PENAJA

Sunday 26 April 2015

hari kedua di sarawak

ok hari kedua gigih bangun awal nak berjalan. so carilah kedai makan yang enak2. nak makan sarapan sarawak katanya. so berjalan kakilah mencari makanan yang best. naik perahu seberang sungai.sebelum sampai sungai 2 kami lalu tugu kuching yang terkenal 2. semalam dh ambil pic malam.ni amik pic siang pula. ikon sarawak katanya.

gigih seberang sungai cari makanan. tambang sehala 50sen je tapi disebabkan masalah komunikasi bayar rm1 sehala/ pax. bukan sekali terjadi macam 2 tetapi 2,3 kali. sebab naik dengan pakcik yang sama. pakcik 2 nampak je naif tp rezki memang dia tak tolak. hehe...

sampai diseberang 1 kedai makan pun tak ada.frus tol la.ingat kawasan kampung ada kedai makan. medan selera pun bukak petang.heran betul la. so lintas balik. kne bayr lagi seringgit huhu. sebelum seberang sungai sempat ke mira kek lapis. usha2 je. petangnya baru kami g sekali lagi untuk beli kek lapis. harga di sini lebih murah sebab beli 5 percuma 1. tempat2 lain paling murah beli 10 percuma 1.
aku beli 8 je.so bayar untuk 7 kek lapis sahaja.sebab takut beg xmuat. sebenarnya 8 pn xcukup huhu...



sementara cari makan 2 lihat2 la penjual2 di kedai2. menarik kan jual mentega, minya sapi dan rempah2.di malaya tak jumpa yang macam ni hehe.


jalan2 kawasan waterfront jumpa la kedai makan. kedai cina juga tp ada peniaga melayu. kami makan mee jawa dan laksa sarawak. 1st time makan laksa sarawak. erm laksa memang xsesuai dengan selera aku la. mee jawa ok sikit tapi rasa pelik sikit. tp tetap abis hehe... sepinggan rm3.50.ok la 2 kot.

lepas 2 sambung berjalan ke muzium sarawak. orang sejarah katanya. muzium ni mcm kompleks muzium so ada beberapa muzium. menariknya barang yang dipamerkan boleh di sentuh. contoh tengkorak sebenar ni. ada juga rangka buaya dan paus. so ini satu pengalaman yang baru hehe.
tetapi kecewa sebab muzium alam semulajadi tidak boleh masuk sebab tengah diubahsuai..

belah petangnya kami sebrang sungai sekali lagi dan ke bangunan DUN sarawak. bagunan ni sebelah dengan Astana (rumah Yang diperua negeri) dan fort magerita. time nilah kami beli kek lapis 2


selepas 2 kami masuk bilik rehat2 sebelum berjalan lagi malam 2. kami nak makan ayam penyet yang terkenal di sarawak. RJ Ayam Penyet. tp kami pergi cawangan dia di Rj Ayam Bakar. dekat sikit dengan hotel kami di jalan Ablle. peh sedap ayam penyet dia.ayam dia memang A. rangup dan sedap. wajib cuba. sambal dia pun sedap.cuma tiada sup. huhuhu


untuk makluman jalan ablle ni adalah lokasi pelajar britain yang dibunuh tahun lalu.so dekat sangat dengan kedai ini.kira bersejarahlah tempat ini hehe. lepas makan jalan2 lagi di waterfront. cari kayu tas. ada kawan oder. kayu tas ni agak ajaib sebab boleh halau haiwan dan juga mcm kayu penunduk hehe... kena pandai pilih. ada jual mahal ada yang murah. selalu jual sebatang 10cm rm 10...nak tau kayu 2 ori ke x cuba kopek sikit kulit.jika ada bau betol la 2 ori.

pas 2 balik bilik dan tido.esok nak jalan lagi 

hari ketiga di sarawak

hari terakhir di sarawak...
so hari ni ada beberapa matlamat yang belum tercapai. antaranya nak makan mee kolok dan nak g pasar satok (medan niaga satok).

so pemburuan pun bermula. masih lagi menggunakan tulang empat kerat yang ada. jalan kaki la jawabnya. melalui kedai2 cenderahati depan waterfront. perut pun dah lapar. terjumpa senuah kedai yang ada jual mee kolok. so singah je lah.

nak g Kopi O coner xmampulah jauh sangat nak jalan. so kedai mana2 pun boleh je. inilah yang kami oder mee kolok biasa ayam dan mee kolok goreng daging. erm boleh tahan la mee kolok ni. antara yang terbest time g sarawak. puas hati walaupun harganya RM9 untuk dua makanan ni.

tapi ada masalah makanan di sarawak. banyak kedai2 bertaraf warong ni dimiliki peniaga cina tetapi ada kios yang di usahakan peniaga melayu. so bila nampak ada org bertudung dan songkok aji kami pun yakin je la makan kt kedai 2...



lepas makan mee kolok, kami teruskan pejalanan. tetiba teringat nak makan ABC. so alang2 nak ke pasar satok kami pun memburu kedai yang dah baca dalam blog. ais kacang swee kang. payah juga lokasi ini sebab terletak di kawasan sedikit tersembunyi. bukan tepi jalan utama.kami jalan berpandukan waze. bila sampai kedai ni dari jauh ramai yg tgok kami yang berjalan bawak beg besar. haha begpakers sgt.

kami oder segala yang special di kedai ni. seperti gambar di bawah. kedai ni pun milik peniaga cina. ermm bedal je la. tp kedai ni halal. dalam kedai ni pun banyak kios2 jual makanan lain. tuan kedai hanya jual air2 sahaja.



inilah kami oder. white lady, ABC, ABC milo, cendol, rojak dan sotong kangkong. erm banyak x hehe. tp jujurnya sedap. terutama kacang merah yang digunakan. so fresh rasa tekak sebab jalan 2KM ke kedai ni haha.bajet dalam Rm20 xingat....di sarawak ais kosong diaorg panggil air sejuk...

misi seterusnya ke pasar satok. tgok dalam waze jarah dalam 2.5KM. erm berjalan lagilah jawabnye. jalan agak mencabar sebab lalu jalan potong. lalu kg dan bandar. terbakar juga kulit sebab time 2 jam pkol 12 huhu.

akhirnya sampai juga kami ke sini. dah sampai sini surelah cari ikan terubuk kan.untuk makluman kawasan ni ada 2 bangunan utama. medan niaga satok dan kubah ria. kalau nak cari ikan terubuk carilah di medan niaga satok. kubah ria ni pulak maca arkib mara. tetapi mcm xberapa nak idop huhu. kubah ria warna hijau manakala medan niga warna meroon.


inilah hasil tangkapan. ada 2 lorong je yang kami jumpa jual ikan terubuk. dan bila lalu sure korang akan rimas bila penjual duduk depan kedai panggil2 korg. rimas!!. so 1st kami buat tinjauan sambil lalu dan kemudian baru buat belian. kami memilih sebuah kedai ni. nama kedai tgok kt kotak dibawah. ok servis kedai ni. sopan dan boleh runding. ikan seko rm10 dia bg 2 rm10.3 eko rm10 dia bg empat eko. so berbaloi la. aku beli rm30 je.xmampu nak sumbat dalam beg.dah full.

rasanya konsep kedai di sini harga boleh tawar2 walaupun dia dh letak harga. so pandai2 la korg. belian di sini dia siap bungkus. kemas tol dia bungkus. padalal beli benda 2 dh murah siap bungkus mcm ni sekali. tertanya juga berapa harga diaorg beli ikan2 ni. penjual maklumkan yang ikan diperoleh daripada mukah. lepas sampai rumah jangan lupa cuci ikan dulu baru simpan. nanti ikan 2 rasa lemak2 dan xmasin sangat.

lepas habis membeli belah, kami terus cari teksi.di pasar satok untuk ke airport. time 2 dalam jam 2. tak ada apa2 sangat di sini. pasar biasa je.xtau la nape menjadi sebutan sangat. ok bagi yang terlepas ke kopi o coner 2, untuk makluman di pasar niaga satok ada cawangan kedai ni. so leh la try. tp kami xtry pun. dah xlarat.

kami naik teksi ke airport. teksi mintak rm33, tapi kami mintak rm30 sebab dari airport ke pusat bandar rm26. so teksi pun setuju. dalam jam 3 kami sampai ke airport. penerbangan jam 6.50. nampak x bosan dok sini.xtau tempat mana nak jalan. makcik2 suka kot tempat ni hehe....satu benda yang xdapat kami makan di sarawak, sayur midi huhu. hope ada peluang nak rasa

berakhirlah pejalanan saya di sarawak.saya rasa di sarawak banyak pelancong asing. mybe mereka nak tgok pedalaman sarawak bukan bandar sarawak. dari aspek pelacungan sarawak masih lemah dalam promosi dan frasarana. tetapi jika dimajukan sure lg ramai pelancong akan datang.

ok jumpa lagi di lokasi akan datang....

