PENAJA

Monday 23 June 2014

3 HARI 2 MALAM DI TIOMAN

ok pada awal jun hari 2 saya sempat juga berjalan ke pulau tioman. trip kali ni pun saya pergi bersama rakan. kami pergi bertiga.

plan prgram ni kami lakukan dalam masa 2 minggu. nasib masih ada bilik kosong. almaklumlah kami pergi di musim cuti sekolah. kami memilih pakej 3 hari 2 malam. so tak payah pening2 kepala. bayar dan enjoy hehe

kami memilih pakej yang ditawarkan oleh Sun beach resor yang terletak di kampung Genting, tioman. pakej yang dikenakan untuk bilik 2 orang adalah sebanyak rm315/pax + rm20 untuk pas season . dengan harga tersebut kami mendapat pakej bermalam 2 hari di bajet chalet (berkipas+bernyamok), makan malam 2 kali (1 malam BBQ), welcome drink, 2 csarapan pagi , 1 makan tgah hari (bungkus makan di pulau). tiket feri pergi pulang, pakej snookling dan transport ke tempat menyelam. berbaloi?

dari johor kami berkereta ke jeti. untuk makluman kami naik di jeti tanjong gemok. lebih kurang 30 minit dari mersing. sempadan johor -pahang. caj parking kereta adalah rm10/day. so rm30 untuk 3 hari. kalau nak jimat boleh park di luar.free rasanya.entahlah hehe.

feri kami jam 11 pagi namanya gemilang 2. sebelum feri begrerak kami sempat lah makan2. dna makan2 ini penting sebab anda hanya akan diberi makan hanya pada waktu malam. so di pulau korang bolehlah beli makanan sendiri tanpa pakej. sebeb itulah lebih baik makan di jeti lebih murah dan sedap hehe.ok sebelum berlepas anda perlu bayar tiket untuk menyelam di marin park rm5/pax. sebab ini 1st time ke tioman so saya bayar sahaja. dan akhirnya saya terfikir lain kali jika ke tioman tidap perlu bayar sebab tiada siapa yang akan chek tiket korang. tapi kalau anda nak menyumbang kepada keindahan taman marin negara kita apalah sangat dengan lima ringgit tersebut kan?.

perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. so agak bosan. tipsnya bawalah makanan leh kunyah2 hehe. tips dalam feri pilih kerusi bahagian depan. kerana kerusi hadapan lebih luas dari selesa. kerusi belakang sempit dan merimaskan. dalam fere ada tv dan tayangan filem2 yang menarik. so tidak la bosan.

kampung genting adalah destinasi pertama feri berlabuh dan terakhir feri mendarat. so anda jangan terlepas pelabuhan tersebut. dan masalah semasa balik adalah feri akan penuh dan anada terpaksa duduk dimana2 kerusi kosong. kadg2 xboleh duduk dengan kawan2.

so sampailah kami di sun beach resor. so jangan bayangkan celcome drink y ada payong bagailah. sebab  kena layan diri amik air di kuanter. tp ok lah nama pn percutian bajet hehe.

bilik kami ok2 je.dapat rumah sebuah. katil queen berkipas, toilet dan berbalkoni. tp bilik ni banyak nyamok. kawan2 yang pernah ke sini pun kada banyak nyamok hehe. nyamok je kot hehe. so sesudah sampai kami sewa peralatan menyelam. peralatan menyelam lain pakej. sewa google dan jaket keselamatan rm18. boleh sewa sampai jam 6 petang keesokanya. maksudnya sewa skali je la. leh pakai sampai esok hehe. kalau nak sewa kaki itik kne tambah rm8 lagi hehe. so petang 2 sempatlah kami mandi pantai. wah tepi pantai pn ada ikan besar2.memang terbaik.

so malam 2 agak awal la makanan disediakan jam 7. so xdapat tgok drama kerana terpaksa aku relakan haha. makan malam  agak menyelerakan. macam2 ada. so puas ati lah makan malm 2 hehe. makan malam dan pemandangan laut yang sangat cantik. wow kagum hehe...

malamnya saya bawa pancing dan pergi memancing. malangnya hanya seekor sahaja yang sangkut. dan pengunjung lain yang memancing pn gagal dapat ikan. mungkin ikan sudah kenyang sebab hari2 disogok dengan roti free. so xd mood nak mancing. malam 2 kami pun tidur ditemani nayamok huhu...

esoknya awal pagi bangun dan sarapan. sarapan pun boleh tahan.kalah hotel2 yang saya pernah pergi. kami pun naik bot laju 3 enjin g snookling. ada 3 lakasi yang dibawa. mula2 ke pulau kecil (lupa namnya) ni 1st time sy snookling. so sgt kagum dan kekok. kagum sebab tgok ikan dan coral bawah air 2. seram pun ada hehe. selepas itu kami ke pulau tulai. makai macam maldive la cantik gile. di sana kami makan tgah hari yang sedap disaksikan laut yang membiru. di sini ikan banyak besar2 dan ada juga timun laut. selepas itu kami ke marine park. di sini sangat ramai orang. dan disinilah sepatutnya anda perlu tunjuk tiket taman laut. tapi tiada siapa yang chek. di sini lagi bes sebab ikan amat besar dan jinak2. cuma coral dia kurang sikit la.... di sini terdapat muzium taman lauh. so bolehlah mewat. dan terdapat juga tempat mandi/tandas awam. selepas itu kami ke kedai duty free. tempat ni pada sy rokok dgnm arak ye yg murah kot. tah la....

