PENAJA

Wednesday 28 October 2015

Homestay di Taman Anggerik Bandar Tenggara

sebuah lagi homestay muncul di Taman Anggerik Bandar Tenggara. baru sahaja dibuka pada bulan ini. sebuah homestay bajet antara yang termurah di kawasan ini. jika anda memerlukan penginapan yang murah, bersih dan selesa di sini, sila dapatkan khidmat kami. dijamin berbaloi untuk wang anda. homestay kami mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air.

dari RM100/malam












SILA HUBUNGI
PN. IZA
018-2216722

Tuesday 27 October 2015

KLUANG HOMESTAY TAMAN SERI IMPIAN IMPIANA BAYU HOMESTAY

IMPIANA BAYU HOMESTAY adalah nama homestay kami...

kadar harga kami
 RM200 untuk sebuah rumah dengan 3 buah bilik (sebuah bilik ditutup)

Rm250 untuk sebuah rumah dan 4 buah bilik

hubungi kami

EN. ASMAWI
0197070098






















LAWATI KAMI DI FACEBOOK


Sunday 25 October 2015

kertas 3 sejarah spm 2015 KEMUNCULAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA set 4

1.         Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu (5m)
·         Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar (1m)
·         Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah (1m)
·         Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke 19 (1m)
·         Gerakan nasionalisme secara menyeluruh bermula pada awal abad  ke-20 (1m)
·         Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said / Dato Maharaja Lela/ Rentap/ Mat Salleh (1m)
(5 Markah)
2.         Sebab- sebab Penentangan masyarakat tempatan (15 markah)
·         Dasar Penaklukan British (1m)
·         Disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka (1m)
·         Seperti di Naning, Pahang, Kelantan , Sabah , Sarawak (1m)
·         Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan  kedudukan politiknya (1m)
·         Melalui  dasar imi penguatkuasaan politik semakin luas (1m)
·         Kawasan tersebut akan terikat dengan perintah dan peraturan (1m)
·         Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan (1m)
·         Penentangan terhadap  British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi  tempatan dan kepentingannya(1m)
·         Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan
·         Ini meminbulkan kemarahan penduduk termpatan terhadap British
·         Pelaksanaan Pentadbiran British Terhadap Masyarakat Tempatan
·         British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
·         British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum
·         Di Terengganu , penentang berlaku kerana British menentapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British
·         Tanah dikenakan cukai
·         Peraturan British bertentangan dengan amalan  tradisi masyarakatan tempatan
·         Tanah dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai
·         Campurtangan British dalam Adat Resam Tempatan
·         Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan
·         Di Perak  J. W.W. Birch telah campurtangan dalam adat resam masyarakat Melayu
·         Iaitu amalan menggunakan orang suruahan
·         Tindakan British ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan
·         Pembesar Tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka
·         Sebelum penjajahan kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh Sultan
·         Untuk mentadbir kawasan tersebut
·         Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya
·         Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa
·         Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan
·         Kesulitan penduduk tempatan
·         Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang tersebut
·         Menyulitkan kehidupan penduduk tempatan
·         Penduduk tempatan memberikan sokongan terhadap pemimpin tempatan
·         Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua telah mendorong mereka bekerjasama untuk menentang British
                                                                                                                                    (15m)
SOALAN 3
Peristiwaperjuangan/ kebangkitantokohtempatan/ pemimpin

PenghuluDolSaid  (Naning)

·         Dipelopori oleh Penghulu Dol Said
·         Menentang Naning dijadikan wilayah taklukan British
·         Enggan menghantar satu per sepuluh hasil sebagai ufti
·         British menghantar tenteranya menaklukNaning pada tahun 1831
·         Dol Said dibantu oleh Yam Tuan Ali dari Rembau
·         Syed Syaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenceh
·         Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie
·         1,200 orang tentera British menyerang Dol Said kali kedua, Dol Said tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak
·         Pasukan British Berjaya mengalahkan tentera Dol Said
·         Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka


Dato’  Maharaja Lela (Perak)

·         Dato’ Maharajalela dan pembesar Melayu Perak dan yang lain membuat
Bantahan secara terbuka terhadap campur tangan British
·         Dato’ Maharajalela membuat kubu di Pasir Salak
·         Dato’ Maharajalela dengan pembesar-pembesar Melayu bermesyuarat di Durian Sebatang menentang undang-undang British
·         Dato’ Maharajalela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W Birch
·         Selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja
·         Namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British
·         Dato’ Maharajalela mengerahkan Seputum, Pandak Lam dan lain-lain membunuh J.W.W Birch di Sungai Perak, Pasir Salak
·         Dato’ Maharajalela danDato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama apabila tentera British seramai 500 orang melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat
·         Dato’ Maharajalela bersama-sama Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk dijatuhi hukuman gantung setelah dibicarakan di Matang, Perak yang dihakimi oleh Raja Idris dan penasihatnya ialah Frank Swettenham.

