PENAJA

Sunday, 25 October 2015

kertas 3 sejarah spm 2015 KEMUNCULAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA set 3






PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG


NOTA BERPANDU
SEJARAH
SPM 2015

EDITOR :
EN ISHAK BIN SAIDOO
PN SORANAM A/P KARUPAYAH
PN YATIMAH BINTI TALIB
PN HALIMAH BINTI MOHAMED
PN NOR RODZIWATI BINTI ZAINON
PN NORHAYATI BINTI MD SALLEH
EN NOR RIZAM BIN HJ A. GAPAR
PN KHAZAMI BINTI HUSAIN


GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

MAKSUD / LATAR BELAKANG
Nasionalisme merupakan perasaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara.
Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.
Gerakan nasionalisme pula merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman ekonomi penjajah dan bebas daripada pengaruh kebudayaan asing / barat.
Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20.
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/ Dato Maharaja Lela/ Rentap/ Mat Salleh


SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
Dasar Penaklukan British
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan British terhadap daerah mereka.
Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
Penguatkuasaan politiknya menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan
Pihak British juga ditentang kerana hasrat mereka untuk menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka.
Perkara ini dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian, saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan
Selain itu, penentangan oleh pemimpin tempatan adalah kerana Brirtish telah memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
Peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.
Campur Tangan British Dalam Adat Resam Tempatan
Penentangan juga berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam tempatan.
Sebagai penjajah, British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
Misalnya di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Tindakan beliau ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah kawasan mereka.
Kebanyakan pemimpin tempatan itu telah dilantik oleh sultan atau pun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
Dengan pelantikan itu, mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
Namun, penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.
Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan dan mendorong mereka menentang British.
Kesulitan Penduduk Tempatan
Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua juga telah mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISME
Pengenalan Sistem Politik Barat
Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tradisional tempatan.
British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
Para pembesar ini diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka.
Hal ini telah membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.


Perkembangan Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu yang diperkenalkan telah melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
Dasar British
Dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap dio tanah Melayu.
Dengan itu, ramai oaring asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini.
Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan.
Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.
British juga telah membuka Bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.
Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di Bandar.
Keadaan ini telah menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di Bandar.
Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu.
Hal ini disedari oleh golongan intelek Melayu dan mereka menjadikannnya isu gerakan nasionalisme Melayu.

Pendudukan Jepun
Pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan Negara tersebut.
Dengan konsep ini, Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
Bagaimanapun, kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun, menyebabkan penduduk membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.
Apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946, tentangan orang Melayu amat jelas.
Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun.
Penguasaan Parti Komunis Malaya
Penguasaan Parti Komunis Malaya ( PKM ) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis.
Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman.
Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.
Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.


Kemunculan Mesin Cetak
Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan  terhadap British.
Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah itu dapat disebarkan.
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
Gerakan Pan-islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia.
Gerakan ini membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan barat ke atas Negara-negara Islam.
Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia,
Gerakan reformis Islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir , telah tersebar luas.
Dalam tulisannya, beliau telah memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat.
Islam turut mendorong umatnya menuju kejayaan.
Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al-Manar.
Selain itu, gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
Kesedaran Politik Serantau
Kesedaran politik yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.
Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual.
Antaranya ada yang menjadi penulis besar dan karya mereka ini telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu, terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.
Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka tersebar luas di sini dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.
Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN DOL SAID DI NANING
Dipelopori oleh Penghulu Dol Said
Dol Said enggan menghantar satu per sepuluh hasil ufti
Pada tahun 1831,  British  menghantar tentera menakluki Naning dan ditentang oleh   Penghulu Dol Said.
Penghulu Dol Said  mendapat bantuan  ketenteraan daripada  Yam Tuan Ali dari  Rembau, Syed Shaban,  Penghulu Rumai dan  Rechat,  Dato Kelana Sungai Ujong  serta Penghulu Gemencheh  dan  mengalahkan 150 tentera dibawah pimpinan Kapten Wylie
Seterusnya  seramai 1200 orang tentera  British menyerang Dol Said  bagi kali kedua, Dol Said  tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak
Kemudian pasukan British berjaya mengalahkan tentera Dol Said dan akhirnya Dol Said  terpaksa menyerahkan diri dan dibawa ke Melaka.

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN PENENTANGAN YAM TUAN ANTAH DI NEGERI SEMBILAN(SRI MENANTI)
Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong iaitu Abdullah Tunggal  telah menentang kemasukan British di Negeri Sembilan
Mereka berdua menentang kemasukan british di Sungai Ujong
Manakala British pula telah menyokong Dato’Kelana bagi menduduki Terachi dan Paroi
Ini telah menyebabkan British menawan Bukit Putus,Jempol dan Terachi

Akhir  tahun 1888 Yam Tuan Antah telah menandatangani perjanjian damai

SEBAB  DAN PERISTIWA PENENTANGAN DATO’MAHARAJA LELA DI PERAK
Penguasaan British  yang didalangi oleh J.W.W Birch merupakan punca berlakunya penentangan yang berlaku di Negeri Perak dan telah dipimpin oleh Dato’Maharaja Lela.
Kemudian penentangan tersebut berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan.
Seterusnya penentangan penduduk tempatan di Perak terhadap British adalah kerana Residen memungkiri janji fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam perjanjian Pangkor 1874.Tambahan pula pembesar melayu menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
Sebab lain itu  J.W.W Birch juga kurang menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Bantahan terbuka oleh sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela dan Pembesar Melayu yang lain dapat dibuktikan melalui tindakan pemimpin tersebut yang telah membina kubu di Pasir salak pada Februari  1875.
Kemudian satu mesyuarat telah dijalankan  antara  Sultan Abdullah, Dato’Maharaja Lela dan Pembesar yang lain telah diadakan di Durian Sebatang bagi menentang undang-undang undang-undang British.
Melalui mesyuarat tersebut, Dato Maharaja Lela telah bersetuju mengalas tanggungjawab membunuh J.W.W Birch selepas bermesyuarat dengan  sultan abdullah dan pembesar lain di Belanja. Sultan Abdullah memaklumkan Sultan Ismail  tentang rancangan tersebut pada 12 september 1875
Selanjutnya, Mat Arshad, orang suruhan British telah dibunuh oleh penduduk  tempatan semassa menampal poster cukai di Pasir Salak pada 31 Oktober 1875. Kemudian Pembunuhan J.W.W Birch telah dilakukan oleh Seputum , Pak Lam  atas  arahan Dato Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak pada 2 November 1875

Seterusnya pihak British dengan 500 orang tentera telah melancarkan serangan terhadap kawasan Pasir Salak dan kawasan yang terlibat.Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor telah melarikan diri ke Kota Lama pada 13 November 1875.
Namun berjaya ditangkap dan dibicarakan di Matang, Perak. Hakimnya Raja Idris dan penasihatnya ialah ialah Frank Swettenham.
Dalam perbicaraan tersebut, Dato’ Majaraja Lela, Pak Andak Lam , Seputum dan Pak Andak Indut telah dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang ke Negeri Johor. Manakala Sultan Abdullah ,Menteri Ngah Ibrahim , Syahbandar dan Laksamana dibuang  ke Pulau Seychelles. Dengan itu, Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British pada 20 November 1877.

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN PENENTANGAN DATO’BAHAMAN DI PAHANG
Penentangan berpunca daripada pembinaan Balai Polis di Lubuk Terua , kawasan pengaruh Dato’Bahaman.
Punca lain ialah pelantikan J.P Rodgers sebagai residen pertama di Pahang.
Beliau menyerang British kerana British telah menangkap anak buahnya
Telah menyerang dan menawan semula Lubuk Terua
Kemudian menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
Dato’Bahaman berundur ke Kelantan akibat tekanan daripada British
Beliau berpindah ke  Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn dan menetap di Chiangmai
Beliau diberikan wang sara hidup 1000 Baht dan meninggal dunia di Chiangmai

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN TOK JANGGUT  DI KELANTAN
Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut. Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh pada tahun 1910.

British memperkenalkan  Sistem Penasihat British. British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.
Tok Janggut membantah perlaksanaan sistem cukai ini. Beliau  enggan membayar cukai.
Bantahan Tok Janggut tidak dilayan.
Pegawai Daerah Pasir Puteh yang mengarahkan pihak polis menangkap Tok Janggut.Polis gagal menangkap Tok Janggut .
Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak, dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh.
Mereka  berjaya menawan Pasir Puteh.Sebuah kerajaan baharu telah dibentuk.
Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat. Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring.
Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut telah terkorban dalam serangan itu.
Mayat diarak ke seluruh kota bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas
Sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang british.