Thursday 23 April 2015

hari pertama di sarawak

ini dalah pengalaman pertama di srawak. bertolak dari senai airport johor bersama seorang rakan baik
sampai di kuching kami trus cari teksi ke hotel. bayaran texi rm26 untuk pejalanan dalam 20 minit.ok la 2 apa je pilihan yang ada kan.

kami stay di place2stay di kuching city center. tempah melalui agoda. bilik 2+1 tilam hanya rm110 untuk 2 malam.murahkan. ok la hotel ni bangunan baru tp blik xluas sgt la. hotel ni berhampiran hong leong bank.kalau bukak tingkap akan nampak grand continental hotel. servis ok la biasa2.otel rumah kedai kan.

pas letak barang rehat2 kami pergi makan. sebelum ke sini biasalah aku ni jenis study ape benda yang nak di buat. so dah cari awal2 tmpat makan, lokasi menarik dll. so mlm ni makan di topspot.tmpat ni kt mana2 blog akan tulis. so pergi lah dgn yakin.lokasinya di tingkat atas UTC kuching. ermm menghampakan makanan di sini. pesan lain dapat lain.layanan xmesra. kucar kacir. makanan pn xberapa nak best. harga rm44.ok ke?. kami makan di kedai no.25.
pas makan kami jalan kaki ke waterfront. xjauh pun jalan kaki dalam 5 minit dari topspot atau 10minit dari hotel. sebelum sampai waterfront sempat ambil gambar kucing batu yang terkenal 2.tempatnya dekat dengan McD.

beberapa langkah sampailah ke waterfront.kami jalan waktu malam ye.usha lokasi tok jalan esok. meriah jugak tempat ni malam2.lg pun xramai orang.myb sb weekday.aku g ari khamis....ada busker jual2 brgan kraf dll. ada juga kumpulan yang buat perjumpaan untuk bawa sarawak keluar dari persekutuan. betul2 depan bangunan DUN sarawak.

suasana malam di kucing amat nyaman dan xberlengas mcm di jb. dan aku rasa aku boleh idop di kuching ni hehe.jalan pun xsesak sangat.

benda lain yang menarik adalah tentang masyarakat mereka.sgt muhibah. pelbagai kaum amat mesra.syabas sarawak.
ok sambung esok










Tuesday 7 April 2015

resepi ikan pari masak lemak pecel ala jawa

sabtu hari 2 g uma kakak di batu pahat. dia masak menu ni. peh sedap smpai menghirup kuah. so mintk resepi dengan beliau dan hari ni berhasil la buat....


tq pada kawan yg bagi ubi dan daun kencur. kalau xd pokok 2 xumphhh la resepi ini...

resepi ni mcm masak lemak cili api tetapi tidak guna kunyit, lengkuas dan daun kunyit.

bg resepi ringkas je la ye. ini bukan buat kek kena sukat bagai hehe...

ikan pari (potong dan basuh dengan air asam jawa)
bawang besar
bawang putih
halian
cili padi
ubi kencur (disebut juka cekur)
daun kencur
asam keping
tomato
santan

goreng ikan pari yang dah di garam kunyit dan kemudian asingkan.


kisar bawang , uji kencur, halia, dan cili padi dan
tumis bahan kisar sehingga pecah minyk.


masuk santan smpai mendidih dan kemudian masuk garam gula dan MSG. 


akhir sekali masuk ikan,daun kencur dan tomato. pas 2 tutup api.


sedia untuk dibedal...

Monday 6 April 2015

gambar mangsa heli semenyih dari lokasi nahas... 18SG

ini didakwa gambar mangsa dari lokasi kejadian heli terhempas yang turut dinaiki oleh bekas duta malaysia ke amerika bertaraf menteri Tan Sri Jamaluddin jarjis.

AL-FATEHAH









HARAF MAAF ATAS FAKTOR KEMANUSIAAN SEMUA GAMBAR TELAHBDI TARIK BALIK
TQ

wanita misteri dalam heli terhempas di semenyih - Aidana Baizieva. benarkah?



Ada yang menyatakan bahawa beliau ialah seorang jurnalis dari Kazakhstan yang nama sebenarnya ialah Aidana Karabasova yang fotonya seperti di atas. Tetapi Jurucakap Kedutaan Kazakhstan telah menafikan pembantu juruterbang Aidana Baizieva rakyatnya sebaliknya mengesahkan mangsa dari Kyrgyzstan. 

Helikopter yang terhempas, AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) disewa dari sebuah syarikat swasta Chempaka Avition, yang dimiliki oleh juruterbang yang terbunuh, Kapten Cliff Fournier. 

Carian terhadap syarikat berkenaan di internet tidak dapat ditemui dan oleh itu tidak dapat dibubungi untuk mengesahkan maklumat mengenai siapa sebenarnya Aidana Baizieva. Justeru siapa sebenarnya Aidana Baizieva masih misteri dan belum terungkap. 

http://greenboc.blogspot.com/2015/04/tragedi-semenyih-yang-keliru-dan-yang.html