PENAJA

Wednesday 8 October 2014

modul sejarah spm kertas 3 2014 - set 5

7.1.4 PILIHAN RAYA
Soalan Kertas 1249/3
TAJUK TINGKATAN 5 BAB 7 –  SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
                                                    NEGARA MALAYSIA
Tema / Tajuk :  Bab 7  (Tingkatan 5)
Soalan:
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Malaysia telah melaksanakan sistem pilihanraya untuk membentuk kerajaan yang berdaulat.
Bincangkan

Format
Kerangka Jawapan / Perincian

1.PENGENALAN
   ( 5 m )
1.  Pengenalan ( 5 m )
    Maksud pilihan raya                                                    Rujuk buku teks  ms 177

2.MEMAHAMI
   ( 15 m )
2  Memahami  ( 15 m )

   Sistem pilihan raya / proses pilihan raya di Malaysia                                             
Rujuk buku teks 178  

3.   ( 10 m )

3  Memahami ( 10 m )

a)    Syarat – syarat menjadi calon  dalam pilihan raya                                                      
( 5 markah )                                                                          Rujuk buku teks 179

 b)  Syarat – syarat menjadi pengundi  pilihan raya  seperti yang ditetapkan
       oleh suruhanjaya pilihan raya  ( 5 markah )            Rujuk buku teks 179 - 180

      

4.MENGANALISIS  
( 30 m )
4.  Menganalisis  ( 30 markah )
   a) Kepentingan pilihan raya di Malaysia  ( 15 markah )
   b) Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan
        keharmonian sejagat. Buktikan     ( 15 markah )   
  

5 APLIKASI
   ( 10 m )
5. Aplikasi  ( 10 markah )
Andaikan anda seorang pegawai SPR apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.
 

6. MENILAI
    ( 10 m)
6.  Menilai  ( 10 markah )

 Proses pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. Buktikan


 7. MENJANA IDEA
    ( 10 markah )
7.  Menjana idea  ( 10 markah )

 a)  Cabaran yang dihadapi dan langkah mengatasi perlaksanaan proses pilihan raya                                 

8. NILAI MURNI
    ( 5 markah )

8.  Nilai murni  ( 5 markah )
     Nilai-nilai murni dan iktibar daripada proses pilihan raya

9. KESIMPULAN
   ( 5 Markah)
9. Kesimpulan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri bangsa dan negara
c) Harapan kepada negara

Soalan Kertas 1249/3
TAJUK TINGKATAN 5 BAB 7 –  SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
                                                    NEGARA MALAYSIA

Tema / Tajuk :  Bab 7  (Tingkatan 5)
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Malaysia telah melaksanakan sistem pilihan raya untuk membentuk kerajaan yang berdaulat.
Bincangkan


1.  Pengenalan ( 5 markah )

     Maksud pilihan raya      (  Rujuk buku teks  ms 177 )

            Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.



Memahami  ( 15 m )

 Sistem pilihan raya / proses pilihan raya di Malaysia   ( Rujuk buku teks 178)  

                       Proses pengendalian sistem  pilihan raya di Malaysia, terdiri daripada pilihan raya umum dan kecil.

 Kedua, Pilihan raya umum dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri serentak di seluruh negara.

           Ketiga, piilhan raya umum di Sabah dan Sarawak di adakan secara berasingan
Keempat, pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau dewan undangan negeri disebabkan kematian , perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.

           Kelima, selepas kekosongan itu pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

           Keenam, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.

           Ketujuh, pembubaran parlimen oleh Yang Di Pertuan Agong. Kelapan, penetapan tarikh penamaan calon oleh SPR.

Kesembilan, penamaan calon bagi calon-calon yang bertanding.   Kesepuluh, penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding dan pelancaran kempen pilihan raya

           Kesebelas, pengumuman tempat pengundi dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
Keduabelas, pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi ditempat pengundian.

           Ketigabelas, pembuangan undi, pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut kedalam peti undi. Keempatbelas, proses pengiraan undi bagi calon yang bertanding.

           Kelimabelas, pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.
Keenambelas, calon yang menang akan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri ataupun mewakili parlimen.




Memahami ( 10 m )

 a)  Syarat – syarat menjadi calon  dalam pilihanraya                                     ( 5 markah )
       Rujuk buku teks 179

            Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mesti warga negara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan  orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

            Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon, pada hari penamaan calon.



b)    Syarat – syarat menjadi pengundi  pilihanraya  seperti yang ditetapkan
       oleh suruhanjaya pilihanraya  ( 5 markah )               Rujuk buku teks 179 – 180


            Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi, jika namanya didaftarkan dalam senarai daftar pemilih.
Menurut perkara 119 perlembagaan Malaysia, seseorang warga negara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.


