PENAJA

Saturday 29 September 2012

Pembentangan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif)


Pembentangan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif)

Intipati Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Bertujuan mengawal inflasi dan menurunkan hutang
Tujuh teras utama digariskan. Antaranya ialah :
  1. Mengangkat martabat golongan wanita
  2. Reformasi dan ketelusan GLC
  3. Membina daya saing ekonomi
  4. Mengangkat martabat wanita
  5. Hasil minyak untuk negeri
  6. Reformasi membanteras jenayah
  7. Perumahan untuk rakyat
  8. Menurunkan harga kereta.
Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat menawarkan beberapa tawaran untuk rakyat Malaysia. Antaranya ialah :

(i) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Tawaran Kebajikan Bernilai RM33.5 Bilion

  1. Reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk membubar 1MDB yang fungsinya bertindih dengan Khazanah
  2. Penubuhan syarikat minyak negeri antaranya PetroSabah, PetroTerengganu
  3. Penubuhan Perbadanan Perumahan Negara bagi menyediakan rumah mampu milik secara besar-besaran.
  4. Mengalih sumber manusia dan kewangan polis kepada membanteras jenayah selain kenaikan gaji lima peratus kepada anggotanya.
  5. Kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan
  6. Sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapuskan
  7. Penurunan Harga kereta melalui pengurangan cukai eksasis sebanyak 20 peratus (RM2 bilion)
  8. Elaun Guru (RM2.4 bilion)
  9. Penyediaan Wifi Percuma (RM1.2 bilion)
  10. Hapus tol PLUS & 2 lagi konsesi lain dalam tahun pertama (RM6.4 bilion)
  11. Hapus PTPTN & pemberian pendidikan percuma (RM6 bilion)
  12. Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)
  13. Peruntukan 20 peratus royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak (RM12.5 bilion)
  14. Peruntukan setiap tahun melalui Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion)

(ii) Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Sumber Pendapatan? 

  1. Sebanyak RM134.6 bilion pendapatan negara diperoleh dari sumber cukai iaitu cukai langsung (RM102.3 nilion), cukai tidak langsung (RM32.4 bilion).
  2. Pendapatan bukan cukai ialah RM56.8 bilion
  3. Lesen dan permit (RM13.9 bilion)
  4. Pelaburan (RM36.7 bilion)
  5. Lain-lain (RM6.2 bilion),
  6. JUMLAH : Pendapatan keseluruhan RM191.5 bilion.
Sebanyak RM189 bilion pendapatan negara dicatat sebelum RM2 bilion berkurang disebabkan dasar kebajikan Pakatan Rakyat.
Walaubagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat mengatakan yang mereka berupaya menambah lagi RM4 bilion hasil dasar penjimatan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan. Seterusnya, ia menjadikan pendapatan bersih negara ialah RM191 bilion dengan RM42 bilion hutang baru.

No comments:

Post a Comment