PENAJA

Monday 15 August 2016

Misi beli rim baru yang murah dan berbaloi

assalam...ok kereta baru pun dah kluar pada hari jumaat hari 2. gatal tangan amik no.plat wilayah. xsedar diri tol orang johor ni hehe...bukan apa sebab selalu balik kg isteri kt kedah...lagi pulak JDT tgah up.so ramai la y rasa xselesa bila nampak plat J...agaknyalah...lagi pun bila plat W orang tak perasan sangat kereta 2 baru ke tidak. xd la tumpuan ramai sangat...rasional x alasan 2 haha..

ok sebab honda city ni spec dia S semata so korang paham2 la. dia bagi rim besi je.pedih rasa. antena lak bg batang itam 2. sbagi sirip jerung. oit bape hengget je kan kalau nak bagi benda 2. lg hampeh chrom kt gril depan dan kt belakang tak kilat huhuhu...so dari segi luaran nanti korang dah nampaklah beza antara spec paling cikai dan spec2 lain...pedih!.

bila tanya kt mana nak cari rim murah kt johor? jawapan paling terkenal adalah Batu pahat. semualah cakap mcm 2. tapi bila abng ipar aku y dok BP tnya kawan dia y keje kedai rim. dia kata 15" 850...ok ke x mcm 2...so aku kan amik kereta kt honda kulai.pas amik kereta terusla pusing2 kulai cari. jumpa 1 kedai ni depan bus stand kulai. mmula2 datang masa otw amik kereta dia bukak harga 850. dan ada lak rim yang aku dgn bapak aku berkenan. so cakap kt cina 2 nanti aku datang pas amik kereta.

 

ni rim kt kulai y dia kata harga 850. cun x


pas amik kereta,tanya orang honda.dia pun cakap cari kat BP. so pas amik kereta g la kedai tadi. tawar harga dan last2 dia bagi 800. so nak jadi la ni. pas2 dia cakap kne tambah nat rm5/biji dengan tambah apa tah.masuk GST 1060...wah2 lari bajet. berhuhuhu jelah aku. kempunan rim tersebut.


sebelum amik kereta kt kulai aku sebenarnya dan tgok la beberapa rim kat kota tinggi...ada gk y aku berkenan...ni rim kat kota tinggi y aku tgok. ni kedai kat Hankook kt depan econsave. dia bagi harga sebelum tolak rim rm750. aku rasa dah murah 2 sebab kt mudah pun 2nd 600 ke atas. tapi aku xtanya la all ini ke x.sebab kereta belum keluar tak naklah lebih2 sangat...ok x rim2 ni. sebab pilihan y ni je ada (yang aku berkenan lah)

ni kedai lain bukan hankook.aku berkenan gak dengan y bilah 5 tu. harga dia tulis 1k tapi tak tanya tuan kedai.aku baca kt harga dia tulis je



selang sehari selepas aku amik kereta aku g kota tinggi konon nak pasang rim kt kedai hankook la.tapi dah niat nak usha kedai-kedai lain gk. dalam senarai nak g Mamat Tayar dan kedai sebelh sungai kt BSN...sampai je kota aku terus ke mamat tayar. tgok pilihan rim yang ada....seperti dibawah...


ok ke tidak pilihan tu. aku tanya harga dia cakap rm800 siap pasang semua sekali. all in la maksdnya. wah ok 2...aku cakap nak tolak rim besi.dia amik rm100. peh rm700 dh cun sgt kot...pas2 dia cakap xmasauk gst lg tau. aku kira2 masuk GST baru rm750.ok sgat ni walaupaun GST mcm haram dan haram jadah.

next step try pasang rim kt tayar nak tgok cocok ke x...lihat la gambar di bawah...korang suka yang mana?.




selepas dinilai maka aku pilih yang di bawah ni. hampir sama dengan kt kulai ari 2 tapi aku rasa yang kt kulai lagi cantik...yeke?.tah la...tp aku puas hati dengan harga dan rupa rim ni. 200 kot beza dia dengan kt kulai...


nilah rupa pas pasang. semasa aku pasang rim ni bapak aku call.dia pun tgah usha rim untuk aku.kat kota gak. dia cakap kt depan bank islam kota tinggi kedai kt coner lot harga rim 15" rm650 makai murah 2...abah aku kata mula2 dia bukak rm850. sebab abah aku kenal pomen 2 menantu orang kampung aku dia bg harga rm650.tapi sebab aku tgah pasang rim baru abah aku xtanya lebih lanjutlah...xd rezeki lah dengan kedai depan bank islam 2...

ok tq sebab baca

Monday 8 August 2016

selamat tinggal toyota vios 2nd gen...



salam semua. hari ini adalah hari terakhir saya bersama kereta kesayangan saya toyota vios e spec tahun 2010... sebelum ini review saya untuk toyota vios ini mendapat sambutan yang amat mengujakan. pandu uji toyota vios  E test drive review

hari ini selepas hampir 6 tahun saya memandu toyota vios 2nd gen, saya akan menyerahkan kereta tersebut kepada penjual kereta terpakai. jodoh kami tidak lama. selepas 200 000 km perbatuan kami terpaksa berpisah. sedangkan prestasinya masih membanggakan dan dia masih kesayangan saya. bukan apa, saya perlu kereta baru untuk perjalanan ke kampung di kedah 5 kali setahun sekurang-kurangnya. kami perlukan sebuah kereta baru untuk keselamatan perjalanan dan keamanan berkendara.

