PENAJA

Monday, 24 September 2012

Ariel Sharon sudah 4 tahun koma – Video dan Gambar Ariel Sharon Koma


Ariel Sharon koma sudah 4 tahun – Gambar Ariel Sharon Koma. Admin rasa ini bukan gambar terkini Ariel Sharon, sebab admin pernah jumpa beberapa bulan yang lalu. Apapun, baru atau lama yang admin nak kongsikan adalah gambar musuh Agama Islam yang kini sedang menerima azab daripada Allah di dunia lagi. Semua orang tahu Ariel Sharon Laknatullah ni, bekas Perdana Menteri Israel yang telah banyak merosakkan bumi Palestin dan menyeksa saudara kita ummat Islam di sana.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Fushshilat ayat 53:
سَنُرِيهِمْ ءَايَٰتِنَا فِى ٱلْءَافَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ شَهِيدٌ
Ertinya: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?
Di bawah ini adalah gambar Ariel Sharon koma yang sedang terlantar:
Menurut sumber yang Admin perolehi, Ariel Sharon kini umpama mayat hidup selepas 4 tahun dalam keadaan koma. Bahkan media di seluruh dunia pun malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Seorang jururawat telah merakamkan gambar Ariel Sharon yang dulu badannya agak gempal dan kini hanya tinggal rangka, makhluk yang berusia 82 tahun ini dikatakan mempunyai berat hanya sekitar 15 kilogram sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun.
Pada mulanya dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem kerana berlaku penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma. Namun, keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa. Dia kemudian dipindahkan ke Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Menurut para doktor lagi, sekiranya perlu, mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah. Beliau dah jadi umpama mumia firaun atau mumia hidup. Hidup terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk!
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya sebelum Ariel Sharon jatuh koma, tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama. Dalam mimpi itu Sharon telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepada Sharon ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu Sharon telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api. Mimpi itu mengganggu Sharon saban malam hinggalah dia jatuh koma.
Tiada siapa yang tahu akan derita Sharon menanggung mimpi-mimpi itu saban malam kecuali seorang iaitu setia usaha peribadi Sharon. Setia usahanyalah yang telah mendedahkan mimpi-mimpi Sharon itu kepada akhbar-akhbar di Israel pada tahun 2008. Akhbar-akhbar di Israel telah menyiarkan berita berkenaan, kemudia dipetik oleh media-media Asia Barat, seterusnya tersebar di internet.
Ada yang kata di internet terdapat gambar Ariel Sharon terkini yang menunjukkan dia begitu kurus kering hanya tinggal kulit yang menyelaputi tulang badannya.
Allah Maha Besar, itulah balasan kepada kaum kafir yang memusuhi Islam. Inilah balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin dan telibat memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Dia jugalah yang menyembelih para tawanan Mesir. Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati.
Jom kita tonton pula video kontroversi terkini Ariel Sharon. Rupanya seperti patung lilin.
Ada kata video atas tu adalah Ariel Sharon yang dipakaikan patung oksigen. Kemudian, admin cari punya cari rupanya patung lilin sahaja yang diletakkan di dalam galeri muzium di Israel. Patung ini direka oleh Noam Braslavsky. Ia menggambarkan Sharon sedang baring di atas katil dengan kelihatan pucat dan cengkung dan memakai baju biru hospital. Mata kelihatan terbuka dan dada yang naik dan turun, seolah-olah dia sedang bernafas.
Sumber 1 : Telegraph.co.uk
Sumber 2 : Kishongallery.com
Sumber 3 : UPI.com
Sumber 4 : Zimbio.com
Sumber 5 : Bbc.co.uk
shinichipedia: saya pn tak pasti mana fakta yang benar.ingt Malaysia je ke pandai media spin, barat lagi pandai kot.tapi jika benar ini adalah keadaaan sebenar beliau, saya rasa belia bakal menjadi Mustafa kamal atartuk ke-2 la

No comments:

Post a Comment