PENAJA

Monday, 13 October 2014

modul kertas 3 sejarah 2014 : demokrasi berparlimen


SEJARAH KERTAS 3 1249/3 SPM TAHUN 2014
TEMA UMUM
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 2013, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

 
 







Soalan
Corak pemerintahan demokrasi



              Corak pemerintahan demokrasi ialah sistem raja berperlembagaan dan sistem republik.

             Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan  dibantu oleh Perdana Menteri.

             Sistem Republik pula menolak institusi raja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Di negara Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara.


soalan
Maksud Demokrasi Berparlimen
      


     Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.  Dalam pilihan raya,  rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya.

Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.  Selaras dengan peredaran masa, beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.  Sistem demokrasi berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan stabil.


soalan
Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen



               Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. Sistem pemerintahan  dan pentadbiran selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.

           Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi  iaitu sistem Raja Berperlembagaan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu oleh Perdana Menteri.

               Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

            Rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong dan mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

            Perlembagaan  Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.Sistem demokrasi Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.  
         


soalan
Ciri-ciri pemerintahan Demokrasi Berparlimen



a.Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan negara kita.  Perlembagaan adalah dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan  dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

Perlembagaan merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963.

.  Perlembagaan negara kita mengandungi 183 perkara.  Dalam perlembagaan negara kita mengandungi peruntukan Senarai Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri,Senarai Bersama, institusi Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negeri.

b. Raja Berperlembagaan /Kuasa Yang Dipertuan Agong
   
     Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.  Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.  Baginda tidak boleh bertindak bersendirian kecuali dalam perkara tertentu atas budi bicara Baginda.

Yang DiPertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir dalam tempoh 5 tahun sekali. Pemilihan Yang Dipertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Baginda merupakan tonggak kerajaan Malaysia ,ketua utama negara dan merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata. Baginda juga berkuasa mengampunkan atau menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

Yang Dipertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman.Baginda juga merupakan satu daripada tiga unsur parlimen.Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen.

Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.   Selain itu, baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Yang Dipertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.  Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-Undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam.  Di samping itu, baginda berkuasa melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya Pilihan raya, Ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya


c. Badan-badan Pemerintah/Kuasa Pemerintahan    

            Malaysia merupakan salah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
    
i)Badan Perundangan

              Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Manakala parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita.

       Parlimen juga merupakan ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen.  Parlimen adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.  Ini merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan. Parlimen berperanan menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyatParlimen merupakan badan perundangan yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

        Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin  keadilan dan  kesejahteraan rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.

       Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri, dua  orang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong bagi mewakili Wilayah Kuala Lumpur. Seorang dipilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri  daripada individu yang cemerlang dan berjasa kepada negara. Ahli Dewan Negara yang digelar senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pilihan raya.Seseorang Senator memegang jawatan selama tiga tahun.Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf  Senator sama dengan Ahli Parlimen dan mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.


     Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yang mengandungi 219 ahli . Pada tahun 2013, berlaku pertambahan ahli kepada 222 ahli ). Mereka mewakili setiap kawasan pilihan raya seluruh Malaysia atau kawasan parlimen.  Ahli dilantik melalui pilihan raya dan memegang jawatan dalam tempoh lima tahun.  Tugas dewan ini adalah menggubal dan meluluskan undang-undang.  Undang-undang yang digubal dinamakan Akta.  Bagi undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri disebut Enakmen manakala di Sabah dan Sarawak dikenali Ordinan.

ii) Badan Pelaksana

          Kabinet atau Jemaah Menteri merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.

          Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri ,Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

            Perkhidmatan Awam  Malaysia diketuai  oleh  Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Ketua Setiausaha dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.

                 Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat,negeri dan daerah.

                 Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sesebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.Contoh, Badan Berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

               Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan menguruskan kenaikan pangkat dan memantau disiplin dalam kalangan kakitangan awam. Contoh-contoh Suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

iii. Badan Kehakiman

          Badan  kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan afidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Peranan badan kehakiman adalah menentukan  kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana, mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan oleh perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman.

        Tugas-tugas mahkamah adalah mentafsir perlembagaan negara dan mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara ini merupakan kuasa Badan Perundangan atau Parlimen.

         Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan  jawatan terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong. 
         Seseorang hakim dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan , kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Peguam negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan. Peguam negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.


d. Pilihan raya

             Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Manakala calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem majoriti mudah.

               Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen. Suruhanjaya pilihan raya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah / pembangkang. Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di Pertuan Agong. SPR bertindak menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran dan mengendalikan pilihan raya. Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali. Di samping itu, pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri  serentak di seluruh negara.


        Pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian, peletakan jawatan dan pelucutan jawatan. Selepas kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja. Pembubaran Parlimen akan dilakukan oleh Yang di Pertuan Agong.

        Proses pilihan raya bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Selepas itu penamaan calon-calon yang bertanding akan dilaksanakan. Kemudian penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding. Selepas selesai penyediaan manifesto, pelancaran kempen pilihan raya dilakukan. Kemudian pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi dilakukan oleh SPR.

         Semasa hari mengundi pengundi akan diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih  di tempat mengundi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi. SPR akan membuat pengiraan undi calon yang bertanding dan pengumuman keputusan pilihan raya dibuat oleh Pegawai Pilihan Raya.

