PENAJA

Sunday 23 September 2012

IBRAHIM YAACOB BUKAN PATRIOT MALAYA!!

perjuangan politik Ibrahim yaacob amat menarik dan pernuh warna warni. beliau adalah antara pengasas parti politik pertama di Malaya iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM). beliau adalah presiden pertama KMM. perjuangan politik beliau amat luar biasa dan biasa membuat kita rasa kagum bagaimana beliau boleh memulakan perjuangan menentang British. namaun beliau kini hilang dalam sejarah arus perdanaa. apakah sebabnya?. mesti ramai yang akan kata sebab beliau adalah pejuang aliran kiri dan perjuangan beliau dipadamkan dalam buku teks sejarah. ya saya akui bahawa kerajaan yang memerintah lazimnya akan melakukan perkara sedemikian bagi menonjolkan peranan mereka dalam sejarh dan menjadikan seseorang yang besar menjadi kecil. itulah nasib Ibrahim Yaacob.

namun ada lagi satu perkara yang menyebabkan beliau tidak dominan dalam sejarah arus perdana.sebabnya yang mungkin ramai tidak tahu adalah bagaimana jiwa patrio yang pada peringkat awal amat dikagumi namun pada akhirnya amat ironi. beliau semasa kekalahan jepun kepada British telah melarikan diri ke Indonesia dan tidak mahu bertangiunggjawab atas apa yang beliau telah lakukan bersama Jepun, malah terus hilang dan tidak kembali ke landasan perjuangan.

apakah yang beliau lakukan di Indosesia?
inilah persoalan yang sering bermain di minda saya semasa di Universiti dahulu.sebab tidak banyak bahan yang wujud pada masa itu.terutamanya bahan bacaan denga ekses mudah seperti internet (xd bahan tentang Ibrahim yaacon dalm internet). yang saya tahu beliau telah melarikan diri di indonesia dan bahagian hidup di sana. saya akui mungkin saya banyak terpengaruh dengan sebuah buku yang mengkaji tentang Mustapha Hussin yang merupakan Naib Presiden KMM semasa ditubuhkan. dalam buku berkenaan beliau agak tidak sehaluan dengan IBHY.

selepas kedatangan British selepas jepun kalah, IBHY telah melarikan diri ke Indonesia, menariknya disana beliau telah menjadi orang kuat Soekarno dan pernah menjadi Ahli Parlimen Indonesia. selepas peristiwa lubang buaya 1965 beliau tidak lagi menjadi YB. namun beliau telah menubuhkan sebuah bank yang dinamakan Bank Pertiwi di Indonesia.

beliau telah meninggal dunia di Indonesia dan dikebumikan di makam pahlawan di sana. makam itu adalah Makam Pahlawan Kalibata. untuk makluman beliau telah menukar nama di Indonesia. beliau dikenali sebagai Iskandar Kamel.


13348042821106136946

133480453648321987

kepada rakan2 sejarah boleh bagi pendapat.ada maklumat lain ke?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesatuan_Melayu_Muda

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaakob

http://id.wikipedia.org/wiki/Taman_Makam_Pahlawan_Kalibata

http://sejarah.kompasiana.com/2012/04/19/makam-tuanku-tambusai-pahlawan-nasional-indonesia-di-seremban-malaysia-makam-warga-malaysia-ibrahim-yaakob-di-tmp-kalibata-jakarta/

http://id.wikipedia.org/wiki/Gerakan_30_September

No comments:

Post a Comment