PENAJA

Sunday 8 July 2012

Natrah (1937-2009): Cinta. Rusuhan. Air Mata


Tajuk : Natrah (1937-2009): Cinta. Rusuhan. Air Mata
Penulis : Fatini Yaacob
Penerbit : UTM
Tahun : 2010
Page : 474
harga : RM75.00
SINOPSIS
Saya akui inilah buku termahal yang saya “beli”. mujurlah buku ini sebenarnya sebahagian daripada “”hadiah”.
buku ini mempunyai tajuk yang menarik. kisah seorang gadis anak BelanDa yang diserahkan kepada seorang wanita Che Aminah. dijaga lebih dari anak sendiri sehingga megahwinkan si gadis (Natrah) pada usia 13 tahun. 13 tahun?. inilah punca polimik kepada pemilik nama asal Huberdina Maria Hertoge @ Bertha. berkahwin dengan seorang pemuda bernama Mansur Adabi.
Natrah telah diserahkan kepada ibu angkatnya semasa perang jepun di Indonesia. Natrah dibawa ke Singapaura dan kemuadian ke Terengganu. di Islamkan dan dikawinkn.itulapunca masalah. selepas berakhirnya zaman jepun natrah dituntut oleh keluarganya, malangnya beliau telah bersuami.kes telh dibawa ke mahkamah dan “keadilan” mengatakan natrah perlu diserahkan kepada ibubapanya kerana masih di bwah umur.
kes ini menjadi isu hangat dunia dan terpampang diakhbar utama dunia terutamanya di Eropah. porvokasi media pro-kristian dengan memaparkan gambar Natrah gembira bermain piano di biara dan akhbar pro-Islam berpropaganda menjadikan isu ini bertambah panas.
Rusuhan berlaku di Singapura. Natrah dibawa ke Belanda dan membesr di sana. berkahwin di sana dan hidup agak menderita akaibat publisiti dan prajudis. kegagalan perkahwinan beberapa kali.berhijrah ke Amerika dan bekerja sebagai pembasuh pingan!. meninggal di sana.
menariknya Natrah pernah sekali berkunjang ke malaysia dipenghujung hayatnya!!.
ULASAN
kisah yang menarik dan tragis. penuh dengn drama dan kisah yang pasti anda mahu tahu. bagaimana kehidupan seorang kanak-kanak berkahwin muda,bercerai dan liku-liku kehidupan selepas itu hingga meninggal dunia. rusuhan di Singapura diceritakan agak menari.paling menarik rassanya kehidupan selepas rusuhan.
Fatini Yaacob terlah menjejak Natrah sehingga ke USA. berjaya menemuinya dan berjaya di temuramah.
penulisan Fatini bergaya novel sebab beliau memeg penulis novel dan bekas pengarang/wartawan. untuk kajian sejarah mungkin kurang objektif namun usaha beliau amat berguna untuk kesinambungan sejarah Natrah.
kelemahan penulisan ini adalah disebabkan sikap tidak objektif penulisnya. memang lazim, sesebuah “kajian” jika ditulis oleh penulis tempatan akan cenderung berpihak kepada hak Ibu angkat (Melayu) berbanding ibu kandung
(Belanda). penulis nampaknya terlalu berusaha membuktikan Natrah diserahkan tanpa syarat untuk dibela, kes mahkamah juga seharusnya berpihak kepada Aminah, Natrh tidak suka dan gembira kembali kepada ibun kandung, natrah kemurungan hidup di Belanda, hidup natrah sengsara sehingga akhir hayat.
MESTI BELI?.
tidak mencapai tahap wajib tetapi bebaloi untuk dimiliki. kerana banyak peristiwa dan malumat terkini tentang natrah dinyatakan. faktor harga yang agak tinggi mungkin menghalang untuk anda membeli. siapa mahu habiskan duit untuk sebuah buku?. tidak ramai yang mahu!. jika anda beli anda adalah seorang yang cinta ilmu dari cinta duit.
STAR: 7/10







No comments:

Post a Comment