PENAJA

Saturday 21 July 2012

PERIHAL ORANG MELAYU


Tajuk : Perihal Orang Melayu
Penulis : Sir Frank Swettenham
Terjemahan : Zubaidah Ibrahim
Penerbit :  Penerbit Universiti Malaya
Tahun : 2003
Lokasi : Kuala Lumpur
Page : 226
Harga : RM25.00

PREVIEW
Buku ini merupakan terjemahan sebuah buku yang ditulis oleh seorang pegawai British yang agak terkenal di jajahan British Malaya. Buku ini asalnya bertajuk Malay Sketches sebelum diterjemah kepada tajuk Perihal Orang Melayu. Buku asal diterbitkan pada 1903 dan banyak menceritakan tentang masyarakat Melayu dari perspektif seorang pegawai tertinggi British Malaya.

Buku ini adalah sebuah buku yang memberi gambaran hidup masyarakat Melayu pada zaman Swettenham terutamanya di Selangor dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Untuk makluman Swettenhem merupakan Besident British di Selangor dan pernah menjawat jawatan Resident Ganeral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama.

Perihal masyarakat Melayu dilihat amat menarik perhatian Swetterhan, ini kerana beliau bnyak menulis tentang kebudayaan Melayu. banyak kisah-kisah yang menarik diceritakan oleh penulis di dalam buku ini. antaranya kisah Harimau, Amuk, Kisah Mat Aris, Latah, Berhantu, Gelagat Raja dan banyak lagi kisah-kisah menarik yang diperhatikan beliau diceritakan. anda perlu baca untuk mengetahuinya.

ULASAN
Buku ini pada saya adalah buku yang amat menarik untuk dikhatamkan terutamanya untuk orang Melayu. banyak sikap dan sifat orang Melayu diterangkan dalam buku ini. bukan itu sahaja kebudayaan dan tradisi Melayu juga turut dijadikan bahan penulisan beliau. paling menarik pada saya adalah semua ini kita boleh baca dari mata seorang British. kita boleh nilai persepsi beliau terhadap ketamadunan atau lebih tepat kemunduran Melayu dari segi kemajuan dan budaya kuno yang tidak releven.

 mungkin buku ini agak pedas atas sindiran dan cerita beliau terhadap orang Melayu, namun jika kita melihat dari sudut rasional kita akan dapati bahawa semua yang diceritakan oleh beliau ada kebenaran dan mungkin akan buat anda tersenyum sumbing!.

tambahan pula banyak perkara yang disentuh oleh beliau mungkin tidak pernah diketahui oleh generasi muda hari ini. inilah yang menjadikan buku ini amat menarik untuk dibaca oleh semua kita Rakyat Melayu.

Sebagai "pembesar" British Malaya, saya lihat penulis bukanlah seseorang yang sombong, ini kerana beliau sering mengikut masyarakat Melayu/ kampung pergi kembara dihutan mandi sungai/air terjun dan menyaksikan majlis/upacara kebudayaan Melayu.seperti yang diketahui, beliau sememangnya seorang pencinta budaya Melayu dan fasih berbahasa Melayu.

buku ini perlu dibaca dan dinilai dari pandangan resional dan matang. ia sebuah buku yang ringan dan menyeronokkan untuk dibaca. kerana anda tidak perlu memerah otak untuk mengigat fakta dan peristiwa.hanya untuk pembacaan di masa lapang.

terjemahan buku ini amat baiak dan bermaklumat. pentrjemah sebolehnya memilih perkataan yang paling tepat untuk setiap kata dalam tulisan asal. usaha beliau harus diberi pujian.

MESTI BELI?.
sesiapa yang bernama Melayu perlu baca buku ini. anda akan mengenali siapa Melayu dari mata British.buku ini akan mengundang rasa tidak puas untuk dibaca kerana anda mahukan lebih banyak lagi cerita-cerita lain. sebab cerita yang ada amat menarik dan menimbukan inkuiri dan kesedaran anda tentang MELAYU!.

STAR : 9/10

4 comments:

  1. saya berminat dengan buku "Perihal Orang Melayu", bagaimana caranya??

    ReplyDelete
  2. Saya berminat dengan buku "Perihal Orang Melayu", mohon dapat menghubungi saya ke email: wan_salayan@ymail.com

    ReplyDelete
  3. saya mau memiliki buku "perihal orang melayu", bagaimana caranya? mohon bantuannya. Trims

    ReplyDelete
  4. BAGAIMANA MAHU MENDAPATKAN BUKU INI

    ReplyDelete