PENAJA

Sunday, 25 October 2015

kertas 3 sejarah spm 2015 KEMUNCULAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA set 1

contoh soalan dan jawapan sejarah kertas 3 spm 2015... lengkap skema dan soalan ramalan

bab 5 tingkatan 5




Pengenalan
Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-apa sahaja bentuk    tekanan atau pen jajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.
Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad   ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20.
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka  daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar . Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/ Dato' Maharaja Lela/Rentap/Mat Salleh.

Memahami
Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu      
Sebab – sebab penentangan ialah Dasar Penjajahan British. Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di Tanah Melayu. Penguasaan politik yang luas menyebabkan kawasan jajahan terikat dengan  undang-undang dan peraturan. Memudahkan British berkuasa tanpa halangan daripada banyak pihak. Pembesar tempatan berasa tergugat dengan dasar peluasan kuasa British. Misalnya, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan Naning dipaksa membayar ufti.
Selain itu, sebab penentangan  ialah Pentadbiran British. British juga memaksa penduduk tempatan supaya mengguna pakai sistem pentadbiran British. British memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Undang-undang dan peraturan tanah yang membebankan penduduk tempatan. Penduduk menentang peraturan yang dikenakan. Misalnya, di Terengganu setiap tanah yang dibuka mesti dapat izin British.
Sebab penentangan juga berpunca Kehilangan Kuasa Pembesar. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran di kawasan mereka yang dilantik oleh sultan. Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya. Seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong  mereka menentang British.
Selain itu, Eksploitasi Ekonomi Tempatan. British berhasrat menguasai ekonomi tempatan.Penguasaan untuk kepentingan mereka sendiri. Membuat perjanjian dengan pemimpin tempatan. Bertujuan membenarkan saudagar Negeri-Negeri Selat menjalankan aktiviti perlombongan dan  perdagangan bijih timah.  Menyebabkan kemarahan penduduk .
Seterusnya, sebab penentangan ialah Kesulitan Penduduk Tempatan. Perubahan yang dibuat oleh British telah membebankan penduduk tempatan. Menyebabkan  rakyat tidak bebas . Beban cukai yang menyusahkan dan layanan kasar pegawai British.
Selain itu, sebab lain ialah Campur Tangan dalam Adat Tempatan. Sikap British yang mencampuri urusan dan adat tempatan orang Melayu. Membangkitkan kemarahan penduduk tempatan. Contohnya JWW Birch yang memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang  berbeza dengan budaya masyarakat tempatan . Campur tangan  dalam pertikaian daerah/negeri.


Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British / Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British.

Rentap di Sarawak
           Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang Kerana tindakan Brooke yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang kerana dianggap sebagai lanun. Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skarang. Beliau Berjaya mengusir Brooke.
James Brooke membalas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan bina kubu. Rentap terus diserang oleh pasukan Brooke. Pada tahun 1861, tentera Brooke berjaya mengalahkan Rentap. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai. Serangannya semakin lemah.
Linggir di Sarawak
            Linggir  pemimpin kaum Iban di Saribas menentang James Brooke dengan menyerang kapal Nemesis di Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Tetapi Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur di Sarawak
            Mereka menolak peng. uasaan James Brooke di Sungai Rajang. Menyebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
            Beliau dan Datu Patinggi telah menyerang James Brooke di Kuching tetapi gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi diserahkan semula oleh Sultan Brunei kepada British. Datu Patinggi melarikan diri ke Batawi tetapi ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

Mat Salleh di Sabah
            Mat Salleh pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh dan menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh. SBUB melaksanakan sistem cukai dan surat perahu. Pegawai –pegawai syarikat itu bersikap kasar kepada penduduk temapatan.
            Mat Salleh ke Sandakan berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan. Gabenor Beaufort telah membakar kampungnya dan Mat Salleh melarikan diri. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut di kubu SBUB di Pulau Gaya. SBUB menawarkan pelan damai iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya tetapi memungkiri janji. Mat Salleh menyerang kubu SBUB.      SBUB membalas dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada tahun 1900.

Dato  Maharaja Lela Di Perak
            Penentangan di Perak terhadap British kerana Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat. Perjanjian Pangkor  ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Andrew Clarke. Bantahan terbuka Sultan Abdullah terhadap campur tangan British. Dato Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Durian Sebatang menentang undang-undang British.
          Sultan Abdullah bermesyuarat di Belanja Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W.Birch Sultan Abdullah memaklumkan kepada Raja Ismail. 31 Oktober 1875 Mat Arshad di bunuh oleh penduduk setempat. 2 November 1875, Birch di bunuh oleh Seputum dan Pandak  Lam
         Di sungai Perak, Pasir Salak. 500 orang tentera British menyerang pasir Salak. Dato Maharajalela  dan Dato’ Sagor berundur ke Kota Lama. Beliau telah ditangkap dan dibicarakan di Matang Perak. Dato’Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut, Seputum  dan Pandak Indut dihukum gantung
        Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim,Syahbandar dan Temenggung dibuang negeri ke Pulau Seychells. Perak dikuasai  sepenuhnya oleh British                                                                                    
                                                                                               
Penghulu Dol Said Di Naning
              Faktor penentang adalah kerana British meletakkan Naning sebagai sebahagian wilayah British dan jajahan takluk British. Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar ufti kepada negeri Melaka British bertindak menghantar tenteranya untuk menakluk Naning. Dol said menentang British dengan bantuan ketenteraan daripada Yamtuan Ali dari Rembau, Syed Shaaban, Penghulu Renai, Dato Kelana Sungai Ujong Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British Serangan kali kedua British berjaya mengalahkan kerana Naning tidak mendapat  bantuan. Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka.
Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan
            Yam Tuan Antah dan Dato Syahbandar menentang kemasukkan British di Sungai Ujong. Dato Syahbandar enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. Dato Syahbandar menentang Dato Kelana yang mempelawa British untuk campurtangan dalam pertikaian mereka. Mereka berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Engan kerjasama British Dato Kelana berjaya mengalahkan Dato Syahbandar untuk menguasai Sungai Ujong. Dato Syahbandar berundur ke Selangor dan kembali semula ke Sungai Ujong untuk menandatangani perjanjian dengan British. Dato Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dato Kelana menguasai seluruh Sungai Ujong di bawah penguasaan British.

Dato Bahaman di Pahang
            Dato Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar. Undang-undang ini telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
            Dato Bahaman bersama rakannya Tok Gajah dan Imam Rasul telah menyerang British selama 5 tahun. Tahun 1890, beliau menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua. Tahun 1891, Beiau menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Tahun 1892, menyerang dan menawan Lubuk Terua. Tahun 1894, menyerang dan menguasai kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Tahun 1895, akibat tekanan British, Dato Bahaman berundur ke Kelantan.
            Dato Bahaman dan rakannya mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Kelantan dan Terengganu. Beliau menetap di Hulu Kelantan dan Tok Gajah dan keluarganya menetap di hulu Terengganu.

