PENAJA

Tuesday 20 November 2012

soalan ramalan sejarah stpm kertas 1 2012

prasejarah
ciri tamadun
organisasi sosial
perbandaran
empayar
khautilya
kapitalis dan islam

jahiliah
zakait atau baitulmal
kepimpinan nabi
abu bakar
etika peperangan dan startegi peperangan

hanya ramalah dan tajuk tumpuan.haram maklum...saya tidak akan bertangungjawab.sekian

Saturday 10 November 2012

Kereta sains fiksyen...dijalan raya tidak lama lagi


Kereta sains fiksyen

PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh.
PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh.
IA dijual pada harga RM375,000.
IA dijual pada harga RM375,000.
LONDON: Kereta luar biasa baru ini, ‘Extra Terrestrial Vehicle’ sudah pasti dikagumi peminat sains fiksyen.
Kenderaan futuristik ini yang berharga �75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa.

Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya.

Ia dijana oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan.

Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh.

Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah.


Michael Vetter yang berasal dari Itali dan menguruskan The Car Factory di Florida, Amerika Syarikat, mereka dan menghasilkan kenderaan canggih ini.

Dia yang dikenali sebagai Kit Car Mike sudah menghasilkan tujuh ETV dengan satu model dipamerkan di Muzium Kereta London di Middlesex.

“ETV ini dihasilkan untuk orang yang sudah memiliki semua jenis kereta tetapi masih mencari sesuatu yang berbeza,” katanya. - TS
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/10 metro

Tips Membeli Barangan Bayi


Panduan Membeli Barangan Bayi

Salam mommies.. Hari ni sy dengan suke hati nak share panduan untuk membeli barangan baby. Seperti kebanyakkan ibu2 muda terutama yang baru pertama kali akan menyambut baby, mesti tertanya-tanya apa yang perlu dibeli dan berapa kuantiti nya? Jom kite tengok ape yg perlu disediakan..



     Pakaian Bayi
      1. Baju Lengan Pendek (5) 
     2. Baju Lengan Panjang (5)
     3. Seluar Pendek (5)
     4. Seluar Panjang (5)
     5. Rompers (3)
     **Kalau nak beli lebih, beli size 3-6M atau 6-12M sebab baby cepat besar.
     Beli juga Baju & seluar yg berlubang-lubang ye.
     6. Sarung Tangan (5) 
     7. Sarung Kaki (7)
     8. Bip Baby (3)
     9. Sapu Tangan (3)
     10. Topi (3)
     11. Tungku Bayi (1) ** Untuk melegakan kembung perut
     12.  Barut Baby (10) ** Beli yang bersaiz besar supaya boleh tutup dada baby sekali bagi mengelakkan dada baby masuk angin. Bukan hanya menutup perut semata2. Kalau musim panas boleh pakaikan barut sahaja (siang hari)

     Diapering 
     1. Lampin Pakai Buang (2pack) / cloth diaper (10)
     2. Diaper Wipes (tisu basah) - (2pack)
     3. Safety Pin
     4. Changing Mat (tikar getah)
     5. Nappy Liner (1)
     6. Berus Pakaian
     7. Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
     8. Simple Dimple Papa Bag


     Nursering
      1. Bedung Baby/Selimut Baby (4)
     2. Set Tilam Dan Bantal Baby
     3. Katil Baby
     4. Mainan Untuk Gantung Pada Katil
     5. Kelambu
     6. Bakul Baju Kotor
     7. Bakul Untuk Simpan Pakaian Baby
     Penjagaan Diri (Baby Care & Grooming)
     1. Bedak Baby
     2. Losyen Baby
     3. Baby Oil
     4. Putik Kapas (cotton bud) **cari yg khas untuk baby ye-hujung nye kecil
     5. Sikat
     6. Pengepit Kuku (Nail Clipper)
     7. Nasal Aspirator (Baby nose clear)
     8. Termometer
     9. Vicks **cari yg kaler pink (khas untuk kanak2)
     10. Minyak Telon & Minyak yu yee
     11. Syringe
     12. Cotton Ball
     13. Krim Lampin (Drapolene-pink)
     14. Bakul Kecil Untuk Simpan Baby Care & Grooming


