Tips Memilih Raket Badminton
Seperti hari-hari yang lain, jika ada kelapangan, hamba akan mengisi mase lapang dengan bermain badminton. Baru la badan ase tough sikit. haha.. Kalo x, memang lembik je badan kalo dok rumah. Kalo de bini boleh la jugak isi mase lapang. huhu.. Hari ni hamba mau share sikit perkara mengenai badminton.
Kalo kita sebut je badminton, semua orang dah boleh fikir jenama raket badminton yang mana bagus. Dan automatik, hampir kesemuanya akan memilih jenama Yonex. Yup, jenama Yonex memang telah establish sebagai jenama no 1 dalam badminton dan mempunyai kualiti yang bagus. Akan tetapi, jenama Yonex ini juga sepertimana jenama yang lain, mempunyai jenis-jenis raket yang tersendiri. Tidak semua orang boleh serasi dengan raket yang dibeli walaupun harga yang dibeli tersebut menjangkau ribuan ringgit.
Dalam memilih raket badminton, pengetahuan mengenai spesifikasi raket amat penting. Ini adalah kerana pengetahuan sebegini boleh membantu kita untuk memilih raket yang sesuai dengan kite. Antara spesifasi yang penting adalah seperti ini:
Spesifikasi Raket
- Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
- Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
- Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.35″)
- Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
- Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
- Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
- Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi yang baru, memilih raket yang balanced adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang hamba cadangkan adalah:
Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 23- 24 lbs dan ke atas
No comments:
Post a Comment