PENAJA

Thursday, 13 September 2012

Panduan kenali ciri gay, lesbian popular di Twitter


Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengabil langkah untuk membetulkan keadaan itu.

Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:

NONE"Simptom" gay:
  • Mempunyai badan sasa dan sukamenunjukkan aset di badan (pakai bajuv-neck, sleeveless)
  • Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang
  • Lebih cenderung minat kepada lelaki
  • Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan

"Simptom" lesbian:
  • Menunjukkan ketertarikan pada wanita
  • Jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya
  • Lebih suka berteman untuk tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita
  • Tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki
Laporan akhbar itu menyebut, garis panduan itu juga memberi amaran bahawa perhatian segera perlu diberikan kepada anak-anak sekiranya menunjukkan "simptom" berkenaan.

Ia juga menyatakan, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.

Ia dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang semalam, lapor akhbar itu.

NONESeminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.

Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Program berkenaan merupakan seminar kesepuluh yang diadakan di negara ini.
Garis panduan berkenaan hari ini dikesan menjadi ulasan utama pengguna Twitter yang menggunakan kata kunci "Simptom seorrang gay" (#SymptomsOfBeingGay).
Hinggakan, kata kunci tersebut muncul sebagai trend paling popular di kalangan pengguna Twitter Malaysia hari ini.
Antaranya, seorang aktivis Pang Khee Teik yang menulis dengan nada ejekan bahawa garis panduan itu memudahkan golongan gay mencari pasangan.
"Sebelum ini saya kesunyian. Tapi dengan #SymptomsOfBeingGay saya sekarang boleh mencari gay lain. Terima kasih Menteri Pelajaran!," tulisnya.
Garis panduan itu juga diulas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa beliau juga mengenakan baju sendat dengan kolar-V.
"Saya juga pakai baju sendat, kolar-V. Saya OK," katanya dengan kata kunci ejekan "Simptom seorang yang bodoh" (#SimptomsOfBeingStupid).


malaysia kini...

shinichipedia: alamak mcm pernah pkai mcm 2 je?.erm bju putih pn selalu dikaitkn dgn Gay kn?.baju itam Black metal?.so baju pe nk pkai?...banyak lg baju leh pakai jgn jdikan alasn hehe...mungkin bagus juga garis panduan ini.tp kalau percaya ok gk leh jdi panduan. tp bnyak lg ciri2 rasanye hehe

No comments:

Post a Comment