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG DI TERENGGANU
Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu.Beliau tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan kepada orang tempatan.
Pada bulan Julai dan Ogos 1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa kebenaran British.
Pada bulan Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibni Sultan Zainal Abidin III.
Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.
Dengan bantuan Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan.Penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada bulan Mei 1928.
Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya.
Kumpulan di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.
Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang. British menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.
Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.
Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong.Pasukan polis berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang.
Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Beliau berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN RENTAP DI SARAWAK
Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skarang kerana tndakan James Brookes yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang.
Kerana kaum Iban dianggap sebagai Lanun.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka
Rentap dan pengikutnya berundur ke bukit Sadok , namun sekali lagi  mereka  mereka diserang oleh tentera James Brooke
Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861
Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan seranganya semakin lemah

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN LINGGIR DI SARAWAK
Linggir merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas menentang  penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis di Batang Lupar.
Peritiwa penyerangan Kapal Nemesis merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar mengahalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

Namun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN SYARIF MASAHOR DAN DATU PATINGGI ABDUL GAPUR  DI SARAWAK.

Penentangan orang Melayu di Sarawak telah dipimpin oleh Syarif Masahor dan Dato Patinggi Abdul Gapur.Ini berpunca daripada penolakan penguasaan James Brooke diwilayah mereka iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857.
James Brooke telah membina sebuah kubu di kawasan Kanowit.Tetapi  Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.
Syarif Masahor dan Dato Patinggi Abdul Gapur seterusnya telah menyerang  James Brooke di Kuching Tetapi gagal.
Seterusnya Syarif Masahor telah melarikan diri ke Brunei tetapi beliau diserahkan oleh Sultan Brunei kepada  British  di Singapura.
Manakala Datu Patinggi Abdul Gapur telah  melarikan diri ke Betawi tetapi beliau telah berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada pihak James Brooke.

 SEBAB DAN PERISTIWA PENENTANGAN MAT SALLEH DI SABAH.
Mat Salleh merupakan pemimpin  daerah Tambunan dan Sungai Sugut. SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh.  mereka melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
Tambahan lagi, pegawai-pegawai syarikat bersikap kasar kepada penduduk tempatan.
Mat Salleh telah  ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB Mat Salleh tidak dilayan oleh SBUB.
Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya.
Mat Salleh terpaksa melarikan diri. Seterusnya  Mat Salleh dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya.
SBUB mungkir janji.
Mat Salleh sekali lagi  telah menyerang kubu SBUB dan   Serangan  ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB  dengan menyerang kubu Mat Salleh.
Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

kesan  penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20.
kesan  penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20.
 Dol Said kalahkan tentera British dalam serangan pertama.Pada masa yang sama Menggunakan taktik serangan gerila.Mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan
Menyebabkan British tidak campur tangan hampir 50 tahun.Ini berikutan British menanggung kerugian
Seterusnya, Rentap Berjaya mengusir  James Brooke di Nanga Skrang. Brooke mengambil masa yang lama mengalahkan Rentap di Bukit Sadok
Manakala Syarif Masahor Berjaya menyerang Mukah.
Mat Salleh Berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh.SBUB terpaksa berjanji menyerahkan menyerahkan Tambunan
Di Perak pula, Dato Maharajalela berjaya membunuh J.W.W Birch
Di Dato Bahaman berjaya menawan Lubuk Terua dan seterusnya Dato Bahaman berjaya menguasai Tembeling Dan Jeram Ampai
Di Kelantan pula,Polis  gagal menangkap Tok Janggut.Tok Janggut Berjaya menyerang dan menduduki Pasir PutihMereka Berjaya membentuk kerajaan.British terpaksa membawa masuk tentera Negeri Selat dan Tok Janggut terkorban
Haji Abdul Rahman Limbong ketuai penduduk kampong bersihkan tanah tanpa menghiraukan peraturan tanah.Penduduk berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Maimunah.British terpaksa meminta bantuan tengku Maimunah menyuraikan pendudukPenduduk menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang British terpaksa menggunakan kuasa dan nama sultan untuk menawan semula Kuala Berang. Serangan polis di Kuala Telemong mengorbankan 11 orang penduduk. Haji Abdul Rahman Limbong ditahan dan dibuang  negeri ke Makkah
Di Naning pula British berjaya mengalahkan tentera Dol Said.Dol  Said terpaksa menyerah diri

Manakala Linggir tewas dalam pertempuran dengan james Brooke
James Brooke membakar perkampungan Rentap dan telah mengalahkan Rentap di Bukit Sadok dan Rentap terpaksa berundur ke Entabai
Syarif masahor serta Datu Patinggi Abdul Gapur kehilangan kuasa dan hilang pengaruh terhadap penduduk tempatan akhirnya Syarif  Masahor ditahan dan diserah kepada British di Singapura manakala Datu Patinggi Abdul Gapur ditahan oleh Belanda dan diserah kepada James Brooke
SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh  dan perkampungan Mat Salleh diserang  serta dibakar dan SBUB menyerang kubuMat Salleh kali kedua.Mat Salleh tewas / meninggal dunia/ terbunuh
Di Perak pula British menyerang  Pasir Salak.Dato’Maharaja Lela, Seputum,Pandak Lam,Pandak Indut,   dihukum gantung  dan Sultan Abdullah,Ngah Ibrahim,Syahbandar,Temenggung dibuang negeri akhirnya, British menguasai Perak sepenuhnya.
Di Negeri Sembilan pula, Dato’ Kelana Syed Abdul  Rahman tertakluk  di bawah penguasaan British
Di Pahang, Anak buah Dato’ Bahaman di tangkap dan Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan akhirnya, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok

AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL :
PENGGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN

Peranan /Mesej/Isu Akhbar sebagai penggerak nasionalisme di Tanah Melayu

Akhbar telah memainkan peranan penting dalam melahirkan semangat kebangsaan.
Antara penulis akhbar yang terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba).
Pada tahun 1930-an pula muncul wartawan seperti Dato’ Onn bin Jaafar dan Abdul Rahim Kajai.
Tulisan mereka yang bernas telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu.
Mereka juga mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
Persoalan tentang sosial atau pendidikan, ekonomi dan politik yang dibangkitkan oleh akhbar bertujuan menyedarkan dan memajukan bangsa Melayu.
Akhbar yang terkenal pada masa itu antaranya ialah  Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara dan Fajar Sarawak.
Akhbar  telah  meniupkan semangat kebangsaan/nasionalisme melalui isu-isu yang dibangkitkan dari aspek sosial atau pendidikan, ekonomi dan politik.

Isu Sosial/Pendidikan

Isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek sosial dan pendidikan, ialah memajukan pendidikan tinggi untuk orang Melayu.
Akhbar juga menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Isu lain ialah menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha.
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan anak-anak.
Kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan  kerja tangan dititikberatkan.
Akhbar turut mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
Melalui akhbar, penulis meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikan nilai ekonomi.
Akhbar juga membangkitkan isu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
Penulis juga melalui akhbar membangkitkan isu menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
Di samping mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat       

Isu Ekonomi
Isu ekonomi yang dibangkitkan melalui akhbar ialah menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama.
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana hal ini mengancam ekonomi tempatan.
Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu sebagai usaha untuk memajukan bangsa Melayu.
Meminta British mengadakan kampung khas Melayu  di Kuala Lumpur
Akhbar juga menyampaikan mesej/isu melarang orang Melayu menjual tanah.
Seterusnya menyeru orang Melayu menabung dan berjimat cermat.

Isu Politik
Dari aspek politik, akhbar telah mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
Selain mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu  kerana tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat.
Isu lain ialah menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
Seterusnya menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
Akhbar juga meniup semangat menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan dan menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.

Peranan /Mesej/Isu  Majalah sebagai penggerak nasionalisme di Tanah Melayu

Majalah turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan orang tempatan.
Majalah lebih mefokuskan persolan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan .
Sehingga tahun 1940-an, terdapat sebanyak 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan.
Majalah-majalah ini menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan,ekonomi, bahasa, sastera serta politik antipenjajahan dan orang asing.
Majalah yang terkenal termasuklah Majalah Guru (1924), Pengasuh (1918) dan Bulan Melayu (1930).

