PENAJA

Sunday, 26 April 2015

hari kedua di sarawak

ok hari kedua gigih bangun awal nak berjalan. so carilah kedai makan yang enak2. nak makan sarapan sarawak katanya. so berjalan kakilah mencari makanan yang best. naik perahu seberang sungai.sebelum sampai sungai 2 kami lalu tugu kuching yang terkenal 2. semalam dh ambil pic malam.ni amik pic siang pula. ikon sarawak katanya.

gigih seberang sungai cari makanan. tambang sehala 50sen je tapi disebabkan masalah komunikasi bayar rm1 sehala/ pax. bukan sekali terjadi macam 2 tetapi 2,3 kali. sebab naik dengan pakcik yang sama. pakcik 2 nampak je naif tp rezki memang dia tak tolak. hehe...

sampai diseberang 1 kedai makan pun tak ada.frus tol la.ingat kawasan kampung ada kedai makan. medan selera pun bukak petang.heran betul la. so lintas balik. kne bayr lagi seringgit huhu. sebelum seberang sungai sempat ke mira kek lapis. usha2 je. petangnya baru kami g sekali lagi untuk beli kek lapis. harga di sini lebih murah sebab beli 5 percuma 1. tempat2 lain paling murah beli 10 percuma 1.
aku beli 8 je.so bayar untuk 7 kek lapis sahaja.sebab takut beg xmuat. sebenarnya 8 pn xcukup huhu...



sementara cari makan 2 lihat2 la penjual2 di kedai2. menarik kan jual mentega, minya sapi dan rempah2.di malaya tak jumpa yang macam ni hehe.


jalan2 kawasan waterfront jumpa la kedai makan. kedai cina juga tp ada peniaga melayu. kami makan mee jawa dan laksa sarawak. 1st time makan laksa sarawak. erm laksa memang xsesuai dengan selera aku la. mee jawa ok sikit tapi rasa pelik sikit. tp tetap abis hehe... sepinggan rm3.50.ok la 2 kot.

lepas 2 sambung berjalan ke muzium sarawak. orang sejarah katanya. muzium ni mcm kompleks muzium so ada beberapa muzium. menariknya barang yang dipamerkan boleh di sentuh. contoh tengkorak sebenar ni. ada juga rangka buaya dan paus. so ini satu pengalaman yang baru hehe.
tetapi kecewa sebab muzium alam semulajadi tidak boleh masuk sebab tengah diubahsuai..

belah petangnya kami sebrang sungai sekali lagi dan ke bangunan DUN sarawak. bagunan ni sebelah dengan Astana (rumah Yang diperua negeri) dan fort magerita. time nilah kami beli kek lapis 2


selepas 2 kami masuk bilik rehat2 sebelum berjalan lagi malam 2. kami nak makan ayam penyet yang terkenal di sarawak. RJ Ayam Penyet. tp kami pergi cawangan dia di Rj Ayam Bakar. dekat sikit dengan hotel kami di jalan Ablle. peh sedap ayam penyet dia.ayam dia memang A. rangup dan sedap. wajib cuba. sambal dia pun sedap.cuma tiada sup. huhuhu


untuk makluman jalan ablle ni adalah lokasi pelajar britain yang dibunuh tahun lalu.so dekat sangat dengan kedai ini.kira bersejarahlah tempat ini hehe. lepas makan jalan2 lagi di waterfront. cari kayu tas. ada kawan oder. kayu tas ni agak ajaib sebab boleh halau haiwan dan juga mcm kayu penunduk hehe... kena pandai pilih. ada jual mahal ada yang murah. selalu jual sebatang 10cm rm 10...nak tau kayu 2 ori ke x cuba kopek sikit kulit.jika ada bau betol la 2 ori.

pas 2 balik bilik dan tido.esok nak jalan lagi 

1 comment:

  1. I am Hwa Jurong, a Private Money Lender do you need a loan to start up business or to pay your bills and a corporate financial for real estate and any kinds of business financing. I also offer Loans to individuals,Firms and corporate bodies at 2% interest rate. I give out loan to serious minded people that are interested of loan if interested contact this email: hwajurong382@yahoo.com.sg or hwajurong12@gmail.com

    ReplyDelete