PENAJA

Monday, 3 September 2012

pandu uji toyota Vios E 1.5



Preview dan pandu uji Toyota Vios E (hitam)

Untuk makluman pada bulan hadapan genaplah 2tahun saya menggunakan Toyota Vios E. oleh ini pengalaman saya memandu Vios selama 2 tahun dengan perbatuan lebih 6++++ dirasakan cukup baik untuk diterjemahkan dalam bentuk penilaian. Dan mungkin berguna menjadi panduan untuk anda membelinya jika anda sedang berkira-kira untuk mencari sebuah kereta dalam sagmen B di bawah 100k.
Proses pembelian
Saya dapati proses pembelian sebuah kereta Toyota agak baik. Servis dan perkhidmatan yang diberi agak memuaskan. Harga Vios yang dibeli pada hujung tahun 2011  beharga RM81 500. Semasa memebeli saya mendapat diskaun sebanyak RM2 000 dan percuma penapis haba. Saya membayar RM 9 500 sebagai wang pendahuluan dan loan sebanyak RM72 000 dengan faedah 2.85% (agak tinggi kerana berlaku penstrukturan faedah, dan faedah yang saya bayar agak rendah pada masa itu) setahun selama 9 tahun. Bayaran bulanan sebanyak RM838 sebulan (agak tinggi untuk yang baru mula bekerjaya pada masa itu, tapi nekad je). Kereta sampai dalam masa hanya 2 minggu. Saya juga membeli no. pendaftaran J** 1516 dengan harga RM250 (pihak Toyota uruskan, jika beli sendiri hanga RM 210). Mungkin berbeza untuk penjual lain, sebelum saya bawa pulang pihak penjual menguji beberapa aspek bahagian  kereta kepada pembeli. Contohnya lampu, pintu, fungsi beberapa alatan dan beberapa ciri keselamatan. Tambahan makluman pihak penjual juga memeberikan minyak setenggah tangki (penjual lain mungkin memeberikan minyak penuh) dan tanpa disangka tambahan diskaun sebanyak RM500 (mungkin bayaran yang sepatutnya diberikan kepada “rakemant”).
Rekaan Toyota Vios E
Vion mempunyai 4 spac semasa itu, Spec asas J, E, G dan TRD sportive. Hanya spec J sahaja mempunyai transmisi manual. Dari aspek luaran spec J tiada fog lamp dan rim aloi. Spec E ada fog lamp dan rim aloi 14 inci. Spec G kemasan chrome di beberapa bahagian dan rim aloi 16 inci. TRD pula bodykit dan spoiler dan beberapa ciri yang sporty.
Dari aspek dalaman banyak perbezaan dari aspek audio dan keselamatan. Spec J audio agak murah dan hanya ada 1 airbeg (Vios sekarang sudah ada 2 airbeg untuk J). Spec E audio yang lebih cangih  dan 2 airbeg . spec G dan TRD sistem audio siapan dalam dan kerusi kulit.
Dari aspek rekaan ramai yang cakap rekabentuk seakan-akan dugong, dan saya akui terutamanya pada bahagian hadapan. Namun ianya agak menawan dan sedikit comel berbanding Honda City yang lebih radikal, ganas dan maskulin. Tidak banyak garisan-garisan yang terdapat pada badan Vios. Ianya dibina supaya tidak terlalu kompleks dan sesuai untuk semua jantina.
Warna gelap menjadi warna dalaman Vios E dan menjadikanya bersih dan kemas. Terdapat sedikit calitan chrome pada dashboard dan tempat rehatkan tangan. Kerusi diperbuat dari fabric hitan berlobang dan span yang digunakan agak lembut berbanding yang digunakan untuk Persona yang agak keras. Sama seperti Myvi kerusi pemandu boleh dilaras bukan sahaja ke depan dan belakang, malah boleh naik dan turun. Ini menjadikanya sesuai untuk segala bentuk ketinggian pemandu.
Banyak ruang penyimpanan yang disediakan. Terdapat lima tempat meletak air termasuk di pintu hadapan. Tempat menyimpan yang disediakan boleh diangap amat praktikal. Ruang penumpang agak luas terutamanya ruang kaki. Ruang tempat duduk penumpang sesuai untu 3 dewasa namun untuk perjalanan jauh mungkin kurang selesa sebab hanya muat-muat. Ruang barangan agak luas dan sesuai untuk keluarga.
Prestasi enjin dan Pemanduan
Enjin Vios adalah 1.5 vvt-I dengan 108HP. Semasa anda menghidupkan enjin ngaumanya agak kuat, jadi anda tidak perlu rungsing, ini kerana ngauman itu hanya sementara sehingga rpm turun kepada 2000. Selepas itu bunyi enjin hampir-hampir tidak kedengaran. Semasa pemanduan sekalipun bunyi enjin amat minima kedenganran kecuali bila speed mencapai kelajuan tertentu baru bunyi enjin agak mengaum.
Sepanjang saya menggunakan kereta ini, kelajuan yang pernah saya capai adalah 180km/j (mungkin lebih lagi laju maxsima). enjin hanya mengaum kuat dan kurang selesa apabila speed mencapai 170km/j ke atas. Ini kerana enjin dilihat bekerja agak keras. Kelajuan sesuai untuk Vios pada saya adalah 120km/j. anda akan selesa memandu pada kujuan ini di jalan biasa yang rata. Semasa di lebuhraya anda akan mudah mencapai kelajuan 120km/j dan anda akan merasakan aianya agak perlahan. Lajimnya saya memandu 130-140km/j di lebauhraya dan menyebabkan saya dua kali dikenakan saman kerana speeding.  Pada kelajuan itu kenderaan anda tidak akan bergegar dan anda dan penumpang selesa didalamnya. Gegaran mungkin terasa bila mencapai kelajuan 160km/j. pengalaman saya memandu Myvi dan Matrix pada kelajuan 120km/j gegaran sudah mula terasa. Namun saya agak pelik bagaimana pada kelajuan 140km/j masih ada Myvi yang memotong kenderaan saya?. Enjin vvt-I amat berperestasi pada saya, terutama apabila anda mahun meningkatkan kelajuan. Dengan sedikit sahaja tekanan pada padel enjin terus memecut. Sama juga jika anda mahu menukar gear. Dengan enjin 1.5, anda tidak mempunyai masalah semasa memotong kenderaan lain.
Untuk makluman, Vios tidak mempunyai Shiff button. Tetapi ianya digantikan dengan gear 3 yang terdapat pada tombol gear. Rekaan gear Vios adalah yang paling kehadapan diantara pesaingnya berbanding City. Kereta-kerata lain mengunakan gear lurus degangkan Vios berliku. Baik untuk keselamatan terutamnya masalah tersalah masuk gear!. Pertukaran gear juga amat lancar dan anda tidak akan perasan bila gear bertukar. Inilah teknologi Toyota. Bina kereta untuk keselesaan dan bukan untuk berlumba.
Dari aspek pemanduan, Vios mudah dikawal dan selesa dipandu. Namun stering terasa agak ringan terutama apabila anda memandu pada kelajuan tinggi (hakikatnya stering semakin berat pada kelajuan tinggi). Oleh itu semasa memandu pada kelajuan tinggi pastikan anda tidak leka kerena anda mungkin berisiko terjebak dengan kemalangan. Apabila mengambil selekoh, terdapat sedikit kelemahan kerana kereta seakan-akan kurang stabil (mungkin faktor psikologi)  dan anda mungkin kurang yakin untuk megambil selekoh pada kelajuan tinggi. Mungkin ketinggian kereta menyebabkan perkara ini. Penyerap hentakan amat baik dan selesa, dan anda tidak akan rasa melompat-lompat seperti memandu Myvi semasa melalui jalan tidak rata atau berayun-ayun seperti menaiki Triton. Saya amat berpuas hati pada aspek ini.
Terdapat sedikit kelemahan pada enjin 1.5 vvt-i. antara kelemahan pada enjin ini adalah apabila anda membawa 5 penumpang dewasa dan minyak penuh, anda akan dapati enjin kurang berkuasa terutamanya semasa mendaki. Enjin dilihat perlu bekerja dengan lebih keras. Selain itu masalah juga semasa memotong dalam kapasiti penuh sebegitu. Oleh itu penggunakan gear 3 adalah cara terbaik untuk mengatasa masalah tersebut.
Penjimatan Minyak
Inilah antara faktor menyebabkan Vios adalah kesayangan saya. Kapasiti minyak kira-kira 40liter. Bacaan meter mengunakan bar dan mempunyai 8 bar. Untuk harga minyak sekarang (RM1.90) setiap bar mewakili RM10.00 dan 8 bar RM80.00. secara purata setiap bar boleh mencapai perbatuan sebanyak 70-90km bergantung pada kelajuan dan kondisi jalanraya. Secara purata tangkin penuh dengan harga RM80.00 anda boleh mencapai kira-kira 600km. ini bermaksud 12.0 – 13.5 sen untuk setiap kilometer!.
Saya kerap pulang ke kampung di kedah. Perjalanan sejauh 800km termasuk 60km jalan Bandar dan kampung. Dengan kelajuan 130-140km/j pengunaan minyak hanya RM100-110  sahaja. Bayangkan jika anda memandu 110-120km/j mungkin kurang RM100!. Saya juga pernah memandu Myvi ke Kedah dengan kelajuan 120km/j dengan jarak dan lokasi yang sama, kos minyak kira-kira RM130.00. mungkin Myvi lebih sesuai untuk jarak dekat dengan kelajuan lebih rendah.
Saya berpuas hati dengan penjimatan yang ditawarkan oleh Vios. Tambahan pula saya bekerja jauh dari kediaman dengan jarak 40km sehala, pengunaan minyak kira-kira Rm10.00 sehari. Jimat bukan?. Saya rasa penjimatan minyak adalah antara faktor utama yang perlu dititikberatkan semasa membeli kereta. Buat apa beli kenderaan yang lebih murah tetapi penggunaan minyak agak tinggi?. Mungkin anda perlu berfikir banyak kali untuk keluar bersiar-siar, pulang ke kampung dan ke tempat kerja.
Servis (Perkhidmatan selepas pembelian)
Banyak pusat servis yang disediakan oleh pihak Toyota. Lazimnya saya akan servis di Mutiara Motor Toyota, Plentong JB. Ini kerana servis yang ditawarkan amat professional dan selasa. Anda perlu membuat temujanji selama 2 hari sebelum menghantar kereta anda. Suasana pusat servis amat baik dengan minuman dan makanan disediakan percuma. Jika anda datang pada awal pagi, nasi lemak dan kueh tradisonal disediakan. Jika waktu petang roti dan gula-gula serta aiskrim disediakan untuk anda. Tambahan pula wi-fi percuma disediakan selain beberapa buah computer untuk mereka yang tidak membawa laptop. Tambah menarik, van percuma juga disediankan untuk menghantar anda ke mall berhampiran seperti Giant, Jusco dan tesco extra. Anda juga akan diberikan cenderahati percuma bergantung pada musim.
Untuk servis biasa lazimnya masa 2-3 jam diperlukan. Dan bagi major servis masa diperlukan 3-4 jam. Sebelum servis selalaunya pihak Toyota akan memberikan angaran bayaran yang perlu anda bayar. Untuk servis minor bayaran RM200-300 dikenakan. Manakala servis major RM400-600. Khidmat mencuci kereta dan enjin juga disediakan. Anda akan dilayan dengan amat baik dan mesra termasuk pengawal keselamatan yang akan tabik hormat kepada anda semasa keluar dari pusat servis.
Kemalangan
Secara jujur selama 2 tahun ini saya pernah terlibat dalam 2 “kemalangan”. Pertama semasa ditempat kerja, kereta saya dilangar dari belakang oleh seorang rakan. Semasa itu kereta saya sedang elok di parking. Kos baik pulih menurut rakan saya RM1500. Tukar banper belakang, lampu kiri, sansor undur dan ketuk bonet termasuk cat. Kali kedua digesel oleh pelangan yang tidak perasan dan melangar sisi driver. Maka kereta saya sedikit kemek. Hantar ketok dan cat. Kos Rm200.00. semua dihantar bengel luar (mungkin atas faktor ini ada penjual kereta merendahkan angaran treadin kereta saya).
Cermin hadapan Vios saya juga terdapat masalah. Kerana terdapat retak yang agak panjang dan kesan terkena batu semasa memandu. Ini kelihatan seperti satu kelemahan pada cermin Vios, teteapi pada saya ianya adalah satu kelebihan. Jika kereta lain saya rasa sudah lama cermin itu berderai.
PERLU BELI?
Perlu jika anda mampu dan perlukan sebuah kereta yang selesa,selamat compak dan sedikit sweet.
Nasihat
Lebih elok anda beli dari pengedar Toyota yang sah dan jangan terpedaya dengan pemberian hadiah yang banyak semata-mata. Pastikan anda masuk ke dalam web Toyota dan lihat apa promosi yang disediakan. Tuntut promosi itu pada pihak penjual. Elok sekiranya anda boleh tentukan bank yang anda mahu membuat pinjaman. Jika pihak penjual tidak memberi pilihan, ada sesuai yang tidak keta. Minta kadar faedah terendah dan terbaik. Lihat kereta anda sebelum membuat bayaran pendahuluan penuh untuk memastikan tiada kecacatan. Jika anda gemar ubah suai kereta belilah Vios J. anda akan dapat banyak kepuasan.



41 comments:

  1. Hope berpuas hai dengan ulasan saya. Spac baru lebih menarik. Tunggu keluaran 2013. Lebih garang...

    ReplyDelete
  2. wah bagus la satu ulasan yang jujur terimakasih

    ReplyDelete
  3. Beli kereta bukan perkara kecil.jika silap langkah akan menyesal,hope beguna

    ReplyDelete
  4. Bagus dan bernas ulasan abg..Bila sy baca setiap rangkap ungkapan abg nie, sy rs tertarik utk memiliki sebuah vios. Sy bercadang nk beli city, tp vios la sy ambik

    ReplyDelete
  5. Jika berpuas hati boleh angkat sebijik.tp saya cadangkan tunggu vios model trbaru.ujg thn ni atau tahun depan.bentuknya lebih maskulain.tkt nanti belum puas pakai dh ada model vios bru.potong feel nt...

    ReplyDelete
  6. Ibu saya nak belikan saya Vios . Tapi saya taktau nak amek G spec or J spec . Saranan uncle ?

    ReplyDelete
  7. Bergantung pada minat.jika G spac just tambah bodykit.klo J banyak boleh di tambah.pada pengalaman saya bila kita buat ubah suai kereta saya jadi lebih sayang,sb 2 saya buat berperingkat.sentiasa ada banda yang buat kita syg.sy cdgkan ambil E spec.so xd la rasa rendah diri terutama bila kereta 2 masih standart.pas2 makeup la skit2.akan rasa teruja...jika mampu ambil G terus la.lagi puas hati hehe

    ReplyDelete
  8. salam tuan ,saya nak tanya saya baru angkat vios j auto baru sebulan, saya isi minyak rm50 anggaran saya boleh pergi adalah dalam 250km. ini bermakna 50 km untuk rm10 ,adakah ok macam tu, thanks

    ReplyDelete
  9. tahniah.selamat mengalami pemanduan vios.anda harus berbangga dengn kereta anda...erm secara purata 1 bar minyk bersamaan RM10.ini bermaksud setangki RM80.setangki penuh boleh mencapai 600-650km. 1 bar meter minyak boleh pergi 70-80km...ini hal biasa apabila anda baru memandu sesebuah kereta.kerana anda bru nak sesuaikan dengan cara pemanduan vios.sebulaN dua lagi anda akan selesa memandu dan minyk akan jimat. maksudnya teknik pemanduan yang kurang cekap...pandulan berhati2 dan lebih bersabar.anda memandu di kwsan jem , bandar atau luar bandar?

    ReplyDelete
  10. As salam, saya bercadang nak beli vios TRD, berapa anggaran untuk monthly installment nye? Dan satu lagi, kalau beli new model, biasanya diaorang ada bg rebete x?

    ReplyDelete
  11. wsalam...TRd dalam angaran93++ faedah dalam 2.5 darab 9 tahun.muka 10%
    83800 x 22.5% = 18 855 + 83800 =102655/108 = rm950.++

    jika mahu dapatkan kereta lama myb banyak tawaran istimewa. sebab nak abis stok.kalau xsilap rebet 8k toyota bagi. kadar faedah y saya bg hanya jangkaan mungkin lebih rendan mungkin lebih tinggi namun xsampai 3% rasanya.

    kereta model bar biasa tiada ribet namun toyota mungkin tawarkan jaminan yang lebih panjang dan percuma servis. mungkin. selamat membeli dan memandu. anda pasti teruja

    ReplyDelete
  12. toyota vios terbaik saya tidak merasa rugi membelinya... =)

    ReplyDelete
  13. tahniah kerana menjadi sebahagian keluarga besar toyota...

    ReplyDelete
  14. apa kekurangan dan kelebihan beli kereta vios second hand?

    ReplyDelete
  15. Salam.. sye nk bli vios E tahun 2004... rm28000... condition ok... tp sye zero ttg vios nie... mcm mne nk taw enjin dea still ok k x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSLM. SY CADANGKAN ANDA MEMBAWA POMEN BERSAMA. PADA UMUMNYA ENJIN VVTI TOYOTA AMAT BERKUALITI NAMUN KONDISI SESEBUAH ENJIN BERBEZA MENGIKUT KERETA DAN CARA PEMANDUAN...

      Delete
  16. vios mmg best.. salah satu faktor rmai plai vios sbb jimat minyak, boot besar, selesa.. bdsarkan pgalaman sy dr 2011 pkai vios, vios mmg xde masalah, enjin smooth, fun when u drive a vios.. sy slalu kluar mlm blik kul 2-3 pagi, masa tu kompem la mak ayah da tido, klau kluar ngan motor atau kete wira(enjin agak bising) slalunya mak akan tersedar dan marah sbb blik lewat, tp sjak ade vios blik lewat pon tkpe sbb enjin dia x bising tambah2 bila tutup aircond mmg senyap.. mak pon x trjaga dan da x marah2 sbb dia xtau sy kluar mlm.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nasib vios baru.dengan city y lebih murah dan kacak huhu

      Delete
  17. Assalamualaikum. Sy nk tnye, sy nk beli vios 2nd.vios spec ape yg ok ye. Harga 30k ke bwh.Sy keliru G ke E ke S ke J ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.jika suka makup kereta ambil J dh ok.tp kalau nak sikit2 mekup ambil E. kalau xnak makup2 ambil trd...jika silap j dgn E je leh masuk GPS...

      Delete
  18. Ulasan yang bagus.terima kasih..sangat menghargai ulasan anda.

    ReplyDelete
  19. Saya pun ada vios e 2008 minyak jimat!

    ReplyDelete
  20. tumpang tanya...saya ade vios scond model...nk tanya bab kelajuan skit.
    kereta hanya boleh sampai 160km jer.
    adakah itu klajuan sbnar utk scond model..
    ade yg tau tak..pick up ok smua ok..tapi maximum 160km jer.

    maklomlah kdang saya bwak laju jgak,nk kejar masa.skadar brtanya

    ReplyDelete
  21. tumpang tanya...saya ade vios scond model...nk tanya bab kelajuan skit.
    kereta hanya boleh sampai 160km jer.
    adakah itu klajuan sbnar utk scond model..
    ade yg tau tak..pick up ok smua ok..tapi maximum 160km jer.

    maklomlah kdang saya bwak laju jgak,nk kejar masa.skadar brtanya

    ReplyDelete
  22. tumpang tanya...saya ade vios scond model...nk tanya bab kelajuan skit.
    kereta hanya boleh sampai 160km jer.
    adakah itu klajuan sbnar utk scond model..
    ade yg tau tak..pick up ok smua ok..tapi maximum 160km jer.

    maklomlah kdang saya bwak laju jgak,nk kejar masa.skadar brtanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi aziz. makx speed pernah saya capai adalah 180km/j
      myb perlu lihat muatan barang/kapasiti minyak semasa dan rim...

      Delete
  23. saya merancang untuk beli vios second. boleh bagi range harga n jenis yg sesuai, keistimewaan.tq

    ReplyDelete
  24. hi.pastinya berbaloi membeli vios.saya kini sudah 200 000 km perjalanan.dan masih belum dapat sebarang kegagalan mekanikal. semuanya sempurna...kehausan hanya pada tayar. itu sahaja.tetapi kini sy perlu tukar penyerap hentakan.sudah bocor...selpas 200k perjalanan hanya maslaah kecil sahaja...sy cadangkan ambil E spec. harga 40-45k

    ReplyDelete
  25. Saya adalah peminat vios dari generasi pertama. Bila melihat Vios terbaru spec G, membuatkan saya makin terpikat. Tak sangka dalaman Vios semakin anggun dan menarik.

    ReplyDelete
  26. Saya bercadang untuk ambik Vios G. Dapat saja kereta, terus hantar kedai member utk Tinted, Pwr M & Sub Woofer. Juga pemasangan kamera sisi, depan & blkg.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih dalam dgn perkongsian, FYI saya tengah ushar vios g year2010+ dan sangkut pula ke sini

    ReplyDelete
  28. Asslm admin..
    Nk tya pendapat vios 2014 J (AT) 2nd ok x kalau sya angkat. So far, nk tya pendapat kelebihan & keburukan ikut pengetahuan admin ttg spec ini. Tq

    ReplyDelete
  29. Saya sedang berkira kira nk beli kereta skrg. Sy berminat dengan dua model. Bezza Advance dan Vios 2014/2015. Harga nk lebih kurang.vios tu trpksa beli 2nd hand laa sbb yg baru tak mampu. Pada pandangan tuan, mana yg lebih elok dimiliki? Vios atau bezza?

    ReplyDelete
  30. vios dengan honda city yang mana lebih baik minyak,pemanduan,kelajuan

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah..loan dh lulus..tgh tggu kereta je ni. Saya ambil Varian E..spec tahun 2018. Memang menarik utk spec 2018 ni.

    ReplyDelete
  32. Hai sy nak tanya, sy memang minat dengan vios. Ada ke kereta secondhand vios yg dijual direct toyota ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bro..boleh google Toyota topmark..diorg jual kereta toyota secondhand.under toyota jugak.alamat semua ada kat website dia.tp kalau nak beli tetap kena periksa sendiri, jgn yakin sangat dgn mekanik toyota tu.

      Delete