Isu yang dibangkitkan dalam Majalah Guru oleh Muhamad Dato’ Muda Linggi,Yusuf Ahmad dan  Mohd Sidin Rashid ialah  isu pendidikan untuk anak-anak orang Melayu.
Mereka juga menyeru pentingnya perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
Majalah Guru juga meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan.
Isu pentingnya membaiki taraf hidup orang Melayu turut dibangkitkan dalam Majalah Guru.
Penulis Majalah Guru juga memperjuangkan kemajuan bahasa dan sastera Melayu di samping menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa .

Majalah Pengasuh karya Dato’ Nik Mohamad membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan  ummah.
Di samping memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam itu sendiri.
Selain itu, majalah tersebut juga menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu dan mahu memperluas ilmu yang meliputi semua bidang.
Orang Melayu juga digesa agar menjauhkan  diri daripada sifat buruk.

Isu yang diutarakan oleh Majalah Bulan Melayu karya Zainon Sulaiman lebih tertumpu kepada persoalan wanita.
Pengarang menggalakkan perpaduan di  kalangan guru perempuan Melayu Johor.
Wanita digalakkan untuk mendapatkan pendidikan bagi kemajuan diri sendiri.
Majalah ini juga mendorong wanita agar menjaga kesopanan diri sesuai dengan nilai-nilai Islam  dan budaya Timur di samping menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

Tema/Peranan /Mesej/Isu  Novel sebagai penggerak nasionalisme di Tanah Melayu

Novel juga telah menyumbang kepada perkembangan semangat nasionalisme Tanah Melayu.
Penulisan novel membawa mesej-mesej yang jelas tentang semangat kebangsaan yang patut dimiliki oleh generasi muda Melayu pada masa itu.
Sikap menentang penjajah dalam apa bentuk sekalipun adalah dituntut untuk membela maruah bangsa .
Wanita juga digalakkan mempunyai sikap positif untuk memajukan diri bagi membentuk dan membangunkan bangsa.
Mesej-mesej ini jelas dalam novel seperti Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Melor Kuala Lumpur.

Novel Keris Melaka karya Ahmad Bakhtiar mengemukakan tema atau persoalan semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis.
Melalui novelnya, beliau juga menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti  Hang Tuah.
Nilai dan unsur sejarah digunakan sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong  semangat perjuangan bangsa bagi  generasi muda.

Ishak Haji Muhammad melalui Novel Anak Mat Lela Gila memperjuangkan tema semangat menentang penjajah oleh  anak muda tempatan.
Tema lain yang dikemukan ialah menghargai warisan bangsa sendiri dan mencintai tanah air sendiri.
Di samping menolak kesenangan demi maruah bangsa.

Novel Putera Gunung Tahan juga karya Ishak Haji Muhammad menggarap tema nasionalisme melaui semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa dan mencintai tanah air.
Novel tersebut juga mengemukakan tema kita perlu berasa bangga dengan kebolehan  sendiri.
Mesej lain yang dikemukan ialah seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana  tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa.

Novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid memperjuangkan tema emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.
Persoalan wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kemajuan dan kebaikan dirinya.
Pengarang juga mahu masyarakat membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa.

PERJUANGAN NASIONALISME OLEH PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

Peranan persatuan-persatuan  membangkitkan semangat nasionalisme.

Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.
Persoalan itu tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa
Contoh persatuan-persatuan tersebut ialah Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau, Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Kesatuan Melayu Singapura ( KMS)
Salah satu persatuan yang terkenal termasuklah Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura.
Pengasasnya ialah Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.
Kesatuan ini didukung oleh mereka yang berpendidikan Inggeris dan bertujuan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura
Mohammad Eunos Abdullah  telah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran  di British.
Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat  bagi mewakili orang Melayu.
Kejayaan beliau ialah  kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British dan memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.
Keberkesanan perjuangan kesatuan itu telah mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu lain pada tahun 1930-an

Persatuan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)
Persatuan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dipimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang antaranya termasuklah S.M. Zainal Abidin B.A.
Tujuan penubuhan PASPAM ialah untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
Secara tidak langsung menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan hangat.
Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.
Persatuan-Persatuan Negeri
Persatuan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
Objektif utama penubuhan persatuan negeri adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Justeru perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan.


Persatuan di Sarawak
Persatuan Melayu Miri ditubuhkan pada tahun 1936.
Persatuan Melayu Sarawak pula ditubuhkan pada tahun 1939, hasil daripada pengaruh persatuan-persatuan negeri di Semenanjung.
Sebenarnya idea penubuhan Persatuan Melayu Sarawak telah ditimbulkan pada tahun 1937 tetapi telah dibantah oleh Brooke.
Brooke bersetuju mendaftarkan Persatuan Melayu Sarawak selepas persatuan tersebut mendapat naungan daripada Datu Patinggi Abang Abdillah.
Persatuan Melayu Sarawak pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura.
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Tujuan penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak adalah untuk menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa, serta menegakkan ajaran agama Islam,
Persatuan ini mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.

Persatuan di Sabah
Kegiatan berpersatuan tidak menonjol di Sabah.
Persatuan yang wujud ialah Persatuan Sahabat Pena sahaja, iaitu di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.
Kegiatan persatuan di Sabah mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung.
Anggota-anggota Persatuan Sahabat Pena di Sabah terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Kegiatan berpersatuan di Sabah tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah.

Kesatuan Melayu Muda
Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebuah persatuan separa politik ditubuhkan pada tahun 1939.
Pemimpinnya, Ibrahim Haji Yaakob, merupakan wartawan akhbar Majlis, di Kuala Lumpur.
KMM didaftarkan oleh Mustapha husein, Naib ketua KMM pada bulan Disember 1940.
Nama KMM diilhamkan oleh Sukan Djenain, iaitu pelarian politik Indonesia.
Objektif utama KMM adalah penubuhan menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Tujuan penubuhan KMM adalah lebih bersifat politik.
KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Tindakan yang diambil oleh Ibrahim Haji Yaakob ialah menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British.
Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.
Kesan daripada perjuangannya,  Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan 150 orang penyokong KMM ditangkap British akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi, Singapura.

Kongres Melayu pada  tahun 1939 dan 1940
Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua.
Kedua-dua kongres ini membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri.
Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu.
Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi masalah sosiekonomi dan politik mereka yang lemah.
Kepentingan kongres ini ialah orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Menggalakkan kesedaran orang Melayu untuk bersatu membela kepentingan mereka dalam semua bidang.
Kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu di seluruh Semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme.

Tujuan / Kepentingan Persatuan / Kesatuan Melayu / Kongres Melayu.
Tujuan penubuhan persatuan-persatuan ialah membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.
Persoalan itu tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa.
Penubuhan persatuan negeri pula adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi menggalakkan dan membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan, perkhidmatan kerajaan di negeri masing-masing, menjaga budaya dan maruah bangsa, serta menegakkan ajaran agama Islam.
Persatuan-persatuan Sahabat Pena bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
Secara tidak langsung menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Terdapat juga kesatuan yang bersifat politik seperti Kesatuan Melayu Muda. KMM bekerjasama dengan jepun untuk menghalau keluar British.
Kongres Melayu pula merupakan tanda kesepakatan orang Melayu di seluruh Semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme.
Kepentingan kongres ini ialah orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.
Menggalakkan kesedaran orang Melayu untuk bersatu membela kepentingan mereka dalam semua bidang.

Kejayaan Malaysia memanfaatkan kebebasan berakhbar / Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia melalui kebebasan berakhbar.Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia melalui kebebasan berakhbar ialah negara kita aman kerana semua pihak bebas bersuara menyuarakan pendapat melalui akhbar.
Berita keamanan negara yang disiarkan di akhbar-akhbar menggalakkan dan menarik kemasukan pelancong asing.
Keamanan negara juga menarik kemasukan pelabur asing dan pekerja asing.
Dengan adanya kebebasan akhbar , berita, informasi dan maklumat terkini berkaitan sesuatu perkara dan peristiwa dapat disampaikan secara cepat dan tepat kepada pembaca.
Manfaatnya, mewujudkan masyarakat yang sentiasa bermaklumat dan peka terhadap maklumat terkini.
Kejayaan yang lain ialah dapat memasarkan produk tempatan dengan lebih meluas melalui akhbar.
Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan bertaraf antarabangsa kerana masyarakat Malaysia banyak bergantung kepada akhbar sebagai satu wadah untuk mendapatkan informasi dan ilmu pengetahuan.
Manfaat lain ialah dapat menyampaikan moto dan aspirasi kerajaan kerana akhbar berperanan sebagai salah satu wadah menyebarkan informasi kepada masyarakat.

Memanfaatkan kebebasan berakhbar bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
Akhbar dapat memanfaatkan kebebasan yang diperoleh untuk menjamin keamanan negara dengan menyiarkan berita yang betul dan tepat agar tidak wujud salah faham dalam kalangan rakyat.
Rakyat akan menghargai dan memastikan keamanan negara terpelihara apabila didedahkan dengan maklumat persengketaan yang berlaku di negara lain di dunia.
Masyarakat Malaysia pelbagai kaum akan hidup bersatu padu dan harmoni jika semua akhbar pelbagai bahasa menerbitkan berita yang sama supaya tidak wujud salah faham antara kaum.
Akhbar dapat mewujudkan keamanan dengan menyebarkan wawasan kerajaan kepada rakyat.
Rakyat juga boleh mengemukakan pendapat atau pendangan melalui ruangan pembaca dalam akhbar.
Kebebasan akhbar dapat memenuhi keperluan semua pihak dari pelbagai bidang contohnya pihak syarikat yang dapat mewar-warkan produk mereka.
Keamanan akan terpelihara kerana masyarakat akan lebih prihatin dan berhati-hati dengan peristiwa sekeliling melalui berita yang disiarkan dalam akhbar.
Berita yang cepat, tepat dan menyeluruh melalui akhbar dapat mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan rakyat seterusnya dapat menghalang persengketaan.

Cabaran Malaysia sebagai hub berita dunia.
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi hub berita dunia ialah kekurangan kelengkapan yang canggih dalam bidang penerbitan akhbar.
Syarikat penerbitan akhbar di Malaysia kurang menggunakan peralatan yang terkini dalam bidang percetakan.
Terdapat syarikat yang masih mencetak akhbar menggunakan peralatan yang lama.
Akhbar di negara kita kekurangan promosi yang lebih meluas di peringkat global.
Cabaran lain ialah kurangnya penguasaan ilmu penyiaran dalam kalangan kakitangan syarikat akhbar.
Malaysia juga kekurangan tenaga mahir dan para profesional tempatan dalam bidang penerbitan dan penyiaran akhbar.
Mendapatkan kepercayaan masyarakat dunia terhadap negara kita juga merupakan cabaran untuk menjadi hub berita dunia.
Kurangnya kesedaran masyarakat mengenai akhbar dan kepentingannya juga adalah masalah yang dihadapi untuk mewujudkan Malaysia sebagai hub berita dunia.
Malaysia juga menghadapi cabaran mendapatkan kerjasama semua pihak terutama masyarakat untuk menjadi hub berita dunia.
Masih wujud masalah ketidaktelusan dan kesahihan berita dalam akhbar tempatan yang menyebabkan Malaysia sukar menjadi hub berita dunia.
Cabaran lain yang dihadapi ialah kekangan pihak atasan dalam syarikat penerbitan, kekangan undang-undang dan pihak-pihak lain yang menyekat kebebasan menyiarkan berita secara sahih dan telus.

Cara anda menunjukkan/menzahirkan semangat nasionalisme terhadap negara.  ATAU  Ciri-ciri warganegara Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
Cara  saya menunjukkan semangat nasionalisme terhadap negara ialah dengan menghormati raja dan pemimpin negara yang menjadi lambing perpaduan rakyat.
Selain itu saya juga akan menyanyikan lagu Negaraku dengan berdiri tegak dan penuh bersemangat.
Saya juga akan membeli barang buatan Malaysia agar ekonomi negara berkembang maju.
Cara lain saya menzahirkn semangat nasionalisme ialah dengan menghormati lambang-lambang negara seperti Jata Negara,lagu Negaraku  dan bendera kebangsaan yang merupakan identiti negara yang perlu dipertahankan.
Saya juga berbangga menggunakan Bahasa Melayu demi mengukuhkan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.
Cara lain ialah dengan mematuhi undang-undang negara supaya negara kekal aman dan makmur.
Saya juga akan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa supaya dapat mengukuhkan jati diri seperti mengamalkan tradisi kunjung mengunjung dan saling menghormati sesama rakyat.
Untuk menunjukkan semangat nasionalisme, saya akan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu bersaing dengan negara lain.
Saya akan menghormati budaya dan agama kaum lain supaya dapat mengujudkan masyarakat yang harmonis  dan bersatu padu.
Seterusnya, saya juga sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan bersedia menyertai pasukan keselamatan seperti menyertai pasukan Polis dan askar.
Saya juga akan menyambut hari kemerdekaan dengan penuh penghayatan seperti mengibarkan jalur gemilang di perkarangan rumah dan sekolah.
Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan akan meyokong dasar-dasar negara seperti 1M1S untuk warga pelajar bagi melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.

Peranan pihak kerajaan menanamkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara peranan pihak kerajaan untuk menanamkan semangat nsionalisne di kalangan rakyat Malaysia ialah dengan memperkenalkan konsep 1M.  Melalui konsep ini kerajaan telah memperkenaklan kedai rakyat 1M, klinik 1M dan Perumahan 1M.  Dengan cara ini kemakmuran negara dapat dikongsi bersama.
Kerajaan juga memperkenalkan Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) di semua sekolah.  Program ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam berpasukan.  Selain itu ia juga dapat melahirkan generasi yang sihat dan aktif.
Kerajaan telah memperkenalkan Program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada pelajar lepasan SPM.  Melalui program ini akan memperkukuhkan jati diri pelajar dan semangat untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Di sekolah, kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan agar pelajar mengamalkan nilai-nilai murni untuk membentuk masyarakat yang harmonis.
Kerajaan juga telah mewajibkan lulus untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.  Ini diharapkan supaya pelajar dapar memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.  Selain itu pelajar juga dapat mengetahui seterusnya menghargai pejuangan tokoh-tokoh  untuk kemerdekaan negara. 
Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan agar seluruh rakyat Malaysia mengamalkan tradisi dan kebudayaan masing-masing.  Keadaan ini akan dapat memperkukuhkan jati diri rakyat.
Untuk memupuk semangat nasionalisme di kalangan masyarakat, kerajaan telah memperkenalkan Program Rukun Tetangga.  Program ini dapat memupuk kerjasama dalam menjaga keselamatan kampung atau taman perumahan.
Sambutan Hari Malaysia yang diisytiharkan sebagai cuti umum juga merupakan langkah kerajaan memupuk semangat nasionalisme.  Rakyat Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersatu meraikn hari Malaysia dengan semangat perpaduan yang jitu.



Semangat perjuangan pemimpin tempatan yang wajar dicontohi oleh generasi masa kini.
Semangat  perjuangan pemimpin tempatan yang wajar dicontohi oleh generasi masa kini ialah sanggup berkorban demi bangsa..  Rakyat perlu bekerjasama mempertahankan negara  seperti yang berlaku dalam pencerobohan  ke atas Lahat Datu.
Generasi hari ini perlu menanamkan semangat setia negara yang tinggi dengan berusaha mengharumkan nama negara seperti dari aspek sukan dan pendidikan.
Selain itu, generasi hari ini juga perlu tabah menghadapi cabaran.  Malaysia telah menempuh cabaran yang hebat sepanjang tahun 2014 iaitu bermula dengan kehilangan MH370 sehingga banjir besar yang melanda negara.  Generasi muda perlu bersatu untuk meringankan bebanan negara dari aspek tenaga dan wang ringgit.
Generasi hari ini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya kita dapat memajukan ekonomi negara.
Seterusnya, generasi hari ini juga perlu mempunyai jati diri yang tinggi agar tidak berputus asa menentang penjajahan dari aspek politik, ekonomi dan sosial..
Selain itu, generasi hari ini juga perlu menghargai perjuangan tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang berjuang untuk kemerdekaan dan keamanan negara.
Generasi hari ini perlu mempunyai semangat daya saing yang tinggi dengan mengelakkan diri daripada nilai-nilai negatif agar dapat  bersaing diperingkat global.
Generasi hari ini juga hendaklah berusaha mengekalkan perpaduan kaum agar maruah bangsa Malaysia dapat dipertahankan.
Selain itu, generasi hari ini hendaklah bersedia mempertahankan tanah air untuk mengekalkan kedaulatan negara agar generasi akan datang dapat mengecapi keamanan.
Generasi hari ini juga hendaklah mengekalkan sikap hormat menghormati agar Malaysia kekal sebagai negara yang aman damai.  Dengan ini pelabur berminat untuk melabur dan akan meningkatkan ekonomi negara.