     Peralatan Mandi
      1. Tuala (2)
     2. Tab Mandi
     3. Syampoo
     4. Shower Gel
     ** Beli yg Top To Toe Wash Gel.. Senang 2 in 1.. syampoo & gel mandi.
     5. Span
     6. Gayung Kecil
     7. Minyak Rambut
     8. Bakul Barang Mandian


     Feeding
      1. Botol Size S (2)
     2. Puting Botol Susu (2)
     3. Bottle Sterilizer
     4. Berus Pembersih Botol
     5. Penyepit Botol
     6. Sterilising Tablet
     7. Nipple Cream
     8. Nursing Pad Disposal (1 kotak)
     9. Breast Pump
     10. Nursing Pillow
     11. Nursing Bra (5)
     12. Termos


      Travelling 
      1. Beg Bayi
      2. Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
      3. MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
      4. Infant Carrier


       Extra      
      1. Penyangkut Baju Berklip
      2. Permainan Bermuzik
      3. Bumbo Seat
      4. Baby Gym
      5. Stroller 
      6. Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
      7. Car seat
      8. Album
      9. Beg Bayi
      10. Baby Sling
      11. Nursing Cover
      12. Nursing Clothes / Wear
-mommy maisara

Kelengkapan Ibu Dan Bayi Untuk ke Hospital


Kelengkapan Ibu Dan Bayi Untuk ke Hospital

* Untuk Ibu * ke hospital

     1. Buku Merah
     2. Kad Pengenalan
     3. Telefon Bimbit
     4. Baju/Blouses (2)
     5. Stokin 3
     6. Kain Batik (2) 
     7. Seluar Dalam 5
     8. Skaf Kepala 2
     9. Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
    10. Tuala Mandi
    11. 
 Nursing Pad 4 (yg ni bleh bli kat pasaraya/kdai baby) 
    12. Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek (kalau bli pad biase pastikan ade wing dan overnight)
    13. Nursing Bra (Bra menyusu bayi) (3)
    14. Selipar 1
    15. Kamera
    16. Air/Minyak Selusuh
    17. Minyak Angin
    18. Air Zam Zam (yg ni blh cari kat kedai2 yg jual buku2/Al-quran)
    19. Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
    20. Termos Air Panas
    21. Bag Plastik (2)
    22. Baju Sejuk (Sweater) (1)
    23. Sikat 
    24. 
Set Bersalin Shaklee (jgn lupe bawa, sb boleh terus mkn sejurus selepas bersalin) cepat sikit sihat nyer..
    


* Untuk Bayi *


     1. Baby Diapers (1pack)
     2. Baju (5)
     3. Minyak Telon 
     4. Baby Wipes/Wet Tissue
     5. Tuala Mandi 
     6. Stokin/Sarung Tangan Bayi (4)
     7. Peralatan Mandi
     8. Selimut/Bedung (3)
     9. Barut (5)
     10. Topi (1)

Tuesday 6 November 2012

egTUKAR



dapat juga akhirnya selepas 3 kali mencuba. sebenarnya berita ni nak rahsia tapi rahsia ni hanya bertahan 3 hari je lpas rslt kuo. ari ni (selasa) kecoh dah 1 sekolah hanya dua org yang dapat bertukar.

tadi di sekolah sempat jmpa pengetua di kantin dan sembat dia bertanya beberapa soalan:

Puan: awak dapat pindah ek?
aku: Alhamdullilah dapt pindah (senyum lebar sebab dia yang tegor dlu.aku mls nk tgor hehe)
Puan: sekolah mana?
aku: Smk Bandar Tenggara, rezeki anak rasanya
Puan: ke ada jumpa sapa2 (merujuk kepada kabel la)
aku: tak ada la puan rezeki anak smbil senyum (hehe)

maksudnya dia xsokong pn aku pindah. PK1 pn tdi dok pelik mcm mne aku leh dpt. so lepas la dari diKULIkan (bak kata dafi). tapi aku kerja ikhlas....

berat nak tinggal sekolah 2 sebab dah amat2 selesa dgn kawan2 lagi.tapi untuk maju perlu berubah angin. aku xnak jadi seperti beberapa org yang dh lama dok skolah 2 jdi guru semata2. kerja semua nk elak.tepis dll. sebab aku dh nk masuk tahap 2.sape2 bagi kerja pn dah leh nk mantol (dakwat dah kering)...