4.  Menganalisis  ( 30 markah )

  a) Kepentingan pilihan raya di Malaysia  ( 15 markah )

         Pilihan raya penting kepada semua warga negara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warga negara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Kepentingan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan sistem demokrasi berparlimen sehingga kini. Rakyat bebas memilih dan menentukan sendiri pemimpin  mereka melalui pilihan raya.

Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi.

Menerusi  pilihan raya, rakyat dapat memahami proses memilih pemimpin dan seterusnya proses membentuk kerajaan.

Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.

Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka.

Pilihanraya membantu kepada kelicinan pentadbiran samada diperingkat pusat atau peringkat kerajaan negeri.

Sistem pilihan raya yang dilaksanakan di Malaysia telah memberi keadilan kepada semua pihak samada pihak rakyat atau pun pemimpin

Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat.

Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri  tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.

Rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin kerana mempunyai kerajaan yang stabil.
Manfaat pilihan raya di Malaysia ialah menjadikan sistem  pentadbiran yang cekap dan mantap.Kedua, sistem pilihan raya juga menjamin kelicinan pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri

Ketiga , melalui sistem ini memberi kelebihan kepada rakyat bebas bersuara mengikut saluran yang betul.

Keempat, seterusnya menjamin keadilan kepada rakyat untuk memilih wakil di peringkat Parlimen dan Negeri

Kelima, rakyat berhak menjadi calon dan berhak memilih calon Parlimen dan DUN
Keenam, sistem pilihan raya dapat menentukan hala tuju Negara

Ketujuh, pemimpin bermuafakat dalam menentukan dasar negara
Kelapan,secara tidak langsung pilihan raya membantu  membangunkan ekonomi Negara secara berterusan dna menentukan agihan ekonomi yang adil

Kesepuluh, menggalakkan permuafakatan dalam dasar politik, ekonomi dan sosial
disamping memberi keadilan kepada semua kaum

Kesebelas, manfaat seterusnya pilihan raya ini menampakkan kerjasama rakyat dalam membangunkan Negara yang tercinta. Secara tidak langsung dapat menjamin kelansungan hak asasi

Keduabelas, menjamin keamanan Negara dan menjaga keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum membawa kepada perpaduan kaum yang erat

Akhir sekali salah faham antara kaum dapat di kurangkan



   b) Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian sejagat 
       Buktikan       ( 15 markah )                                                         

            Keberkesanan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan keharmonian negara. Pemimpin-pemimpin yang dipilih telah berjaya membawa kestabilan politik semenjak zaman pemerintahan Tungku Abd Rahman hingga kini.

            Kestabilan politik Malaysia membolehkan pemimpin-pemimpin negara menjalinkan hubungan di peringkat serantau dan di peringkat antarabangsa, yang paling membanggakan Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999.Malaysia pernah dipilih menjadi tuan rumah dalam persidangan diperingkat antarabangsa seperti CHOGM, OIC dan NAM.

            Ini membuktikan rakyat telah membuat keputusan yang tepat memilih pemimpin yang layak melalui sistem pilihan raya.Keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan hingga ke hari ini.

            Keamanan negara berjaya menarik ramai pelabur, membuka kilang di negara ini, contoh Hitachi, Sharp dan lain-lain. Ini menyumbang kepada pendapatan perkapita negara.
Rakyat juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui pendedahan teknologi baru yang dibawa dari Jepun dan Korea. Peluang pekerjaan terbuka luas kepada warga negara Malaysia.

            Rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni di mana wujud konsep bangsa Malaysia yang memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada pemimpin-pemimpin negara yang mereka pilih melalui pilihan raya.
           
            Pilihan raya telah menyedarkan warganegara Malaysia, betapa pentingnya pendidikan menjamin kesejahteraan negara.



5. Aplikasi  ( 10 markah )

Andaikan anda seorang pegawai SPR apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.

            Sebagai seorang pegawai SPR saya akan menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang

            Kedua, bagi memastikan pilihan raya umum atau kecil berjalan lancar. Ketiga, saya akan menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya.

            Keempat, saya akan menjalankan pendaftaran pemilih dan meletakkan pegawai-pegawai SPR bagi memudahkan warga negara Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi, contoh di pejabat Pos. Senarai semak nama-nama pengundi boleh di akses dengan mudah oleh pihak yang berkepentingan

            Kelima, saya akan mengendalikan pilihan raya kecil dan pilihan raya umum supaya berjalan dengan lancar.

            Keenam, akan memastikan calon-calon bebas berkempen mengikut tempoh yang ditetapkan  sebelum pilihan raya.

            Ketujuh, saya akan memastikan proses pengiraan undi dilakukan secara terbuka dan telus dengan dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik khas.

