PENAJA

Friday 21 September 2012

kehidupan dan kematian Ahmad Nisfu yang sadis...


Dalam filem Tiga abdul, siapa tidak kenal gelagat mereka antaranya Tan Sri P Ramlee. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Ahmad Nisfu. Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat. Banyak sahaja tagline yang digunapakai sehingga hari ini antaranya :
“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”
Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.
Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), AhmadNisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, AhmadNisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja keranaAhmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.
Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.
Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)
Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orangramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.

No comments:

Post a Comment