Kejayaan Malaysia hasil daripada semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.ATAU
Bukti/Kesan masyarakat Malaysia mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.ATAU
Kejayaan yang dicapai oleh negara Malaysia

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil semangat kerjasama rakyat ialah Malaysia berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum sehingga kini.  Permasalahan yang berlaku diselesaikan melalui rundingan.
Malaysia telah berjaya membina Menara Berkembar Petronas yang merupakan mercu tanda banguanan moden.
Malaysia telah berjaya menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa seperti pertandingan lumba kereta dan motor Formula One dengan terbinanya Litar Formula One Sepang.
Malaysia telah berjaya mencapai kemajuan dalam sistem prngangkutan awam seperti LRT, MRT dan monorel yang memberi kemudahan kepada semua rakyat .
Malaysia berjaya menjadi hub pendidikan dunia disebabkan keamanan dan keharmonian masyarakat. 
Selain itu kedatangan pelajar asing kerana Malaysia menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa.
Masyarakat Malaysia peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara.  Mereka dengan suka rela menyertai Rejimen Askar Wataniah dan Ikatan Relawan Rakyat.
Malaysia mampu menjaga maruahnya daripada sebarang bentuk pertumpahan darah.  Dengan itu pelabur asing berminat menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi.  Keadaan ini akan meningkatkan kemakmuran negara.
Malaysia juga berjaya menghantar angkasawan negara yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. 
Malaysia  berjaga memainkan peranan penting dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN dan PBB.  Dengan itu Malaysia dapat membantu mengujudkan keamaan sejagat.

Terdapat segelintir pihak yang mempertikai sumbangan tokoh pejuang negara.
a)     Mengapakah pertikaian tersebut berlaku?
Terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangan tokoh pejuang
air kerana mereka kurang faham tentang fakta sejarah. Dengan itu mereka mudah percaya dengan fakta sejarah yang diputar belitkan.
Selain itu  penyebaran maklumat yang tidak tepat juga menyumbang kepda pertikaian tersebut.  Ini mungkin disebabkan oleh peranan media massa yang tidak bertanggungjawab.
Pertikaian ini berlaku di sebabkan senario politik semasa  di mana pemimpin gemar membangkitkan isu-isu yang mengelirukan rakyat.
Seterusnya, pertikaian ini mungkin disebabkan sikap terlaku prejudis segelintir masyarakat yang melakukan penyelewengan fakta sejarah untuk kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.
Selain itu, ada juga segelintir masyarakat yang  tidak mempunyai semangat cintakan negara seperti  muda tidak mahu memahami perjuangan tokoh terdahulu. Golongan muda tidak mahu menghayati perjuangan Dato Bahaman atau Tok Janggut dalam mempertahankan hak pribumi dari terus dikuasai penjajah.
Pertikaian ini juga berlaku kerana terdapat perbezaan pendapat antara sejarawan negara kita dan sejarawan barat.  Contohnya, pihak barat memanipulasi tokoh pejuang kita untuk memesongkan fakta sejarah nagara kita.

b)    Bagaimanakah cara untuk mengelakkan keadaan ini daripada terus berlaku?
Cara untuk mengelakkan ada pihak yang mempertikaikan sumbangan
pejuang tanah air kita perlu menekankan nilai kewarganegaraan dan patriotisme di dalam generasi muda hari ini.  Dengan itu kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran sejarah seawal darjah 4 dan menjadikan sejarah subjek wajib lulus dalam spm.
Cara lain ialah, kita perlu memupuk semangat setia negara dan bangga kepada negara.  Peranan media massa perlu diperluaskan agar menyalurkan maklumat sejarah dengan betul dan berkesan.  Contohnya melalui rancangan Sehari Dalam Sejarah.
Di sekolah, guru sejarah perlu memberi penerangan dengan jelas agar dapat mendedahkan pelajar mengenali tokoh pejuang sejak sekolah rendah lagi.
Cara lain ialah, kerajaan perlu menyekat penyebaran maklumat yang negatif dengan mengawal media alternative, blog dan laman sesawang. Pemantau dan tindakan perlu dilakukan ke atas mereka yang sewenang-wenangnya memburukkan pejuang dan pemimpin negara.
 Di peringkat sekolah, guru dan pelajar boleh mengujudkan sudut tokoh pejuang agar dapat menanamkan sifat patriotisme  terhadap sejarah awal negara kita. Maklumat tentang latar belakang perjuangan dan sumbangan tokoh perlu di paparkan untuk bahan bacaan pelajar.

Terdapat sekelompok masyarakat di negara kita yang mengganggu gugat keamann dan keharmonin negara kita.
a)    Mengapakah kumpulan tersebut bertindak sedemikian?
Terdapat sekelompok masyarakat di negara kita yang mengganggu gugat keamann dan keharmonin negara kerana mereka tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan seperti pengenalan GST dan kenaikan minyak yang membebankan rakyat.
Mereka bertindak demikian kerana perancangan ekonomi yang tidak berkesan seperti agihan ekonomi tidak samarata antara kawasan dan kaum menyebabkan sekelompok masyarakat terpinggir dari arus pembangunan dengan ketara.
Selain itu tindakan mereka juga disebabkan oleh pengaruh ideologi luar seperti mengadakan demontrasi jalanan seperti yang dilakukan di Thailand dan negara timur tengah. Tindakan ini menimbulkan hura hara dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat lain.
Seterusnya, mereka bertindak demikian kerana penyebaran maklumat  yang terlalu pantas dan sukar untuk di bendung.  Keadaan ini menimbulkan suasana panik dan resah dikalangan rakyat.
b)    Bagaimanakah keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan 
Keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan melalui usaha kerajaan
memperkukuhkan pentadbiran negara.  Kerajaan perlu lebih peka dengan keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran dunia hari ini.
Kerajaan perlu mengekalkan persefahaman antara kaum dengan menterjemahkan konsep I Malaysia dengan lebih berkesan.  Perkhidmatan Kedai Rakyat 1 M, Klinik 1 M dan Perumahan 1 M perlu di perluaskan ke kawasan pinggir dan luar bandar.
Untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara, kita perlu memperkasakan jati diri bangsa.  Penyertaan dalam PLKN dapat meningkatkan semangat jati diri seterusnya  dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme di kalangan generasi muda.
Perancangan ekonomi dan sosial yang berkesan mampu mengujudkan keamanan dan keharmonian negara.  Ekonomi yang stabil mampu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan seteruskan peningkatkan taraf hidup rakyat. Ini akan mewujukan masyarakat yang lebih tenteram dan rasional.
Kepentingan gerakan nasionalisme
Gerakan nasionalisme amat penting kerana dapat melahirkan semangat cinta negara agar sanggup berkorban demi mengekalkan kedaulatan negara.
Selain itu dapat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dengan menjaga kepentingan negara. Kita di larang membocorkan  rahsia negara terutama dari aspek pertahanan danketenteraan kepada pihak luar.
Kepentingan lain ialah dapat mempertingkatkan kualiti hidup rakyat apabila pemerintah dapat mengurus negara dengan baik.
Kepentingan seterusnya ialah memastikan pembangunan negara meningkat. Situasi ini akan meningkatkan daya saing ekonomi negara di peringkat antarabangsa.
Kepentingan lain ialah dapat meningkatkan taraf pendidikan negara. Melalui pendidikan akan dapat melahirkan rakyat yang berfikiran posotif dan matang.
Kepentingan gerakan nasionalisme ialah rakyat sanggup berkorban demi menjaga maruah dan kedaulatan negara.
Kesan sekiranya tiada semangat nasionalisme dikalangan rakyat.
Kesan sekiranya tiada semangat nasionalisme dikalangan rakyat ialah perpecahan kaum akan berlaku.  Setiap kaum akan mengutamakan hak kaum masing-masing dalam politik, ekonomi dan sosial.
Kesan lain ialah negara akan menjadi mundur kerana keamanan negara tergugat.  Ini menyebabkan keharmonian hidup rakyat akan terjejas.
Kesan seterusnya ialah rusuhan akan berlaku. Ini akan menjejaskan imej dan maruah negara.
Kesan lain ialah pertahanan negara akan lemah menyebabkan negara mudah diceroboh oleh kuasa asing.
Sekira rakyat tiada semangat nasionalisme, wawasan 2020 sukar untuk dicapai kerana rakyat hilang jati diri untuk memajukan ekomoni negara.