            Kelapan, bagi menjamin ketelusan saya membenarkan calon-calon pilihan raya daripada parti pembangkang kerajaan atau bebas boleh membuat petisyen sekitanya tidak berpuas hati.

            Kesembilan, untuk menjamin ketelusan sistem pilihan raya, mana- mana pihakyang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mencabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah di kemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan.

            Kesepuluh, saya akan membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemerhati negara ASEAN , untuk memantau pilihan raya umum bagi menjamin ketelusan


           
6.  Menilai  ( 10 markah )

Proses pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. Buktikan

            SPR merupakan badan bebas yang bertanggungjawab ke atas perjalanan pilihan raya. Anggota SPR dilantik oleh YDPA dan tidak menyebelahi mana-mana pihak atau pun bebas.

            SPR turut mengundang pemerhati luar, penggunaan kotak lut sinar yang boleh dilihat oleh wakil-wakil yang bertanding. Penggunaan anggota keselamatan unutk menjaga dan mengiringi peti undi.

            Penggunaan dakwat kekal kepada pengundi untuk mengelakkan pengundian 2 kali. Mendaftar pengundi menggunakan daftar pemilih yang terkini. Bagi memastikan pengundi yang bersih SPR bekerja sama dengan jabatan Pendaftaran Negara.

            Wakil calon yang bertanding menjadi pemerhati semasa proses pengiraan undi. Sekiranya parti yang kalah tidak berpuas hati mereka boleh menghantar petisyen.

            Individu yang tidak berkaitan ,tidak dibenarkan berada di bilik pengiraan undi.Borang penjumlahan undi setiap calon ditandatangani oleh setiap wakil calon

            Pengendalian proses pilihan raya di Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada badan dunia sebagai yang terbaik.








7.  Menjana idea  ( 10 markah )

 a)  Cabaran yang dihadapi  dan langkah mengatasi perlaksanaan proses pilihan raya      

            Cabaran SPR sukar mendaftarkan pengundi-pengundi muda untuk mendaftar sebagai pemilih.

            Kedua, cabaran seterusnya ialah peratusan keluar mengundi masih rendah dan tidak mencapai sasaran.

            Ketiga, banyak isu-isu sensitif yang ditimbulkan menjelang pilihan raya yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

            Keempat ialah bagi menjamin ketelusan dan keselamatan peti undi pada hari pilihan raya supaya tidak berlaku penyelewengan.

            Kelima, ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengundi di beberapa tempat.

            Langkah-langkah mengatasi supaya pilihan raya berjalan lancar ialah SPR akan menggunakan saluran media seperti surat khabar, televisyen , radio untuk  menghebahkan kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi apabila berumur 21 tahun.

            Kedua, mengadakan kempen kesedaran secara bergerak untuk mendekati generasi muda terutama penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi supaya mereka tahu tanggunjawab mereka.

            Ketiga, pihak SPR akan mengenakan syarat yang ketat serta tindakan undnag-undang kepada pihak yang terlibat supaya tidak menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menggugat keamanan negara.

            Keempat, bagi mengatasi keselamatan peti undi dan kertas undi tidak diselewengkan, pihak polis harus mengawal dengan ketat.

            Akhir sekali, bagi mengelakkan pertindihan pembuangan undi, pengundi disyaratkan mencelup jari kedalam dakwat khas yang disediakanoleh SPR


8.  Nilai murni  ( 5 markah )

     Nilai-nilai murni dan iktibar daripada proses pilihan raya

            Pertama, warganegara Malaysia perlu mempunyai semangat patriotik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

            Kedua, pegawai-pegawai yang terlibat dengan pilihan raya perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

            Ketiga, calon pilihan raya haruslah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang bijaksana dan berwibawa.

            Keempat, pihak SPR yang menjalankan tugas mestilah

            Akhir sekali, masyarakat Malaysia haruslah bersatu hati dan bekerjasama untuk memastikan negara kita sentiasa aman.    

9. Kesimpulan

  Saya dapat mengetahui bahawa sistem pilihan raya di negara kita telah dilaksanakan dengan adil dan penuh ketelusan bagi menjamin kestabilan politik

               Iktibar kepada diri saya ialah pilihan raya penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Sebagai bangsa Malaysia , saya menyedari bahawa pentingnya kita bijak memilih pemimpin yang berwibawa dan berpengetahuan.

              Saya berharap, pemimpin-pemimpin yang telah dipilih melalui pilihan raya dapat menunaikan tanggungjawab menjaga keharmonian negara bagi menjadikan negara ini terus gemilang dan terbilang.

            Seterusnya, semoga negara kita akan terus kekal berdaulat dan mengamalkan demokrasi berparlimen
                  


6 comments: