Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ialah isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL).
Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai seorang anak Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Permulaan Kerjaya Dalam Politik
Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat, Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.
Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.
Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal).
Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.
Kejayaan dan sumbangan
Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan.
Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.
Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi.
Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".
Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.
Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".
Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA.
Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini
http://blogslucumenarik.blogspot.com/2012/03/sejarah-dan-asal-usul-rosmah-mansor.html
PENAFIAN FARID ISMETH BAHAWA BELIA ADALAH BEKAS SUAMI ROSMAH [VIDEO]
http://www.youtube.com/watch?v=JxTL1W_5Tg0&feature=player_embedded#!
Farid Ismeth ‘Tertekan dan Malu’ dituduh bekas suami Rosmah?.. mengapa agaknya?
Hujan tak ada.. ributpun tak ada.. tiba-tiba sahaja pencacai-pencacai UMNO menyiarkan laporan Pembaca berita RTM, Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Itupun setelah berbelas tahun perkara ini menjadi sebutan ramai dan dakwa Farid dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut.
Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling.
Penafian ini pula muncul ketika Rosmah sudah jarang kelihatan dalam berita-berita arus perdana..
Tulis Zamzarina dalam Blognya pula, Farid berkata “SAYA TERTEKAN DAN MALU..!!”
TERTEKAN DAN MALU??
Kenapa pula beliau mendakwa dirinya tertekan? sedangkan beliau dituduh sebagai bekas suami kepada Rosmah dan bukannya boy friend atau lelaki simpanan kepada Rosmah.
Lagipun menjadi seorang suami dan kemudiannya menjadi bekas suami bukanlah satu perkara yang memalukan bagi lelaki kerana berkahwin itu halal dalam Islam dan ianya tidak sepatutnya dimalukan..
Lainlah kalau bekas isteri kita itu kini menjadi ikon kurang baik yang sering dibincangkan oleh masyarakat maka wajarlah kita merasa TERTEKAN DAN MALU untuk mengakui bahawa kita pernah bersama perempuan itu..
Sepatutnya Farid merasa bangga kerana dituduh sebagai bekas suami kepada perempuan yang mengaku dirinya sebagai First Lady of Malaysia bukannya tertekan..
Lainlah kalau Farid juga menganggap Rosmah sebagai perempuan kurang baik untuk dikaitkan dengan dirinya.. barulah sesuai ayat TERTEKAN DAN MALU itu digunakan…
Apa si Farid tu ingat teruk sanagat ke Rosmah Mansor tu hingga dia rasa TERTEKAN DAN MALU untuk dikaitkan denga Rosmah??
Pembaca berita tertekan dikaitkan dengan Rosmah
PETALING JAYA: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata, dirinya tidak pernah mengenali mahupun bercakap dengan Rosmah secara peribadi sehingga naik muak dengan dakwaan tersebut walaupun beberapa kali cuba menafikannya.
“Sepanjang karier saya sebagai pembaca berita saya memang tak pernah dapat jumpa pun dengan Rosmah,” katanya semasa ditemubual pengacara RTM Zamzarina Zambri.
Temubual kira-kira 7 minit itu dirakamkan Zamzarina dan dimuat naik ke dalam blog peribadinya http://zamzarinazambri.blogspot.com.
Farid berkata dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut yang didengarinya sejak 11 tahun lalu.
“Saya tertekan sebenarnya dengan keadaan ini tapi saya diam, saya simpan…nak ke mana-mana pun mereka akan berbisik “haa itu Rosmah punya”..persoalannya kenapa tak datang berdepan dan tanya…kenapa seronok sebarkan? Anda kena ada fakta sebelum nak tuduh orang lain,” katanya.
Takut keluar rumah
Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling.
“Bila pergi kenduri kahwin saya akan nampak mereka mula berbisik…saya tahu apa yang mereka katakan.. saya tahu daripada pandangan dan renungan mata yang sangat sinis …tapi sebenarnya hamba Allah ni tiada dosa apa pun,” katanya.