Yam Tuan Antah  (Negeri Sembilan)

·         Yam Tuan Antah  Sri Menanti danDato’ Syahbandar Sungai Ujong iaitu Abdullah Tunggal menentang penguasaan British di Negeri Sembilan
·         Kedua-dua mereka menentang kemasukan British di Sungai Ujong
·         British menyokong Dato’Kelana menduduki  Terachi dan Paroi
·         British menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi
·         Pada tahun 1888 YamTuan Antah menandatangani perjanjian damai

Dato’ Bahaman (Pahang)

·         Menentang pembinaan balai polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya
·         Menyerang British keran amenangkap anak buahnya
·         Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua
·         Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
·         Dato’ Bahaman menentang pelantikan J.P Rodgers sebagai Residen British pertama di Pahang
·         Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan.
·         Dasar-dasar itu termasuklah system kehakiman, pemungutan hasil tanah, system cukai dan penubuhan pasukan polis luar
·         Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan akibat tekanan daripada British
·         Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh raja Chulalongkorn
·         Beliau menetap di Chiengmai
·         Diberi wang sara hidup 1000 baht dan meninggal dunia di Chiengmai
·         Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul telah menentang British selama 5 tahun

Tok Janggut( Kelantan)

·         Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Putih pada tahun 1910
·         British memperkenalkan Sistem Penasihat British
·         British memaksa penduduk tempatan menerima pakai system cukai yang diperkenalkan
·         Tok Janggut membantah perlaksanaan system cukai ini
·         Beliau enggan membayar cukai
·         Bantahan Tok Janggut tidak dilayan
·         Pegawai Daerah Pasir Puteh mengarahkan pihak polis menangkap Tok Janggut tapi gagal
·         Pada tahun 1915 Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan Berjaya menawannya
·         Sebuah kerajaan baru telah dibentuk
·         Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah
·         Dengan menggunakan nama sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri- negeri Selat
·         Mereka memulakan serangan pada Mei 1915 di Saring.
·         Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya
·         Tok Janggut telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak keseluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas
·         Sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British

Haji Abdul Rahman Limbong  (Terengganu)

·         Beliau tidak berpuas hati dengan system cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan kepada orang tempatan
·         Pada Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa kebenaran British
·         Pada Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III
·         Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam
·         Dengan bantuan Tengku Nik Maimunah mereka dapat disuraikan
·         Penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928
·         Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah Berjaya mendudukinya
·         Kumpulan di Kuala Telemong telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British
·         Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang
·         British menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalang
·         Cara ini memudahkan Briitsh kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan
·         Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong
·         Pasukan polis Berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan 11 orang
·         Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dariSingapura
·         Beliau Berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah


Rentap (Sarawak)

·         Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang kerana tindakan Brookes yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
·         Dianggap sebagai lanun
·         Berjaya mengusir Brookes
·         Brookes membalas dengan membakar kampong mereka
·         Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
·         Rentap terus diserang oleh pasukan Brookes
·         Pada tahun 1861, tentera Brookes Berjaya mengalahkan Rentap
·         Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai
·         Serangannya semakin lemah

Linggir (Sarawak)

·         Pemimpin kaum Iban di Saribas
·         Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849
·         Menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar
·         Merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke/ Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas
·         Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut

Syariff Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur  (Sarawak)

·         Syariff Masahor bersama Datu Patinggi Abdul Ghapur
·         Penentangan oleh  Orang Melayu
·         Menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka/ Sungai Rajang
·         Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan
·         1858, James Brooke membina kubu di Kanowit
·         Shariff Masahor telah menyerang kubu tersebut
·         Beliau dan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang James Brooke di Kuching tetapi gagal
·         Shariff Masahor melarikan diri ke Brunei
·         Tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura


Mat Salleh (Sabah)