Tok Janggut Di Kelantan
                 Penentangan berlaku di Pasir Puteh. British memaksa penduduk menerima sistem cukai. Tok Janggut membantah perlaksanan cukai. Tok Janggut enggan membayar cukai. Bantahan Tok Janggut tidak dilayan. Polis diarah menangkap Tok Janggut. Polis gagal menangkap Tok Janggut. Pada tahun 1915 , Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak menyerang Pasir Puteh.
Berjaya menduduki  Pasir Puteh dan membentuk kerajaan. Engku Besar
Jeram dilantik menjadi raja. Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai daerah. Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan , British membawa tentera dari Negeri Selat. British menyerang Saring dan Tok Janggut terkorban. Mayat Tok Janggut di arak ke Kota Bharu dan mayatnya digantung terbalik di pasar. Sebagai amaran kepada penduduk yang cuba menentang British.

Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
            Haji Abdul Rahman Limbong menetang British kerana tidak berpuashati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British. Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada bulan Mei 1925, 300 orang penduduk berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III menyebabkan British bimbang tetapi Nik Maimunah dapat menyuraikan mereka.
            Penduduk tempatan marah dan melancarkan serangan bersenjata pada bulan Mei 1928. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan telah berjaya mendudukinya. Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang.
            Seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong menyebabkan 11 penduduk tempatan terkorban. Haji Abdul Rahman Limbong diserang seramai 50 polis dari Singapura. Beliau berjaya di tahan dan dibuang ke Makkah.

Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme
Sistem politik Barat. Sistem Politik Barat telah memusnahkan sistem politik tradisional. Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan dengan pegawai British. Hal ini mencabar sistem tradisional dan menjatuhkan maruah mereka.
Sistem pendidikan. Sekolah Inggeris dan sekolah vernakular Melayu melahirkan intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajhan British.
Dasar  British. Menggalakkan sesiapa sahaja datang melabur, berniaga dan berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Kemasukan orang asing meningkatkan jumlah imigrain dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi tanah Melayu seperti biji timah, getah dan perniagaan. Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British. Mereka terus menjalankan ekonomi tradisional seperti pertanian. British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentabiran tetapi orang Melayu tetap di kampung yang mundur. Prasarana seperti elektrik, pos, telefon, sekolah, hospital hanya di banar sahaja. Jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran di bandar di sedari oleh intelek Melayu, mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme.
Pendudukan Jepun. Jepun dengan konsep “Kawasan Kesemakmuran Asia” menekankan kebebasan negara di Asia dan berjanji memerdekakan Tanah Melayu, tetapi kesengsaaraan, kekurangan makananan ubat-ubatan serta kekejamna pentadbiran jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama adaoleh kuasa barat atau timur, bagi mereka semua penjajah tetap zalim. Apabila British memperkenalkan Malayan Union, orang Melayu menentang dan tidak mahu dijajah.
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM). PKM telah menguasai balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan mennagkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah merekadibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Kemunculan mesin cetak. Memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong mereka menetang British. Melalui buku, akhbar, majalah dan kitab agama dapat menyebarkan idea menentang British.
Gerakan Pan-Islamisme sedunia. Gerakan intelektual Islam seluruh dunia yang membangkitkan pemahaman terhadap islam menentang penjajahan Barat ke atas negara Islam. Gerakan ini diokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis Islam dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar Mesir. Beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hiddup yang menekankan dunia dan akhirat. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh disebarkan dalam majalah al- Manar . Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
Kesedaran politik serantau. Di Indonesia mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran politik di Inonesialebih matang dan telah melahirkan ramai intelektual. Karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu. Idea politik dan penentangan terhadap penjajahan mereka tersebar luas di sini. Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan lagi penerimaan unsur nasionalisme Indonesia di sini.










Modul Jawapan KBAT bagi Tema 10 : Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua.

Soalan 4 [ menganalisis ]
Kesan  penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20.

Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British ialah Dol Said kalahkan tentera British dalam serangan pertama. Beliau menggunakan taktik serangan gerila. Mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan seperti Yam Tuan Ali, Dato Kelana. Menyebabkan British tidak campur tangan hampir 50 tahun. British menanggung kerugian.
Selain itu, Kesan penetangan dapat dilihat apabila Rentap Berjaya mengusir  James Brooke di Nanga Skrang. Brooke mengambil masa yang lama mengalahkan Rentap di Bukit Sadok.
Kesan penentangan juga dapat dilihat apabila Syarif Masahor Berjaya menyerang Mukah  dan Mat Salleh Berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya. Sehingga SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh serta SBUB terpaksa berjanji menyerahkan menyerahkan Tambunan.
      Seterusnya, kesan penentangan dapat dilihat apabila Dato Maharajalela berjaya membunuh JWW Birch.  Malahan, Kapten Innes terbunuh dalam penentangan dengan pemimpin tempatan. British terpaksa meminta bantuan tentera dari India  dan Hong Kong.
      Kesan penentangan juga dapat dilihat apabila Dato Bahaman berjaya menawan Lubuk Terua. Malahan Dato Bahaman berjaya menguasai Tembeling dan Jeram Ampai.
Di Kelantan, Polis  gagal menangkap Tok Janggut. Tok Janggut Berjaya menyerang dan menduduki Pasir Putih. Mereka Berjaya membentuk kerajaan. Sehingga British terpaksa membawa masuk tentera Negeri Selat.
Kesan penentangan dapat dilihat apabila Haji Abdul Rahman Limbong ketuai penduduk kampong bersihkan tanah tanpa menghiraukan peraturan tanah. British terpaksa meminta bantuan tengku Maimunah menyuraikan penduduk.

