1. MATLAMAT PENGGUBALAN
DASAR LUAR MALAYSIA.
Matlamat penggubalan dasar luar Malaysia ialah menjamin
keselamatan rakyat dan negara,memelihara kepentingan nasional dan
mengekalkan kedaulatan Negara,
menggalakkan pembangunandan kemajuan ekonomi
serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antara bangsa. Selain itu
matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
( 5 markah )
2.
BENTUK PENGGUBALAN DASAR
LUAR NEGARA
Bentuk bentuk dasar luar
Malaysia ialah Malaysia
melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan Negara-negara lain iaitu
hubungan bilateral dan hubungan
multilateral. Hubungan bilateral
merujuk pada hubungan secara
terus dengan Negara-negara
tertentu contohnya Malaysia
mengutamakan hubungan dengan
Negara-negara jiran antaranya
termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand
dan Vietnam.
Selain itu, hubungan luar
juga diadakan dengan
Negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta
Negara maju seperti Britain
dan Amerika Syarikat.
Manakala hubungan
multilateral pula merujuk
pada hubungan dalam bentuk
kumpulan dan pertubuhan
seperti Persatuan Negara-Negara
Asia Tenggara atau
Associaton of South East Asia
Nations (ASEAN), Komanwel ,Pertubuhan
Persidangan Islam atau
Organisation of Islamic
Conference ( OIC ) , Pergerakan
Negara-negara Berkecuali
atau Non- Allignent Movement
(NAM) dan sebagainya.
( 10 markah )
3.FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUBALAN DASAR LUAR
NEGARA
Penggubalan
dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar
luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi
dan demografi.
Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga
negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.
Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
seperti hubungan antara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah
mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai Pertubuhan Komanwel dan meneruskan
hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel yang lain seperti
Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia diancam oleh Parti Komunis
Malaya (PKM) yang menggugat keselamatan Malaysia. Keadaan ini mendorong
Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang
sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum
mempunyai keupayaan pertahanan. (7
markah)
Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang
mengamalkan pasaran bebas dan
menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha
memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan
antara negara pengeluar bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin
hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan
pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah
diambil bagi menggalakkan kemasukkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan
dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.
Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur terutamanya Jepun dan Korea. Pada masa
yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang
membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan
keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan. (8 markah)
Faktor Politik
Sebagai
sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia berhak
menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan
sejagat. Hal ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan
pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang
menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga
berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Malaysia tegas dengan
pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai
dan mengekalkan keamanan dunia. `
(5 markah)
Faktor Geografi
Malaysia
mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan
hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Brunei. Perairannya menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan
di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan
meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia. (3
markah)
Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan
negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam.
Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan
dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberi kebebasan
sepenuhnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep
perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia
menentang dasar Aparteid. Malaysia juga tidak menjalinkan sebarang hubungan
diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar Aparteid itu
dimansuhkan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di
negara ini amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia. (6
markah)
4)
TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA
(a) Tahap Pertama (1957-1970)
Dasar luar Malaysia pada
tahap ini dicetuskan oleh Tunku Abdul
Rahman yang memperlihatkan dasar pro-barat
yang anti komunis serta berbaik-baik dengan dengan negara jiran dan
Komanwel. Dasar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor
politik, ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam
negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada
negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. Bagi
menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Ingeris-Tanah Melayu
atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA) pada tahun 1956. Mengikut
perjanjian pihak British akan memberi
bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar
luar Malaysia juga adalah berbaik-baik
dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran
terutama selepas berkaitan isu pembentukkan Malaysia seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963
-1965), terputusnya hubungan dengan
Filipina (1963 - 1965) dan keluarnya
Singapura daripada Malaysia (1965).Usaha-usaha untuk memelihara hubungan
dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah
menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama
Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada
tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina
dan Singapura.
(b)
Tahap Kedua ( Tahun 1972 Hingga Tahun
1976)
Menjelang tahun 1970-an dasar luar
Malaysia mula berubah seiring perubahan kepimpinan Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981) kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan
dasar luar ini disebabkan kurangnya
peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur. Selain itu, perubahan dasar ini juga disebabkan
oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Seterusnya, dalam mencapai matlamat
dasar luar Malaysia ini beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama
dengan anggota negara ASEAN. Di samping itu, negara kita Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara
berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara
dan Mongolia. Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara
khususnya dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan
Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi
dengan kerjasama negara-negara jiran.
( 20 markah )
c)
Tahap Ketiga ( Tahun 1981 Hingga
Tahun 2003)
Dasar luar Malaysia pada tahap ini
dibawah era kepimpinan Dato’ Seri Dr.
Mahathir Bin Mohamad telah
mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di
kalangan negara yang membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut,
Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN
seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan
Kampuchea. Selain itu, Dasar Pandang
Ke Timur juga telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai
model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan
rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti
semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan
kerja yang baik.
Seterusnya, Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato
Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan
Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan
turut serta dan menandatangani perjanjian
perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau
percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan
dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga.
( 25 markah )
5.SEBAB / FAKTOR
PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA
1-Faktor
keselamatan dan pertahanan negara
Dasar luar negara yang
bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan negara. Persekutuan Tanah
Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang erat dengan Britain.
Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain
melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957. Melalui
perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah
Melayu jika diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu
ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak kuat dan
tidak mampu menghadapi ancaman dari luar.
Selain itu, dasar luar
negara kita juga turut dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara sebagai
contoh, keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung
dengan negara komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita
menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba
menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara.
(5 markah)
2-Faktor
ideologi
Faktor ideologi juga
mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia mewarisi sistem
pemerintahan demokrasi dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi
komunis. Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah
Melayu pada masa itu. Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China
yang berideologi komunis apabila negara itu menyerang Taiwan. Apabila negara
diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan dasar pro-Barat
dan antikomunis.
(4 markah)
3-Faktor
ekonomi
Dasar luar juga mengambil
kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Malaysia menjalin
hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi. Malaysia
menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British.
Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan
utama. Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada
Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan
Amerika Syarikat menjamin kepentingan ekonomi Negara. (4 markah)
4-Faktor
politik
Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar
negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju
masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Malaysia berperanan
dalam menyelesaikan konflik di Kampuchea. Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan
menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa
Tentang Kampuchea di Paris. Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan
Majlis Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua resolusi yang
dibuat oleh PBB untuk mengekalkan
keamanan dunia.
(5 markah)
5-Faktor
sejarah
Sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China, Arab dan Siam.
Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan
Indonesia. Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan
hubungan diplomatik dengan Britain, Australia dan New Zealand. (2 markah)
6-Faktor geografi
Kedudukan Malaysia yang
strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan hampir semua
negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan
Indonesia. Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia.
Kawasan ini sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan
pengaruh dan kuasa masing-masing. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi
dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara Malaysia. (4 markah)
7-Faktor
demografi
Majoriti penduduk Malaysia
beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam.
Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu
menceroboh dan menindas penduduk Palestin. Malaysia menentang keras dasar
Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan
Afrika Selatan.
(3 markah)
8-Faktor
persekitaran geostrategik
Negara kita terletak di
tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di pertengahan laluan
perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya mengawal
laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan negara kita mengamalkan dasar
luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa berusaha memastikan
kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini
satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali. (3
markah)
9-Faktor
struktur politik negara
Negara kita merupakan
negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan
demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan berhubung dengan
negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama. (2 markah)
10-Faktor
keadaan politik serantau
Keadaan politik dan
keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar luar
negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat
apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan
mengenai Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara
tersebut agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu. (3 markah)
11-Faktor
institusi antarabangsa
Institusi antarabangsa
yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB
merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan kemakmuran
dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara kita
menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini
dan menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip
pertubuhan tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan
Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya.
(3 markah)
12-Faktor
hubungan diplomatik
Pada awalnya, nama negara
kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk membolehkan
negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan diplomatik
yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik,
ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara
kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut.
(3 markah)
13-Faktor
undang-undang antarabangsa
Dasar luar negara kita
dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara kita menghormati
prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang yang
ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan antarabangsa telah menetapkan
pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara
terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan
negara lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu
pertelingkahan. Maka, dasar luar negara kita juga terikut-ikut dengan
undang-undang yang ditetapkan.
(3 markah)
6.Kepentingan
dasar luar kepada negara
Dasar luar Malaysia bertujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara
,memelihara keharmonian Negara di mana masyarakat dapat hidup dengan aman dan
bersatu padu . Selain itu , dasar luar negara juga dapat menjamin keselamatan
Negara daripada anasir luar. Hal ini kerana , penglibatan Malaysia dalam pertubuhan
serantau contohnya ASEAN, OIC , Komenwell dan PBB membantu menjamin keselamatan
Negara. Buktinya semasa Malaysia terlibat dengan konfrantasi Indonesia –
Malaysia pada tahun 1963 Mlaysia telah mendapat bantuan ketenteraan dari Negara Komenwell dan PBB untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Dasar luar Malaysia juga membantu meningkatkan ekonomi dan menggalakkan pembangunan demi kepentingan negara.
Hal ini kerana, hubungan luar ini Negara-negara yang terlibat saling membantu
untuk meningkatkan kemahiran dan
teknologi yang merupakan elemen penting kepada pembangunan negara. Melalui
kerjasama ini, Malaysia juga dapat meningkatkan kualiti dan prestasi sektor pembuatan negara. Hasilnya barangan
keluaran Negara akan bertambah sekali gus membantu meningkatkan ekonomi Negara.