·         Mat Salleh memerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut
·         SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh
·         SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
·         Mereka melaksanakan system cukai kepala dan surat perahu
·         Pegawai-pegawai syarikat bersikap kasar kepada penduduk tempatan
·         Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi Mat Salleh tidak dilayan
·         Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampungnya
·         Mat Salleh terpaksa melarikan diri
·         Mat Salleh dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya
·         SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Saleeh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya
·         SBUB mungkir janji
·         Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB
·         Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh
·         Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 19
SOALAN 4 : MENGANALISIS
Cara untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
·         Kempen kesedaran agar bersemangat setia negara yang tinggi
·         Asuhan dari ibu bapa agar anak sentiasa berkorban 
·         Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan
·         Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
·         Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar
·         Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negatif
·         Patuh pada ajaran agama
·         Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan-Hormat-menghormati
·         Peranan guru menerapkan semangat tersebut dalam jiwa pelajar
·         Sistem pendidikan negara menjurus ke arah tersebut
·         Kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan
·         Mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan
·         Menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan
·         Memberi sumbangan dalam pembangunan negara
·         Membeli barangan buatan Malaysia
·         Menyokong Skuad Badminton/ Harimau Malaya/ Pasukan negara
·         Bersama meraikan sambutan perayaan seperti Rumah Terbuka
·         Mendokong semangat Malaysia Boleh
·         Menyokong perjuangan pemimpin tempatan
·         Menghayatidanmenghargaikemerdekaannegara
(Mana-manajawapan yang munasabah)
I
Bagaimanakah semangat nasionalisme yang tinggi mampu memajukan negara kita?
·         Pemimpin negara akan mentadbir negara dengan jujur ikhlas. Program-program  pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan  sempurna untuk rakyat
·         Kepimpinan yang bertanggungjawab akan melahirkan hubungan erat dengan rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan
·         Amalan rasuah dalam negara dapat dihindari. Ketelusan pentadbiran dapat dilaksanakan. Ketirisan dalam ekonomi dapat dielakkan
·         Semangat sayangkan negara menggalakkan pekerja bekerja bersungguh-sungguh. Ini akan meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan negara
·         Ahli-ahli sukan akan berusaha dalam sesuatu pertandingan untuk mengharumkan nama negara
·         Rakyat akan berusaha mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh-musuh luar. Kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.
·         Semangat toleransi dan berkerjasama dapat memupuk perpaduan kaum. Keharmonian dan keamanan dapat diwujudkan.
·         Pertelingkahan antara kaum dapat dielakkan
·         Sistem politik negara akan lebih  stabil
·         Ekonomi berkembang pesat
·         Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan
·         Kesedaran yang dimiliki mendorong rakyat berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
·         Rakyat yang berilmu pengetahuan dapat menyumbang idea dan kepakaran membangunkan negara
·         Sikap bertanggungjawab dan keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan kadar jenayah. Pengurangan kadar jenayah membolehkan kerajaan menumpukan usaha pembangunan negara dalam bidang-bidang yang lain
·         Rakyat menjaga kebersihan persekitaran. Keindahan persekitaran terpelihara sehingga menarik pelancong. Kehadiran pelancong menambah pendapatan negara. Imej negara juga akan meningkat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)


Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat semangat nasionalisme.

·         Pasukan Malaysia memenangi acara sukan di peringkat
·         Antarabangsa-hoki
·         Kejayaan pelayar negara Dato’ AzharMansor
·         Dato’ Abdul Malik Mydin berjaya menyeberangi Selat Inggeris
·         Kejayaan Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest
·         Dato’ NicolDavid meraih kejayaan dalam sukan skuasy
·         Dato’ LeeChongWei muncul sebagai pemain nombor satu dunia
·         dalam sukan badminton
·         Dato’ MaznahZulkifli berjaya ke kutub Utara
·         Dato’ Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara
·         Tenaga pakar dalam Pembinaan LRT di Makkah
·         Tenaga pakar Petronas dalam carigali petrolium di luar negara
·         Penyertaan rakyat Malaysia dalam pertubuhan di peringkat antara bangsa
·         Dato Seri Zetty Akhtar Aziz,Gabenor Bank Negara yang diiktiraf di peringkat antara bangsa
 (Mana-mana jawapan yang munasabah)











SOALAN 5 : APLIKASI

Cara andamenunjukkan/menzahirkansemangatnasionalismeterhadapnegara ATAU

Ciri-ciriwarganegara Malaysia yang mempunyaisemangatnasionalisme yang tinggi.

·         Menghormati raja dan pemimpin negara yang menjadi lambang perpaduan rakyat
·         Menyanyi lagu Negaraku dengan berdiri tegak dan penuh bersemangat
·         Menghormati lambang-lambang negara seperti Jata Negara, lagu Negaraku dan bendera kebangsaan
·         Membeli barang buatan Malaysia agar ekonomi berkembang maju
·         Mematuhi undang-undang negara supaya negara aman
·         Bangga berbahasa Melayu demi mengukuhkan peranannya sebagai bahasa kebangsaan
·         Bangga sebagai rakyat Malaysia dan akan menyokong dasar-dasar negara
·         Bangga dengan kejayaan pasukan sukan negara yang bertanding di peringkat antarabangsa
·         Hidup bersatu-padu secara harmoni agar negara aman dan makmur
·         Mengamalkan tradisi dan budaya bangsa supaya dapat mengukuhkan jati diri
·         Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh penghayatan serta mengibarkan jalur gemilang
·         Bekerjasama dan tolong menolong dalam menjayakan sesuatu program
·         Menghormati budaya dan agama kaum lain supaya dapat mengelakkan perbalahan antara kaum
·         Berusaha menjaga maruah bangsa dan negara agar negara dihormati
·         Menjunjung perlembagaan negara agar keamanan negara terjamin
·         Bersyukur sebagai warganegara Malaysia yang aman dan damai
·         Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu bersaing dengan negara lain
·         Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
·         Berani dan sanggup mempertahankan negara agar tidak dijajah semula
·         Melibatkan diri dalam pembangunan negara untuk kemajuan negara
·         Bersikap toleransi agar dapat menjauhi pergaduhan antara kaum


Bukti/ kesan masyarakat Malaysia mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi/ kejayaan yang dicapai oleh negara Malaysia

·         Berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum
·         Mengibarkan bendera kebangsaan semasa sambutan hari kebangsaan
·         Berjaya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara
·         Berjaya membangunkan mercu tanda negara sepertu Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA
·         Bersama meraikan hari perayaan dengan mengunjungi rumah terbuka tanpa mengira kaum
·         Kejayaan atlet negara dalam bidang sukan antarabangsa seperti Dato’ LeeChongWei dalam sukan badminton
·         Mempunyai sistem persekolahan kebangsaan yang diterima pakai oleh semua kaum
·         Rakyat Malaysia membudayakan dasar kebudayaan kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan
·         Malaysia mampu menjaga maruahnya daripada sebarang bentuk pertumpahan darah
·         Kemasukan pelabur asing dalam menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi
·         Mampu mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum
·         Memainkan peranan dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN dan PBB
·         Berjaya mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang diwarisi sejak merdeka
·         Rakyat Malaysia peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara dengan menganggotai Rejimen Askar Wataniah dan Ikatan Relawan Rakyat
·         Keunikan dan keistimewaan masyarakat Malaysia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia
·         Malaysia berjaya menjadi hub pendidikan dunia disebabkan keamanan dan keharmonian masyarakat. Kedatangan pelajar asing kerana pendidikan bertaraf antarabangsa.
·         Berjaya menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa seperti pertandingan lumba kereta dan motor Formula 1
·         Kejayaan program transformasi kerajaan yang melibatkan transformasi ekonomi dan luar bandar
·         Hak kebebasan asasi, memilih pemimpin melalui pilihan raya dan memiliki harta dan hak bersuara
·         Kejayaan program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. SheikhMuszapharShukorSheikhMustapha


CADANGAN SOALAN 6 (MENILAI) 10 M

6. Peranan anda untuk memperkasa semangat nasionalisme di  kalangan rakyat Malaysia.

·         Memberi penekanan tentang konsep patriotisme sejak dibangku sekolah
·         Kempen secara besar-besaran
·         Menjalankan aktivit bersesuaian
·         Memperkasa Program Khidmat Negara
·         Peranan media massa
·         Mengadakan lawatan sambil belajar tempat bersejarah
·         Peranan ibu bapa cth menceritakan tentang sejarah kemerdekaan Negara
·         Meningkatkan kemahiran sains teknolgi
·         Mengeratkan perpaduan bangsa
·         Mempertahankan identiti bangsa
·         Mencegah budaya liar dan budaya kuning
·         Peranan agama/tokoh agama/ahli akademik/guru
·         Penyertaan program sukarelawan seperti IM4U
·         Mengadakan pameran berkaitan dengan sejarah Negara
·         Iklan patriotik dalam media massa dan elektronik