Monday 5 November 2012

Makam Rasulullah akan diroboh


Makam Rasulullah akan diroboh

MADINAH: Tiga masjid tertua dunia, termasuk makam Nabi Muhammad (SAW) akan dimusnahkan apabila Arab Saudi meneruskan rancangan untuk meluaskan kawasan Masjid Nabawi.
Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan.

Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.

Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Omar.

Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya. Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.

Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.


Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.

Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.

Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05

Bangunan paling ‘hodoh’ dibuka tahun depan




PYONGYANG: Hotel berbentuk piramid setinggi 105 tingkat yang dibina di ibu negara Korea Utara ini sejak lebih 20 tahun lalu, akhirnya akan dibuka.
Sebahagian Hotel Ryugyong diharap dapat dibuka pertengahan tahun depan, 26 tahun selepas pembinaannya bermula.

Ia adalah bangunan ke-47 paling tinggi di dunia dengan ketinggan 335 meter dan mempunyai jumlah aras kelima paling banyak.
Reto Wittwer, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kempinski AG, syarikat pengendali hotel antarabangsa berkata, hanya 150 bilik di tingkat paling atas akan digunakan untuk hotel berbanding 3,000 yang dicadangkan sebelum ini.

Baki ruang bangunan berkenaan akan digunakan untuk kedai, pejabat, dewan majlis dan restoran. Struktur bangunan yang amat besar itu yang digelar ‘Hotel Kiamat’ sebelum ini menjadi sumber tarikan dan cemuhan di seluruh dunia serta memalukan pihak berkuasa negara itu yang diketuai Parti Pekerja Korea.

Korea Utara mula membina Ryugyong pada 1980-an tetapi menghentikannya apabila negara itu dilanda krisis ekonomi dan kehabisan pembiayaan pada 1990-an.
Ia diundi sebagai ‘Bangunan Terburuk dalam Sejarah Peradaban Manusia’ oleh majalah Esquire pada 2008 yang menyifatkan Ryugyong sebagai ‘sangat hodoh walaupun pada standard komunis.’ Pembinaan luaran bagaimanapun disambung semula pada 2009 apabila syarikat Mesir, Orascom Telecom, mengambil alih. Beberapa laporan baru-baru ini berkata, hotel itu akhirnya sudah siap untuk dibuka.

Orascom Telecom melancarkan rangkaian telefon bimbit di negara itu pada 2008 dan dilapor membelanjakan RM660 juta untuk menyiapkan permukaan bangunan berkenaan. Pada September lalu, sebuah agensi pelancongan yang berpejabat di Beijing dibenar melihat bahagian dalam bangunan itu dan menyiarkan gambar lobi yang masih berlantai dan berdinding konkrit. - DM
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05 metro

Friday 2 November 2012

Tips Melalui Putus Cinta


Tips Melalui Putus Cinta



Cinta memang manis & indah bila diakhiri dengan ikatan yang sah.
Bagaimana pula dengan cinta yang putus di tengah jalan?. Tentu perit untuk kita menghadapinya kan?. Apatah lagi bila bekerja di satu pejabat atau tempat yang sama dengannya. Mungkin dengan
panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah
gulana, kepedihan & rasa kecewa yang dialami.

1. Berdamai dengan diri sendiri. Manjakan diri anda contoh mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Usah pedulikan komen-komen daripada orang lain.

2. Hindari dari membuat keputusan-keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dengan orang-orang yang anda percayai. Daripada mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dengan kawan-kawan lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dengan demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6.Jangan melarikan diri dengan orang lain. Orang yang baru putus cinta cenderung
ingin cepat-cepat mempunyai kekasih baru untuk menepis kesendirian dan kesepian yang dialami.
Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dengan binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8.Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jangan ragu memberi 'komplimen' untuk diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dengan bunga lain. 

10. Makan tepat pada waktunya. Jangan menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik ddengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi
tidak bermaya. Makanlah dengan tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'. 