PERANAN WARGA MALAYSIA MELAHIRKAN SEMANGAT PATRIOTIK / PERANAN ANDA UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Peranan dalam memperkasakan semanagat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia ialah dengan menerapkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.
Memberikan penekanan tentang konsep patriotisme sejak dibangku sekolah dengan mempelajari Sejarah dengan bersungguh-sungguh.
Menghayati nilai murni melalui pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa supaya dapat mencegah budaya liar dan budaya kuning
Memperkasakan Proram Khidmat Negara agar dapat melahirkan warganegara Malaysia yang cinta negara.
Peranan ibu bapa seperti menceritakan tentang sejarah kemerdekaan negara agar generasi muda lebih menghargai kemerdekaan yang ada.
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sejarah kenegaraan agar dapat menerapkan dan mempertahankan identiti bangsa.
Meneruskan aktiviti yang melibat masyarakat berbilang kaum agar dapat mengeratkan perpaduan bangsa
Menganjurkan minggu/bulan patriotik supaya dapat mewujudkan semangat setia negara.
Menganjurkan pertandingan mengarang/ menulis esei di semua peringkat dan dapat melahirkan masyarakat yang kreatif.
Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat nasionalisme.
Mengadakan kempen mencintai warisan bangsa dan Negara agar identiti negara dapat dikekalkan.
Menganjurkan pameran perjuangan tokoh-tokoh nasionalis tanah air dan dapat melahirkan semangat mempertahankan kedaulatan negara.
Menganjurkan lawatan ke tempat-tempat bersejarah supaya generasi kini dapat mengenali asal-usul negara.
Menyambut bulan kemerdekaan di semua peringkat dan dengan itu menerapkan semangat patriotik yang tinggi.
Mengadakan temu bual/ dialog bersama tokoh-tokoh Negara supaya lebih menghargai perjuangan pemimpin terdahulu.
Peranan media massa dengan menyiarkan maklumat perjuangan tokoh- tokoh melalui media sosial/ media massa/ media cetak.
Menghayati nilai murni melalui Pendidikan Moral/ Sivik dan Kewarganegaraan.
Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan (KST) agar dapat menanamkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Menyertai aktiviti badan beruniform dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 1M1S.
Memupuk semangat perpaduan dengan sentiasa mengamalkan konsep kerjasama antara kaum.
Mengadakan kempen Mengibarkan Jalur Gemilang agar dapat melahirkan semangat cinta Negara.
Mana-mana jawapan yang munasabah




PERANAN GENERASI MUDA UNTUK MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA

Peranan dalam memelihara kedaulatan negara ialan sanggup berkorban untuk negara agar dapat mempertahankan negara dari segala ancaman.
Sentiasa menghormati pemimpin agar politik negara kekal stabil.
Perlu mematuhi undang-undang negara supaya keamanan negara terjamin.
Mewujudkan keamanan negara dengan sentiasa berbaik-baik dalam masyarakat.
Menjaga keharmonian kaum dengan sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama.
Mengharumkan nama negara di persada dunia agar Negara Malaysia dihormati dan di pandang tinggi di peringkat antarabangsa.
Mengelakkan diri dari gejala negative yang akan menjatuhkan nama baik negara.
Menguasai pelbagai kemahiran agar dapat bersaing dengan negara maju di dunia.
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya dapat membangunkan ekonomi negara.
Mempertahankan negara daripada pencerobohan kuasa asing yang akan menggugat kebebasan negara.
Memperkuatkan pertahanan negara dengan meningkatkan sistem ketenteraan.
Melahirkan sikap saling menghormati antara masyarakat supaya dapat mewujudkan persefahaman dalam masyarakat.
Generasi muda perlu menghindari rasuah agar negara dapat membangun seiring dengan Wawasan 2020.
Patuh kepada ajaran agama agar dapat melahirkan generasi muda yang bermoral dan berakhlak mulia.
Taat kepada raja dan negara supaya negara kekal harmoni.
Menghargai jasa pemimpin terdahulu dengan itu kita dapat mengambl iktibar dari sejarah lampau.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)                                                                                           

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME.   

Belajar mata pelajaran Sejarah penuh penghayatan supaya dapat melahirkan generasi yang cinta negara.
Hayati nilai-nilai dalam Pendidikan Moral / Sivik dan Kewarganegaraan agar dapat menjadi warganegara yang berakhlak.
Melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan supaya lebih mengenali negara dan bangsa Malaysia.
Perlu lebih menghayati Rukun Negara supaya dapat berbakti dan berkorban untuk negara.
Menganjurkan kempen kesedaran yang menanam kan semangat cinta akan tanah air.
Mengukuhkan lagi perpaduan bangsa dengan menjayakan konsep 1 Malaysia.
Menyertai Program Latihan Khidmat Negara dan dengan itu dapat meningkatkan semangat patriotik.
Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam menerapkan semangat hormat menghormati antara kaum.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan agar dapat mengukuhkan perpaduan kaum.
Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dalam usaha melahirkan sifat kejasama dan tolong menolong dalam masyarakat.
Konsep rumah terbuka setiap musim perayaan agar dapat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum.
Pengagihan ekonomi secara seimbang dengan itu tidak timbul persengketaan antara kaum.
Menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia supaya dapat memajukan ekonomi negara.
Menyertai sambutan hari kebangsaan sebagai tanda semangat cinta akan negara.
Mana-mana jawapan munasabah.


BUKTI PEMIMPIN TEMPATAN BERJAYA MENENTANG BRITISH

Dol Said berjaya menewaskan tentera British yang menyerang Naning pada tahun 1831.
Dato Maharajalela dan anak buahnya di Perak berjaya membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak.
Linggir di Sarawak berjaya menyerang menyerang kapal Nemesis di Batang Lupar.
Rentap berjaya menyerang dan mengusir pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang.
Mat Salleh berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya Sabah.
Dato Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun.
Tok Janggut dan rakan-rakannya telah berjaya menyerang Pasir Puteh di Kelantan dan berjaya menubuhkan sebuah kerajaan.
Pengikut Haji Abdul Rahman Limbong telah menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan mendudukinya.
Gerakan Kaum Muda melalui gerakan Islah berjaya memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan bagi memajukan ekonomi, politik dan pendidikan.
Mereka juga berjaya menubuhkan beberapa buah madrasah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat termasuk golongan wanita.
Mohammad Eunos Abdullah  yang memimpin Kesatuan Melaui Singapura berjaya memperoleh petempatan khas bagi orang-orang Melayu di Singapura.
Persatuan Sahabat Pena Malaya berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
Mana-mana jawapan munasabah

BUKTI PEMMIPIN TEMPATAN GAGAL MENENTANG BRITISH

British berjaya menewaskan Dol Said dalam serangan kali ke-2 pada tahun 1832. Dol Said terpaksa menyerah diri.
James Brooke berjaya menewaskan Linggir dalam pertempuran di Batang Lupar dan menewaskan Rentap sehingga menyebabkan Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai.
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berjaya ditahan oleh James Brooke.
Mat Salleh berjaya ditewaskan dan meninggal dunia.
Dato Maharajalela, Sultan Abdullah, Sultan Ismail serta pengikut-pengikut mereka berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman oleh British.
Dato Syahbandar ditewaskan oleh British dan  terpaksa menandatangani perjanjian menerima campurtangan British di Sungai Ujong.
British berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
Haji Abdul Rahman Limbong berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman.
Mana-mana jawapan munasabah