6.      Kesan sekiranya semangat nasionalisme tidak ada dalam kalangan rakyat

·         Perpecahan kaum
·         Perpecahan parti politik
·         Kepentingan individu
·         Mudah Terpegaruh anasir luar
·         Negara menjadi mundur
·         Keamanan negara tergugat
·         Keharmonian hidup rakyat terjejas
·         Berlakunya rusuhan
·         Imej dan maruah negara tercalar
·         Pertahanan negara menjadi lemah
·         Peningkatan gejala social
·         Tidak menghormati rukun negara
·         Tidak wujud kebanggaan menjadi rakyat Malaysia
·         Wawasan 2020 sukar untuk dicapai
·         Hilang jati diri

·         Mana-mana yang munasabah

6. Semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda semakin luntur :
 a)  Mengapakah keadaan ini berlaku ?
 b)  Berikan cadangan anda untuk memperkukuhkan semangat nasionalisme kepada generasi   
       muda pada hari ini.

a)      Mengapakah keadaan ini berlaku ?
·         Pengaruh anasir yang negatif
·         Pengaruh budaya asing
·         Kurang didikan agama dan kesedaran sivik
·         Sikap pentingkan diri sendiri
·         Senario politik semasa
·         Menghasut rakyat tempatan bertindak wajar
·         mempertikaikan keputusan / tindakan kerajaan
   (mana-mana jawapan  munasabah) 

b)         Berikan cadangan anda untuk memperkukuhkan semangat      
   nasionalisme kepada generasi muda pada hari  ini?
·         Memperkuatkan jati diri
·         Menghayati sejarah dan pembentukan bangsa  dan negara
·         Mengelakkan pertelingkahan antara kaum
·         Sanggup berkorban mempertahankan negara
·         Mengutamakan kepentingan negara daripada diri sendiri
·         Menghindari salah faham/ prasangka negetif
·         Mengutamakan semangat perpaduan/ muhibah
   (mana-mana jawapan  munasabah)

6. Terdapat segelintir pihak yang mempertikai sumbangan tokoh pejuang
a)      Mengapakah pertikaian tersebut berlaku
·         Kurang faham tentang fakta sejarah
·         Fakta sejarah diputar belitkan
·         Penyebaran maklumat yang tidak tepat
·         Peranan media massa yang tidak bertanggung jawab
·         Membangkitkan isu yang membingungkan rakyat
·         Senario politik semasa
·         Mainan politik golongan tertentu
·         mementingkan hal peribadi / kumpulan tertentu
·         Sikap prejudis dalam golongan masyarakat
·         Sentimen perkauman
·         tidak mempunyai semangat cintakan negara
·         golongan muda tidak memahami perjuangan tokoh dahulu
·         terdapat perbezaan pendapat  antara sejarawan negara kita dan Sejarawan barat
·         golongan pelajar tidak mengenali tokoh perjuang dahulu dengan mendalam
·         pihak Barat menipulasi tokoh perjuang kita dengan menpesong fakta sejarah
·         Mana-mana jawapan yang munasabah

b)      Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku
·         Menekan nilai kewarganegaraan dan patriotisme
·         Sejarah dijadikan subjek penting/ teras
·         Memupuk semangat setia negara dan bangga kepada negara
·         Peranan media massa menyalur maklumat dengan betul dan berkesan
·         Guru sejarah perlu memberi memberi penerangan dengan jelas
·         Mengawal media alternatif / blog/ laman sesawang
·         Menyekat penyebaran maklumat yang negatif
·         mendedahkan pelajar mengenali tokoh semenjak sekolah rendah lagi
·         mengadakan sudut  tokoh perjuang di sekolah  
·         menanamkan sifat  patriotik terhadap sejarah  awal negara kita 
·         tidak terpengaruh dengan propanganda barat  tentang pejuang tanah air kita
·         ( Mana-mana jawapan yang munasabah)

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatannya.

·         Perbezaan agama, bahasa dan budaya
·         Kesedaran rakyat masih ditahap rendah
·         Rasa perpaduan masih rendah
·         Bahasa kebangsaan tidak diamalkan secara menyeluruh
·         Kurang jati diri
·         Jurang ekonomi yang luas
·         Petempatan dan sekolah terasing.    