12. Lakukan hobi yang anda sukai seperti membaca, menonton tv, berkebun dsb. 

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Petikan: Majalah Aneka Tips.

http://erylife.blogspot.com/2012/06/tips-melalui-putus-cinta.html

10 JAMBATAN TERCANTIK DI DUNIA


10 JAMBATAN TERCANTIK DI DUNIA




Banpo Bridge
Location: Seoul, South Korea
When built: 2009; Height: Xм; Length: 1.140m



Helix Bridge 
Location: Singapore
When built: 2010; Height: Xм; Length: 280m


Erasmusbrug / Erasmus Bridge
Location: Rotterdam, Netherlands
When built: 1996; Height: 139м; Length: 832m


Henderson Wave Bridge
Location: Singapore
When built: 2006; Height: 36м; Length: 274m


Kurilpa Bridge
Location: Brisbane, Australia
When built: 2009; Height: Xм; Length: 470m


Millau Viaduct 
Location: Millau, France
When built: 2004; Height: 343м; Length: 2.460m



Octavio Frias de Oliveira Bridge
Location: Sao Paulo, Brasil
When built: 2008; Height: 138м; Length: 290m





Sheikh Rashid bin Saeed Crossing
Location: Dubai, Emirates
When built: 2012; Height: 15м; Length: 1.600m


Sheikh Zayed Bridge
Location: Dubai, Emirates
When built: 2010; Height: 63м; Length: 842m


Tower Bridge 
Location: London, England
When built: 1894; Height: 65м; Length: 244m 