        Calon pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan.

      Pengundi hanya boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Mengikut perkara 119 perlembagaan Malaysia, pengundi hendaklah warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan  pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan negeri. Seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan  raya sahaja.

        Anggota SPR   akan menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif  dan Ketua Pentadbir urus setia.  Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR wajib mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Pemerhati luar terdiri daripada negara –negara luar yang mengamalkan sistem demokarasi seperti negara Pakistan dan negara India.


Soalan
Kepentingan



1.    Kepentingan Perlembagaan                 

       Kepentingan perlembagaan adalah menentukan rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara.
      
     Perlembagaan juga membantu menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

             Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Perkara 24, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

         Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat negara ini.Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan rakyat di negara ini.

          Perlembagaan juga menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu. Perkara 153 dalam perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu,bumiputera Sarawak dan Sabah.Hak istimewa ini termasuklah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.Perlembagaan memastikan perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati juga supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum  yang lain.

          Perlembagaan juga menjamin kerjasama,kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri.Ia menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri untuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini turut  menjelaskan bahawa perlembagaan negeri tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

            Perlembagaan Malaysia menjamin  kedudukan istimewa orang Melayu,bumiputera Sabah dan Sarawak.Jaminan ini telah ditetapkan sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu pembangunan di Sarawak dan Sabah menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan, kesihatan,perkhidmatan pos,telekom dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.

ii.    Kepentingan Raja Berperlembagaan

          Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini.Yang di-pertuan Agong merupakan ketua utama negara.Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita. Raja Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyatyang dinaungi raja.

         Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara   kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Yang di-pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri banginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.

          Yang di-pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.Baginda juga boleh mengisytiharkan  undang-undang darurat di bawah “Undang-Undang X” jika mendapati keselamatan negara terancam.

iii. Kepentingan Pengasingan Kuasa dalam Pemerintahan

         Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Peranan untuk mengimbangi “check and balance”. Ia juga dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat dan lebih menjamin kebebasan rakyat.

        Seterusnya dapat melindungi hak asasi rakyat serta mewujudkan kecekapan pemerintahan. Corak pemerintahan menjadi lebih bersistematik. Pengasingan kuasa juga dapat mengurangkan bebanan tugas badan pemerintah di negara kita.

      Di samping itu pembangunan negara menjadi lebih pantas ke arah globalisasi. Konsep ini juga dapat menjamin keadilan dan keharmonian negara. Perpaduan dalam kalangan rakyat bertambah kukuh dan dapat mengelakkan perbalahan antara kaum.Ia juga dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam kalangan badan pemerintah dan secara tidak langsung dapat mengekalkan kedaulatan negara.

iii. Kepentingan pilihan raya
    
       Kepentingan pilihan raya ialah rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil rakyat.  Rakyat dapat menentukan bentuk kerajaan yang dikehendaki.

       Seterusnya penglibatan rakyat dalam politik semasa.  Selain itu, ia dapat membentuk pentadbiran yang sistematik dan mewujudkan keamanan negara.  Secara tidak langsung, ia dapat melindungi hak kebebasan bersuara rakyat dan menentukan pola politik.

      Di samping itu, ia melahirkan warganegara yang bersifat terbuka dan berdisiplin serta bermoral tinggi. Pilihanraya juga mengiktiraf hak asasi rakyat. Ia juga dapat mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara.

      Proses pilihan raya ini juga menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Kestabilan negara bergantung pada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan.



Soalan
      I.        Manfaat yang diperoleh daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen?
    II.        Faedah yang diperoleh daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi   berparlimen?
   III.        Kelebihan pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia?
  IV.        Kebaikan pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia?
    V.        Bagaimanakah pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di   Malaysia mensejahterakan rakyat /Negara/politik/pemerintahan/pentadbiran?



Sistem demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.

Rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara. Demokrasi berparlimen memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin. Ia menentukan pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.

Rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.  Ini membantu ekonomi Negara berkembang maju.

Mengekalkan kestabilan politik negara. Keadaan ini juga menarik pelancong dari luar Negara.

            Sistem demokrasi berparlimen dapat mengekalkan kedaulatan kerajaan. Kerajaan juga dipilih oleh rakyat. Sistem ini mengamalkan pengkongsian kuasa. Ini memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Keadaan ini menjamin masa depan Negara yang lebih baik.

            Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan. Kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik dibentuk. Keamanan dan keharmonian Negara dikekalkan. Dengan itu perancangan pembangunan kerajaan mudah diatur.

      Di samping itu kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa. Sistem ini juga memperkukuhkan perpaduan. Perpaduan ini menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing. Ia membantu perkembangan industri.

      Disebabkan itu pembangunan dan kemajuan Negara menjadi semakin rancak. Meningkatkan nilai mata wang. Apabila Negara menjadi maju, nama serta imej Negara meningkat di mata dunia. Dunia juga akan mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Malaysia menjadi model sistem pemerintahan untuk negara lain.


No.
Soalan / Jawapan
Catatan

SOALAN

Kejayaan negara melalui pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat terpelihara.

Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dalam aspek pentadbiran.

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadi kunci kepada kestabilan politik di Malaysia. