PENAJA

Monday 30 October 2017

PART 8 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

40.Iktibar /Nilai/
     Unsur
     Patriotisme
     yang diperoleh
     berdasarkan   
     tajuk yang dikaji
     Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara.
     Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran.      
     Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula. 

     Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa-apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa - apa jua perkara yang dilakukan. 

     Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk ke arah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
     Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah berusia 60 tahun.


   
41.Rumusan
     Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah imperialisme Barat di asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan. Saya juga dapat mengetahui usaha masyarakat tempatan menentang penjajahan. Penentangan didorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. 

     Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh.
     Di samping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.
     Akhirnya kesanggupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri. 

      Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara.
      Di samping itu setiap rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara 

       Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia

PART 7 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

32.Langkah untuk
     mengekalkan
     keamanan 
     serantau
   Menghalang    
   kuasa asing /
   besar daripada
   mengancam  
   keamanan
   serantau di asia
   tenggara pada
   hari ini
          Langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan serantau ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi politik, ekonomi dan sosial.

            Demi keamanan dan kestabilan politik di Asia tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui Deklarasi Kuala Lumpur yang bersepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Melalui pertubuhan ini, negara-negara di Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat dan blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dunia.

Selain itu, dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN 1984 telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN telah membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairannya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan dan senjata nuklear.

            Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak mencampuri urusan politik negara mereka. Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh mewujudkan ketegangan di antara negara-negara anggota. Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.

            Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara-negara serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan. ASEAN juga menghormati prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara negara-negara anggota contohnya isu Rohingya.

33.Ciri-Ciri / Sifat
     Warga Malaysia
     Yang Mempunyai
     Semangat 
     Nasionalisme
     Yang Tinggi.
       Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cinta akan negara yang kental. Perasaan sayang akan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.

     Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.

    Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara. 

     Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

     Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.

      Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.

34.Cabaran dan
     langkah yang
     dihadapi oleh
     negara dalam
     usaha memupuk
     /memperkasakan 
     semangat 
     nasionalisme
     dalam kalangan
     rakyat.
     Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara. 

     Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri. 

     Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara. 

     Di samping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati. 

Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.

35.Langkah-langkah    
     untuk mengatasi
     cabaran di atas

     Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan. 


     Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan. 

     Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab. 

      Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan. 

     Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.

36.Kesan yang akan
     Berlaku sekiranya
     sikap ini tidak
     dibendung
     Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri. 

Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut  meningkat dan sukar dibendung. 

Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan  wujud. Generasi muda juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.  

37.Kesan Sekiranya
     Rakyat Malaysia 
     Tidak
     Mengamalkan
     Semangat
     Nasionalisme

          Sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat Nasionalisme, akan memberikan kesan kepada sistem politik, ekonomi dan sosial negara kita.
        Kesan dari segi politik sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, akan menyebabkan sistem pentadbiran negara merosot. Sistem politik menjadi tidak stabil  akan memudahkan negara kita dijajah semula. Selain itu pemimpin tidak  mempunyai sifat intergriti dan akan mengakibatkan negara berasa dalam keadaan kucar-kacir dan porak peranda.
        Kesan dari segi ekonomi sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, ekonomi negara akan merosot kerana hasil ekonomi negara akan dimonopoli oleh kuasa asing. Malah pelabur asing juga kurang berminat untuk melabur di negara kita.
      Kesan dari sudut sosial sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, rakyat akan hidup tidak bersatu padu kerana tiada semangat kerjasama antara kaum. Jesturu itu kemakmuran negara akan tergugat disebabkan tiada semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Tanpa semangat cinta akan negara keharmonian hidup akan pudar kerana rakyat mula mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Hal ini juga akan membawa kepada munculnya sikap perkauman.
      Tanpa semangat nasionalisme, masyarakat akan hilang jati diri. Buktinya pada hari ini didapati rakyat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang negatif dan membiarkan minda mereka terus terjajah tanpa mereka sedari. Inilah kesan sekiranya rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme.

38.Peranan anda
     untuk
     memperkasa
     semangat
     nasionalisme
            Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Melalui ilmu pengetahuan saya dapat memberi sumbangan untuk membangunkan Negara  Saya juga perlu mengamalkan sikap bertoleransi. Seterusnya mengukuhkan kerjasama antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan. Menyentuh perkara sensitif yang melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan, adat, bahasa dan sebagainya perlu dielakkan. Malah segala permasalahan perkauman perlu dibincang dengan hati dan fikiran yang terbuka.                                                                                       
            Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa mengamalkan dan menghayati kandungan Rukun Negara. Bagi aspek “Kepercayaan Kepada Tuhan” saya sentiasa mematuhi ajaran agama. Ini kerana mengamalkannya saya akan menjadi warganegara yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat menghindari diri saya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan merugikan negara. Contohnya  vandalisme, gangsterisme, membuang masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan agama dan nilai-nilai moral akan mengukuhkan jati diri.  Kesannya saya dapat menangkis pengaruh-pengaruh luar yang negatif.                                                                                      
            Selain itu saya akan sentiasa mematuhi untdang-undang negara. Ini akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam masyarakat. Keamanan membolehkan kehidupan yang berkait dengan ekonomi, social dan politik dapat berjalan dengan lancar.                                                                                                    
            Saya akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selain bersopan santun dan bertatasusila, saya juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. Contohnya  bersikap amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati, yakin pada diri sendiri dan sebagainya. Amalan nilai murni seperti ini akan menjadikan saya seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sikap ini menjadikan aset negara yang berguna.


39.Hubung kait
     Sistem Birokrasi
     Barat di Asia
     Tenggara dengan
     corak
     pentadbiran
     negara Malaysia
     hari ini.
      Hubung kait sistem birokrasi barat di Asia Tenggara dengan corak pentadbiran di Malaysia ialah dapat mewujudkan pentadbiran lebih licin dan sistematik.  Hal ini kerana sistem birokrasi barat telah memperkenalkan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan sebagainya.  Di Malaysia kini wujudnya kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

      Selain itu, sistem birokrasi barat telah menyatukan wilayah-wilayah dan mewujudkan penubuhan kerajaan pusat. Penubuhan kerajaan pusat ini menjadi asas pembentukan kerajaan persekutuan bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kini Persekutuan Malaysia 1963

      Hubung kait seterusnya berkaitan undang-undang.  Sistem birokrasi barat telah memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang Barat.  Perlembagaan Malaysia juga digubal berasaskan undang-undang Barat dan disesuaikan mengikut perkembangan budaya rakyat Malaysia.

      Tambahan lagi, hubung kait sistem birokrasi Barat dapat dilihat melalui corak pentadbiran di Malaysia masa kini iaitu konsep penyatuan wilayah.  Semasa penjajahan Barat, konsep ini telah meluaskan wilayah jajahan takluk British manakala semasa penubuhan Malaysia, konsep ini digunapakai untuk menggabungkan Sabah dan Sarawak yang merupakan wilayah yang baru pada ketika itu.

      Hubung kait juga dapat dilihat dari segi pengekalan institusi beraja di negara kita.  Dalam sistem birokrasi Barat raja-raja Melayu tidak dihapuskan tetapi hanya mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.  Dalam pentadbiran Malaysia kini juga peranan Yang Dipertuan Agong adalah sebagai ketua negara namun kuasanya tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.

      Hubung kait seterusnya, kedua-dua sistem ini memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin.  Sistem birokrasi Barat telah memperkenalkan amalan demokrasi melalui pilihanraya yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.  Calon atau parti politik yang mendapat undi yang banyak daripada rakyat akan terpilih menjadi pemimpin.

      Hubung kait dari segi ekonomi pula ialah ekonomi Asia Tenggara dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.  Mereka memperkenalkan sektor pertanian yang lebih maju seperti tanaman baru iaitu getah dan kelapa sawit, teknologi dan bidang perlombongan dan sebagainya.  Pada masa kini, kepimpinan dan pentadbiran Malaysia masih menggalakkan pelabur-pelabur dari negara luar untuk melabur dalam ekonomi Malaysia.  Dengan ini, ekonomi negara Malaysia bertambah maju.

      Sistem birokrasi Barat yelah mewujudkan kemudahan atau prasarana yang memberi kepentingan kepada pentadbiran mereka.  Contohnya, mereka telag mendirikan hospital, jalan raya dan landasan kereta api di kawasan bandar.  Kemudahan ini kemudiannya dinaik taraf, dimajukan dan diperluaskan ke seluruh negara Malaysia oleh kepimpinan kerajaan Malaysia.

PART 6 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

26.Masalah/
    Cabaran/
    Rintangan
    Untuk
     Mengekalkan  
     Kemerdekaan
    Untuk mengekalkan kemerdekaan negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran  untuk memastikan kedaulatan negara ini sentiasa terpelihara.

     Antara cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita ialah berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.

     Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana keadaan ini akan  mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.

    Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.

     Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara. Hal ini disebabkan terdapat pendatang ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
    
     Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campur tangan kuasa luar di negara kita.

    Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan negara Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan daripada ancaman musuh.

     Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu dalam kalang kalangan generasi muda hari ini. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dan kurang kesedaran tentang pentingnya pelajaran.

    Selain itu masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan dakyah atau ideologi yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.

     Begitu juga dengan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh mengancam keselamatan negara dan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

     Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan negara. Cabaran seterusnya  bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai patriotiesme dalam kalangan generasi muda masa kini. Generasi muda hari ini lebih seronok dengan hiburan-hiburan yag menyeronokkan.

27.Penjajahan /
    Imperialisme/
     bentuk Baharu
    Untuk mengekalkan kemerdekaan negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran  untuk memastikan kedaulatan negara ini sentiasa terpelihara.

     Antara cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita ialah berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.

     Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana keadaan ini akan  mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.

    Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.

     Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara. Hal ini disebabkan terdapat pendatang ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
    
     Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campur tangan kuasa luar di negara kita.

    Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan negara Negara kita kekurangan senjata moden untuk menjaga keselamatan daripada ancaman musuh.

     Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu dalam kalang kalangan generasi muda hari ini. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak berpendidikan tinggi dan kurang kesedaran tentang pentingnya pelajaran.

    Selain itu masyarakat kita juga mudah terpengaruh dengan dakyah atau ideologi yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu.

     Begitu juga dengan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh mengancam keselamatan negara dan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

     Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan negara. Cabaran seterusnya  bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai patriotiesme dalam kalangan generasi muda masa kini. Generasi muda hari ini lebih seronok dengan hiburan-hiburan yag menyeronokkan.  

28.Kesan 
     penjajahan /
   imperialisme
   bentuk baharu.
      Penjajahan bentuk baharu meninggalkan kesan yang membimbangkan semua pihak. Antaranya ialah sesebuah negara akan menjadi  tidak stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial.Hal ini disebabkan kerap berlaku perebutan kuasa dan jawatan. Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya kepimpinan kerajaan Afganistan yang dibantu oleh Amerika syarikat.
Keadaan ini akan melahirkan pemimpin tidak berwibawa memerintah negara. Mereka terpaksa megikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.

     Selain itu, Kesan jelas penjajahan bentuk baru adalah dalam bidang ekonomi. Negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi di negara yang lemah. Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan. Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang membangun. Hal iini disebabkan negara kaya mempunyai pengaruh dan kawasan pasaran yang luas.

     Selain itu kehilangan jati diri bangsa. Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman liberalisme, seks bebas dan dadah. Apabila generasi muda rosak maka kemajuan negara akan terjejas.

     Kesan lain ialah penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan akhlak dan minda anak muda. Penularan budaya ini diserapkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita hari ini.

     Pengaruh barat yang menggugat keamanan negara ialah kebebasan bersuara tanpa menghormati dan mematuhi undang-undang negara. Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat kestabilan negara.

     Selain itu, ancaman penjajahan bentuk baru ialah perpaduan antara kaum akan runtuh. Fahaman individualisme, perkauman dan tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum lain akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita.Kesannya negara akan kucar-kacir dan keamanan negara akan tergugat.

29.Langkah /
    Cara / Usaha
    Memupuk
    Semangat  
    Nasionalisme.
    @ Langkah
    Mengatasi 
    Penjajahan
    Bentuk Baharu

     Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat bermula dengan peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir Melaka dan muzium-muzium.

     Selain itu, ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku dan DVD yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.

     Sementara itu, langkah Kementerian Pendidikan memupuk semangat ini dengan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam peperiksaan seperti hari ini adalah langkah yang bijak. Hal ini menyebabkan semua rakyat Malaysia ‘terpaksa’ mempelajari Sejarah negara dan sekali gus menghargai kebebasan yang telah kita kecapi.

     Seterusnya guru juga dapat menerapkan elemen patriotisme melalui mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan pintomin pada bulan kemerdekaan.

     Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi pendidikan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti patriotisme bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan seperti deklamasi sajak, debat, perarakan dan lain-lain menerusi media cetak dan elektronik.

     Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen dapat membantu memupuk semangat nasionalisme dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cintakan Negara. Contohnya filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan.
Selain itu, biografi tentang pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Tun V.T. Sambanthan yang diselitkan ketika iklan dilihat dapat menjentik hati kecil masyarakat untuk mencontohinya.

      Antara cara lain yang dapat memupuk semangat nasionalisme ini ialah melalui contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti kemiskinan, keselamatan dan lain-lain. Contohnya dalam menangani isu keselamatan di Lahad Datu.

     Akhir sekali, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat nasionalisme.

30.Kepentingan/
    Manfaat
    semangat
    nasionalisme.

    Semangat nasionalisme penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Hal ini adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat.Dengan wujudnya semangat nasionalisme sudah pasti rakyat akan terus menjaga keamanan negara.

     Selain itu, apabila rakyat mempunyai semangat nasionalisme, rakyat akan berjuang bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban demi negara. Contohnya Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang turut mengorbankan nyawa anggota tentera kita.

     Semangat nasionalisme juga penting bagi mengelakkan negara daripada dijajah oleh negara asing. Keadaan ini menyebabkan kedaulatan sesebuah negara dapat dikekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman dan damai.Keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa gangguan.

    Selain itu semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat mempertahankan negara dari anasir -  anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa Malaysia. Rakyat akan berasa bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa.Keadaan ini akan mewujudkan kestabilan dalam politik negara. Secara tidak langsung akan menyekat campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita.

     Semangat nasionalisme juga akan menyebabkan rakyat saling bekerjasama dalam memajukan ekonomi negara. Keadaan ini akan menyebabkan negara menjadi pusat tumpuan pelabur asing.Kemasukan pelabur asing secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

     Semangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara kaum dan sifat tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia akan mengenepikan perbezaan bangsa dan agama dalam usaha memajukan negara. Buktinya melalui penglibatan dalam bidang sukan.

     Semangat nasionalisme juga membolehkan generasi muda dapat mengelakkan diri daripada perkara–perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.Keadaan ini sekali gus akan dapat menaikkan imej negara di mata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni dan boleh dicontohi oleh negara luar.

31.Langkah /
    Cara / Usaha
    mengekalkan  
    keamanan Asia 
    Tenggara /
     Serantau
      Langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan serantau Asia Tenggara ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi ekonomi, politik dan sosial.

     Demi keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui deklarasi Kuala Lumpur, bersepakat menghistiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dengan penubuhan ZOPFAN negara-negara Asia Tenggara tidak bersekongkong dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi menggelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.

     Selain itu, dalam mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN 1984,telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan zon bebas senjata nuklear. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairanya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklearnya.

     Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak campurtangan urusan politik negara mereka.Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sentisif yang boleh mewujudkan ketegangan antara Negara.Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.

     Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara anggota serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan.ASEAN juga berpegang pada prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara negara anggota contohnya isu Rohingya.