Melalui MOU antara negara-negara peserta, Malaysia dapat mengatasi masalah
kekurangan tenaga kerja apabila
negar-negara yang mempunyai lebihan tenaga buruh dapat menyalurkan buruh
tersebut untuk mengatasi kekurangan pekerja. Contohnya buruh daripada Vietnam
di bawa masuk ke Malaysia.
Selain itu matlamat dasar luar negara juga
bertujuan untuk menjadi warga global
yang bertanggungjawab ke arah mengekalkan kesejahteraan dunia. Dasar luar juga
dapat mempertahankan dan memajukan
kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global contohnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan dua hala dengan negara luar.
Seterusnya dasar luar Malaysia juga
bertujuan mempertahankan prinsip menghormati
kemerdekaan serta kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campurtangan dalam halehwal dan
masalah dalaman negara lain. Kerjasama
ASEAN+3 iaitu kerjasama yang wujud antara Negara-negara ASEAN mempermudahkan
urusan dengan Negara-negara Timur iaitu Jepun, China dan Korea. Zon Perdagangan
Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade (AFTA) turut ditubuhkan untuk membantu
Negara-negara anggota untuk meningkatkan prestasi ekonomi.
No 7. Bukti dasar luar negara kita
membawa kepada kemakmuran negara.
Antara bukti
yang menunjukkan dasar luar negara kita membawa kemakmuran kepada negara ialah
pasaran eksport dari negara kita bertambah luas hasil hubungan dengan dengan
luar kecuali Israel. Antara barangan
tersebut ialah hasil pertanian seperti getah, nenas, dan kelapa sawit. Hasilnya harga getah dan kelapa sawit stabil
seteruskan meningkatkan pendapatan rakyat dan negara.
Hasil hubungan luar tersebut juga turut
membawa masuk pelabur dari luar untuk melabur di negara kita seperti Jepun dan
Korea. Kemasukan pelabur ini dengan
membuka kilang-kilang telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan. Keadaan ini sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan
seterusnya taraf hidup rakyat akan meningkat.
Pelaburan negara kita semakin meningkat
khususnya dalam sektor industri. Keadaan
ini akan menyebabkan ekonomi negara berkembang maju. Keadaan ini akan
menyebabkan banyak pembangunan negara dapat ditingkatkan untuk kesejahteraan
rakyat seperti dalam bidang pendidikan dan kesihatan.
Hasil hubungan luar itu juga menyebabkan
berlakunya pertukaran teknologi dengan negara maju seperti Jepun. Pertukaran teknologi ini akan meningkatkan
lagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan melahirkan idea-idea bertaraf
antarabangsa seperti penggunaan jentera moden untuk pertanian.
Hubungan baik dengan negara luar juga
memberikan impak yang baik dalam sektor pelancongan kerana negara luar yakin
dengan keselamatan negara kita. Negara
luar juga membenarkan negara kita untuk membuat promosi pelancongan di negara-negara mereka contohnya Matta
Fair. Kesan kemasukan pelancong asing
menambahkan perkhidmatan seperti perhotelan dan pengangkutan.
Negara kita juga mendapat kerjasama
kepakaran dari negara-negara luar .
Misalnya peristiwa kehilangan misteri kapal terbang Mas MH370 yang telah
hilang dari radar telah mendapat perhatian banyak pihak. Negara Australia telah menghulurkan bantuan
dari aspek kepakaran untuk mengesan kehilangan pesawat tersebut dengan menghantar
kapal selam mereka untuk mengesan bangkai pesawat di dasar laut.
Kesan hubungan luar tersebut juga
menyebabkan negara kita dapat mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara pada
tahun 1997. Negara kita telah dapat mengatasi ketidakstabilan nilai mata wang
negara dengan mengapungkan nilai mata wang. Apungan ini dapat dilakukan dengan
kerjasama negara-negara luar.
Penubuhan FELDA yang ada pada hari ini
juga adalah bukti kejayaan negara kita hasil hubungan dengan negara luar. Kita telah meminjam dana dari Bank Dunia dan
hasilnya hari ini Felda menjadi pemangkin ekonomi negara.
Hubungan dengan luar juga dapat
meningkatkan keselamatan dan mengukuhkan pertahanan negara. Misalnya penglibatan negara kita
dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Hubungan ini menjadi jaminan keselamatan kepada negara kita sekiranya
negara diancam oleh mana-mana negara luar. Keadaan ini akan memberikan
keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat
8.Sumbangan Malaysia di pentas dunia dalam
mengekalkan kesejahteraan dunia.
Malaysia memainkan peranan yang
aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Tunku Abdul Rahman dilantik
sebagai Setiausaha Agong OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara
dalam menyelesaikan krisis peperangan Iran Iraq. Selain itu Malaysia juga telah
memberi sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air
mereka yang diceroboh oleh Israel.
Malaysia juga telah menjadi tuan
rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. Manakala pada tahun 2002
Malaysia menganjurkan Persidangan Luar Biasa Menteri- Menteri Luar OIC untuk
menetang pengganas dalam kalangan negara Islam.
Malaysia juga telah mengesyorkan
penggunaan wang dinar emas dalam kalangan negara- negara Islam. Hal ini
bertujuan untuk melicinkan urusan perdangangan an melancarkan urusan
perdagangan dan melancarkan kegiatan ekonomi yang lain.
Melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), Malaysia telah membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
dengan menyertai pasukan pendamai ke Congo untuk menamatkan perang saudara.
Selain itu, Malaysia juga telah mewakili pasukan keamanan PBB bagi membantu
Namibia mencapai kemerdekaan. Tidak ketinggalan Malaysia juga telah menghantar
pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq serta menghantar pasukan pangaman ke
Bosnia.
Dalam usaha uuk untntuk memerangi
penyalahgunaan dadah, telah membuat usul d PBB. hasil daripada usul
Malaysia,satu persidangan antarabangsa teah diadakan diVienna. Perdana Menteri
Malaysia pada ketika itu menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.
Idea penubuhan Negara Negara Selatan
adalah lahir daripada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad
semasa sidang kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987.Strateginya adalah
dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989. Sidang kemuncak G15 yang
pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.
Dalam Pergerakan Negara Negara
Berkecuali (NAM) Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan Dasar
Apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 2003,Malaysia telah dipilih menjadi
tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke 13.Dalam sidang kemuncak tersebut
dua negara anggota baru telah barjaya didaftarkan iaitu Timur Leste dan Pulau
Cataelina. Sidang kemuncak ini juga mencatatkan penyertaan tertinggi dengan
kehadiran 63 negara ahli.
Di peringkat serantau pula Malaysia
telah menjadi tuan rumah dalam Mensyuarat Menteri Menteri ASEAN pada tahun
1971.Hasilnya Deklarasi Kuala Lumpur ditandantangani oleh semua negara anggota
yang sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN)
Malaysia telah mengemukakan idea
dalam ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi yang melibatkan China,Jepun
dan Korea Selatan. Idea ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad dan
dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC).Walaupun idea ini ditentang
oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat,kerjasama secara tidak
rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3.
Dalam bidang sosial, Malaysia telah
bekerjasama dengan Pertubuhan Menteri - Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) dengan
pembinaan Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Selain
itu,Malaysia juga bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN dan
mengadakan pertukaran rancanagn dengan negara-negara ASEAN.
9.Cabaran
yang dihadapi Malaysia dalam mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua negara
Cabaran
yang dihadapi Malaysia dalam mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua negara
yang pertama ialah perbezaan ideologi antara negara telah mewujudkan jurang persefahaman yang berbeza.Contohnya perbezaan ideologi antara negara yang pro
Barat dengan ideologi komunis. Cabaran yang kedua adalah sukar mendapat
persetujuan bersama dalam menyelesaikan sesuatu isu. Contohnya masalah
kemasukan pendatang asing( PATI) ke negara kita yang sukar mendapat persetujuan
bersama dari negara-negara jiran bagi
mencari jalan penyelesaian masalah ini. Cabaran ketiga yang dihadapi Malaysia
ialah keselamatan negara teruji dan digugat oleh kuasa luar. Sebagai contoh
sejak kebelakangan ini Malaysia diancam dengan pelbagai serangan luar yang
mengugat kedaulatan negara seperti pencerobohan pengganas Filipina ke Lahad
Datu, Sabah . Selain itu, cabaran yang keempat
negara kita juga menghadapi masalah untuk mengekalkan kemajuan dalam
bidang ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia yang
menyebabkan negara tidak dapat bersaing dipasaran antarabangsa. Cabaran yang
kelima adalah campur tangan daripada negara maju. Situasi ini akan memberi
kesan kepada negara kita apabila kuasa luar seperti Amerika Syarikat
campurtangan dalam pentadbiran negara.
Cabaran yang keenam ialah berlakunya
kegiatan jenayah yang merentasi
sempadan. Sebagai contoh penyalahgunaan
dadah. Para pengedar dadah antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai negara transit serta ada dikalangan rakyat negara
ini yang menjadi orang upahan atau keldai dadah. Cabaran yang ketujuh adalah
mengekalkan hak kedaulatan negara. Sebagai contoh isu persempadanan atau
tuntutan bertindih antara Malaysia dan Singapura terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh dan
tuntutan Kepulauan Spartly yang menjadi rebutan dengan China, Filipina, Brunei
dan Indonesia. Cabaran yang terakhir ialah berlakunya kegiatan pemerdagangan
manusia di sempadan negara kita. Sebagai contoh pada tahun 2015 telah
terbongkar kegiatan haram pemerdagangan manusia yang berleluasa di pintu sempadan utama negara di Wang Klian,
Perlis dan Bukit Kayu Hitam , Kedah apabila
terjumpanya perkuburan besar melibatkan mangsa kegiatan perdagangan
manusia dari negara Myanmar.