Soalan 4 [ menganalisis]
Cabaran pemimpin tempatan ketika berjuang menentang British.
Cabaran pemimpin tempatan ketika menentang Brotish ialah British menggunakan senjata moden ketika menghalang perjuangan pemimpin tempatan seperti senapang dan meriam. Pemimpin tempatan pula berjuang menentang tanpa alatan perang moden masih menggunakan senjata tradisional seperti keris, lembing dan parang. Pemimpin tempatan tidak mempunyai sistem ketenteraan yang sistematik.
Selain itu,British mempunyai stratergi yang tersusun manakala pemimpin tempatan kekurangan ilmu untuk menentang British. Selain itu, perjuangan pemimpin tempatan tidak berorganisasi. Mereka juga kurang teknologi. Strategi perjuangan pemimpin tempatan kurang berkesan kerana pejuangan mereka hanya setempat.
Cabaran lain ialah sokongan rakyat tidak menyeluruh menyebabkan pejuangan pemimpin tempatan menemui kegagalan. Tiada kerjasama antara pemimpin untuk mencapai kejayaan, ini dibuktikan dalam pejuangan Tok Janggut, British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mengalahkan Tok Janggut. Akhir sekali British menggunakan taktik peperangan yang menggagalkan usaha pemimpin tempatan. Inilah cabaran yang ditempuhi oleh pejuangan tempatan untuk memastikan negara kita bebas dari penjajah.

SOALAN 4 [ menganalisis ]
Penentangan pemimpin tempatan terhadap kuasa barat sering mengalami kegagalan. Ulaskan.

          Pada pendapat saya, terdapat beberapa sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap kuasa barat mengalami kegagalan.Antaranya ialah kurang perpaduan dalam kalangan rakyat sesama rakyat serta antara pemimpin.Tambahan pula mereka juga mempunyai bilangan anggota yang sedikit dalam menentang penjajah.Malahan ada sesetengah mereka yang menjadi tali barut penjajah.
         Pendapat saya yang kedua ialah dari segi penggunaan teknologi perang yang tradisional berbanding dengan pihak penjajah yang menggunakan teknologi yang moden seperti senapang dan meriam.Pejuang tempatan kemungkinan tidak mempunyai kewangan yang besar untuk memiliki senjata terkini.Di samping itu, pihak British juga mendapat bantuan dari negara luar untuk mematahkan penentangan pemimpin tempatan.
        Pendapat saya yang ketiga ialah tiada organisasi yang tersusun oleh pemimpin tempatan.Mereka tidak ada perancangan yang rapi serta pengalaman dalam menghadapi serangan pihak British.
       Pendapat saya yang keempat ialah strategi pemimpin British yang lebih berkesan dalam mematahkan penentangan pemimpin tempatan.Antara strateginya ialah membina kubu pertahanan yang lebih kuat dengan dilengkapi senjata moden seperti meriam.
      Pendapat saya yang kelima ialah penentangan pemimpin tempatan bersifat setempat.Perjuangan mereka terhad dalam kumpulan yang kecil dan tidak meluas.Malahan perjuangan mereka juga tidak mendapat sokongan yang menyeluruh dari rakyat dan Sultan.
     Pendapat saya yang keenam ialah kerana pihak British menggunakan tipu muslihat untuk meruntuhkan perjuangan pemimpin tempatan. Pihak British telah memperdaya sultan dan pembesar dengan perjanjian yang penuh tipu muslihat untuk mencapai matlamatnya.Sokongan sultan terhadap British ini menyebabkan perjuangan pemimpin tempatan terpaksa tunduk kepada pihak British ataupun berundur.

Soalan 4 [ menganalisis ]
Akhbar dan majalah masih releven sebagai bahan penyebar maklumat. Jelaskan.
            Akhbar masih releven sebagai bahan penyebar maklumat kerana harga akhbar adalah murah, menyebabkan semua golongan mampu membelinya. Selain itu, akhbar dan majalah senang diperolehi kerana ia dijual di mana-mana sahaja. Selain itu, akhbar dan majalah boleh didapati dalam pelbagai bahasa menyebabkan pelbagai kaum di negara ini boleh membacanya dalam bahasa ibunda masing-masing.
            Selain penggunaan bahasa yang digunakan adalah mudah difahami oleh semua peringkat umur dan kaum. Akhbar dan majalah juga sesuai sebagai penyebar maklumat kerana ia boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana tempat sahaja. Selain ciri akhbar dan majalah yang ringan dan saiznya yang pelbagai serta fleksibel menyebabkan ia mudah dibawa dan disimpan secara tidak langsung ia boleh dibawa kemana-mana sahaja.
            Seterusnya ciri ketahanan majalah dan akhbar juga menyebabkan ia boleh disimpan bertahun-tahun lamanya dan pengguna boleh membacanya berulang kali. Selain itu, akhbar dan majalah juga memuatkan isu-isu semasa dan menarik sehingga para pengguna boleh menjadikannya sebagai sumber rujukan utama.
            Akhbar dan majalah masih releven sebagai bahan penyebar maklumat kerana masih mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kerana statistik menunjukkan masih ramai golongan yang suka membaca akhbar dari memperoleh maklumat di internet. Selain itu, majalah dan akhbar mempunyai gambar berwarna warni membuatkan para pengguna masih tertarik untuk membelinya.

Soalan 4 [ menganalisis ]
Golongan nasionalis sebelum Perang Dunia Kedua berpendapat bahawa akhbar dan majalah mampu menjadi mekanisme dalam menyemarakkan semangat cinta akan negara. Jelaskan.                                                            
Golongan nasionalis berpendapat bahawa akhbar dan majalah mampu menjadi mekanisme dalam menyemarakkan semangat cinta akan negara kerana akhbar merupakan keluaran setiap hari. Malahan harganya juga murah dan ditulis menggunakan tulisan jawi memudahkan masyarakat Melayu untuk mengetahui isu semasa yang dipaparkan melalui akhbar dan majalah. Selain itu, penulisan idea dan pendapat yang dilontarkan adalah bernas.
Setelah kedatangan British, tulisan rumi telah diperkenalkan dan bidang penulisan akhbar dan majalah juga telah berkembang sejajar dengan bidang yang lain. Tulisan jawi telah digantikan dengan  tulisan rumi dan penulisan Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris juga telah diperkenalkan dalam bidang penulisan. Isu yang dibincangkan dalam majalah dan akhbar  juga sesuai untuk semua golongan. Malahan kepelbagaian bentuk penulisan seperti rencana, berita, laporan, sajak, cereka dan sebagainya menjadikan akhbar dan majalah menjadi pilihan dan bahan bacaan yang mampu menyemarakkan lagi semangat cinta akan negara.

Soalan 4 [ menganalisis ]
Aktiviti berpersatuan mampu mengerakkan semangat nasionalisme di negara kita.
           