Beliau berkata pada anak-anaknya turut mendapat tempias apabila guru dan rakan sebaya di sekolah mereka bertanyakan perkara yang sama. Namun katanya perkara itu tidak menjadi satu isu kerana isteri dan keluarganya memahami situasi sebenar.
“Anak-anak pernah tanya betul ke papa ni pernah kahwin dengan Datin Seri (Rosmah)? Saya kata tidak sama sekali.
“Sehinggakan mereka ke sekolah guru-guru dan rakan-rakan lain turut bertanyakan soalan yang sama dan mereka menafikan ‘itu isteri Perdana Menteri kenapa kaitkan Rosmah dengan bapa saya’,” katanya.
Beliau turut menafikan mempunyai anak perempuan hasil hubungan dengan Rosmah seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.
“Persoalannya kenapa mereka membiarkan cerita ini berlarutan sampai kata berkahwin dan ada anak perempuan walaupun mereka tahu ia tak betul…memang tak masuk akal…kalau ada nama binti Farid Ismeth tu lain ceritalah saya tak boleh nafikan (tapi) ni tiada langsung,” katanya.
Beliau berharap melalui temubual itu dapat membetulkan dakwaan palsu daripada terus tersebar sekaligus dapat membersihkan namanya. – Free Malaysia Today
Dr. Fazley Yaakob dan Isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz Dapat Cahaya Mata!
Dr Fazley Yaakob dan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz telah dikurniakan seorang putera sulung yang diberi nama Ahmad Fariedz Shah pada 29 Oktober lalu. Ahmad Fariedz atau nama manjanya Payish, merupakan cucu pertama yang ‘membuka’ salasilah generasi keempat keluarga Fazley. Fazley is such an entrepreneur that even before his Fazley International College (FIC) has become a full fledged, internationally reknowned college, he has already set his sights on other bigger things such as Fazley International Collection which deals with fashion and Fazley International Dance Academy due to his wife wealth of experience in dance. I wish he had some focus and follows through whatever he has on his plate first till he become extremely successful in the venture before he starts another. Hope he can bring FIC higher to the same level as Sunway College, KDU College or even to the extent of being recognised as a University College.
FAZLEY HOLDING HIS WIFE, AZRENE SORAYA AZIZ, WHO WAS PREGNANT
FAZLEY AND HIS FIRST CHILD, AHMAD FARIEDZ
AZRENE SORAYA AZIZ BESIDES HER BABY
Belum reda lagi cakap2 masyarakat mengenai perkahwinan di antara Dr. Fazley dan Azrene Soraya..ada yang mengatakan perkahwinan mereka tidak direstui oleh Datin Rosmah di atas sebab-sebab tertentu..dulu begitu juga dengan abang Azrene, Riza Aziz…cinta terhalang dengan teman wanitanya Nurlin..Teringat saya di waktu universiti dahulu di London, bersama abangnya Riza..Ada sekali Azrene datang dan menemui abangnya..sungguh sweet..orangnya kecik2 tapi comel..bersekolah di Kolej Tunku Jaafar (KTJ), Negeri Sembilan sebelum berangkat ke U.K. di United Kingdom dan seterusnya mengambil Certificate of Legal Practice (CLP) di Lincoln’s Inn London..Fazley juga tidak kurangnya. Seorang usahawan muda yang mempunyai pencapaian yang membanggakan. Fazley adalah salah seorang Director/Chairman syarikat yang menguruskan P.W.T.C. Fazley telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom atas kejayaannya yang amat cemerlang serta memberi inspirasi kepada generasi baru Malaysia dalam bidang perniagaan. Antara bidang perniagaan Fazley yang lain adalah Fazley International College (FIC). Anugerah ini telah membawa gelaran ‘DOKTOR’ kepadanya. Syabas Fazley
p/s: sehingga update ini ditulis saya masih belum mendapat jawapan tentang adakah benar Farid Istmit adalah suami lama rosmah. ketidakpastian ini disebabkan nama anak2 rosmah dengan suami pertama ber BIN/BINTI andul AZIZ bukan Farid....menariknya nama ank Fazly adalah Fariedz =)...
No comments:
Post a Comment