10. BAGAIMANAKAH/ CARA DASAR LUAR NEGARA DAPAT MEMBANTU
MENGELAKKAN KONFLIK ANTARABANGSA/ ANTARA NEGARA
Dasar luar negera dapat mengelakkan
konflik antara negara/ antarabangsa ialah dengan tidak mencampuri urusan negara lain, contohnya dalam masalah
konflik politik di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Negara kita hanya
menjadi perantara dan penasihat untuk mendamaikan kedua-dua pihak tersebut.
Selain itu,menjaga hubungan baik dengan
negara lain. Contohnya masalah pendatang haram tanpa izin, kita berbincang
secara bersemuka tentang masalah yang timbul di antara kedua-dua negara dan
mencari penyelesaian bersama. Negara kita juga haruslah mengutamakan keamanan dan kesejahteraan serta mengelakkan perlumbaan senjata dengan negara maju, contohnya kita
menggunakan landasan yang betul dengan membawa isu Pulau Batu Putih ke Mahkamah
Antarabangsa dan tidak bersaing membeli senjata dengan negera Singapura. Bagi
mengelakkan konflik juga, negara kita
juga perlu prihatin dengan masalah yang dihadapi negera lain contohnya
memberi bantuan perlindungan kepada pelarian Vietnam dan perlarian Rohingya
dari Myammar.
(5 markah)
Di
samping itu, negara kita telah
mengamalkan Dasar Berkecuali yang tidak memihak kepada mana mana blok
kapitalis dan komunis. Negara juga perlu
meningkatkan hubungan dua hala dengan negara lain dalam pelbagai bidang.
Dalam kalangan negara ASEAN ZOPFAN telah dibentuk untuk mengelakkan konflik
antara serantau dan antarabangsa. Selain itu, negara kita juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara lain contohnya,
Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman. Selain itu, negara kita juga boleh memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang
memerlukan bagi menghadapi konflik, seperti konflik politik di Negara
Palestin dan Syria. Negara kita juga
boleh mengelakkan konflik menerusi usaha sama dan kerjasama dalam pelbagai
bidang contohnya pelaksanaan Sistem Pengharmonian Global.
(10 markah)
11
Cara Malaysia dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar.
Cara Malaysia dapat
menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar ialah terdiri daripada
beberapa perkara. Yang pertama ialah penggubalan dasar luar Malaysia sejarak
mencapai kemerdekaan. Berdasarkan faktor sejarah, negara kita telah berabad
lamanya menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, Arab, Siam dan
Kepulauan Melayu. Oleh itu, negara kita mudah menjalankan kerjasama ekonomi.
Selain itu, atas faktor
geografi, negara kita juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran
di Asia Tenggara kerana kita berkongsi sempadan dengan kebanyakan Negara-negara
Asean iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina. Oleh itu,
kita dapat mengawal keselamatan di perairan kita yang menjadi laluan kapal
dagang dunia. Hal ini dapat menjamin keselamatan negara dan membina semangat
setia kawan.
Apabila
melihat faktor ekonomi, kita mengamalkan pasaran bebas. Oleh yang demikian,
hubungan yang baik dengan beberapa buah negara gergasi ekonomi dunia seperti
Amerika Syarikat, Britain, Jepun, dan China dapat menggalakkan kemasukan
pelaburan dan modal asing, meningkatkan produktiviti serta pasaran barangan
keluaran Negara seterusnya dapat memajukan ekonomi negara. Selain itu, kita
dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk selari dengan perkembangan
pesat sektor industri.
Berbaik-baik dengan Negara
Jepun dan Korea Selatan melalui Dasar Pandang Ke Timur dapat membantu
pertukaran teknologi dan kepakaran terutamanya yang berkembang pesat sejak
tahun 1980-an lagi. Ini dapat benbantu memajukan negara kita dan budaya kerja
yang baik mengikut cara orang timur. Selain itu dapat meningkatkan kerjasama
sains dan teknologi.
Dari
sudut politik, kita juga mengamalkan dasar Pro-Barat yang yang anti komunis
serta dasar berbaik-baik dengan semua
pihak. Dasar luar ini dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman bukan sahaja untuk
kebaikan politik Malaysia, malah merangkumi faktor ekonomi dan social juga. Ini
terbukti selepas merdeka negara kita menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dan Kesatuan Negara-negara Bekas Tanah Jajahan British (Komanwel). Dengan
hal yang demikian, negara kita mudah mendapat bantuan dan pertolongan jika
perlu, dan menjalin kerjasama ekonomi. Selain itu, dapat mengukuhkan lagi
pertahanan negara terutamanya selepas pasca kemerdekaan yang memerlukan bantuan
ketenteraan dari Negara-negara komanwel.
Faktor
demografi pula kita menjalinkan hubungan diplomati yang baik dengan
Negara-negara Islam sejajar dengan penduduk Malaysia yang majoriti beragama
Islam. Oleh itu, Malaysia dapat bersuara dalam Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC) yang dapat menunjukkan sikap komited terhadap isu penindasan Israel
terhadap rakyat Palestin. Selain itu, Malaysia juga dapat menunnjukkan amalan
konsep perpaduan terhadap hak asasi manusia menentang keras Dasar Aparteid yang
diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar tersebut dihapuskan. Sekarang ini hanya
tinggal Israel kita tidak membuat sebarang kerjasama demokratik.
Politik negara menjadi tidak stabil
dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang tidak mantap akan
mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain. Imej negara juga akan tergugat kerana kegiatan
jenayah merentas sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal seperti yang kita
amalkan sekarang.
Dasar luar yang tidak mantap juga
akan membataskan kerjasama antara negara dalam semua aspek terutamanya
keselamatan. Usaha menangani keganasan
global seperti ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana kurangnya
kerjasama antara negara.
12.
Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah cara
untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan negara luar?
Sebagai
seorang pemimpin, cara-cara untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara
serantau adalah dengan berbaik-baik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi dan menghormati kedaulatan negara-negara lain
seperti Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara lagi.
Kita
juga tidak harus mencampuri urusan hal ehwal dalam negara lain,
sebaliknya kita harus menghormati kepelbagaian agama dan
pengamalan demokrasi di negara-negara tersebut seperti membantu menyelesaikan
konflik secara rundingan krisis di selatan Thailand dan selatan Filipina.
Dalam
mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau, kita juga boleh mengukuhkan
kerjasama dalam pelbagai aspek dan mengamalkan sikap toleransi.
Contohnya isu pembantu rumah dengan negara Indonesia.
Selain
itu, sebagai pemimpin juga, kita harus mengutamakan keamanan dan
keharmonian negara-negara serantau dengan cara berpegang teguh kepada
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengelakkan persaingan
senjata antara negara serantau.
Kita
mestilah menghormati hak asasi manusia. Contohnya dengan membantu
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dan prihatin terhadap isu-isu
kemanusiaan seperti pelaksanaan demokrasi dan krisis kemanusiaan di Rohingya,
Myanmar (Burma).
Sikap penting yang perlu
dimiliki oleh seorang pemimpin untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara
serantau adalah rasional dan berfikiran dinamik. Melalui sikap
ini, negara akan terus maju dan dapat bersaing seiringan dengan negara-negara
maju yang lain dalam pelbagai bidang. Kesannya negara akan stabil dan rakyat
hidup aman dan harmoni.
SOALAN
13: Faktor
dasar luar Negara Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Faktor
dasar luar Negara Malaysia sentiasa berubah bergantung kepada faktor
politik. Pucuk pimpinan Negara yang
berubah mengikut perubahan Perdana Menteri bermula daripada Tunku Abdul Rahman
hingga Perdana Menteri sekarang, Dato’ Seri Najib Razak. Contohnya dasar luar
Malaysia daripada pro Barat semasa Tunku Abdul Rahman berubah kepada dasar
berkecuali ,iaitu dasar berbaik-baik dengan semua Negara semasa Tun Abdul Razak
disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan politik di Vietnam yang
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Faktor politik lain keselamatan
Negara. Keselamatan Negara Malaysia pernah tergugat kerana ancaman komunis
kesan perkembangan Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia melaksanakan dasar
pro Barat bagi mendapat bantuan pertahanan daripada Negara-negara Komanwel,
iaitu Britian, Australia dan New Zealand.
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah
dalam usaha memelihara hubungan dengan Negara jiran terutama dalam menangani
krisis dengan Negara jiran. Contohnya
peristiwa konfrontasi dengan Indonesia dan Malaysia pernah terputus hubungan
dengan Negara Filipina kesan pembentukan Malaysia. Akhirnya diselesaikan
melalui penubuhan MAPHILINDO dan ASA.
Faktor ekonomi juga turut mempengaruhi
perubahan dasar luar Malaysia. Malaysia
mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan semua Negara atas kepentingan ekonomi
Negara, contohnya perkembangan perdagangan dan pelaburan. Contohnya Malaysia mengadakan hubungan ekonomi dengan
Negara-negara ASEAN.
Selain itu, Tun Dr Mahathir juga turut
memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur yang menjadikan Jepun dan Korea sebagai
model bagi membangunkan Malaysia. Ini sebagai satu uasaha untuk menarik pelabur
dari Negara berkenan.
14. Kesan sekiranya dasar luar negara
tidak mantap?
Jika
dasar luar negara tidak mantap ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita.
Misalnya, eksport negara akan berkurangan.
Ini adalah kerana secara hubungan
dengan negara lain akan terbatas atau terhad. Ekonomi negara juga merosot dan
ini menyebabkan pendapatan negara
merosot.
Kita juga akan menghadapi masalah
kemasukan pelabur asing ke negara kita. Kemasukan pelabur luar yang terhad
akan menyebabkan peluang pekerjaan
semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat merosot. Secara tidak langsung,
ekonomi negara akan terjejas dan mempengaruhi pembangunan negara Malaysia. Imej
negara juga akan terjejas di mata dunia..