Persatuan-persatuan di Malaysia sememangnya mampu mengerakkan semangat nasionalisme di negara kita kerana aktiviti berpersatuan mempunyai ahli yang ramai terdiri daripada pelbagai kaum. Ini menyebabkan matlamat atau objektif mudah diterima oleh ahli persatuan sebagai sokongan mereka. Selain itu, organisasi persatuan yang kemas dan mempunyai perlembagaannya yang tersendiri mampu mendapat sambutan hangat.
Aktiviti berpersatuan juga menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri, bangsa dan negara. Kebanyakkan persatuan di Malaysia di daftarkan bagi mengelakkan persatuan yang boleh menggugat ketenteraman awam sekaligus memastikan keselamatan negara terjamin. Aktiviti berpersatuan yang ada di Malaysia kebanyakkannya ditubuhkan oleh golongan yang berpendidikan atau golongan intelektual, sekaligus menjamin keberkesanan berpersatuan itu sendiri.
Berpersatuan mampu membangkitkan semangat nasionalisme kerana berpersatuan telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan ahlinya. Penubuhan persatuan juga telah menggalakkan kesedaran untuk masyarakat di negara ini bersatu padu sekaligus menyemarakkan rasa cinta kepada negara. Perpaduan sebagai sebuah bangsa yang menghadapi masalah bersama itu, menjadi lebih jelas dengan adanya perbincangan dalam kalangan ahli.
Selain itu, yuran yang dikenakan juga berpatutan malah yuran tersebut digunakan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan selain digunakan untuk pengurusan persatuan menyebabkan persatuan tersebut terus kukuh dan berkembang. Oleh itu, persatuan sememangnya mampu digunakan sebagai menyemarakkan rasa cinta kepada bangsa dan negara kita Malaysia.


Soalan 4 [ Menganalisis ]
Kepentingan kegiatan berpesatuan dalam membela semua rakyat di Tanah Melayu pada awal abad ke 20.
Penduduk Tanah Melayu dapat mengatasi masalah kenegerian yang memisahkan mereka apabila mereka melibatkan diri dalam kegiatan berpesatuan. Selain itu, kegiatan berpesatuan juga dapat menggalakkan kesedaran untuk bersatu sesama masyarakat. Malahan aktiviti ini juga dapat menggalakkan perpaduan sebagai sebuah bangsa Melayu. Melalui kegiatan berpesatuan segala masalah dapat dihadapi dan ditangani bersama. Seterusnya, ia juga membolehkan masyarakat membincangkan isu-isu negara di peringkat kebangsaan.
Aktiviti berpesatuan ini juga dapat menunjukkan kesepakatan kaum Melayu sebagai sebuah bangsa sekaligus dapat menggalakkan kesedaran untuk bersatu membela kepentingan mereka dalam semua bidang . Selain itu, kebajikan semua rakyat melayu dapat dijaga secara muafakat serta menggalakkan persaudaraan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
Aktiviti berpersatuan juga  dapat menjadi pembela politik  bangsa kerana penubuhan persatuan pada ketika itu telah membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. Selain itu, aktiviti berpersatuan di Tanah Melayu juga tidak bersifat politik tetapi berjaya memberi kesedaran perpaduan Melayu pada ketika itu.

Soalan 4 [ menganalisis ]
Setiap warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik. Jelaskan.
Setiap warganegara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik  bagi meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara mengikut peredaran zaman. Selain itu, semangat patriotik juga penting untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Satu lagi kepentingan semangat patriotik dalam setiap warganegara Malaysia ialah untuk melahirkan masyarakat yang bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman dan damai. Seterusnya ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai moral yang tinggi seperti semangat tolong-menolong antara satu sama lain.Kepentingan yang kelima semangat patriotik ini ialah supaya menjadi masyarakat yang menghargai dan menyanjung pejuang tanah air yang banyak berkorban untuk negara.Kepentingan yang keenam ialah supaya dapat menaikkan nama negara hingga diperingkat dunia.Kepentingan yang ketujuh ialah supaya rakyat malaysia menyokong segala dasar kerajaan dalam membangunkan negara.Kepentingan yang kelapan ialah supaya masyarakat tidak mengkhianati negara seperti membocorkan rahsia negara kepada pihak musuh.Kepentingan yang kesembilan ialah menjunjung dan menjaga kesucian Islam agar agama rasmi negara tidak tergugat.Kepentingan yang kesepuluh ialah dapat memelihara institusi kesultanan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara dan bangsa Melayu. Kepentingan yang terakhir ialah dapat melahirkan masyarakat yang berwawasan tinggi dalam memacu pembangunan negara ke arah yang lebih cemerlang.







SOALAN NO 4.( MENGANALISIS)
Manfaat yang diperoleh hasil dari kemerdekaan negara kita.

Antara manfaat yang diperoleh hasil daripada kemerdekaan negara      kita adalah kesejahteraan hidup rakyat akan lebih terjamin. Rakyat tidak  lagi hidup dalam ketakutan dan penderitaan. Selain itu perpaduan kaum di negara ini dapat dikekalkan. Tiada lagi  anasir yang  dapat memecah belahkan masyarakat Malaysia. Kemerdekaan juga membawa kebaikan dari aspek kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pesat dan seterusnya  taraf hidup rakyat meningkat.
Di samping  itu, menerusi kemerdekaan kita dapat menentukan hala tuju negara mengikut acuan sendiri. Hal ini demikian kerana semasa dijajah halatuju negara  kita ditentukan oleh pihak penjajah. Contohnya semasa zaman Jepun kita tunduk  kepada maharaja Jepun.Manfaat lain ialah wujudnya kestabilan politik. Politik negara akan berjalan lancar dengan adanya sistem pemerintahan yang sistematik. Misalnya, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpinnya sendiri. Akhir sekali, negara dapat melahirkan bangsa yang merdeka serta bermaruah. Semasa dijajah kita telah hilang kedaulatan yang kita miliki terhadap negara   ini.

SOALAN NO 4.( MENGANALISIS)
Kebaikan yang diperoleh oleh rakyat Malaysia jika menghargai dan  menghayati perjuangan pemimpin tempatan.
            Antara kebaikan yang diperoleh jika menghayati dan menghargai perjuangan pemimpin tempatan adalah munculnya semangat patriotisme dalam diri setiap  rakyat Malaysia. Dengan mengkaji perjuangan tokoh pemimpin tempatan, semangat cinta akan negara akan muncul. Selain itu, sikap kerjasama antara rakyat akan dapat diperkukuhkan. Hal ini dapat dilihat daripada peristiwa penentangan pemimpin tempatan seperti Dato’ Maharaja Lela dan rakan-rakan yang mempamerkan semangat kerjasama semasa menentang penjajah.
Seterusnya, kita juga akan memupuk semangat berkorban untuk negara setelah menghayati perjuangan tokoh tempatan. Mungkin  pada masa akan datang, tenaga kita pula diperlukan untuk mempertahankan kemerdekaan negara sepertimana pejuang terdahulu. Di samping itu,  perjuangan pemimpin tempatan menonjolkan sikap tidak mudah berputus asa menentang penjajah Barat. Tamsilnya,  TokJanggut menentang British sehingga titisan darah yang terakhir. Akhir sekali,   kita dapat menambahkan pengetahuan semasa merancang strategi berkesan untuk menentang kuasa asing. Tanpa strategi yang baik perjuangan akan menemui jalan  kegagalan.