jambatan unik di seluruh dunia


 Jambatan Banpo (Korea Selatan) : Jambatan Air Pancut
16 (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Pada 9 September 2008, Banpo Jambatan di Seoul (Korea Selatan) mendapat facelift utama: 10.000 nosel air pancut yang berjalan sepanjang jalan di kedua sisinya. Setelah dipasang, jambatan berubah menjadi wisata utama, sebagai jambatan pompa keluar 190 ton air per minit dengan menggunakan air dari sungai di bawah ini.
Jambatan Millau (Perancis): Jambatan Tertinggi di Dunia
26 (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Setinggi 1.125 kaki di atas Lembah Tarn di selatan Perancis, mengarungi Jambatan Millau boleh dikatakan seperti terbang. Karya Foster & Partners ini sedikit lebih tinggi dari Menara Eiffel, memakan masa tiga tahun untuk pembangunan dan dibuka pada umum tahun 2004. Selain memberikan pemandangan lembah di bawahnya, ketika awan terbentuk di bawah jambatan, Millau bukanlah tempat bagi orang yang takut ketinggian! Jambatan Millau memiliki panjang  8.071 kaki dengan rintangan tunggal terpanjang 1.122 kaki dan kejelasan maksimum di bawah adalah 886 kaki; jadi jambatan ini sangat indah dalam bentuk miniatur ataupun bentuk aslinya. Dek jembatan disokong oleh 7 pilon dan berbobot 36.000 ton. 7 menara, masing-masing setinggi 292 kaki dan berbobot 700 tan, dipasang ke pilon penopang
 Henderson Waves (Singapura): Jembatan Pejalan Kaki Terindah
gg (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Pada ketinggian 36 meter atau 12 tingkat dari permukaan jalan, jambatan ini merupakan jambatan pejalan kaki tertinggi di Singapura. Jambatan sepanjang 300 meter ini menghubungkan taman di Mount Faber dan Telok Blangah Hill
Jambatan Teluk Hangzhou (Cina): Jambatan Lintas Lautan Terpanjang di Dunia
Untitled bb (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
China membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut iaitu menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao.Jambatan tersebut sepanjang 42Km dan selebar 35m dengan kos RM4.5bilion.Jambatan itu beserta terowong bawah tanah dan di sokong dengan 5000 tiang yang menambil masa 4 tahun untuk di bina.
Rolling Bridge (Britania Raya): Jambatan yang dapat menggulung sendiri
the rolling bridge (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Dirancang oleh Heatherwick Studio, Rolling Bridge pemenang penghargaan ini terletak di Paddington Basin, London. Daripada menggunakan mekanisme jambatan terbuka konvensional, yang terdiri dari elemen rigid tunggal yang naik untuk membolehkan kapal lewat, Rolling Bridge menggulung diri hingga dua hujungnya bertemu. Ketika dalam posisi horizontal, jambatan ini merupakan jambatan pejalan kaki besi dan kayu normal; terbuka penuh, jembatan ini membentuk lingkaran di satu sisi yang berbeda dari posisi lurusnya. Dua belas meter panjangnya, jambatan ini dibuat oleh delapan bagian besi dan kayu, dan dibuat melengkung oleh tenaga hidrolik yang dipasang di handrail setiap bahagian.
Jambatan Oliveira (Brazil): Jambatan kabel berbentuk X pertama di dunia
Oliviera (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Jambatan Octavio Frias de Oliveira yang melintasi Sungai Pinheiros di São Paulo, Brazil dibuka bulan Mei 2008. Setinggi 138 meter (450 kaki), dan menghubungkan Marginal Pinheiros dengan Jornalista Roberto Marinho Avenue. Reka bentuknya unik dengan 2 dek melengkung melintas satu sama lain melalui menara penopang berbentuk X.
 Wind and Rain Bridge (Cina): Jembatan Bangsa Dong
7 (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Wind and Rain Bridge adalah simbol arsitektor bangsa minoritas Dong. Wind and Rain Bridhe di Diping adalah yang terbesar dalam jenisnya di Provinsi Guizhou, dimana komunitas Dong terbesar Cina menetap. Jembatan ini sepanjang 50 meter dan pertama dibangun tahun 1894 selama Dinasti Qing 100 tahun yang lalu. Tetapi, struktur aslinya terbakar dalam kebakaran besar 1959 dan yang dilihat pengunjung saat ini adalah pembuatan ulangnya yang selesai tahun 1964. Merupakan arsitektur kayu murni yang terdiri dari pilar, purlin dan baluster dalam berbagai ukuran dan bentuk. Badan jembatan terbagi menjadi tiga bagian, yang terbesar di tengah berbentuk menara drum Cina tradisional. Pilaster dan eave jembatan dihiasi dengan bunga dan pahatan dan jembatan ini sangat unik.
Tower Bridge (Inggris): Paling Terkenal dan Jembatan cantik Victoria
Untitledgg (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Pada tahun 1894, Horace Jones dan Wolfe Barry, Tower Bridge telah membina 141-ft menara tinggi dan Tower of London yang dekat adalah salah satu landmark yang paling terkenal di London dan salah satu paling indah di dunia. Panjang jambatan 800-kaki memiliki 28-ft jarak ruangan ketika tertutup, tetapi meningkatkan di pusat untuk pembersihan maksimum 140-ft yang memungkinkan kapal-kapal untuk mewariskan Thames. Kembali di hari-hari pada saat barang dipindahkan melalui laut, bukan udara jambatan dinaikkan sekitar 50 kali sehari. Tower Bridge mengambil 432 pekerja 8 tahun untuk didirikan. Selama waktu itu mereka tenggelam 70.000 tan menjadi 2 besar batu dermaga, menurunkan 2 diimbangi bascules ke tempatnya masing-masing berbobot 1.000 tan dan kemudian berpakaian seluruh jambatan di Portland cornish batu dan granit untuk menyamarkan 11.000 tan baja di bawahnya.
Magdeburg Water Bridge (Jerman): Europe’s Largest Water Bridge
eeeeee (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Jambatan Magdeburg Water yang menghubungkan bekas Jerman Timur dan barat di atas Sungai Elbe, dan itu dibuat sebagai bagian dari proyek penyatuan. sepanjang 1 km , 500 juta euros jambatan air sungai memungkinkan tongkang untuk menghindari panjang dan kadang-kadang tidak dapat diandalkan sepanjang bahagian Elbe.
Ponte Vecchio (Italia): Terlama dan Paling Terkenal dari jenis
hhhhjjj2 (Gambar) Antara Jambatan Yang Menarik Dan Unik Hasil Kreativiti Manusia
Ponte Vecchio di Firenze adalah salah satu tempat wisata paling terkenal di Itali, dan dianggap sebagai batu tertua yang dibangun seluruhnya, segmental arch jambatan di Eropah, walaupun ada banyak segmen yang parsial. Ini pada awalnya dibangun dari kayu sampai hancur oleh banjir pada 1333, dan 12 tahun kemudian dibangun kembali dengan menggunakan batu. Terkenal kerana lapisan toko, jambatan telah menampung semua orang dari Medieval pedagang dan tukang daging untuk souvenir kios-kios dan seni dealer.
 ::P/S:Inilah antara jambatan-jambatan yang cantik yang ada di dunia..Jika anda ada maklumat tentang jambatan yang unik boleh kongsi bersama…


Kredit : Ohduniaku Jambatan Tercantik Dan Unik Di Dunia | Ohduniaku http://ohduniaku.com/jambatan-tercantik-dan-unik-dunia#ixzz2B4O2HNOJ

fakta menarik tentang tidur

=>Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
 
=>Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 


=>Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

 
=>Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 


=>Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti. 