Politik negara menjadi tidak stabil
dan kedaulatan negara akan terancam. Dasar luar yang tidak mantap akan
mendedahkan negara kita kepada serangan dan konflik dari negara lain. Imej negara juga akan tergugat kerana kegiatan
jenayah merentas sempadan akan meningkat tanpa dapat dikawal seperti yang kita
amalkan sekarang.
Dasar luar yang tidak mantap juga
akan membataskan kerjasama antara negara dalam semua aspek terutamanya
keselamatan. Usaha menangani keganasan
global seperti ancaman Daesh dan IS akan menjadi sukar kerana kurangnya
kerjasama antara negara.
15.
Cara dasar luar Negara dapat memantapkan
perpaduan masyarakat
antarabangsa.
Dasar-dasar luar Malaysia telah dapat
mengukuhkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Perkara ini berlaku kerana
masyarakat Negara kita amat kukuh mengamalkan
semangat tolong menolong dengan
negara luar tanpa mengira sempadan kaum,agama,ideologi dan juga sempadan
politik.
Perpaduan ini jelas terbukti ketika
bencana alam yang berlaku seperti Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun.
Negara kita telah menghantar bantuan perubatan, bantuan kewangan, bantuan
menyelamat serta bantuan barangan makanan dan minuman kepada semua mangsa.
Dasar luar Malaysia juga mengutamakan
perpaduan, Ini dibuktikan Malaysia pernah menjadi perantaraan menyelesaikan
krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan Filipina dan sebagainya.
Disamping itu juga bagi mewujudkan
perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia memainkan peranan yang penting dalam
menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut lunas- lunas yang
terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) sehingga hari
ini.
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan
perpaduan masyarakat antarabangsa dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang
mengutamakan keamanan dunia melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan
berkecuali,malah mengutamakan perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang
mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan tentera kita dibawah panji-panji PBB
dengan menghantar tentera pengaman di Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera
kita diperingkat antarabangsa ini mendapat penghormatan dari negara-negara
lain.
Selain
itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka buruk
dikalangan semua negara.
16.Nilai kejayaan/ keberkesanan dasar luar negara
Dasar luar negara yang diamalkan
mampu menarik minat pelancong justeru pertukaran wang asing semakin meningkat
dan mampu menjana ekonomi negara. Selain iitu, dasar berbaik-baik dengan negara
luar termasuk negara yang mengamalkan ideologi komunis seperti republik. China
dapat membangunkan ekonomi negara dengan baik. Barangan keluaran negara dapat
dipasarkan ke negara barat dan negara Republik China. Hal ini mampu
meningkatkan pendapatan negara.
Dasar berbaik-baik dengan
dengan semua negara termasuk negara-negara Islam seperti OIC mampu meningkatkan
pasaran barangan tempatan ke negara-negara arab. Selain itu, Malaysia juga
mendapat keistimewaan di negara-negara Arab seperti urusan jemaah haji ke
Mekah.
Dasar luar Malaysia juga
mengamalkan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali menyebabkan Malaysia dihormati
oleh negara luar justeru dapat mengekalkan kedaulatannya, perpaduan negara
dapat diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar Pandang ke Timur, Malaysia
dapat mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintegriti
yang tinggi dalam kehidupan.
Antara kejayaan Malaysia menjalinkan
hubungan baik dengan negara luar, Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan komuniti dapat
dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara Asia dengan mudah dan selamat.
Misalnya, Kereta Proton Saga keluaran Malaysia dapat dipasarkan ke negara
Republik China. Dengan ini, pendapatan Negara akan meningkat.
Selain
itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu perkembangan dalam bidang sosial negara seperti
pendidikan. Misalnya melalui hubungan Malaysia dalam Pertubuhan Negara Islam
(OIC), Malaysia telah dapat membina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) untuk memberi peluang kepada
semua pelajar Islam di dunia supaya dapat menyambungkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu, pelajar di negara Islam yang miskin
seperti sudan dan Nigeria dapat meneruskan pengajian mereka untuk menuntut imu.
17. Dasar luar negara yang diamalkan sejak dahulu hingga kini berjaya
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di negara luar.
Dasar luar negara yang
diamalkan Malaysia adalah konsisten,
berprinsip dan pragmatik. Selagi Malaysia tidak berdiam diri dan terus berperanan ketara, dasar luar Malaysia
mampu memberi kejayaan dan kebaikan
kepada negara seterusnya menjadikan negara
dihormati di negara luar. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen yang mementingkan
hubungan baik antara negara-negara luar.
Situasi ini membawa kepada
penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini juga
membolehkan Malaysia menjadi sebuah
negara yang membangun dari sudut ekonomi
dan dapat menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.
Hasil daripada mengambil
sikap berkecuali ini juga Malaysia telah dipanggil untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan Perang Saudara di Congo. Pada
tahun 1989, Malaysia terpilih sekali lagi mewakili
pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan.
Malaysia dalam dasar
luarnya telah mengambil bahagian di
dalam pelbagai isu rantau dan antarabangsa. Apa juga yang menyentuh soal kemanusiaan dan keadilan
sejagat Malaysia tidak sunyi menyuarakan pandangan dan perspektifnya.
Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan pemerhati bagi meleraikan
pergolakan-pergolakan di luar negara seperti Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Malaysia sebagai sebuah
negara yang istimewa memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum menyebabkan
Malaysia mengalu-alukan amalan yang
toleran dalam hubungan sesama kaum. Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui amalan-amalan yang tidak
berperikemanusiaan seperti memutuskan
hubungan dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di
negara tersebut. Malaysia juga mengutuk
penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap rakyat Bosnia. Situasi ini
membantu mengukuhkan hubungan perpaduan
kaum dalam negara dan seterusnya merapatkan
hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
(10 markah)
Keterlibatan
Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
juga giat berlangsung. Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang membuahkan hasil
keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti Mesyuarat Commonwealth Head of Governments
Meeting (CHOGM) yang telah membuahkan keputusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini
juga berhubung kait dengan soal tanggungjawab
negara-negara Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang
terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti keamanan dunia terhasil kesan daripada penggubalan dasar berbaik-baik
dengan negara luar sehingga menjadikan negara Malaysia dihormati dan disegani oleh negara luar. Malahan situasi
ini juga dapat mengharumkan nama baik
negara kita hasil daripada sumbangan-sumbangan
yang Malaysia berikan pada peringkat antarabangsa.
(15
markah)
18. Kewajaran jalinan hubungan baik
dengan negara luar
Malaysia wajar menjalin
hubungan baik dengan negara luar untuk
mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan aman dalam negara akan
menjamin keselamatan rakyat dan negara. Contohnya, Malaysia berbaik-baik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi.
Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan semua negara akan dapat memperkukuh
hubungan diplomatik dan persefahaman dengan negara luar.
Malaysia juga perlu mengadakan hubungan baik dengan negara luar untuk
mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Contohnya, dengan menjadi
negara anggota ASEAN. Malaysia dapat mengekalkan kestabilan politiknya melalui
konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diperkenalkan. Aktiviti
perdagangan dua hala juga dapat dijalankan dengan negara anggota ASEAN. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara
lain mampu memelihara hubungan baik antara Malaysia dengan negara anggota
ASEAN.
Dengan menjalinkan hubungan baik
dengan negara luar Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan
sempurna. Barangan komuniti dapat dipasarkan ke Negara barat dan ke Negara Asia
dengan mudah dan selamat. Misalnya, Kereta Proton Saga keluaran Malaysia dapat
dipasarkan ke negara Republik China. Dengan ini, pendapatan Negara akan
meningkat.
Hubungan yang baik dengan Negara
luar juga menjadikan Malaysia mudah dikunjungi ramai pelancong. Hal ini
mendorong pertukaran mata wang asing semakin meningkat, Seterusnya dapat
menjana ekonomi Negara. Misalnya melalui keanggotaan Malaysia dalam ASEAN,
Malaysia telah memperkenalkan tahun melawat Malaysia kepada seluruh negara di
Asia Tenggara. Peluang pekerjaan dalam
industri pelancongan juga turut meningkat dan membantu meningkatkan taraf hidup
rakyat.
Melalui hubungan yang baik dengan
Negara luar juga dapat menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara
kita. Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan
berkembang pesat. Keadaan ini turut merangsang kemasukan tenaga kerja dari luar
yang diperlukan untuk mempercepat pembinaan projek-projek mega seperti
pembinaan Monorel dan Jambatan kedua Pulau Pinang. Pendek kata, dasar berbaik-baik dengan negara
lain akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelabur asing.
Selain
itu, hubungan yang baik dengan Negara luar turut membantu perkembangan dalam bidang
sosial negara seperti pendidikan. Misalnya melalui hubungan Malaysia dalam
Pertubuhan Negara Islam (OIC), Malaysia telah dapat membina Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk memberi peluang kepada semua pelajar Islam di dunia supaya dapat
menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan itu, pelajar di
negara Islam yang miskin seperti sudan dan Nigeria dapat meneruskan pengajian
mereka untuk menuntut imu.
Menjalinkan hubungan yang baik dengan
Negara luar juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.
Hubungan erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan teknologi moden
ke dalam negara. Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan contohnya dalam
pembinaan empangan hidro elektrik di Bakun.
Oleh itu, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang sains dan
teknologi dengan negara lain telah membantu memajukan negara Malaysia.
Hubungan
yang baik dengan Negara luar juga dapat membantu mengekalkan keamanan dunia.
Melalui penglibatan dalam pertubuhan antarabangsa, Malaysia telah bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit. Contohnya dengan menyertai pertubuhan dunia seperti PBB,Komanwel, NAM
dan OIC. Oleh itu, Malaysia mampu memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
keamanan sejagat.