SOALAN NO 4.( MENGANALISIS)
Impak terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme
            Antara kesan / impak  sekiranya semangat nasionalisme tidak wujud dalam diri  adalah kedaulatan negara akan terancam. Oleh itu, negara kita akan terdedah dengan ancaman  kuasa  asing yang sentiasa  menanti  peluang untuk  menguasai negara kita, terutamanya menguasai ekonomi negara. Rakyat pula akan hidup dalam perpecahan kerana tiada semangat kerjasama antara kaum sekaligus menggugat kemakmuran negara.
Tanpa semangat cinta akan negara keharmonian hidup akan pudar kerana rakyat mula mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Keadaan ini akan membawa kepada jurang kehidupan terutamanya kaum yang sememangnya lemah. Hal ini akan membawa kepada munculnya sikap perkauman.
Selain itu, ekonomi negara juga akan terjejas jika rakyat tidak cinta akan  negara mereka. Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang pesat kerana rakyat tidak bersungguh-sungguh memajukan negara. Bukan itu sahaja, malahan  pelaburan asing juga kurang berminat untuk melabur di negara kita.
Seterusnya tanpa semangat nasionalisme, masyarakat akan hilang jati diri. Buktinya, pada hari ini didapati rakyat mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang negatif dan membiarkan minda  mereka terus terjajah tanpa mereka sedari. Inilah kesan sekiranya rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme.

Soalan 5   [MENGAPLIKASI ]
Peranan anda sebagai pelajar untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di sekolah.
Peranan saya untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di sekolah ialah mempelajari sejarah dengan bersungguh-sungguh agar dapat menerapkan nilai patriotisme dalam diri sekaligus memperkasakan jati diri.                        
Selain itu, menghayati nilai murni melalui Pendidikan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan agar dapat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Sekaligus dapat membentuk masyarakat berbudaya unggul. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang menjamin keperibadian yang mulia.
Seterusnya, saya akan melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan (KST) bersama rakan supaya dapat mempelajari asal usul sejarah tempatan bagi mengukuhkan jati bangsa agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar dan budaya barat.
            Bagi memperkasakan semanagat nasionalisme perlu menanamkan rasa berbangga sebagai warganegara Malaysia. Melalui nyanyian lagu Negaraku bagi melahirkan rasa kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada tanah air. Selain itu, lagu Negaraku juga mendidik diri agar sentiasa bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Seterusnya, mengibarkan Jalur gemilang bagi melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Rasa patriotisme juga dapat dilahirkan dengan menganggotai Majlis Kepimpinan Pelajar kerana ia dapat memupuk dan membina masyarakat serta bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Selain itu dengan cara menyertai aktiviti badan beruniform yang diadakan di sekolah. Aktiviti badan beruniform dapat membentuh sahsiah diri, berjiwa bebas, sentiasa bersikap terbuka, berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai masalah.

Soalan 5 [ mengaplikasi ]
Sebagai generasi muda Malaysia, apakah peranan anda dalam memelihara kedaulatan negara.
          Sebagai generasi muda, peranan saya dalam memelihara kedaulatan negara ialah sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa untuk negara tercinta.Selain itu, ialah perlu menghormati pemimpin yang banyak berjasa untuk membangunkan negara bagi keselesaan kita semua.Peranan saya yang ketiga ialah  mematuhi undang-undang negara agar negara kita aman dan sentosa.Peranan saya yang keempat ialah menjaga keharmonian negara dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.Peranan saya yang kelima ialah mengharumkan nama negara di persada dunia seperti Datuk Nicol Ann David yang terkenal sebagai pemain skuasy dunia.Peranan saya yang keenam ialah menggelakkan diri dari gejala negatif seperti tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.Pendapat saya yang ketujuh ialah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dalam memajukan negara.Pendapat saya yang kelapan ialah bersedia mempertahankan negara daripada pencerobohan asing.Pendapat saya yang kesembilan ialah patuh pada ajaran agama kerana orang yang beragama mempunyai akhlak yang baik dan mudah diurus.Pendapat saya yang kesepuluh ialah  menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang telah berusaha membebaskan negara dari cengkaman penjajah.Pengorbanan mereka boleh dijadikan contoh tauladan.Pendapat saya yang terakhir ialah kita mestilah taat setia tidak berbelah bagi kepada raja dan negara agar kedaulatan negara terus terpelihara.






Soalan 5 [ mengaplikasi ]
Generasi muda hari ini berperanan mengekalkan kedaulatan negara melalui semangat patriotisme.
Generasi muda  hari ini dapat menjadi wargenegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara dengan cara mempunyai semangat setia kepada raja dan negara. Menerusi  semangat setia tersebut, mereka dapat menyumbang bakti kepada tanah air tercinta. Hasilnya negara berkembang pesat dan tidak mudah di ancam musuh. Selain itu, menerusi sikap sanggup berkorban untuk bangsa dan negara. Dengan adanya sikap sedemikian, generasi muda sanggup menyumbang tenaga demi mempertahankan negara andainya keselamatan negara terancam.  Seterusnya, memupuk semangat perpaduan melalui kerjasama antara rakyat berbilang kaum. Kesannya,  negara sentiasa aman. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran juga dapat membantu negara mengekalkan kedaulatan. Misalnya penguasaan  ilmu sains dan teknologi serta kemahiran ICT mampu membangunkan negaranya seiring dengan negara maju yang lain. Impaknya ekonomi negara kukuh dan politik negara stabil. Mereka juga tidak  mudah terpengaruh dengan anasir luar yang sentiasa  cuba menggugat keharmonian negara.  Akhir sekali, menghayati  sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.Hal ini mampu meningkatkan kesedaran dalam diri generasi muda dan seterusnya mengukuhkan rasa cinta kepada negara.