=>Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 


=>Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. 


=>Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 


=>Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.

 
=>Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar. 


=>Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua. 


=>Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 


=>Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 


=>Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.”


http://erylife.blogspot.com/2012/09/fakta-menarik-tentang-tidur.html

10 Fakta Menarik KFC


10 Fakta Menarik KFC


10 Fakta Menarik KFC

Siapa di dunia ini yang tidak mengenal KFC. Salah satu franchise restaurant terbesar di dunia. Ada 10 fakta menarik mengenai KFC ini :

  • Pencipta KFC, “Kolonel Sanders”, sebenarnya hanyalah seorang manager SPBU yang memiliki nama asli Harland Sanders.
  • Restoran KFC pertama dibuka diluar SPBU Sanders, dinamakan “Sanders Court & Cafe”
  • Ember (bucket) ayam goreng pertama dijual di tahun 1952.
  • Hanya di America saja, KFC dikonsumsi oleh 8 juta orang per hari.
  • Franchise KFC sudah tersebar lebih dari 80 negara di seluruh dunia.
  • Pada 1982, KFC dibeli oleh Nabisco. Tetapi kemudian Nabisco dibeli oleh Pepsi Co. Jadi sekarang KFC dimiliki oleh Pepsi Co.
  • Resepi asli pertama ditemui pada 1940
  • Resepi asli tersebut masih dirahsiakan dan disimpan dengan aman di Louisville, America.
  • Pada 2007, KFC memutuskan untuk tetap menggunakan resepi asli, tetapi menggoreng ayamnya dengan tanpa minyak yang berbeza sehingga lemak yang lebih dapat dikurangkan
  • KFC secara selalu diboikot oleh berbagai organisasi masyarakat, seperti PETA yang memboikot terhadap pelanggaranhak binatang (ayam) yang dilakukan KFC.

10 jambatan terpanjang di dunia


10 jambatan terpanjang di dunia


10. Seven-Mile Bridge, Panjang 10.887 M menghubungkan antara Teluk Mexico dengan daratan di Florida Amerika Syarikat


9. San Mateo - Bridge Hayoard, Panjang 11.265 M, melintasi teluk California, San Franscisco Amerika
.

8. Union Bridge, Panjang 12.900 M, menghubungkan antara pulau Prince Edward dengan dataran New Brunswick di Kanada
 
 
7. Rio Bridge - Niteroi, Panjang 13.290 M, Menghubungkan kota Rio de Janeiro di Brazil dan Niteroi.


6. Penang Bridge, Panjang 13.500 M, menghubungkan antara Pulau Pinang dan daratan Semenanjung Malaysia.


5. Vasco da Gama Bridge, Panjang 17.200 M, jambatan terpanjang di Eropah yang melintasi sungai-sungai di kota Lisbon Purtugal


4. Chesapeake Bay Bridge, Panjang 24.140 M, melintasi teluk Chesepake di Maryland Amerika


3. King Fahd Causeway, Panjang M, melintasi bendungan yang menghubungkan antara Saudi Arabia dan Bahrain


2. Bridge Donghai, Panjang 32.500 M, Jambatan terpanjang di Asia dan juga jambatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China.


1. Lake Pontchartrain, Panjang 38.420 M terdapat di Lousiana New Orleans, Amerika


25 Fakta Pelik Yang Belum Pernah Anda Ketahui.


25 Fakta Pelik Yang Belum Pernah Anda Ketahui.

  1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
  2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
  3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

  1. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
  2. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
  3. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
  4. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
  5. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
  6. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
  7. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
  8. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
    Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
  9. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
    Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
  10. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
  11. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
  12. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
  13. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.
  14. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
  15. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
  16. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
    terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
  17. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
  18. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
  19. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
  20. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.
    90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.
  21. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office… Pelik bukan