Disamping itu juga, hubungan yang baik
dengan Negara luar telah berjaya mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling menyayangi,
menghargai antara satu sama lain dan seterusnya menolak prasangka buruk dalam
kalangan semua negara. Contohnya,
masyararakat antarabangsa bersatu padu dalam menjayakan sukan bertaraf
antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Oleh itu, dasar berbaik-baik dengan negara
lain ternyata mampu menyatupadukan masyarakat seantero dunia melalui pelbagai
aktiviti sukan.
19.
Faktor keadaan dunia yang masih tidak aman
walaupun sudah terjalin
hubungan dengan negara luar
Keadaan dunia yang masih tidak aman
walaupun sudah terjalin hubungan dengan negara luar ialah wujudnya gabungan
negara-negara seperti negara kapitalis dan negara komunis Perlumbaan senjata dalam kalangan negara-negara tertentu di
dunia juga telah menimbulkan keadaan tidak aman . Pembinaan senjata nuklear
oleh Korea Utara dan Iran bukan saja menggugat keselamatan negara-negara maju
bahkan negara jiran.
Selain itu ,terdapat juga fahaman yang
berbeza walaupun dalam satu pertubuhan seperti OIC. Walaupun menjalinkan
hubungan diplomatic yang baik dalam kalangan anggota tetapi masih berlaku
peperangan contohnya antara Syiria dengan Turki akibat fahaman yang berbeza
seperti Syiah dan Sunni.
Negara-negara maju yang masih membuli atau
menguasai negara-negara membangun darisegi ekonomi telah mewujudkan jurang
hubungan yang lebih besar. Contohnya negara-negara berkuasa besar dunia telah
memanipulasi harga mintyak dunia menyebabkan
negara-negara kurang maju mengalami ketidaktentuan ekonomi.
Kesan
daripada kegawatan ekonomi dunia telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan
matawang telah memberi kesan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia,
Indonesia dan lain-lain.
20.
LANGKAH MENGATASI CABARAN DALAM
MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN
NEGARA JIRAN
Dalam usaha untuk mengatasi
cabaran-cabaran tersebut, Malaysia telah mengambil beberapa langkah yang
bersesuaian. Antaranya ialah mengadakan
perundingan peringkat menteri contohnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
.Dalam masyuarat tersebut beberapa isu yang boleh mengggugat kerjasama akan
dibincang dan diselesaikan.
Penyelesaian melalui Mahkamah
Antarabangsa juga telah dilakukan terutama berkaitan sempadan yang
bertindih.Contohnya perebutan Pulau Batu Putih antara Ma;aysia dengan Singapura
dan Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Indonesia
Dalam menyelesaikan masalah jenayah
sempadan , kerjasama antara pasukan keselamatan negara ini dengan negara jiran
juga telah diwujudkan contohnya menubuhkan APPM,UPP dan ESCOM.Kerjasama ini bertujuan
untuk mengekang kemasukan barang terlarang seperti senjata
api,dadah,mercun.,dan lain lagi.
Latihan ketenteraan bersama antara
pasukan tertera Malaysia dengan pasukan tertera negara jiran akan dapat
menjalinkan lagi hubungan baik dengan negara jran.Contohnya latihan Malindo
antara tentera Malaysia dendan tentera Thailand mengeratkan lagi hubungan kita
dengan Thailand.
Dalam mengeratkan lagi hubungan kita
dengan negara jiran, Malaysia telah menghulur bantuan yang diperlukan oleh
negara jiran apabila berlaku bencana alam.Contohnya Malaysia telah menghantar
bantuan kemanusiaan ke Indonesia dan
Filipina apabila negara tersebut dilanda banjir dan gempa bumi.Selain itu, kita
juga menghantar pasukan bomba untuk memadam kebakaran di Indonesia.
Malaysia juga telah menghulur
bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara ASEAN yang lain untuk
membantu mereka menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi Selain itu menyediakan peluang pelajaran
kepada pelajar dari negara jiran untuk
belajar di negara ini.
Mengenai pelarian Rohingya negara
kira terlah bekerjasama dengan PBB iaitu menyediakan tempat untuk pelarian
UNHCR dari Rohingya.Kita juga telah menyediakan kemudahan
perubatan,pendidikan,tempat ibadat dan lain lagi kepada pelarian tersebut
Saling
menghormati ideologi dan meningkatkan kerjasama dalam
perbagai bidang supaya hubungan dua hala supaya ideology yang berbeza
tidak menjadi penghalang.
Malaysia
perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara dan mengenakan hukuman
yang berat kepada pesalah. Selain itu,
Malaysia perlu mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara –negara lain
agar masalah ini dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala.
21. Cipta/ rancang dasar luar negara Malaysia mengikut keadaan masa
kini
atau
Hala
tuju dasar luar negara
Malaysia pada masa hadapan
Dasar
luar masa kini seharusnya mengekalkan
dasar berkecuali supaya dunia aman tanpa persaingan pengaruh yang boleh
membawa kepada peperangan. Selain daripada itu, ia dapat mengekalkan kedaulatan
negara. Dasar berbaik-baik dengan semua
negara juga harus dikekalkan tanpa mengira blok Barat atau blok Timur.
Selain itu, negara harus mengukuhkan
hubungan serantau seperti ASEAN. Kerjasama yang erat dengan negara
anggota PBB, OIC, NAM dan Komanwel.
Sebagai contohnya menjadi Ahli dalam Majlis Keselamatan PBB.
Dasar
luar negara kita harus meneruskan Dasar
Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
untuk membangunkan negara. Dasar ini mampu memupuk nilai kerja keras dan
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dapat diperkukuhkan lagi. Di samping
itu juga, para pemimpin negara harus menggunakan pendekatan diplomasi dalam tuntutan sempadan yang bertindih seperti
tuntutan ke atas Pulau Batu Putih.
Kerjasama berbentuk diplomatik
penting dalam menarik pelaburan asing ke dalam negara kita demi memajukan
negara. Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira kepentingan
ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan
pembangunan ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara kita. Kita harus meneruskan pelaburan dengan negara China kerana
ia menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Dalam
dasar luar negara masa kini dan akan datang, kita perlu berperanan aktif dalam OIC supaya dapat mempertahankan kesucian
Islam dan menjadi medan untuk menyuarakan kepentingan umat Islam sedunia.
Negara kita juga perlu mengurangkan
pergantungan perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat dan Britain.
Dalam memastikan
keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan harmoni, Malaysia terus komited
menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi menyelesaikan pertikaian
secara rundingan dan diplomasi. Malaysia akan terus memperjuangkan nasib rakyat
Palestin yang diceroboh oleh Israel. Malaysia akan terus berperanan dan
bersuara untuk menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.
SOALAN 22:
CARA
MALAYSIA DAPAT MENYUMBANG KEPADA KESEJAHTERAAN DUNIA.
Antara
sumbangan Malaysia dalam menyumbang kepada kesejahteraan dunia adalah dalam penglibatan pakatan ketenteraan di
peringkat antarabangsa. Antara usaha dan penglibatan dalam bidang
ketenteraan adalah dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
(PBB) melalui Angkatan Tentera Malysia. Menteri Pertahanan. Mengambil contoh
penyertaan ATM dalam misi Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Malcon
ISAF) di Afghanistan, pasukan tersebut kini mendapat permintaan PBB untuk terus
berada di negara tersebut terutama dalam memperbesarkan kemudahan perubatan
tahap dua. Perkara itu berikutan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang
menyediakan doktor dan pembantu perubatan wanita di negara bergolak tersebut
khususnya di kawasan Bamiyan. Pasukan itu juga berjaya mencatat rekod apabila
kadar kematian bayi dan wanita bersalin berada pada tahap sifar. Kita sudah
menerima surat pujian daripada Kementerian Pertahanan Afghanistan dan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan mereka mahu kita memperbesarkan
kemudahan perubatan. Begitu juga dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
yang mengiringi kapal-kapal dagang di Teluk Aden, Somalia. Sejak operasi dan
lanun-lanun Somalia ditahan, tiada sebuah pun kapal-kapal dagang Malaysia
diserang lanun. Ini menjadi ikutan tentera-tentera asing. (10 Markah)
Seterusnya pula
penglibatan Malaysia dalam pertubuhan
negara-negara Komonwel. Kepentingan sosial yang melibatkan Sukan Komanwel
bagi memupuk hubungan persahabatan antara anggota. Pemberian biasiswa yang
melibatkan pelajar miskin untuk belajar di universiti negara-negara anggota.
Kepentingan Pertahanan juga penting kerana ketika itu Malaysia sedang
menghadapi masalah dengan Indonesia. Perjanjian Pertahanan telah dibuat antara
Malaysia, Britain, Australia, New Zealand dan Singapura yang menyaksikan semua
negara terbabit bebas membuat keputusan untuk membantu atau tidak jika sesebuah
negara anggota diancam oleh kuasa lain. Kepentingan ekonomi juga jelas kerana
Rancangan Colombo menyaksikan negara-negara maju membantu memajukan
negara-negara anggota yang miskin. Begitu juga penubuhan Pertubuhan Blok
Sterling yang menjadi tabung bagi negara-negara anggota untuk mengasaskan nilai
mata wang mereka dengan mata wang British. Peranan Malaysia dalam Komanwel?
