PENAJA

Saturday 11 August 2012

proton city Tanjong Malim akan dibangunkan DRB-HICOM



Proton City DRB Hicom bangunkan semula Proton City dengan kos RM1 bilion
Projek pembangunan bersepadu bandar automotif Proton City di Tanjung Malim, Perak yang tertangguh sejak 15 tahun lalu kini akan dilaksanakan semula oleh DRB-Hicom dengan peruntukan kos kira-kira RM1 bilion, menurut laporan dari Berita Harian baru-baru ini. Pembangunan semula kawasan itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang, di atas tanah seluas 1,619 hektar milik DRB-Hicom.
Antara yang menarik dalam perkembangan terbaru itu ialah kenyataan dari DRB-Hicom yang mengatakan sekurang-kurangnya dua lagi jenama kereta dijangka akan dikeluarkan dari situ, berkemungkinan besar salah satunya merujuk kepada rakan kongsinya Volkswagen AG. Di bawah berikut ialah petikan dari Berita Harian berkenaan pembangunan semula Proton City oleh DRB-Hicom;
Proton City map DRB Hicom bangunkan semula Proton City dengan kos RM1 bilion
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pelaburan itu diputuskan selepas DRB-Hicom mendapati Proton City tidak mencapai kapasiti sepenuhnya.
Laporan terkini perancangan ini (pelaburan baru) dibentangkan sendiri Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil kepada EXCO hari ini (semalam) dan pihaknya sangat serius untuk membangunkan kawasan itu, katanya kepada pemberita di Ipoh.
Proton City, kawasan pembangunan bandar automotif seluas 1,600 hektar mula dibangunkan Proton City Development Corporation Sdn Bhd (PCDC), syarikat usaha sama 60:40 antara DRB-Hicom dan Proton, dengan pelaburan awal RM2.5 bilion pada 1996.
Selain kilang kedua Proton bernilai RM1.8 bilion, ia turut menempatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), lot perindustrian ringan vendor Proton, kediaman dan kemudahan prasarana serta keperluan lain.
Zambry berkata, kerajaan negeri memanggil pihak DRB-Hicom selepas mendapati pembangunan di Proton City perlahan dengan hanya 30 peratus kawasan yang disediakan dibangunkan.
Katanya, beliau bagaimanapun gembira apabila taklimat DRB-Hicom semalam bakal meletakkan semula Proton City ke landasan seperti dirancang iaitu kawasan peneraju industri automotif negara.
Beliau turut gembira apabila pihak DRB-Hicom memaklumkan wakil mereka sudah melawat Stuttgart, Jerman dan beberapa negara lain untuk mengkaji model bandar automotif di negara terbabit.
Kita menghargai komitmen ditunjukkan pengurusan DRB-Hicom bagi Proton City. Diharapkan perancangan besar ini dapat dijadikan mercu tanda setelah terbiar begitu lama, katanya.

No comments:

Post a Comment