 so sampailah kami ke bilik. dan berehat. ptg itu kami keluar tgok barang2 nak dibawa pulang. makan malam seperti biasa so sememangnya best la sebab makan BBQ. peh siap ada kabing lagi. ko ada?. lepas makan kami duduk tepi pantai malam2. wah syoknya.... kami pun tidur malam ke 2

esoknya pagi2 kami dan sarapan dan bertolak dalam jam 8.30... selepas 2 jam kami pun sampai. so agak puas...


jeti tanjung gemok

dalam perjalanan


resort kami. yg ada tulisan 2 restoran tmpat kami menjamu selera

pemandangan depan resort kami 


hehehehe

dalam bilik kami

pemandnagan dari restoran



makan malam.sedap x...


ikan yang kami dapat

sarapan....


pulau tulai cantik gila


marine park


banyak xikan hahaha

Wednesday 18 June 2014

1 malam di singapura

pada hujung bulan 5 yang lalu saya berkesempatan berjalan ke singapura. ini pun program terjah. jumpa kawan-kawan lama dan terus plan berjalan ke sana.

kami ke singapura pada sebelah petang hari ahad. so petang itu amat la sibuk di CIQ sultan iskandar johor. kami ke singapura dengan menaiki bas dari CIQ sultan iskandar. bayaran rm.180. disebabkan hari tersebut agak sibuk maka ramailah orang dan urusan kastam dll amat la lambat.

kami hanya sampai ke singapura (keranji) dengan mengambil masa 2 jam dari jb. amat memenatkan. sampai di singapura kami terus menaiki MRT keranji dan turun ke MRT Chinatown. perjalanan mengambil masa hampir sejam. sebab banyak station perlu berhenti. bayaran mrt $2.50. semasa kami pergi tukawan wang adalah $1 = Rm2.51.saya peruntukan wang sebanyak rm200.

selepas sampai ke chinatown kami terus mencari hotel. dalam mrt kami telah mencari2 hotel yang sesuai namun tidak sempat booking. so kami walk in sahaja. kami bermalam di sebuah hotel bajet bernama 5 Foot way inn 2. bayaran semalam $120 hampir rm350 untuk bilik 4 orang. murah?. jom tengok gambar dahulu hehe...


ini hanya gambar internet yang sama ambil. bilik sebenar lebih teruk dari ini. bayangkan jika katil itu dirapatkan. dan ruang bilik hanya sebesar itu. sesak dan kurang selesa.


ini juga gambar dari google pemandangan hadapan hotel kami.

ini merupakan kali pertama kami tidur di singapura. kami tidak pasti adakah semua hotel bajet di sana sedemikian.. kami bermalam di chinatown sebab kami mahu merasaan suasana market di sana. namun disebabkan kami sampai agak lewat hampir jam 12 malam makan market telah ditutup.

malam itu kami makan di sebuah kedai berhampiran hotel. jujurnya sush mendapat kedai halal di kawasan ini. kedai yang kami pergi pun adalah kedai makan china dan di dalamnya terdapat kios makanan melayu mcm style mamak.

lepas makan kami pun tidur. tidak tahu apa perasaan tidur di sana. sukar digambarkan. tetapi ok juga dapat merasa tidur di negara orang.

esoknya kami keluar sarapan di hotel. diluar jangkaan kami apabila hotel bajet menyediakan sarapan. tidak seperti hitel bajet di malaysia. walaupun makanan hanya roti dan buah saya rasa ianya sudah memadai.

lepas sarapan kami chek out terus ke next destinasi. pagi itu market chinatown dan ada yang buka, so saya sempat membeli cenderahati kegemaran saya iaitu pelekat megnet. 3 untuk $5 dan juga baju T singapore 2 untuk $5. agak murah dan boleh layan.

kami naik mrt ke marina bay. sebab nak tengok kapal atas bangunan dan big tress...
so sepanjang hari kami ke sana berjalan dan ambil gambar.

nila lapar kami makan di Lucy mall. di sana ada makanan halal. makanan indonesia. gambar seperti dibawah. sepingan $7 = rm20 huhu. dan xsedap.

so selepas makan kami pun naik mrt untuk pulang. bayaran $2.50. sampai dikeranji kami naik bas 170 ke CIQ JB. bayaran $2.10...
bila sampai ke jb kami rasa bersyukur kerana menjadi rakyat malaysia

TIPS
tukar duit anda di malaysia lebih jimat
jangan buang sampah merata-rata denda 1k
buang air kecil dan besar di negara sendiri (tanda awam singapura amat-amat busuk)
naik bus no. 170 dan sediakan wang secukupnya (bas tabung)
kad MRT boleh dikitar semula



inilah hotel kami bermalam...ok x?

ni makan malam tersebut. $4 (lauk hayam je pn)

ini katil sebenar kami. rm350 huhu


tandas ala2 asrama

kantin untuk sarapan-not bad


poyonya...


kawasan lawatan kami....

salam hormat

rasanya telah lama saya tidak update sebarang cerita terkini dalam blog ini. saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang msih setia dengan blog ini.

sepanjang saya hilang dari blog ini tidak bermakna saya tidan melakukan aktiviti membaca dan sebagainya. maya masih giat membaca namun tidak berkesempatan untuk menulis di sini. ada juga buku yang saya telah baca dan kurang jelas ingatan saya tentang kandungan buku tersebut.

saya akan berusaha menulis akan datang. terima kasih sekali lagi atas sokongan anda.

tq