Memang banyak. Antaranya menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM). Malaysia juga aktif menimbulkan isu-isu antarabangsa seperti
Isu alam sekitar melalui Deklarasi Langkawi, hak-hak asasi manusia dan
penentangan dasar Apartheid. (15
Markah)
Selain bantuan yang di
hulurkan oleh pihak kerajaan, pihak NGO
Malaysia juga menyumbang bakti di peringkat antarabangsa. Contohnya,
sukarelawan HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan (BMK) telah melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti bantuan kemanusiaan dan kebajikan di Palestin, Syria,
Somalia, Turki, China, Pakistan, Indonesia, Myanmar dan Kemboja yang telah
ditimpa musibah bencana alam atau dilanda kancah peperangan. Kebanyakan
aktiviti kemanusiaan HALUAN dalam negara mahupun luar negara digerakkan melalui
kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, badan kemanusiaan antarabangsa dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO). Selain itu, Persatuan Bantuan Perubatan
Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia) adalah sebuah organisasi bukan
untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko
bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan
bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia
bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan
individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan
bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. Pada
tahun 2010, MERCY Malaysia bekerjasama dengan Merlin UK untuk menghantar
bantuan dalam Haiti. Mereka juga bertindak balas secara langsung dalam fasa
kecemasan kepada gempa bumi di Chile di samping banjir di Pakistan. Pada tahun
2011, MERCY Malaysia menghantar pasukan ke Somalia , gempa bumi melanda Turki
dan juga untuk membantu mereka yang telah terjejas oleh banjir di Thailand.
Pada tahun 2012, Mercy Malaysia telah menghantar pasukan ke Rakhine , Myanmar ,
di mana mereka diedarkan barangan (bukan makanan) dan klinik bergerak
ditubuhkan untuk membantu mereka yang terjejas, di samping menghantar bantuan
kepada Mindanao, Filipina untuk bertindak balas terhadap mereka yang terjejas
oleh Ribut Tropika Washi dan Taufan Bopha. Mereka juga telah menghantar pasukan
penilaian mereka untuk membantu pelarian Syria di sana. (20
Markah)
23.: USAHA-USAHA UNTUK
MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN NEGARA
LUAR.
Baru baru ini, Festival Makanan, Kraf Tangan
dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan
matlamat untuk mendedahkah budaya tradisi negara jiran tersebut di Malaysia.
Ternyata Perkongsian Budaya antara
Negara dapat dihubungkan. Pulau Pinang sememangnya giat
berusaha dalam mempromosikan aktiviti-aktviti yang berkaitan dengan kebudayaan.
Program kebudayaan menjadi komponen penting dalam mengeratkan hubungan antara
rakyat negara-negara jiran melalui perkongsian budaya.
Penyertaan setiap negara
dalam pertandingan sukan pada
peringkat antarabangsa memang tidak dapat dinafikan dapat mengeratkan hubungan
masyarakat dunia. Antara pertandingan sukan yang diadakan ialah Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Ibu negara kita, Kuala
Lumpur, telah diberi peluang untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998
ternyata menunjukkan bahawa Malaysia boleh berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan Negara berprestij lain. Tuntasnya, penyertaan pelbagai negara
dalam pertandingan sukan dapat mewujudkan
suatu jaringan komunikasi yang baik merentas sempadan.
Malaysia
boleh mengembleng tenaga dengan negara luar yang mempunyai teknologi lebih
canggih dalam sistem pertahanan
mereka sebagai satu strategi untuk meningkatkan benteng pertahanan negara.
Secara tidak langsung kerjasama
dalam meningkatkan pertahanan negara dapat dicapai. Misalnya,
penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk
menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran
undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut
Sulu. Jenis-jenis jenayah di kawasan ini adalah penahanan tebusan,
rompakan, penyeludupan dadah, senjata dan pemerdagangan orang, PATI, dan
kecurian khazanah laut.
Selain
itu, negara kita melakukan pemindahan
teknologi dalam kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat
multinasional asing dengan syarikat tempatan. Contohnya, projek usaha sama
industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan
Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia Kerjasama ini
menyebabkan syarikat tempatan mendapat faedah pemindahan teknologi pembuatan kereta daripada negara maju
berkenaan. Keadaan ini membolehkan perkembangan
inovasi serta penciptaan teknologi
baru oleh syarikat tempatan di samping meningkatkan hubungan diplomatik
antara negara melalui kerjasama ekonomi.
Sehubungan
dengan itu, usaha dalam
mengekalkan hubungan baik dengan negara luar, kita juga boleh mengukuhkan
kerjasama dalam pelbagai aspek dan mengamalkan
sikap toleransi contoh isu pembantu rumah dengan negara Indonesia. Selain itu sebagai
pemimpin juga, kita harus mengutamakan keamanan
dan keharmonian negara-negara serantau dengan cara berpegang teguh
kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengelakkan
persaingan senjata antara negara serantau.
Kerjasama ekonomi juga
dapat dilihat dengan mengadakan perjanjian “Free Trade Agreement” (Perjanjian
Perdagangan Bebas) di antara negara-negara terbabit. Contohnya Malaysia telah
mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan mengadakan
Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun. Jepun
menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi
Perdana Menteri Malaysia.
Hubungan baik
dengan negara luar juga membolehkan wujudnya
perdagangan dua hala antara negara. Contohnya, Malaysia menjalankan
hubungan serantau dengan Singapura dan
Indonesia. Ia membolehkan wujudnya hubungan
perdagangan antara dua negara tersebut. Maka akan membawa keuntungan dari segi ekonomi antara dua pihak.
(10 Markah)
24. PERUBAHAN
EKONOMI GLOBAL MEMPENGARUHI DASAR LUAR
NEGARA.
Kejatuhan
ekonomi global telah mempengaruhi Dasar
Luar Negara Malaysia antaranya
ialah kejatuhan harga minyak dunia.
Kejatuhan harga minyak
dunia telah menyebabkan Malaysia
menjalin hubungan dagangan
yang lebih fleksibel
dengan Negara-negara Barat.
Malaysia
masih memberi tumpuan
kepada dua hasil utamanya iaitu
bijih timah dan
getah menyebabkan pelabur Britain masih menguasai
peratus besar dalam
ekonomi Malaysia. Malaysia
mengamalkan pasaran bebas
dengan membina rangkaian perdagangan
dengan Negara-negara lain
seperti Amerika Syarikat, Jepun , Singapura
dan Jerman bagi memgurangkan pergantungan kepada
Britain dan bagi mencari
pasaran baru.
Perubahan
dasar luar Malaysia yang menekankan
kepentingan ekonomi juga
telah mempertingkatkan hubungan
dua hala dengan Negara membangun dan
Negara Islam. Hal
ini bertujuan meningkatkan
pasaran barangan Malaysia
serta mengadakan pelaburan
di negara berkenaan. Selaras
dengan perubahan tersebut,
Malaysia mempertingkatkan hubungan
dua hala dengan
Negara Afrika, Amerika Selatan ,Carribean dan
Pasifik Selatan. Malaysia
telah menandatangani perjanjian
dua hala yang
menguntungkan kedua dua belah
pihak.
Malaysia
menjalin hubungan baik
dengan Negara Asean
bagi meningkatkan kemajuan
Negara. Malaysia menjalinkan
kerjasama ekonomi melalui ASEAN dengan
melancarkan projek baja
UREA. Projek tersebut mampu
menjana ekonomi pertanian
dengan lebih baik.
Malaysia berusaha
mewujudkan kerjasama ekonomi
antara ASEAN dengan Negara
Timur iaitu China,
Jepun dan Korea
Selatan melalui EAEC
dan ASEAN + 3.
Malaysia juga telah menjalin
hubungan baik dengan Negara-negara di
Timur melalui Dasar Pandang
Ke Timur, pelaburan asing juga
digalakkan dari Negara- Negara di timur
terutamanya Jepun dan
Korea. Pada masa yang sama , Malaysia menjalin
hubungan baik dengan Negara- Negara sedang
membangun dan juga Negara- Negara Dunia Ketiga
bagi meningkatkan pasaran
barangan keluaran Malaysia
di samping mengadakan
pelaburan di Negara- Negara berkenaan.
.
25. PERUBAHAN POLITIK DUNIA MEMPENGARUHI DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar
Malaysia dibentuk untuk memelihara dan
mempertahankan kepentingan politik, keselamatan dan ekonomi serta kepentingan
utama yang lain. Dasar ini didorong ke arah menggalakkan kewujudan persekitaran
serantau dan antarabangsa yang harmoni yang akan memberikan ruang kepada
Malaysia untuk mencapai matlamat negara tanpa gangguan daripada ancaman luar.
Semenjak
merdeka hingga kini, Malaysia masih meneruskan dasar luar negara yang bebas,
berprinsip dan pragmatik yang berlandaskan nilai keamanan, kemanusiaan,
keadilan dan kesamaan. Ia juga dibina atas rasa hormat terhadap kebebasan,
kedaulatan, keutuhan wilayah dan sikap tidak mencampuri urusan negara lain,
penyelesaian masalah secara aman, kewujudan bersama secara harmoni dan hubungan
yang saling memanfaatkan.
Sejak kita
mencapai kemerdekaan hingga kini, Malaysia tidak pernah mengasingkan diri
daripada masyarakat antarabangsa dan menunjukkan dasar luar yang aktif di
peringkat antarabangsa dan serantau. Malaysia telah memainkan peranan yang
berkesan yang berkesan dalam sistem politik antarabangsa dan setiap tindakan
yang diambil adalah berkait rapat dengan dasar domestik negara, iaitu dasar
mementingkan keamanan, kebebasan dan semangat kerjasama dalam perhubungan
antarabangsa.
Dalam zaman
Tunku Abdul Rahman dari 1957–1969, dasar luar Malaysia berada di tahap pengasasan dan pengembangan, di mana
ianya didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar
negara kita pada waktu itu ternyata bersifatantikomunis dan pro-Barat dengan
hubungan yang rapat dengan negara-negara Komanwel.Ketika itu Malaysia berada
dalam situasi dan kondisi politik domestik yang kurang
stabil .
