1. London Tower!
Tempat ini adalah sebuah bangunan kuno yang terletak di England. Dahulunya, bangunan ini adalah kediaman keluarga diraja Englandsebelum akhirnya berpindah ke istanaBuckingham. Di dalam bangunan ini tersimpan banyak peninggalan pusaka kerajaan inggeris, seperti mahkota emas St. Edward, mahkotaKohinoor milik ratu Eliztbeth dengan berlian seberat 109 karat dan tongkat kerajaan dengan “bintang dari Afrika”, berlian asahan terbesar di dunia, semuanya disimpan dalam bangunan rahsia dibawah tanah yang dilapisi plat keluli. Ditambah dengan kawalan sangat ketat dari tentera yang selalu menjaga tempat ini.
2. Sealand!
Bangunan ini sebenarnya adalah bekas benteng pertahanan udara England semasa perang dunia. Ianya terletak 10 km di lepas pantai Suffolk, England. Sealandmerupakan daerah istimewa yang diketuai oleh seorang raja, bahkan ada yang menyebut bahawa sealand adalah negara terkecil di dunia. Lokasinya yang jauh dari pemukiman ditambah dengan kawalan oleh tentera England (lokasi sealand di dalam jajahan England) membuatkan lokasi ini menjadi tempat menyimpanan yang selamat. Bahkan syarikat penyimpanan data terkenal Haven Co dipercayai menempatkan data simpanannya di tempat ini.
3. Granite Bunker!
Granit bunker adalah sebuah bunkerpenyimpan data yang terletak di Salt Lake City, Utah Amerika syarikat. Bunker ini dijadikan sebagai tempat penyimpanan data penduduk oleh pemerintah Amerika syarikat. Bunker ini boleh dikatakan adalah bunker paling selamat, kerana terletak di 200 meter di bawah gunung granit. Pintunya adalah logam seberat 12 ton, maka mustahil untuk dapat menceroboh. Kawalan keselamatan yang dikenakan juga sangat ketat dan hanya golongan tertentu dapat memasukinya.
4. Norad Central!
Norad central adalah sistem pertahanan angkatan udara Amerika. Sistem pertahanan ini berupa gua seluas 18 000 m2, sedalam 600 m dibawah batu kapur besar. Ruangan terbesar seluas 14 x 180 m dengan tinggi 18 m dengan 2 gerbang logam seberat 25 ton sebagai pintu masuk. Masih ada lagi 15 ruangan bawah tanah, sebahagiannya 3 tingkat. Gedung-gedung di dalam norad ini dilindungi oleh 1.319 plat keluli masing-masing seberat 450 Kg. Memang amat mustahil untuk dipecahkan. Menurut sumber, gegaran gempa bumi juga tidak mampu untuk memecahkan dinding Norad ini.
5. Bold Lane Parksafe!
Inilah tempat penyimpanan kereta paling selamat di dunia. Bold lane Parksafe bukanlah tempat parkingbiasa, tetapi sangat luar biasa. Kerana di setiap sisi terdapat ratusan kamera CCTV, ditambah lagi dengan ratusan alat sensor gerak yang sangat sensitif. Jika ada tanda yang sedikit mencurigakan, maka petugas keselamatan Bold lane Parksafe yang sudah terlatih akan terus menyiasat keadaan. Keselamatan kereta anda terjamin sepenuhnya.
6. Fort Knox!
Fort Knox adalah gudang jongkong emas Amerika Syarikat yang terletak dikawasan ketenteraanKentucky, AS, dan dijaga oleh ratusan tentera. Di dalam gudang ini tersimpan ribuan jongkong emas dan dokumen berharga, salah satunya adalah naskah salinan asli piagam Magna Charta.Gudang ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sangat ketat, pintu masuknya adalah keluli dengan berat 20 ton, sedangkan pintu utama gudang dilengkapi dengan sistem keselamatan kombinasi angka dimana hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya. Tentera berjaga setiap masa.
7. Area 51!
Area 51 adalah salah satu area paling tertutup di dunia, area ini sangat dijaga ketat oleh tentera amerika. Kawasan ini ditiupkan dengan cerita-cerita berkaitan dengan UFO. Di sini, Amerika Syarikatmengembangkan teknologi pesawat tempur yang canggih, dan banyak dokumen ketenteraan AS yang disimpan di sini. Tidak hairan jika kawasan yang berada di daerah gurun Nevada ini menjadi salah satu tempat terselamat di dunia. Memang amat sukar untuk mencerobohi area ini. Sebarang perkara yang mencurigakan akan membawa maut pada mereka yang disyaki menceroboh.
8. Data Fortress!
Data fortress adalah bunker simpanan data yang terletak di pergunungan Alps Swiss. Bunker ini adalah bunker penyimpanan data milik perusahaanMount 10 yang digunakan untuk menyimpan pelbagai dokumen rahsia milik kerajaan, ketenteraan, bank dan lembaga kewangan dari seluruh dunia. Keselamatan bunker ini sangatlah ketat. Hampir di setiap sudut kawasan telah dipasang ratusan kamera CCTV, sensor gerak dan sensor bunyi. Memang agak mustahil untuk menceroboh. Bunker ini juga dilengkapi dengan tentera pengawal siap bersenjata dan pagar besi. Kawalan rapi ini tentunya setiap masa dan tentunya pengawal keselamatan yang bertugas juga beratus-ratus banyaknya. Mengikut sumber, pengawal keselamatan yang diambil hanya golongan elit dan terlatih serta mempunyai kepakaran tertentu. Memang bukan calang-calang orang yang mengawal bunker ini.
9. Florence Prison!
Tempat ini adalah penjara yang sangat ketat bertempat di daerah Colorado Amerika. penjara ini menampung sekitar 400 tahanan. Penjara ini adalah tempat kurungan banduan jenayah yang berat, tidak hairan jika keselamatan penjara ini sangat ketat. Banduan dikurung di dalam 1000 bangunan keluli dengan sensor jarak jauh. Sekitar luar pagar penjara telah dikawal ratusan anjing pemburu yang bersedia mengejar banduan yang cuba melarikan diri. Adakah ia seperti penjara X-Ray?
10. Air Force One!
Air Force one adalah pesawat president Amerika. Pesawat jenis Boeing 747-200B ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti keselamatan luar biasa, bermula dari alat sensor, peralatan komunikasi kedap suara, alat kebal gelombang elektromagnetik, serta sistem keselamatan yang sangat canggih . Pesawat ini boleh mengisi bahan bakar di udara, maka ia dapat terbang selama seminggu penuh. Kelajuannya juga amat memberangsangkan dan dikatakan lagi laju dari kapal terbang biasa. Walaupun tidak seperti jet pejuang, kelajuannya boleh dibanggakan.
No comments:
Post a Comment