PENAJA

Tuesday 28 August 2012

soalan sejarah stpm sebenar 2011


Soalan Sebenar STPM 2011

Bahagian A:

1. Huraikan faktor yang menyebabkan tamadun-tamadun awal muncul di sekitar lembah sungai.

2. Bincangkan kesan pembentukan negara bangsa terhadap kedudukan raja di England.

3. Bincangkan organisasi ketenteraan dalam tamadun Mesopotamia.

4. Bincangkan faktor yang membawa kepada perkembangan kapitalisme di Eropah.

5. Huraikan perkembangan institusi pendidikan formal dalam tamadun Melayu selepas kedatangan Islam.

6. Sejauh manakah Renaisans menjadi faktor kepada penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi?

7. Nilaikan sumbangan tamadun India dan tamadun China dalam bidang astronomi.

8. Bincangkan peranan tokoh-tokoh ilmu matematik dalam tamadun Yunani dan tamadun Islam.

Bahagian B:

9. Jelaskan peranan golongan Ansar dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

10. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada keutuhan politik pada zaman Nabi Muhammad SAW.

11. Jelaskan konsep dan jenis-jenis jihad menurut pandangan Islam.

12. Sejauh manakah peranan dasar pemerintahan kesultanan kerajaan Islam Melaka dalam memajukan kegiatan perdagangan pada abad ke-15?

13. Bincangkan aspek akidah, akhlak, dan syariah yang menjadi tumpuan ajaran Nabi Muhammad SAW di Mekah dan di Madinah.

14. Nilaikan sumbangan Ibnu Battutah dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.

15. Bandingkan konsep ketahanan dan konsep pertahanan antara tamadun Islam dengan zaman Jahiliah.

16. Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dan tamadun Barat.

No comments:

Post a Comment