Sama seperti anda, saya juga masih menantikan info terkini mengenai model terbaru Proton Preve versi hatchback, atau lebih dikenali dengan kod P3-22A. Bagaimanakah reka bentuk sebenar model hatchback yang paling dinanti-nantikan itu?
Di sini saya paparkan dua keping gambar ‘photoshop’ hasil rekaan bro Fauzan yang boleh memberikan kita sedikit sebanyak gambaran awal berkenaan reka bentuk Proton P3-22A. Menurut beliau, versi pertama mengambil inspirasi daripada model Ford Fiesta hatchback, manakala versi kedua diinspirasikan daripada model Mazda3.
Apa pendapat anda? Versi manakah yang lebih menarik di antara dua keping gambar di atas? Atau adakah kemungkinan Proton P3-22A yang akan dikeluarkan oleh Proton nanti bakal tampil dengan reka bentuk lebih radikal bagaikan Ford Focus ST? ARENA KERETA
SHINICHIPEDIA: IMPIKAN PANDANGAN BELAKANG SEAKAN HONDA CR-Z....NANTIKAN
No comments:
Post a Comment