semasa saya beli kerata tersebut pada 2010 saya masih bujang. dan saya gunakan kereta tersebut hari-hari tanpa memikirkan jangka panjang. hari ini saya nampak bila kita tidak "menjaga" penggunaan kereta kita terpaksa melepaskanya untuk keamanan semasa berjalan jauh. dengan perbatuan 200 000 km dan sifar masalah mekanikal dan enjin, saya risau vios saya akan meragam di haiway...jika itu berlaku saya nampak isunya amat besar untuk saya yang mempunyai 2 anak kecil. nasihat saya sayangi kereta anda dan jangan la guna mcm saya 2,3, bulan 10000km/sekali servis.maka cepatlah dia mencecah perbatuan 200 000 dalam kurang 6 tahun.

secara jujurnya masalah yang saya pernah hadapi selama 5 tahun lebih ini adalah 2 kali tayar bocor dan 2 kali minyak habis. baru2 ini pam air cermin rosak dan saya telah tukar. namun masih juga rosak. semasa major servis bulan 5 lalu penyerap hentakan belakang ada kebocoran. ya!! ini semua hanya selepas 200 000 km perjalanan. selepas mejor servis saya dapati terdapat titisan minyak di bawah kereta. mungkin timing chain sudah bocor. sebab semasa mejor servis pihak toyota tidak memaklumkan masalah ini. mungkin ia baru terjadi. pembacaan saya dapati timing chain perlu tukar 150k -200k perjalanan.

siapa tidak sayang kereta yang merupakan isteri pertama saya dan sudah 5 tahun bersama dan setia dengan saya. tidak membawa sebarang masalah. yang berjasa membawa kami ke kampung 5/6 kali setahun dari johor?. tapi apakan daya saya perlukan sebuah kenderaan baru yang lebih meyakinkan. agar kami sekeluarga terus aman semasa pulang ke kampung.

kepada bakal pemilik toyota vios, kamu memilih kenderaan yang terbaik. berbaloi memilikinya. kereta jepun buatan thailand. buatanya kemas dan prestasinya baik. dan masih lagi sebuah kereta yang mendahului pesaing lain dari aspek2 tertentu. apa yang syaa rasa vios masih termaju adalah faktor gear berliku dan tempat kaki di baris belakang yang rata. masih tiada tandingan. penghawa dingin pun masih cemerlang selepas hampir 200 000 perbatuan dengan hanya 1 kali servis. perkhidmatan servis toyota yang cemerlang.

walaupun kelebihan yang ada pada vios, saya kini beralih pada honda city. ini semua kerana  hanga!!. ya harga. bajet bulanan saya hanya 800.vios baharu dengan rebit 7k dan harga J pada tanda harga 81k amat tinggi pada saya. sedangkan saya beli vios e pada harga 82k sebelum ini.saya sebelum ini telah ke nissan untuk meyambar almera. telah letak booing 100 dan selesaikan dokumen. saya ke nissan kerana tawaran almera 8000k rebet. wah boleh buat muka. tolak vios dapat 37k. tolak loan 31k dapat 5k ++. namun selepas membuat beberapa kajian internet saya dapati almera mempunyai 2 masalah. pertama bering yang selalu rosak dan kipas aircond yang juga selalu rosak. memang mereka akan cover kerana masih ada jaminan, namun bila selalu jadi saya akan buang masa untuk benda2 mcam itu. bukan saja kajian internet, malah dari pengalaman kawan2 dan juga mekanik yang berpengalaman.

saya nekad dan menghubungi honda. mereka tawarkan honda city rebet sebanyak 5k. tolak vios dan daripada baki tambah muka dalam 3500. tolak NCb vios jadi  kne tambah 2500 untuk muka. ini saya ambil honda city paling asas S spec. 2 je yang saya mapu. dengan nak bayar rumah dan rumah sewa. xamampu beb. saya ke honda hujung bulan 7. dan awal bulan 8 honda buat promosi so rebet tambah 1k lg. so muka saya hanya bayar dalam 500...ok sangat 2 kan hehe....dari almera ke city. cuma bulanan je la beza. almera dalam 759 city 798...vios dulu 838. bila saya banding city S dengan vios E rasa macam saya down gred la. sebab S spec sagat2 la asas. tapi orang lain mana perasan sgt kot. kecuali bila dia  x nampak antena jerung pada kereta saya. 2 je la bezanya S spec dengan y lain. tapi bila banding almera E dan city S hampir sama. so baik saya ambil city. lagi meyakinkan.

sebenarnya saya mahu ambil bezza sebab ada DNA toyota, tapi disebabkan bezza guna platform axia terus xjadi.sebab kecik.ingat platform myvi huhu...nak amik persona gak tp maaf cakap saya ni almera 2 masalah kecik je saya dan xmampu nak serabutkan otak. inikan pulak proton yang ramai orang cakap ada masalah remeh2. ini orang cakap.saya kalau boleh xnak ambil risiko. city ni pn xd la 100% perfact sebab pasang kt malaysia gak tp brand dia diyakini. tapi persona cantik weh harga pn cun. bulan2 6++ je kot huhu...hope saya buat pilihan yang tepat. wife saya pakai myvi dan setakat ini xd masalah.sebab 2 saya berminat ambil perodua.

city saya belum kluar lagi.dalam minggu ini juga. terpaksa antar vios sebab urusan jual beli.maka minggu ni xberkeretalah saya.pinjam kereta abah jawabnya.hope cepatlah city keluar.

sebenarnya post ini saya nak bagi kredit kepada kereta kesayangan saya Da Vinci namanya. terima kasih kerana sumbangan beliau selama ini. moga anda bertemu tuan yang baru. jaga diri anda ye. hope kita akan jumpa lagi di jalanan nanti...

terima kasih kepada pembaca yang telah membaca dan memberi komen pada pandu uji toyota vios sebelum ini. dan tq juga yang baca post ini...

tunggu pandu uji saya untuk honda city pula nanti....

sekian...