Soalan 5 [ mengaplikasi ]
Peranan warga Malaysia untuk memanfaatkan kemerdekaan dengan sebaik mungkin.
Peranan warga Malaysia untuk memanfaatkan kemerdekaan ialah tidak mempertikaikan peruntukan dalam perlembagaan negara dan negeri agar tidak menyinggung perasaan kaum di negara ini. Sekaligus mengeratkan perpaduan yang tersedia terjalin sejak kemerdekaan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia harus berpegang kepada nilai sejagat agar dapat mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Masyarakat yang bermoral dan beretika perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul. Warga Malaysia perlu berpegang kepada kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisis yang cemerlang dan membina institusi kekeluargaan yang unggul agar melahirkan generasi yang cemerlang sahsiahnya.
Malah sebagai warga Malaysia kita perlu mendaulatkan undang-undang agar negara kekal aman dan tenteram. Jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada prinsip rukun negara yang ketiga sudah tentu kemerdekaan negara kita akan terus berkekalan kerana keutuhan negara menjamin kedaulatan negara.
Seterusnya, sebagai warga Malaysia kita perlu menyokong dasar kerajaan agar dapat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Bangsa yang bersatu padu akan menakutkan musuh untuk mengancam keselamatan negara kita. Malah, kita sebagai rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan akhlak. Masyarakat yang matang , liberal dan bertoleransi perlu ada dalam setiap warga Malaysia.
Warga Malaysia juga perlu demokratik. Masyarakat yang demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan . Rakyat perlu berfikiran matang supaya menggunakan hak-hak demokrasinya dengan sewajarnya. Segala perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin perlu melalui saluran tertentu dalam suasana yang mesra dan bersifat membina.

Soalan 6 (Aras menilai)
Kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.

            Jika rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme maka ini boleh menyebabkan rakyat berpecah belah. Keadaan ini boleh mengancam keamanan dan keharmonian negara  serta mewujudkan individu yang mementingkan diri sendiri. Selain itu, keadaan sebegini boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara akibat daripada kemakmuran negara yang tergugat. Ketiadaan semangat nasionalisme boleh mengancam kedaulatan negara. Keadaan ini boleh menjejaskan imej negara di mata dunia dan negara juga akan terdedah kepada campur tangan kuasa asing. Di samping itu, ketiadaan semangat nasionalisme boleh membawa kepada keadaan politik negara yang tidak stabil akibat pentadbiran yang kucar-kacir. Rakyat akan hilang rasa hormat terhadap pemimpin negara dan oleh demikian ini boleh mengakibatkan demonstrasi jalanan berleluasa. Masyarakat Malaysia akan hilang jati diri jika mereka tidak memiliki semangat nasionalisme. Minda mereka dengan mudahnya akan dijajah dan terpengaruh dengan budaya asing seperti budaya lepak dan rempit yang memuadaratkan.
Soalan 6 [ menilai ]
Kejayaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani oleh generasi muda. Jelaskan.

            Perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang tidak mengenal putus asa wajar dikagumi dan diteladani  oleh generasi muda. Mereka menentang British dengan semangat juang yang sangat tinggi serta mereka sanggup berkorban nyawa , harta dan segala-galanya untuk mempertahankan hak mereka. Perjuangan mereka mengenepikan kepentingan diri masing-masing dan mengutamakan rakyat  wajar dicontohi oleh generasi muda. Selain itu, tokoh-tokoh tempatan ini mengamalkan pendekatan muafakat, musyawarah dan perbincangan dalam menyelesaikan masalah harus dipuji. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa. Malah, mereka juga bijak dalam mengatur strategi untuk mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah harus dikagumi oleh generasi muda masa kini. Mereka mengamalkan kerjasama dan semangat sepasukan tanpa mengira darjat keturunan untuk menentang British dan perjuangan mereka tidak mengharapkan balasan kekayaan harta, kuasa atau nama. Sikap sebegini harus dicontohi oleh generasi muda kerana tokoh-tokoh tempatan ini sanggup menempuh segala rintangan dan kesusahan untuk kebebasan negara.

Soalan 6 [ menilai ]
Terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangan tokoh pejuang kemerdekaan negara.
a)    Mengapakah keadaan ini berlaku?
b)    Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku?

a)    Mengapakah keadaan ini berlaku?
Keadaan sebegini berlaku kerana mereka kurang faham dengan fakta sejarah dan membuat penaakulan yang kurang tepat. Ini mungkin disebabkan fakta sejarah telah diputarbelitkan  atau penyebaran maklumat yang kurang tepat. Oleh demikian golongan ini mula mempertikai sumbangan tokoh pejuang negara. Malahan, media massa juga tidak bertanggungjawab dengan membangkitkan isu yang membingungkan rakyat. Ini mungkin angkara sesetengah pihak yang bersikap prejudis serta membangkitkan sentimen perkauman.

c)    Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku?

Cara untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku ialah dengan menekan nilai kewarganegaraan dan patriotism dalam kalangan masyarakat agar mereka sentiasa menghargai sumbangan tokoh pejuang kemerdekaan kita. Selain itu, sejarah harus dijadikan matapelajaran penting kerana melalui subjek inilah semangat setia dan bangga terhadap negara dapat dipupuk. Di samping itu, media massa seharusnya memainkan peranan dengan menyalur maklumat dengan betul dan berkesan agar tiada pihak yang menimbulkan isu-isu sebegini. Guru sejarah perlu memberi penjelasan tentang perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara dengan memberi mereka pendedahan semenjak sekolah rendah lagi. Malah, sekolah-sekolah perlu mengadakan sudut-sudut yang penuh dengan info tokoh-tokoh pejuang agar pelajar akan leih mengetahui tentang mereka.
           
Soalan 6 [ menilai ]
SEMANGAT NASIONALISME RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN LUNTUR. BUKTIKAN
Nasionalisme rakyat malaysia semakin luntur apabila ada rakyat yang berani membakar bendera malaysia.  Ada pula peristiwa rakyat malaysia yang mempermainkan lagu negaraku. Ada orang yang menyertai perhimpunan haram .  Ada rakyat yang berani menimbulkan isu-isu sensitif tentang kerakyatan. Selain itu, rakyat malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu bekerja di luar negara untuk mencari pendapatan lumayan. Terdapat banyak fitnah dalam media sosial tentang pemimpin negara. Perbuatan rasuah berleluasa. Terdapat juga rakyat malaysia yang menyimpan wang di luar negara dengan jumlah yang banyak. Rakyat tidak menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan sepenuhnya. Terdapat orang negara kita yang lebih mementingkan jenama barangan import. Wujud peristiwa pergaduhan antara kaum.  Kemudahan awam dirosakkan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab


Soalan 7
Berikan cabaran dan cadangan untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.

(i) Cabaran untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.
Antara cabaran bagi membina masyarakat yang patriotik ialah pegangan agama masyarakat yang longgar sehingga membawa kepada keruntuhan akhlak  seperti pergaulan bebas dan pembuangan bayi.