SEMANGAT NASIONALISME YANG TINGGI MAMPU MEMAJUKAN NEGARA KITA

Semangat nasionlisme yang tinggi mampu memajukan negara kerana pemimpin negara akan mentadbir negara dengan jujur ikhlas.
Program-program  pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan  sempurna untuk rakyat.
Kepimpinan yang bertanggungjawab akan melahirkan hubungan erat dengan rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan.
Amalan rasuah dalam negara dapat dihindari. Ketelusan pentadbiran dapat dilaksanakan. Ketirisan dalam ekonomi dapat dielakkan
Semangat sayangkan negara menggalakkan pekerja bekerja bersungguh-sungguh. Ini akan meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan negara.
Ahli-ahli sukan akan berusaha dalam sesuatu pertandingan untuk mengharumkan nama negara.
Rakyat akan berusaha mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh-musuh luar. Kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.
Semangat toleransi dan berkerjasama dapat memupuk perpaduan kaum.
Keharmonian dan keamanan dapat diwujudkan.
Pertelingkahan antara kaum dapat dielakkan dan seterusnya dapat memupuk keharmonian bangsa.
Sistem politik negara akan lebih  stabil dan Negara akan lebih dihormati diperingkat antarabangsa.
Ekonomi Negara semakin berkembang pesat dan Malaysia mampu mencapai Wawasan 2020.
Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan seterusnya dapat membangunkan ekonomi negara.
Kesedaran yang dimiliki mendorong rakyat berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan.
Rakyat yang berilmu pengetahuan dapat menyumbang idea dan kepakaran membangunkan negara.
Sikap bertanggungjawab dan keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan kadar jenayah.
Pengurangan kadar jenayah membolehkan kerajaan menumpukan usaha pembangunan negara dalam bidang-bidang yang lain.
Rakyat menjaga kebersihan persekitarandan keindahan persekitaran terpelihara sehingga menarik pelancong.
Kehadiran pelancong menambah pendapatan negara seterusnya imej negara juga akan meningkat
Mana-mana yang munasabah

KEPENTINGAN  SEMANGAT  PATRIOTIK DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA.

Meningkatkan kesetiaan kepada Negara serta dapat mengekalkan kedaulatan negara.
Seterusnya dapat menjaga nama baik/ imej  Negara agar dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.
Melahirkan perasaan sanggup berkorban demi negara dalam kalangan rakyat Malaysia dan seterusnya mengekalkan kemerdekaan negara.
Mewujudkan sikap berani berjuang untuk mempertahankan negara.
Meningkatkan semangat kental masyarakat dalam menghadapi cabaran agar dapt terus membangun di masa depan.
Rakyat sentiasa mempertahankan maruah negara dengan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Melahirkan rakyat/ pemimpin yang bijak merancang strategi sebelum bertindak supaya dapat mengekalkan kemakmuran negara.
Mengekalkan kedaulatan /kebebasan Negara dengan sentiasa berjuang mempertahan maruah negara.
Melahirkan rasa bangga dalam kalangan rakyat terhadap keunikan negara.
Menghargai/ mengingati/ menghormati perjuangan tokoh-tokoh Negara supaya menjadi masyarakat yang patriotik.
Membentuk sikap sedia menerima perubahan demi kemajuan negara..
Mengamalkan nilai –nilai murni supaya dapat mengekalkan keamanan negara (bekerjasama/tolak ansur/ bertanggungjawab dll)
Tidak terjebak gejala sosial ( rasuah/ dadah/ vandalisme dll) yang akan menjatuhkan imej negara
Mana-mana jawapan munasabah

MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH RAKYAT MALAYSIA MENGHARGAI DAN MENGHAYATI PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN.

Rakyat Malaysia akan sentiasa bersemangat patriotism dan seterusnya akan menjamin kedaulatan negara.
Memupuk perpaduan antara kaum serta sentiasa menerapkan amalan bekerjasama.
Selain itu rakyat Malaysia akan mempunyai jati diri yang hebat dalam membangunkan negara.
Rakyat Malaysia akan sentiasa berwawasan tinggi agar dapat memajukan Negara seiring diperingkat antarabangsa.
Menjadikan rakyat Malysia lebih berdisiplin supaya negara kekal harmoni.
Rakyat akan sentiasa mematuhi undang-undang dan seterusnya dapat menjamin keamanan negara.
Rakyat akan berilmu pengetahuan yang dapat menjayakan Wawasan 2020.
Mengajar rakyat supaya tidak mudah berputus asa dalam menghadapi sebarang cabaran.
Menerapkan amalan dan semangat bekerjasama yang dapat mengukuhkan perpaduan bangsa.
Menamkan semangat sanggup berkorban agar kedaulatan Negara tetap terpelihara.
Menjaga keamanan dan kedaulatan negara agar negara dihormati diperingkat antarabangsa.
Mana-mana jawapan munasabah

MANFAAT YANG DIPEROLEHI HASIL DARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA

Manfaat hasil dari kemerdekaan Negara ialah kedaulatan negara dapat dikekalkan dan negara dihormati dipersada antarabangsa.
Seterusnya dapat mempertahankan hak bangsa agar kesejahteraan bangsa terpelihara.
Maruah bangsa dapat dipelihara dan tidak agi dipandang hina oleh bangsa luar.
Kesejahteraan hidup dapat dijamin dengan pembangunan Negara yang menyeluruh.
Kebebasan dapat dikekalkan dan kemajuan Negara dapat dikecapi dengan bebas dan saksama.
Warisan bangsa dapat dipelihara agar dapat mengekalkan jati diri dan identiti bangsa.
Selain itu keadilan dapat ditegakkan agar masyarakat harmoni.
Perpaduan dapat dikekalkan dan menjamin kemanan negara.
Budaya bangsa dapat dilindungi dan diturunkan kepada warisan akan dating.
Kita bebas menentukan hala tuju Negara dan tidak lagi dikonkong oleh bangsa asing.
Seterusnya Negara dapat mengekalkan pemerintahan sendiri dan memacu negara ke arah kemajuan.
Kemajuan negara dapat dipercepatkan dan wawasan 2020 dapat direalisasikan.
Kemajuan ekonomi negara akan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kestabilan politik akan memastikan keamanan negara.
Kemakmuran negara dijamin dengan hubungan yang erat antara bangsa Malaysia.
Keamanan dapat dikekalkan kesan dari hubungan baik masyarakat.
Keyakinan pelabur asing semakin meningkat kerana kedudukan negara yang semakin stabil.
Peningkatan taraf hidup rakyat kesan daripada pertambahan pendapatan negara.
Malaysia menjadi tempat  tumpuan pelancong kesan dari kestabilan politik.
Kesannya negara menajdi berdaya saing kerana pertambahan kegiatan ekonomi antarabangsa
Mana-mana jawapan munasabah

FAKTOR/ SEBAB MASIH TERDAPAT ANCAMAN YANG MENGGANGGU KEAMANAN NEGARA.

Factor masih terdapat ancaman yang menganggu keamanan Negara ialah kerananya semangat nasionalisme/ cinta akan negara dalam kalangan rakyat.
Selain itu masyarakat masih kurang mengamalkan nilai-nilai murni kerana tiada kesedaran cinta akan negara.
Pengaruh budaya luar/asing yang mempengaruhi golongan remaja.
Rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat kerana kelemahan kepimpinan
Kurang ilmu pengetahuan sejarah Negara didedahkan kepada anak-anak.
Masyarakat masih tidak  memahami  amalan demokrasi yang menggugat kestabilan politik Negara.
Semangat jati diri yang rendah menyebabkan rakyat tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
Tidak memahami/ mematuhi perlembagaan Negara menyebabkan negara huru hara
Sikap mudah terpengaruh dengan anasir luar dan tidak mempunyai identity diri.
Kurang menghayati prinsip rukun negara/ kesetiaan kepada raja dan negara menimbulkan perbuatan tidak bermoral.
Mana-mana jawapan munasabah

BERIKAN CADANGAN ANDA UNTUK MENGATASI ANCAMAN YANG MENGGANGGU KEAMANAN  NEGARA.

Cadangan untuk mengatasi ancaman yang mengganggu keamanan negara ialah dengan hidup bersatu padu dan sentiasa bekerjasama antara masyarakat.
Menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara agar dapat menanamkan semangat cinta negara.
Mengukuhkan pertahanan negara dengan memperkuatkan pertanahan dan sistem ketenteraan negara.
Kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan jati diri dalam kalangan rakyat.
Pemimpin perlu mengukuhkan kestabilan politik/ pemerintahan agar negara makmur
Pemerintah mengamalkan pemerintahan yang adil dan saksama dengan melaksanakan system demokrasi yang telus.
Negara Malaysia perlu mengekalkan hubungan diplomatik agar dapat membangunkan ekonomi negara.  .
Mengambil bahagian dalam pertubuhan-pertubuhan dunia agar dapat menaikkan imej negara diperingkat antarabangsa.
Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan rakyat dengan meningkatkan taraf pendidikan ke arah alaf  21.
Mana-mana jawapan munasabah

SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA PADA HARI INI SEMAKIN TERHAKIS MENGAPAKAH KEADAAN TERSEBUT BERLAKU
Semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini semakin terhakis kerana kurang perasaan cinta pada negara
Rakyat terlalu mengagungkan negara Barat dan tidak memiliki jati diri sendiri
Pengaruh daripada ledakan maklumat / ICT yang tiada kawalan.
Penyebaran budaya negatif dari luar melalui media sosial
Gejala sosial yang semakin meningkat kesan dari ketiadaan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat.
Rakyat kurang pengetahuan kenegaraan yang menyebabkan hilangnya semangat cinta negara.
Rakyat semakin leka dan lelai dengan menjadikan artis barat sebagai idola.
Terdapat  segelintir rakyat kurang menghayati / memahami sejarah penubuhan Malaysia yang menyebabkan hilangnya semangat setia negara.
BERIKAN CADANGAN ANDA UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT
Cadangan untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan menjayakan konsep 1Malaysia
Selain dari itu mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan agar dapat memahami kepelbagaian budaya bangsa Malaysia.
Memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan agar dapat engukuhkan lagi perpaduan bangsa.
Mengamalkan prinsip Rukun Negara supaya dapat menanamkan perasaan setia negara.
Menganjurkan lawatan ke tempat bersejarah, dengan itu dapat menyemai semangat cinta negara
Semua golongan masyarakat menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni supaya dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak.
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara/ PLKN akan dapat meningkatkan semangat jati diri rakyat.
Menganjurkan Sukan Malaysia / SUKMA dua tahun sekali dalam usaha memupuk semangat kerjasama berpasukan.
Mana-mana jawapan munasabah

CADANGAN UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA.

Kerajaan memainkan peranan agar dapat memastikan generasi muda sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Selain itu kerajaan harus mengukuhkan sistem pendidikan agar dapat membentuk masyarakat maju.
Generasi muda perlu menghayati sejarah pembentukan negara dan bangsa agar dapat menanamkan semangat setia negara yang tinggi.
Semua pihak perlu mempertingkatkan kempen 1 Malaysia dalam usaha melahirkan masyarakt yang bersatu padu.
Mempertingkatkan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan agar dapat membentuk masyarakat yang harmoni
Menguatkuasakan sepenuhnya Akta Bahasa Kebangsaan agar dapat mengukuhkan persefahaman antara kaum.
Menggalakkan generasi muda mengamalkan prinsip Rukun Negara agar dapat melahirkan masyarakt yang cinta negara.
Memperluaskan aktiviti sukan dalam usaha mengukuhkan perhubungan antara kaum.
Melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya dapat meningkatkan jati diri bangsa
Menerapkan amalan menghormati pemimpin agar dapat mengukuhkan kestabilan negara
Generasi muda perlu mengutamakan kepentingan negara melebihi keentingan diri sendiri.
Amalan mengutamakan perpaduan /muhibah perlu diterapkan dari kecil lagi agar dapat memastikan keamanan negara
Mengaktifkan peranan Badan Sukarela agar dapat meningkatkan lagi amalan kerjasama dan tolong menolong dalam generasi muda
Pemimpin negara perlu mengamalkan integrity dalam pemerintahan agar menjadi contoh kepada generasi muda.
Mempertingkatkan kempen Amalan Nilai Murni dan dengan itu dapat mengelakkan gejala negative dalam kalangan generasi muda.
Mengelakkan prasangka buruk dengan menerapkan semangat kerjasama dan persefahaman antara kaum.
Mengukuhkan pasukan keselamatan dan pertahanan negara dan seterusnya dapat menjamin kedaulatan negara tetap utuh.
Meningkatkan taraf pemikiran rakyat supaya dapat mengelakkan pertelingkahan
Mana-mana jawapan munasabah


CABARAN UNTUK MEMPERKASAKAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA/ CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA UNTUK MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG PATRIOTIK.

Cabaran untuk memperkasakan semangat nasionalisme ialah untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat
Selain daripada itu taraf pemikiran rendah mencetuskan keadaan huru hara
Pengaruh budaya luar meruntuhkan jati diri bangsa
Kemasukan filem asing telah membuatkan masyarakat leka dan lalai dalam membangunkan negara.
Budaya hiburan yang keterlaluan telah meruntuhkan nilai murni dan budaya masyarakat tempatan.
Kekurangan ilmu pengetahuan menyebabkan masyarakat tidak boleh berfikir secara rasional.
Masyarakat kurang kemahiran dan ini menyebabkan pergantungan negara kepada kuasa luar
Seterusnya masalah berlainan budaya menyukarkan proses pembentukan bangsa Malaysia.
Berlainan bahasa juga menyebabkan masalah perpaduan antara kaum semakin meluas.
Pelbagai agama dan kepercayaan yang terdapat dalam negara menimbulkan prasangka dan tiada persefahaman antara kaum.
Pelbagai fahaman politik  juga meluaskan lagi jurang perbezaan antara masyarakat.
Pengaruh budaya negatif dari luar meningkatkan gejala social masyarakat dan seterusnya menjatuhkan imej negara.
Pengaruh negatif media sosial  membawa keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
Kurangnya semangat cinta akan negara mengakibatkan lemahnya semangat jati diri
Pengaruh hiburan yang keterlaluan mencetuskan budaya negative yang meruntuhkan bangsa.
( Mana-mana jawapan munasabah)

Iktibar / pengajaran/ nilai

Sikap berani tokoh -tokoh tempatan yang berjuang sehingga terkorban harus dijadikan iktibar atau pengajaran oleh generasi muda hari ini supaya dapat mempertahankan kedaulatan negara.
Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa perjuangan Tok Janggut di Kelantan yang tidak mementingkan diri sendiri.
Selain itu, semangat berjuang tokoh-tokoh tempatan yang tidak mudah putus asa juga boleh dijadikan pengajaran dan iktibar agar dapat bersaing dengan negara - negara maju dan meningkatkan ekonomi negara kita. Contohnya perjuangan Mat Salleh di Sabah  walaupun tewas beliau terus berjuang kerana taat setia terhadap negara.   
Tambahan pula , tahap jati diri mereka harus dicontohi supaya dapat mempertahankan maruah negara dan bangsa.
Hal ini dapat dilihat dalam perjuangan Dato Maharaja Lela di Perak yang memperjuangkan adat resam orang tempatan.
Generasi sekarang harus memiliki jati diri yang tinggi supaya dapat mempertahankan adat dan budaya kita agar tidak terpengaruh dengan budaya barat yang kurang sihat.




RUMUSAN
Pengetahuan yang diperoleh :
Pengetahuan yang saya peroleh ialah Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hasil perjuangan tokoh-tokoh nasionalis terdahulu.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Berjaya kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
Pada abad ke-19 dan ke-20, Negara kita mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakang yang dapat membangkitkan semangat menentang penjajah.
Perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah barat telah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan.
Nilai/ unsur patriotisme  :
Sementara itu, nilai dan unsur patriotisme yang saya peroleh ialah semangat kerjasama antara kaum telah berjaya menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang bebas dan berdaulat.
Nilai kedua yang saya peroleh ialah keberanian tokoh-tokoh nasionalis tanah air memperjuangkan maruah dan kedaulatan bangsa daripada penjajahan.
Selain itu, kita haruslah mempunyai semangat berani dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara sekiranya negara diancam musuh.
Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berusaha membangunkan negara dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk kemajuan negara.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang :
Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju hasil perpaduan dan kerjasama erat antara kaum di Malaysia.
Di samping itu, para pemimpin perlu berusaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, maju dan berperanan penting dalam arus pembangunan dunia.
Saya juga berharap masyarakat Malaysia memiliki semangat cinta akan negara supaya dapat bersama-sama menjayakan Program Transformasi Kerajaan.
Akhirnya, saya berharap pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.


No comments:

Post a Comment