
Kes pembunuhan paling terkenal di Malaysia pada 1990-an ialah kes yang melibatkan geng
Mona Fandey yang didapati bersalah membunuh dengan kejam seorang ahli politik bernama
Datuk Mazlan. Kes tersebut menjadi perhatian ramai kerana salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah seorang
selebriti, iaitu Mona Fandey yang pernah merakamkan sebuah album, dan apa yang lebih menjadikan pembunuhan itu 'hebat' ialah cara bagaimana
jasadmangsa cuba dilupuskan. Anggota badan Datuk Mazlan dilaporkan telah
ditetak kepada
18 bahagian sebelum ditanam ke dalam sebuah lubang! Pembunuhan itu berlaku pada sekitar Julai
1993 dan perbicaraan terhadap geng Mona Fandey telah berlangsung sehingga awal
1995. Setelah perbicaraan tersebut selesai dan geng Mona Fandey didapati bersalah, laporan mengenai kes tersebut telah disiarkan dengan panjang lebar di dalam akhbar, termasuk
gambar rajah yang menunjukkan bahagian di mana anggota badan Datuk Mazlan telah ditetak.
Nota tambahan:
Tidak lama sebelum Datuk Mazlan menjadi mangsa pembunuhan, beliau dan beberapa orang VIP dari Pahang telah diundang untuk turut serta dalam acara tayangan perdana filem
Tarik-Tarik pada 1993. Filem arahan M. Jamil itu mengisahkan mengenai seorang
bomoh yang berkebolehan 'menarik duit'. Dalam filem itu terdapat adegan yang menunjukkan
bomoh itu berjaya 'menarik duit' dan duit muncul dengan banyaknya. Ketika filem
Tarik-Tarik sedang ditayangkan kepada umum pada penghujung 1993, M. Jamil telah menceritakan kepada majalah URTV mengenai pertemuannya dengan Datuk Mazlan selepas tayangan perdana tersebut, kata beliau, "
arwah (Datuk Mazlan) sempat bercerita dan mengakui memang ada kepercayaan mengenai duit tarik ini"
No comments:
Post a Comment