Tebalnya identiti perkauman mengurangkan  semangat bekerjasama sehingga menyukarkan usaha bagi mewujudkan perpaduan. Masyarakat mudah tersentuh dan memberikan reaksi terhadap isu-isu yang melibatkan perkauman.  Pergeseran antara kaum mudah terjadi  sehingga mampu mewujudkan konflik dan menjejaskan keamanan.

Pengaruh budaya luar yang masuk menerusi pelbagai media mendatangkan kesan negatif sehingga melunturkan jati diri masyarakat.  Sikap mementingkan kebendaan menyebabkan masyarakat  mengenepikan nilai-nilai agama dan moral dalam mengejar keduniaan. Persaingan politik dalam negara semakin meruncing sehingga menggugat kestabilan seperti demonstrasi jalanan. 

Sikap golongan muda yang mementingkan hiburan melampau menjadikan mereka lalai terhadap tanggungjawab sebenar untuk menimba ilmu pengetahuan di samping terjebak dengan pelbagai gejala sosial seperti dadah dan minuman keras.

Pengaruh media massa dan media sosial melalui konsep langit terbuka telah menimbulkan budaya fitnah dan memecahbelahkan perpaduan masyarakat.  Maklumat yang tidak tepat disebarkan dalam kalangan masyarakat sehingga menggugat kestabilan politik dan ekonomi. Peningkatan kadar jenayah menggugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat seperti ragut, pecah rumah dan  pembunuhan.

(ii)  Cadangan untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda
Bagi memperkasa semangat nasionalisme rakyat Malaysia, pegangan agama/nilai-nilai moral masyarakat perlu ditingkatkan melalui kurikulum sistem pendidikan.  Kerajaan perlu mengurangkan rancangan-rancangan hiburan dalam media elektronik sebaliknya menambah rancangan-rancangan yang bersifat pendidikan atau keagamaan untuk memberi pedoman dan bimbingan kepada masyarakat.   Institusi keluarga perlu dikukuhkan melalui khidmat kaunseling. Penguatkuasakan undang-undang secara lebih tegas dan berkesan hendaklah dilaksanakan bagi membanteras gejala rasuah.

Kempen-kempen anti rasuah dan kesan buruk rasuah kepada negara dan masyarakat perlu dipertingkatkan. Rakyat perlu memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa melalui peti-peti undi. Bilangan anggota penguatkuasa bagi membenteras jenayah seperti polis, imigresen dan kastam perlu ditambah dari semasa ke semasa seiring dengan pertambahan penduduk  dan cabaran tugas.

Program-program  mengukuhkan perpaduan kaum boleh dilaksanakan seperti sambutan-sambutan perayaan dan kerjasama komuniti setempat. Kerajaan perlu menapis unsur-unsur negatif dari luar yang tersebar melalui media elektronik dan media sosial daripada terus mempengaruhi masyarakat. Kerajaan hendaklah membela kepentingan rakyat dengan berusaha meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyediakan kemudahan seperti hospital, bekalan air dan elektrik. Ekonomi negara perlu ditingkatkan bagi mencetuskan peluang-peluang pekerjaan. Keadaan ini dapat melahirkan masyarakat yang berbangga dengan pencapaian negara.

Soalan 7
Terdapat sekelompok masyarakat di negara kita yang menganggu/menguggat keamanan dan keharmonian negara kita.

(i) Mengapakah kumpulan tersebut bertindak sedemikian?

            Sekelompok masyarakat di Negara kita menganggu keamanan dan keharmonian Negara kita disebabkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan kerajaan keadaan ini belaku kerana mereka tidak memahami dasar negara. Masyarakat ini juga kurang menghayati wawasan 2020 yang diwar-warkan oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, sikap mudah mempercayai anasir luar kesan penyebaran maklumat yang terlalu pantas juga menjadi penyebabnya seperti aplikasi Watsupp, Telegram dan Facebook. Mereka juga kurang kefahaman tentang konsep nasionalisme menyebabkan mereka menimbulkan suasana tidak harmoni seperti perhimpunan haram. Selain itu, ia juga  berpunca dari pengaruh politik atau ideologi dari Negara luar yang menekankan kehidupan liberalisme yang tidak sesuai dengan budaya timur. Seterusnya kurangnya pengetahuan sejarah negara menyebabkan mereka tidak menghayati keperitan pejuang tempatan mempertahankan negara dari kuasa barat. Sikap jahil kelompok ini menyebabkan negara menanggung beban untuk negara terus kekal makmur.

   (ii)  Bagaimanakah keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan?
            Keamanan dan keharmonian Negara dapat dikekalkan dengan cara memperkukuhkan pentadbiran kerajaan seperti melaksanakan dasar dan pembangunan yang lebih dekat untuk rakyat. Contohnya BRIM, rumah kos rendah atau PPRT. Ia juga dapat dikekalkan dengan cara memperkukuhkan semangat nasionalisme melalui pembelajaran wajib Sejarah di semua sekolah. Contohnya wajib lulus Sejarah dalam SPM manakala mata pelajaran sejarah dimasukkan dalam silibus sekolah rendah. Dengan cara mengekalkan perpaduan kaum antara Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum melalui pelbagai program. Contohnya memperkenalkan semua budaya melalui Karnival 1 Malaysia. Selain itu, kerajaan juga perlu membuat perancangan ekonomi dan sosial yang berkesan yang boleh dikongsi bersama kaum lain. Selain itu, pelaksanaan undang-undang terhadap mereka yang cuba memecah belahkan keamanan negara seperti melucutkan warganegara mereka. Akhir sekali, kerajaan yang memerintah perlu membela kehidupan/nasib rakyat dan memperkasakan jati diri bangsa melalui program-program yang dirancang bagi melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.


Soalan 7
Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini semakin terhakis.
(i)            Mengapakah keadaan tersebut berlaku.
                Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis kerana  kurang kesedaran terhadap pentingnya semangat cintakan Negara dan bangsa. Remaja juga kurang pengetahuan konsep kenegaraan dan kurang menghayati serta memahami sejarah kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.
                 Rakyat juga lebih mengagungkan negara-negara Barat kerana ledakan maklumat yang negatif melalui internet yang bertindak secara pantas dan cepat. Oleh itu penyebaran budaya barat mudah mempengaruhi minda rakyat Malaysia. Selain itu, gejala sosial seperti dadah, lumba haram juga menjadi punca semangat patriotisme semakin terhakis kini. Hilangnya jati diri dan akhlak mulia menyebabkan semangat patriotisme pudar kerana golongan ini lebih mementingkan diri dari mendahulukan kepentingan negara. Inilah faktor yang menyebabkan patriotisme terhakis dalam kalangan rakyat Malaysia.

