PENAJA

Friday, 2 November 2012

Tips Melalui Putus Cinta


Tips Melalui Putus Cinta



Cinta memang manis & indah bila diakhiri dengan ikatan yang sah.
Bagaimana pula dengan cinta yang putus di tengah jalan?. Tentu perit untuk kita menghadapinya kan?. Apatah lagi bila bekerja di satu pejabat atau tempat yang sama dengannya. Mungkin dengan
panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah
gulana, kepedihan & rasa kecewa yang dialami.

1. Berdamai dengan diri sendiri. Manjakan diri anda contoh mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang diinginkan. Usah pedulikan komen-komen daripada orang lain.

2. Hindari dari membuat keputusan-keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dengan orang-orang yang anda percayai. Daripada mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dengan kawan-kawan lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dengan demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6.Jangan melarikan diri dengan orang lain. Orang yang baru putus cinta cenderung
ingin cepat-cepat mempunyai kekasih baru untuk menepis kesendirian dan kesepian yang dialami.
Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dengan binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8.Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jangan ragu memberi 'komplimen' untuk diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dengan bunga lain. 

10. Makan tepat pada waktunya. Jangan menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik ddengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi
tidak bermaya. Makanlah dengan tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'. 

12. Lakukan hobi yang anda sukai seperti membaca, menonton tv, berkebun dsb. 

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Petikan: Majalah Aneka Tips.

http://erylife.blogspot.com/2012/06/tips-melalui-putus-cinta.html

No comments:

Post a Comment