PENAJA

Sunday, 25 October 2015

kertas 3 sejarah spm 2015 KEMUNCULAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA set 2












1.0  Maksud dan latar belakang nasionalisme  
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini telah mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu. Selain itu bermaksud membebaskan negara dari pengaruh budaya barat. Malahan membebaskan negara daripada penguasaan ekonomi penjajah. 
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan didorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.  
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin tempatan seperti Dato’ Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Walau bagaimanapun gerakan nasionalisme telah bermula secara menyeluruh pada awal abad ke-20.   
2.0  Faktor-faktor penentangan dan pemangkin semangat nasionalisme 2.1  Faktor-faktor penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu,         Sabah dan Sarawak pada abad ke-19. 
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.  
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British. 
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah tersebut akan dikenakan cukai. 
Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima budaya British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan. 
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini telah memberi kuasa kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka menentang  British. 
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan perlaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Ini menyebabkan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.  
2.2  Faktor-faktor pemangkin semangat nasionalisme sehingga perang dunia kedua 
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialah tindakan Sir Andrew Clarke memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British. 
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang

mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British. 
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.  
Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu. 
 Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan. 
 Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang. 
 Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.
 Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan ini merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas. Dalam tulisannya, beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat sama. 
 Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar British.   
3.0  Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang British 
3.1    Tanah Melayu 3.1.1 Penghulu Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning.  Selain itu, British juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828. 
Faktor penentangan oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau juga telah menolak tindakan British yang meletakkan Naning didalam wilayah mereka dengan cara tidak membayar ufti 1/10 yang seperti yang dituntut oleh British. 
Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun 1831. Penghulu Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai 150 tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan Taboh. 

Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British pada Febuari 1833.  
3.1.2 Tok Janggut di Kelantan
Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan oleh mereka.  
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau  enggan untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal.  
Pada tahun 1915, Tok Janggut bersama-sama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh. Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh  seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. 
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.  
Selain itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh British. Mayat beliau telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya tidak berani menentang British.   

3.1.3 Dato’ Maharajalela di Perak
Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela dengan dibantu oleh semua pembesar dan sultan. Antara sebab-sebab penentangan ialah residen J.W.W Birch memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874.  Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Selain itu, para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch juga tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu. 
Peristiwa penentangan bermula apabila  Dato’ Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British pada 21 Julai 1875. Dat’o Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah membunuh J.W.W Birch pada  2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak . Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana telah dibuang negeri ke Pulau Seychelles. 
3.1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah  di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kira-kira 300 penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan.  
Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut. Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu arahan untuk  menentang British.  
Namun dengan menggunakan kuasa dan nama sultan, British telah menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Ini memudahkan British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan membunuh 11 orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah. 


3.1.5 Dato’ Bahaman di Pahang
Pada tahun 1888, Dato’ Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang telah bangkit menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato’ Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan  pasukan polis luar. Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun. 
 Siri penentangan Dato’ Bahaman ialah pada 1890, iaitu menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua. Pada tahun 1891, beliau telah menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Seterusnya pada tahun 1892 pula, beliau telah menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Pada tahun 1894, beliau kemudiannya telah menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Namun akibat tekanan British, pada tahun 1895, Dato’ Bahaman telah berundur ke Kelantan. 
Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya telah mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan. Selepas itu, Dato’ Bahaman kemudiannya menetap di Hulu Kelantan. Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan kemudiannya  meninggal dunia di sana. 
3.1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan
Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April 1874. Dato’ Syahbandar juga menentang Dato’ Kelana Sungai Ujong, iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam pertikaian mereka.  
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Hasil kerjasama dengan British, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Ini menyebablam Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Walau bagaimanapun, beliau telah kembali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November 1874. Akhirnya, Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura. Ini membolehkan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
3.2  Sarawak  3.2.1 Rentap 
Rentap merupakan pemimpin Iban yang menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.  
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah. 
3.2.2 Linggir
Linggir ialah pemimpin Iban di Saribas yang menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran  tersebut. 
4.2.3 Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur pula melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.  
3.3  Sabah 3.3.1 Mat Salleh
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Contohnya,  Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Ini kerana British bukan sahaja menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah

mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.  
Mat Salleh telah ke Sandakan berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya, Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.  
4.0  Keberkesanan pemimpin tempatan menentang British 4.1  Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British pada abad         ke-19. 
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke-19 ialah kejayaan Dato’ Maharajalela menyatukan dan bekerjasama dengan para pembesar untuk menentang British. Dalam peristiwa tersebut, Sepuntum telah berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India. 
 Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera dari Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan tentera British seramai 150 orang. 
 Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat Salleh dan berjanji akan menyerahkan Tambunan.  
 Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya mencabar British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya. Malah beberapa pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya. 
 Di samping itu, perjuangan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British. Beliau mengetuai penduduk kampung membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925. 
 