(ii) Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.
Cadangan untuk mengatasi masalah tersebut dengan menjayakan konsep 1Malaysia agar perpaduan negara terus kukuh. Selain itu, mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan agar rakyat Malaysia dapat memahami budaya kaum lain sekaligus memupuk nilai hormat-menghormati. Seterusnya memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan supaya rakyat memahami dasar yang hendak dicapai oleh kerajaan. Mengamalkan prinsip Rukun Negara agar semangat jati diri dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah di peringkat sekolah supaya dapat mengenali sejarah Malaysia sekaligus memupuk rasa bangga menjadi warganegara Malaysia.. Cadangan seterusnya menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni melalui Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan







Soalan 7 :
Usaha / langkah yang boleh dilakukan bagi mengekalkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia

Cadangan Jawapan :
Antara usaha ialah pelaksanaan konsep satu Malaysia oleh Perdana Menteri dan seterusnya mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum. Memupuk perpaduan nasional dan persefahaman antara kaum.
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan sistematik. Ia juga menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, menjaga hak asasi warga Malaysia yang berdaulat.
Pemimpin perlu memberi hak sama rata kepada rakyat dari aspek pendidikan. Mengekalkan amalan demokrasi yang telah lama diamalkan. Pemimpin perlu berusaha menaik taraf infrastruktur negara agar rakyat lebih selesa serta membantu rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak, memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.  Sistem pendidikan perlu dinaik taraf serta menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat.


Soalan 7 :
Cadangan untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara cadangan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah dengan memupuk semangat partiotisme dalam kalangan rakyatnya.Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita.Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya.
Kerajaan memperkenalkan pelbagai programtermasuklah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) bertujuanmeningkatkan dan menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkinkepada perpaduan nasional.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diteruskan.Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diribermatlamatkan memupuk perpaduan kaum serta dapat membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangangenerasi muda.
Semangat kekitaan perlu dipupuk dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat..Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.Di sekolah, aktiviti seperti perkhemahan dan sukan yang melibatkan semua murid pelbagai kaum juga boleh diadakan untuk memupuk perpaduan,
Seseorang rakyat haruslah mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan ini akan membawa perpaduan antara rakyat.
Langkah seterus ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk membentuk suatu ideologi kebangsaan bagi menyatukan rakyatnya.

SOALAN 7 :
Cabaran untuk memperkasakan semangat patriotik  dalam kalangan generasi muda dan langkah mengatasi cabaran tersebut. (10 markah)                                                                            

Cadangan Jawapan :

Cabaran Memperkasakan Semangat Patriotik
            Cabaran globalisasi/dunia tanpa sempadan/ledakan maklumat  bolehmengganggugugat semangat patriotik  di kalangan generasi muda.Selain itu, penyebaran budaya negatif  dari  luar seperti k-pop/punk/black metal  akan menjejas semangat  semangat patriotik. Gejala sosial dan penularan gaya hidup negative/politik ganas/vandalism yang berleluasa di media social  juga mampu mempengaruhi  kejituan nilai patriotic generasi muda .
            Kurang pengetahuan kenegaraan akibat kurangnya pembacaan atau  ilmu juga  akan menjadikan generasi muda mudah luntur semangat  patriotik.Terhakis jati diri dalam kalangan generasi muda juga akan menjejaskan rasa cinta akan  kepada tanah air.

Langkah Mengatasi Cabaran Tersebut.
             Pemantapan sistem pendidikan bermula dari peringkat sekolah  rendah, menengah hingga ke peringkat institusi pendidikan tinggi seperti penekanan kepada pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Mengaktifkan  dan menjayakan konsep 1 Malaysia  melalui pelbagai program  kenegaraan supaya generasi muda lebih patriotik.
             Mengadakan sambutan bulan kemerdekaan di peringkat  taman perumahan,sekolah ,daerah dan negeri  dengan pengisian aktiviti kenegaraan yang mantap mampu  memperkasa semangat patriotic.
               Kem motivasi atau Program Latihan Khidmat Negara yang dianjurkan oleh kerajaan untuk golongan sasaran juga diharapkan dapat  mempertingkatkan nilai patriotism.
                Peranan ibu bapa  dan masyarakat juga penting untuk memperkukuh jati diri atau memperkuat pegangan agama/adat/tradisi masyarakat tempatan supaya  generasi muda tahu asal usul mereka.


                                                                                                                                 
Soalan 8
Nilai/iktibar/patriotisme
Nilai yang ditunjukkan oleh pemimpin setempat dalam mempertahankan kedaulatan negara yang perlu ada dalam setiap iri kita ialah semangat juang yang tinggi dan sedia mempertahankan tanah air agar negara terus kekal bebas dari dijajah. Selain itu, sikap berani menentang musuh perlu dicontohi agar kita menjadi warga yang mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak mudah dijual beli oleh anasir luar.
            Seterusnya, sebagai generasi muda masa kini, kita hendaklah mendahulukan kepentingan negara dan mengetepikan kepentingan diri agar kita menjadi insan yang bertanggunjawab terhadap negara. Perasaan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara perlu ada dalam setiap anak bangsa bagi menjaga imej dan maruah bumi Malaysia yang bertuah ini.
Rasa cinta pada negara dan bangsa perlu dipupuk dalam diri kita agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh individu-individu atau pihak luar yang mahu mengancam kedaulatan negara kita. Justeru sikap patriotik perlu disemai agar negara kita Malaysia terus kekal merdeka.








Soalan 9
Pengetahuan/iktibar/patriotisme/harapan

Pengetahuan
Pengetahuan yang saya perolehi ialah sistem pendidikan  telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang tempatan . mereka mula teredah kepaa idea dan pandangan baru. Pengaruh kebangkitan Islam di Asia barat dan kegiatan nasionalisme di negara-negara sekitar tanah Melayu turut menyedarkan orang tempatan untuk bangkit menentang penjajahan.
Iktibar
Iktibar yang perlu kita contohi ialah kita perlu berani menghadapi cabaran agar dapat membina masyarakat yang gagah supaya negara dapat dimajukan sekaligus mengangkat martabat bangsa dan negara dipersada dunia.
Patriotisme
Selain itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menyemai rasa cinta dan bangga dengan negara kita agar kedaulatan negara terus kekal dan dengan mudah kita boleh menangkis musuh negara.
Harapan
            Harapan saya ialah kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara. Wawasan 2020 yang ddiilhamkan oleh Dato Seri Mahathir Mohamad akan terus memacu kemajuan negara setanding dengan negara-negara maju di Barat.

            

No comments:

Post a Comment