Kita juga menentang kuat dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.Dasar
yang membelakangan hak asasi manusia.
Era
pemerintahan Perdana Menteri Kedua Malaysia dari 1970–1976,di bawah kepimpinan
Tun Abdul Razak memperlihatkan keupayaanmendalam beliau mengendalikan hubungan
luar Malaysia mengikut arusperubahan. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan
Persidangan Islam(OIC) dan mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah “Negara
Islam”.
Beliau telah
merintis usaha ke arah peneutralan dasar luar Malaysia dengan menjalinkan
hubungan diplomatik dengan hampir semua negaratanpa mengira ideologi.Era ini
adalah era Perang Dingin di antara Blok Barat dan Blok Komunis yang perlu
ditangani dengan bijaksana.
Pencarian
negara rakan baru secara besar-besaran meningkatkan kepentingan Negara-negara
Berkecuali (Non-Alignment Movement) kepada Malaysia. Kita dikenali sebagai
negara berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara
harmoni dan kebebasan.
Malaysia
juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat
serantau dan membina hubungan danhubungan diplomatik dengan negara komunis..
Beliau juga telah mengadakan penyelarasan dalam aspek politik, ekonomi, dan
dasar pertahanan bagi memenuhi tuntutan strategik negara.
Tempoh
penggabungan di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn(1976–1981) dengan ASEAN
menjadi asas dalam dasar luar negaraMalaysia ekoran daripada kejatuhan Saigon
(kini Bandar Ho ChiMinh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera AS dari Asia
Tenggara
dan
pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam.Sidang Kemuncak ASEAN yang
pertama diadakan dan Malaysiamenandatangani Perjanjian Persahabatan dan
Kerjasama di Bali padatahun 1976. Penekanan yang lebih tegas turut dibuat ke
atas kebebasan,
kekecualian
dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama dunia. Dasar luar Malaysia dalam tempoh ini
menunjukkan era pengukuhan, di mana kita tidak memihak kepada mana-mana negara.
Hal ini bertepatan dengan lingkungan global ketika itu yang sedang bergerak ke
arah pengenduran hubungan tegang di antara negara-negara yang sedang
berkonflik.
Perubahan
yang lebih ketara terjadi apabila Tun Dr. MahathirMohammad mengambil alih
jawatan sebagai Perdana Menteri yangkeempat pada tahun 1981 (1981-2003).
Selepas Era Perang Dingin tamat pendirian dasar luar negara Malaysia lebih
banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini.
Sebelum ini,
dasar luar Malaysia menjadikan Barat sebagai role-model, tetapi dalam era
Mahathir, beliau membuat perubahan yang drastik dengan menjadikan Timur sebagai
role-model. Dasar Pandang ke Timur merupakan satu pembaharuan yang sangat nyata
dalam pemerintahan Malaysia dan menarik perhatian dunia khususnya, Barat .
Dasar luar
Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tun Abdullah AhmadBadawi dari 2003-2009
disifatkan telah melalui proses evolusi yangdinamik. Beliau meneruskan kesinambungan
dasar luar Malaysiaera Perdana Menteri sebelumnya di samping memperhalusi dan
mengkonsolidasi
dasar luar sedia ada dengan memperlihatkan respons pragmatik dalam menyahut
cabaran geopolitik dan ekonomi.
Dalam era
pemerintahan Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak, beliau menekankan dasar luar
yang lebih proaktif dan dinamik. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau,
terutama dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga
menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua
hala) yang mesra dengan negara jiran .
Satu-satunya
pengecualian ialah Israel. Seperti negara lain, Malaysiaturut prihatin tentang
ketegangan dan konfl ik yang berterusan di Timur Tengah, seperti konflik
Palestin–Israel yang terus menemui jalanbuntu. Sebagai menunjukkan
keprihatinannya, Malaysia hanya akan menimbangkan untuk memulakan hubungan
dengan Israel apabilaperjanjian damai yang menyeluruh antara Israel dengan
rakyat Palestinberjaya dimuktamadkan.
Hubungan dua
hala Malaysia-China telah menunjukkan peningkatanyang signifikan dalam tempoh
tiga dekad yang lalu. Hubungan diplomatikyang terjalin antara kedua-dua negara
ini bukan hanya dalam aspekkeselamatan dan kepentingan politik sahaja tetapi
kini ianya merangkumiaspek ekonomi, sosial dan sebagainya. Hubungan diplomatik
yang lebih
formal ini
telah wujud lebih 35 tahun yang lalu semasa zaman Tun RazakHussein dan
diteruskan oleh Perdana Menteri Malaysia selepasnyasehinggalah kepada Dato’
Seri Najib Tun Razak.
Hubungan
Malaysia-Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubunganantara kuasa besar
dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara
Amerika Syarikat-Rusia dan China, Amerikadilihat sebagai pelindung kepada
negara kecil Malaysia. Hubungan antarakedua-dua negara ini diklasifikasikan
sebagai intim dan erat.Terutamanya dalam hal ini Malaysia dan Amerika Syarikat
bekerjasama dalam beberapa aspek utama seperti hubungan perdagangan dua hala,
kerjasama ekonomi serantau (ASEAN, APEC, WTO) serta usahasama ketenteraan dalam
menangani isu keganasan samada di peringkat serantau dan antarabangsa.
Namun
sebagai sebuah dengan kecil Malaysia perlu bijaksana dan berhati hati dalam
hubungan antarabangsa di era politik global yang menggantikan era geopolitik
dimana dunia dikuasai oleh kuasa kuasa besar.Terkini Perdana Menteri Dato Seri
Najib bin Tun Abdul Razak menegaskan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap
aspek kedaulatan khususunya melibatkan tuntutan bertindih di Laut China Selatan
biarpun negara yang perlu didepani merupakan kuasa besar dunia.Malaysia kekal
dengan pendirian bahawa sebarang isu tuntutan bertindih harus diselesaikan
melalui meja perundingan dan semua negara terlibat mesti mengelak daripada
daripada terjerumus kke kancah peperrangan.
Namun
demikian, walaupun wujudnya perubahan pemimpin danpendekatan dalam dasar luar
Malaysia tetapi objektif dan matlamatnegara tetap sama iaitu menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negarayang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi
politik, dihormati oleh semua masyarakat dunia dan mampu memberikan sumbangan
di arenaantarabangsa. Bagi mencapai hasrat ini, Malaysia harus mempunyaidasar
luar yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga berupaya mengubahcorak dan
oreintasinya, selaras dengan maklumbalas yang diterima olehKerajaan dan
setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan pendekatanini diharapkan Malaysia akan
terus mengorak langkah menuju ke arahsebuah negara maju menjelang tahun 2020.
26. Perubahan Pucuk Pimpinan Negara Mempengaruhi
Dasar Luar Negara
Dasar
luar mana-mana negara dipandu oleh apa yang dipanggil sebagai kepentingan
nasional mengikut persepsi kepimpinan tertinggi negara yang semestinya
dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam negeri dan luar negeri selaras
berteraskan kepentingan nasional mengikut persepsi pemimpin semasa terhadap persoalan keselamatan, politik,
ekonomi dan sosial bagi menjamin pembangunan dan kestabilan politik.
Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setiap Perdana Menteri mengasaskan dasar luarnya
kepada kepentingan nasional yang bersaling-kait kepada suasana dan persekitaran
negara dan antarabangsa pada ketika itu. Ancaman pengganas komunis dan keadaan
keselamatan masih tidak menentu mendorong Tunku Abdul Rahman untuk mengambil
pendirian anti komunis dan pro barat. Perkara utama pada kerajaan pimpinan
beliau adalah menjamin keselamatan negara supaya usaha membangunkan negara dan
perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya dapat di
beri tumpuan
Selepas rusuhan kaum Mei
13, 1969 Tun Razak mengambil alih kepimpinan dan di lantik Perdana Menteri
Malaysia pada tahun 1971. Beliau setelah memegang teraju pemerintahan negara
dan menyedari landskap politik rantau dan antarabangsa berdepan dengan
perubahan, maka beliau mengubah dasar luar dari anti komunis ke berkecuali dan
pro barat kepada non alignment barat . Pada tahun 1974, menjalin hubungan
diplomatik dengan negara China. Pendekatan itu menyelesaikan masalah sosial dan
politik dalaman serta ancaman keselamatan.
Tun Hussein meneruskan
dasar-dasar luar yang ditinggalkan Tun Razak dan kerana persekitaran politik
dan rantau yang tidak menentu beliau membawa pendekatan dasar luar berteraskan
kesinambungan bagi mengelakkan dari ancaman keselamatan oleh kerana penerusan
perang dingin dan persaingan di antara negara kuasa-kuasa besar dan terus
menjadikan ASEAN sebagai tunggak utama kepada dasar luar Malaysia. Pada masa
itu termetrilah perjanjian TAC dan ZOPFAN.
Bila Dr Mahathir mengambil
alih jawatan Perdana Menteri Malaysia, walaupun beliau meneruskan pendekatan
dasar luar yang disandarkan kepada kepentingan nasional dan pragmatisma tetapi
orientasinya berubah kepada mengutamakan kepentingan ekonomi untuk mencapai
matlamat pembangunan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan melahirkan masyarakat
Malaysia yang bersatu padu serta memiliki jati diri untuk berjaya sebagai
negara maju mengikut objektif yang di gariskan di bawah Wawasan 2020.
Tun Abdullah menerus dan menguruskan
dasar luar yang di warisinya dari Dr. Mahathir tetapi berbeza cara dan
pendekatannya kerana karektar dan personaliti serta latar belakang yang tidak
sama. Abdullah mengambil pendekatan yang berteraskan kepada kemesraan dan
perundingan dan lebih intim dengan pemimpin dan negara-negara barat. Justru itu
hubungan bilateral dengan Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Britain
menjadi lebih kukuh dan akrab.