6.      Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas
       
·         Menjayakan konsep Gagasan 1 Malaysia
·         Memperkukuhkan perpaduan rakyat
·         Menguasai ilmu pengetahuan
·         Menguasai pelbagai kemahiran
·         Merealisasikan Wawasan 2020
·         Menyediakan pelbagai peluang ekonomi kepada semua kaum.
·         Melahirkan pemimpin berpandangan jauh
·         Melahirkan rakyat minda kelas pertama
·         Masyarakat inovatif dan kreatif
·         Kebudayaan kebangsaan dan sekolah wawasan  

6. Kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.

·         Rakyat berpecah belah.
·         Keamanan dan keharmonian negara terancam.
·         Lahirnya individu yang pentingkan diri sendiri.
·         Ekonomi tidak berkembang.
·         Kemakmuran negara tergugat.
·         Pertumbuhan ekonomi tergendala.
·         Pembangunan negara terbantut.
·         Kedaulatan negara akan terancam.
·         Imej negara akan terjejas.
·         Campur tangan kuasa asing.
·         Politik tidak stabil.
·         Pentadbiran akan kucar kacir.
·         Rakyat tidak menghormati pemimpin.
·         Demonstrasi jalanan berleluasa.
·         Masyarakat hilang jati diri.
·         Minda masyarakat dijajah.
·         Terpengaruh dengan budaya asing.
·         Budaya lepak dan rempit.
·         Jawapan yang munasabah diterima.
               
6. Kesan kepada negara sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotik.

·         Politik tidak stabil
·         Kedaulatan/kemerdekaan negara tergugat/mudah dijajah
·         Negara tidak membangun
·         Hasil ekonomi di eksploitasi orang luar/kuasa asing
·         Negara/rakyat mundur/miskin
·         Pemimpin/rakyat tiada intergriti
·         Rasuah berleluasa
·         Pemimpin dan rakyat tidak bersatu
·         Negara kucar kacir/huru hara
·         Negara dipandang rendah di peringkat antara bangsa
·         Kemerosotan ekonomi
·         Melahirkan pekerja yang malas dan tidak bertanggungjawab
·         (Mana-mana jawapan yang munasabah

6. Langkah mengatasi cabaran (5m)

·         Kempen mencintai negara
·         Pengamalan Prinsip Rukun Negara
·         Diterap dalam matapelajaran Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan
·         Penyertaan program sukarelawan
·         Mengadakan pameran berkaitan sejarah negara
·         Lawatan ke Memorial seperti Memorial Tunku Abdul Rahman
·         Menerbitkan buku tentang tokoh kebanggaan negara
·         Memperkukuhkan jati diri / pegangan agama/adat
·         Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)
·         Memperkasakan perpaduan bangsa
·         Menjayakan konsep 1Malaysia
·         Menguasai segala bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran
·         ( Mana-mana jawapan yang munasabah )

8.Ikhtibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji (5m)

·         Kkan maruah dan kenali tokoh-tokoh pejuang negara
·         Hargai jasa-jasa dan pengorbanan pejuang negara
·         Bina keyakinan diri
·         Rakyat Malaysia mesti ada semangat juang yang tinggi
·         Amalkan semangat kerjasama
·         Pupuk semangat jati diri sejak di bangku sekolah
·         Setiap rakyat mesti sanggup berkorban untuk negara
(5m)
9.  Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan   (5m)
(a) Pengetahuan
·         Abad ke-19 dan abad ke-20 telah mengetengahkan  pemimpin tempatan daripada pelbagai latarbelakang untuk menentang penjajah
·         Perubahan yang dibawa oleh penjajah telah menimbulkan banyak kesulitan kepada masyarakat tempatan
(b)  Nilai/ unsur patriotism  berdasarkan tajuk
·         Berani mempertahankan negara
·         Berusaha membangunkan negara
·         Keberanian tokoh-tokoh nasionalis tanah air memperjuang kedaulatan bangasa daripada penjajahan
 ( c)  Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang
·         Memiliki semangat cinta akan negara  supaya bersama-sama menjayakan program tranformasi kerajaan
·         Malaysia dapat menjadi negara maju hasil perpaduan dan kerjasama erat antara kaum
·         Para pemimpin perlu berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aman , maju dalam pembangunan
·