PENAJA

Monday, 30 October 2017

PART 8 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

40.Iktibar /Nilai/
     Unsur
     Patriotisme
     yang diperoleh
     berdasarkan   
     tajuk yang dikaji
     Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara.
     Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran.      
     Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula. 

     Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa-apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa - apa jua perkara yang dilakukan. 

     Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk ke arah kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
     Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah berusia 60 tahun.


   
41.Rumusan
     Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah imperialisme Barat di asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan. Saya juga dapat mengetahui usaha masyarakat tempatan menentang penjajahan. Penentangan didorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. 

     Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan memiliki sikap berani menentang musuh.
     Di samping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.
     Akhirnya kesanggupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri. 

      Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu, bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian negara.
      Di samping itu setiap rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara 

       Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia

No comments:

Post a Comment