soal mencari kebenaran. Kalau kebenaran itu sudah kita ketahui maka terbukti la segalanya, iaitu sama ada 'MEREKA-MEREKA' itu memang terlibat atau sebaliknya.

Kita bukannya anti-kerajaan dan pro-pembangkang, cuma ada perkara or dasar yang dibuat tu yang tak boleh diterima. So di mana lagi nak suarakan ketidakpuasan hati kalau bukan melalui pembangkang? Itu la kepentingan pembangkang woiiii… coz kalau hanya dengan suara individu ja, takda siapa mo dengar… Biasa la kerajaan ni, mo negara kaya ( kalau la betul) tapi tak sedar rakyat menderita.

Soal ladang babi ni pula, apa yang perlu kita hairan kan sangat… kalau ada ladang babi pun pembangkang bukannya minta orang islam yang usahakan. juga bukan jual dengan orang islam… dah di umumkan babi tu akan di export ke China. Apapun saya rasa usaha pembangkang ini jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan usaha-usaha orang kerajaan yang sentiasa mahu menjatuhkan individu-individu tertentu walaupun sesama islam… tak habis-habis mo tengok someone tu meringkuk dalam penjara.


SABAHAN 52: Baru bangun tidur kah, Babi? Mau cerita pasal islam konon-kononya, apa makzab yang kau ikuti islam hadhari ke? atau syiah macam di Iran tu ? hehehe, ketandusan komen kah kau ni? Kau percaya pada Qada dan Qadar dan kau percaya hukum-hakam, di dalam islam di tegah untuk memakan babi saja dan disucikan bila tersentuh itu saja bukan untuk menghina dan mengkeji rupa bentuk seekor babi, sebab babi pun makhluk dan ciptaan Tuhan. Aku lagi sangat hairanlah pada projek ladang babi yang telah diluluskan oleh Datuk Khir Toyol dari BN, lain makan nangka lain kena getahnya hehehe lemahnya pemikiran kau ni kesian bah.


BABI: Sapa yang  tak belajar sejarah, cik adik? Adik kenal sejarah Sabah setakat mana? Tau tak tarikh 7.9.1956 tu apa yang berlaku di sabah. 9.12.1984? 16.3.1958? Tak tau? Ni semua pasal Sabah ni dan research pasal negeri Sabah ni. Adik ada baca start Sabah ni kena ambik dari Brunai dan Sultan Sulu hingga sekarang? Eheh, cuba adik cerita pasal konspirasi kapalterbang terhempas kat Tawau tu kalau adik tau.


SABAHAN 53: Alaa ko cite apa la ni? Segala Brunai segala Sultan Sulu ambik negeri Sabah ini cite kedai kopi la. Kalau memang betul Sultan Sulu ambik sabah ni, mana balairongnya Sultan Sulu?

Ko nak cite pasal kapalterbang kat Tawau tu? Mungkin ko belum lahir lagi dah. Eerrk yang mana satu ko nak saya cite? Sebab ada dua kemalangan kapal terbang kat Tawau tu, satu kapalterbang MAS cargo jenis Fokker dan satu kapalterbang MAS passenger juga jenis Fokker. Ko nak yang mana satu saya cite? ok saya cite kapalterbang passenger yang terhempas kat Tawau tu. Disebabkan salah satu roda yang mengunakan minyak Hydrolik telah pecah menyebabkan roda tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna untuk pendaratan. Jadi pilot mengambil keputusan untuk menyelamatkan penumpang dengan cara berlegar-legar di udara menghabiskan minyak yang ada di kapal terbang itu sebelum melakukan satu pendaratan kecemasan demi mengelak ledakan hasil dari minyak yang banyak itu. Ngerti ko? Jangan cari jalan nak puterbelit la saya bukan India mari.


BABI: Tolong baca betul-betul pa yang saya taip tu..ehehe... jadi kamu ni angap saya ni mengeji babi la ni kan?


SABAHAN 54: Aku ndak pandai baca bah apa yang ko tulis tu, sebab kita cite isu kapalterbang yang ko cerita pasal isu-isu BABI tu kenapa? Dan lagi satu yang ko cerita pasal islam tu kenapa? Ko jangan lah nak menilai kebaikan atau keburukan orang dan jangan sesekali mengunakan mulut yang sangat celupar mengatakan orang sesat.


BABI: Lebih baik bertindak buat kebaikan dari asyik dok bercakap saja tanpa tindakan. Rugi masa dan tenaga. Last-last yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat… ehehehe andai pa yang kita sampaikan tu betul ngan fakta yang tepat takpa gak. Itu kebenaran namanya tapi kalo dengan hanya melunaskan dengan pemikiran dan ambik dari sumber-sumber tidak jitu maka tinggalkan kerana ia akan membawa fitnah. Fitnah tu lebih bahaya dari membunuh… I'm not a pro and cons of the government but this is the truth of life. Riwayat islam cakap zaman ni zaman fitnah. Sama-sama kita hati-hati.


SABAHAN 55: Kalau nak cakap pasal fitnah, sapa yang kuat fitnah BE END atau PR? hehehe Pasal tu lah Pulau Batu Putih Malaysia tak boleh ambik dari tangan Singapura, sebab kekalahan, menggunakan gambar palsu yang diberikan pada Mahkamah Dunia. Kalau macam begitu apa hukum nya ye PENIPUAN tolong jelas kan? Jangan ko cakap zaman ni zaman fitnah, zaman ni zaman PENYANGAK. Lihat saja lah menteri-menteri BE END kalau bercakap BOHONG TU ADA BETUL NYA... YANG BERCAKAP BETUL TU BANYAK BOHONG NYA kekekekeke












No comments:

Post a Comment