 Seterusnya, perjuangan Dato’ Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya kerana berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.  
4.2  Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad ke-19. 
4.2.1 Penghulu Dol Said Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie. 
4.2.2 Dato’ Maharaja Lela Sultan Abdullah dan Dato’ Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato’ Maharaja Lela juga telah berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan yang paling besar ialah berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch. 
4.2.3 Dato’ Bahaman Dato’ Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato’ Bahaman menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. 
4.2.4 Tok Janggut Kejayaan yang dicapai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah dilantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah. 
4.2.5 Haji Abdul Rahman Limbong Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928. Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang. 
4.2.6 Rentap Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.      
4.2.7 Mat Salleh Akhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah melakukan serangan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.  
4.3  Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan British. 
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh untuk mengalahkan 150 orang tentera British.  
Rentap pula menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Gapur.  
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.  
Dato’ Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir Salak.  
Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.  
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai membersihkan tanah di Kuala Telemong dan tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah berjaya mendudukinya.  
4.4  Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan  
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang tentera telah dihantar oleh British sekali lagi  menyerang Naning  dan berjaya mengalahkan penghulu Dol Said. 
 Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat seperti

Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor, manakala Sultan  Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.  
 Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar  dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada penduduk tempatan yang menentang British. 
 Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan nama sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang penentang.  Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Makkah. 
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar kampung Rentap dan menyerang Rentap ketika berundur ke Bukit Sadok. 
 Di Sabah pula, Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya. Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan penentangan terhadap British di Sabah.  
4.5  Keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam memupuk semangat         nasionalisme di negara ini. 
Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.  
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya berkenalkenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.   
Seterusnya, Persatuan Negeri-Negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi. Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.  
Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa. Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran agama Islam.  
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu. Di samping itu, meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. Mereka juga bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British. Selain itu, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.  
Akhir sekali, penubuhan Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British terhadap anak negeri. Resolusi Kongres dengan menggambarkan perpaduan melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah. Akhir sekali orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.  
  4.6  Kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada penyatuan orang           Melayu dalam persatuan. 
 Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu 
 Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938). Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

 Disamping itu, kesan dari gerakan nasionalisme juga telah  mewujudkan sebuah persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM). Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan perpaduan dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. 
 Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak  (1939) telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam. 
 Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walau bagaimanapun, kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.  
5.0   Usaha memupuk semangat nasionalisme 5.1   Memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada abad ke-19 dalam          memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.  
Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang sanggup berjuang untuk kedaulatan negara. 
Seterusnya, bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat nasionalisme dengan menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan drama agar menjadi tatapan rakyat Malaysia hari ini. 
Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan melalui pameran yang menarik dan kreatif di muzium yang dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin tempatan  
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan masyarakat. 
Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk memupuk semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.  

Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuangpejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda.   Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi pembangunan negara secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.    Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat cintakan negara.  
5.2  Kepentingan semangat nasionalisme warga Malaysia dalam mempertahankan           kedaulatan negara.  
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu mempertahankan kedaulatan negara. Ini kerana semangat nasionalisme akan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia, seterusnya memupuk semangat setia dan sanggup berkorban untuk negara.  
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia. 
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat bekerjasama antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.  
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum. Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan yang dirancang akan tercapai. 
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh kepada ajaran agama masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama akan mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan. 
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi. Masyarakat berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.  
5.3  Peranan media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara 
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum dengan lebih cepat. Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat diperoleh dan diakses dengan lebih mudah sama ada melalui media sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan hebahan umum. 
Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat  dan sahih kepada umum.  Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk mendapatkan berita terkini. 
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian berita, rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya disampaikan dengan menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum di negara ini. 
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan televisyen.  
5.4 Ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.     Antara ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian. 
Selain itu, menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda. 
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu

diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani, bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.  
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. 
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara. Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai lambang penyatuan bangsa. 
 Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.             6.0   Peranan penulis akhbar bagi mengekalkan kestabilan politik di Malaysia pada          hari ini. 
 Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat memahami perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.  
 Seterusnya, penulis akhbar juga perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotong-royong dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini. 
 Di samping itu, penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini. Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai kaum 
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis hendaklah membantu mengekalkan politik yang stabil melalui penulisan. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa penyatuan antara kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152.  

Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting negara seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini.   
6.1  Perjuangan pemimpin tempatan tidak berjaya satu perbahasan
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan menentang penjajah itu gagal, namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan Dato’ Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh yang sanggup berjuang sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang mendalam kerana sanggup berkorban untuk bangsa dan negara. 
Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah kejayaan generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan  dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah. Sifat inilah yang akhirnya menjadikan Malaysia negara yang aman dan makmur walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan. 
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa mereka. Bukti perjuangan yang ditunjukkan oleh  pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap  telah mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah diaplikasi oleh generasi hari ini sehingga mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan ramai lagi. 
Seterusnya hujah yang menyangkal pernyataan ini ialah kejayaan beberapa pemimpin tempatan yang berjaya mengusir penjajah British. Contohnya, Rentap yang berjaya mengusir James Brooke dari Nanga Skrang. Begitu juga dengan kejayaan pemimpin rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rombongan ini telah berjaya mendapat kemerdekaan daripada pihak British. Berkat kejayaan perjuangan pemimpin negara, akhirnya telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang mampu menghasilkan kereta nasional sendiri sehingga mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. 
Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan melahirkan ramai pemimpin negara yang berwibawa. Mereka dengan lantang bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa seperti Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tentang hak-hak kemanusiaan. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam menyuarakan nasib mangsa pelarian perang seperti di Syria. Malahan negara Malaysia bersedia membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.   6.2   Tema-tema penulisan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme           dalam kalangan rakyat Malaysia.  
Sekiranya saya  adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini, tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan aman dan makmur. Contoh tema ini dapat ditonjolkan melalui pengamalan Rumah Terbuka oleh pelbagai kaum di Malaysia. Mereka menyambut perayaan masing-masing pada setiap tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. 
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya mengikis persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan transformasi besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohanadas dan M. Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest kerana semangat Malaysia Boleh!.  
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi.  Hal ini pasti menimbulkan semangat kebanggaan rakyat Malaysia kerana mempunyai keunikan yang tersendiri.  
Di samping itu, ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam ‘Malaysia Boof Of Record’ untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan pertama negara. Selain itu Datuk Nicol David sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini, pastinya akan menyuntik semangat generasi muda untuk terus melakar kejayaan. 
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang sering dilupakan setiap kali sambutan hari kemerdekaan negara. Contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa merasa bersyukur kerana hidup  
dalam suasana aman damai. Ini penting supaya mereka sentiasa berusaha untuk menjaga keamanan negara. Justeru, semangat nasionalisme harus sentiasa subur demi kedaulatan negara tercinta.  
7.0  Cabaran dan langkah memupuk semangat nasionalisme 7.1  Cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk semangat         nasionalisme dalam kalangan rakyat  
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara.  
Selain itu pengaruh budaya luar yang negatif juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme. Ini kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri, Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.  
Disamping itu, kurangnya program-program yang berunsur patriotisme turut menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati.  
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukarnya untuk mewujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar. 
7.2  Langkah-langkah mengatasi cabaran memupuk semangat nasionalisme 
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan. Contohnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan.  
Selain itu pihak yang berkenaan, seperti pihak media haruslah menapis pengaruh budaya luar yang negatif sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan. Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab.  
Kerajaan seharusnya meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bekerjasama dengan Persatuan Sejarah Malaysia menganjurkan 
pertandingan Galeri Sejarah Sekolah. Ini penting untuk memupuk semangat cintakan sekolah dan tokoh-tokoh tempatan. 
Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini dapat memupuk semangat nasionalisme kerana para pelajar boleh bergaul dan bekerjasama tanpa mengira kaum dan agama. Ini penting supaya pelajar saling hormatimenghormati dan memahami budaya serta cara hidup kaum-kaum di negara ini.  
8.0  Faktor-faktor dan kesan-kesan semangat nasionalisme semakin luntur
 8.1  Faktor-faktor semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi         muda pada hari ini 
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air. Mereka juga tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Selain itu, generasi muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun elektronik.  
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda.  
Selain itu, sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi muda kini  tidak memahami konsep Rukun Negara. Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan. Seterusnya, kurangnya ilmu pengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam diri generasi muda kini.  
8.2  Kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung.    Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri.  
Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut  meningkat dan sukar dibendung.  
Selain itu, perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan  wujud. Generasi muda juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara akan tergugat. Malahan hasrat untuk mencapai Wawasan 2020, kemungkinan tidak akan tercapai. 

9.0  Menghayati Iktibar dan  nilai daripada perjuangan tokoh 
Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu untuk membangunkan negara supaya setanding dengan negara-negara maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Di samping itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.  
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa jua perkara yang dilakukan.  
Selain itu, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat terbuka dengan menyokong perubahan yang membawa kebaikan seperti pembangunan negara. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Kita perlu berbangga dengan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dicapai.  
Rumusan 
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha pemimpin tempatan menentang penjajah British. Penentangan ini didorong oleh hasrat membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Akhirnya muncullah ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakang menentang penjajah yang mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.  
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan menerapkan sikap berani menentang musuh. Di samping itu, memiliki jati diri yang tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi. Akhirnya kesanggupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan kepentingan diri.   
Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara yang tinggi dan sanggup berkorban untuk negara. Contohnya penentangan Tok Janggut yang sanggup berjuang walaupun terpaksa ditangkap dan dihukum mati.   
 
Harapan saya agar rakyat Malaysia hendaklah memperkukuh semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat mempertahankan negara daripada campur tangan kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk mewujudkan keamanan.  


No comments:

Post a Comment