Apabila Dato Seri Najib Razak
mengambil alih pimpinan negara dari Tun Abdullah Badawi beliau memperkenalkan
1Malaysia dan program Transformasi Ekonomi dan Politik melalui
inisiatif-inisiatif dasar baru bagi membezakan dasarnya dari pimpinaan
Abdullah. Najib dalam dasar luarnya masih lagi bertunggakkan kepada
mempertahankan kepentingan nasional, walaupun beliau menegaskan dasar luarnya
dilandaskan kepada prinsip 1Malaysia. Jelas sekali yang sandaran sebenar dasar
luarnya adalah berteraskan kepada tuntutan dasar domestik Hubungan dua hala
Malaysia/UK kini bertambah mesra dan akrab setelah PM Dato Seri Najib mengambil
alih pemerintahan negara. Sememangnya hubungan ini pada masa lalu berdepan
dengan turun/naik bergantung kepada personaliti pemimpin, isu dan lanskap
politik serantau dan antarabangsa. secara pragmatis. Pasang surut di masa
lampau hubungan dua hala Malaysia/Britain kini menjadi sejarah.
Jelas sekali pendekatan PM Dato Seri
Najib dalam dasar luar yang terus mesra dan akrab dapat merapatkan lagi
hubungan diplomatik dengan Britain dan juga Amerika Syarikat yang bertemakan
kepada prinsip 1Malaysia. Hubungan dengan Britain kini telah dipertingkatkan
dengan pertukaran lawatan di antara kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan
Britain. PM Dato Sei Najib baru-baru ini telah membuat lawatan rasmi ke
Britain, disusuli oleh Perdana Menteri Britain yang membuat lawatan balasnya ke
Kuala Lumpur, bagi menterjemahkan bukti jalinan baru di antara kedua-dua
negara. Perlu di ingati lawatan terakhir seorang Perdana Menteri Britain, John Major berlaku 25 tahun yang
lalu.
Najib terus menjalin hubungan yang
lebih mesra dengan negara-negara barat di dalam aspirasinya untuk menjamin program
transformasinya agar terus mendapat sokongan bukan sahaja oleh pelabur domestik
malahan dari luar negara. Perubahan dasar luar dapat dirasai oleh masyarakat
rantau dan antarabangsa. Jelas kini, hubungan dua hala Malaysia / UK bertambah
mesra dan akrab setelah Dato’ Sri Najib mengambil alih pemerintahan negara.
SOALAN 27
Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan
antarabangsa telah memberi faedah kepada negara kita.
Bermula dengan penyertaan dalam PBB,
Malaysia seterusnya memainkan peranan penting dalam pertubuhan serantau ,
negara-negara Islam dan pertubuhan dunia. Malaysia mendapat banyak faedah
daripada penglibatan dalam pertubuhan-pertubuhan dunia seperti menjamin keselamatan negara. Malaysia
mengamalkan konsep ZOPFAN yang
dipelopori oleh negara-negara ASEAN untuk menjamin negara selamat daripada kancah peperangan dan persaingan kuasa dunia. Malaysia tegas
dengan sikap berkecuali dengan tidak mencampuri urusan pentadbiran
negara-negara lain. Dasar ini menyebabkan Malaysia dihormati negara-negara luar.
Malaysia berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pemindahan
teknologi oleh Syarikat Lotus.
Kerjasama ini membolehkan Malaysia meningkatkan mutu pengeluaran automobil
negara. Selain itu,nilai eksport bahan
pertanian juga meningkat melalui usaha R&D bagi menambah mutu bahan
pertanian seperti eksport buah-buahan tempatan ke Jepun. Malaysia juga mendapat
faedah pemindahan teknologi makanan
sejuk beku daripada negara-negara luar. Industi ini semakin popular dalam
kalangan rakyat dan menjadi pemangkin
pertumbuhan ekonomi negara.
Malaysia juga menjadi tumpuan
pelancong-pelancong asing kerana kestabilan ekonomi dan keramahan penduduknya. Hubungan erat dengan negara ASEAN
membolehkan Malaysia menjayakan kempen ‘Tahun
Melawat Malaysia’ dengan mempelbagaikan acara-acara menarik pelancong.
Kemasukan pelancong asing menjadi salah satu sumber pendapatan negara yang penting.
Penglibatan Malaysia sebagai anggota Majlis Olimpik Antarabangsa membolehkan
negara menghantar atlet-atlet ke peringkat antarabangsa. Malaysia telah berjaya
melalui penyertan atlet-atlet negara dalam Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.
Dalam aspek pendidikan
global, nama Malaysia menjadi sebutan pelajar-pelajar asing sebagi salah
satu hab pendidikan bertaraf dunia. Penglibatan Malaysia dalam OIC membolehkan
penubuhan Universiti Islam Antarabangsa
direalisasikan. Kerajaan memberi komitmen yang besar untuk memajukan tahap
pendidikan di negara ini. Penubuhan
kolej dan universiti swasta, memberi ruang yang besar kepada kemasukan
pelajar-pelajar asing. Keadaan ini secara tidak langsung telah meningkatkan persaingan pembelajaran di
peringkat global. Pelajar-pelajar Malaysia
terdedah kepada transformasi pendidikan bertaraf dunia. Selain itu, negara
juga mendapat manfaat kerana kemasukan pelajar asing menyebabkan bertambahnya pertukaran wang asing.
28. Nilai murni dan iktibar.
Nilai yang saya peroleh daripada
kajian ini ialah, Malaysia perlu mewujudkan dasar berbaik-baik dengan semua
negara di dunia agar kestabilan politik sentiasa terpelihara. Melalui hubungan
luar ini Malaysia akan memperoleh bantuan luar sekiranya dilanda musibah.
Contohnya, bantuan ketenteraan daripada Britain dan Australia ketika Malaysia
berhadapan dengan konfrontasi dan ancaman komunis.
Kita juga perlu menunjukkan
pendirian yang tegas dalam menangani isu-isu antarabangsa seperti isu
pencerobohan Palestin, isu penentangan terhadap dasar apartheid oleh rejim
Afrika Selatan dan isu pergolakan politik di Timur Tengah.
Prinsip penyelesaian masalah secara rundingan
yang diamalkan oleh pemimpin Malaysia telah berjaya menaikkan imej negara yang
bencikan peperangan seperti yang berlaku di dunia pada masa kini. Keperihatinan
pemimpin negara terhadap masalah global telah meringankan beban masyarakat
dunia yang ditimpa musibah, contohnya isu pelarian Syria dan Rohingya.
Sebagai rakyat Malaysia yang
cintakan keamanan, kita wajar menyokong usaha pemimpin negara membanteras
gerakan militan yang boleh menggugat keharmonian kehidupan rakyat negara ini
seperti ancaman militan Daesh, IS dan sebagainya.
Kebijaksanaan pemimpin negara dalam menggubal
dasar luar sewajarnya diiktiraf oleh rakyat negara ini kerana perubahan dasar
luar dari semasa ke semasa ini telah berjaya meningkatkan ekonomi, mengukuhkan
kestabilan politik dan menarik ramai pelancong serta pelabur asing sehingga
menjadikan negara Malaysia sebagai destinasi kunjungan mereka.
[ 10 markah ]
29. Rumusan/Penutup
Kesimpulannya, pengetahuan yang saya
perolehi daripada kajian ini ialah pemimpin negara kita telah mengambil langkah
yang dinamik dalam merangka strategi penggubalan dasar luar Malaysia bagi
memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara-negara lain. Malaysia
turut mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara demi kepentingan
bersama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Prinsip penyelesaian masalah
secara rundingan dalam penggubalan dasar luar Malaysia telah menjadikan negara
kita sentiasa dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa. Diplomasi di
antara Malaysia dengan negara-negara luar telah berjaya meningkatkan pendapatan
ekonomi negara melalui kemasukan pelaburan asing dalam pelbagai bidang di
negara ini.
Nilai murni yang saya perolehi
melalui kajian ini ialah setiap warganegara Malaysia perlu memupuk semangat kerjasama
dan saling bantu membantu demi menjaga keamanan dan kestabilan politik negara.
Dasar luar yang mengutamakan prinsip-prinsip bertoleransi dengan semua negara
telah menjadikan rakyat Malaysia mudah diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Rakyat Malaysia juga perlu menghormati prinsip dan kedaulatan negara-negara
lain demi mengekalkan keharmonian hidup pada masa hadapan.
Rakyat Malaysia perlu menyokong
dasar luar Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin negara ini agar kedaulatan
negara sentiasa terpelihara. Keperihatinan rakyat Malaysia terhadap isu-isu
antarabangsa seperti perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin,
Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin
Afghanistan telah meningkatkan lagi imej negara di mata dunia. Rakyat Malaysia
juga perlu berganding bahu untuk mempertahankan kedaulatan negara agar dasar
luar Malaysia dihormati oleh masyarakat antarabangsa.
Harapan saya agar dasar luar
Malaysia sentiasa diterima baik oleh negara-negara lain di dunia dan mendatangkan
manfaat kepada rakyat negara ini dalam bidang ekonomi dan sosial. Melalui dasar
berbaik-baik dengan semua negara di dunia, akan menjadikan negara kita terus
aman dan berdaulat pada masa hadapan. Saya juga berharap Malaysia akan terus
memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu antarabangsa melalui
rundingan demi keamanan sejagat. Saya juga berharap Malaysia terus menyuarakan
isu keamanan dunia melalui pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NAM dan OIC.
[
5 markah ]
Terima kasih untuk maklumat ini. sangat membantu untuk SPM 2016 ni ! saya minta izin untuk copy yaa
ReplyDeletethanks a lot! really help me for spm.. wish me luck!
ReplyDelete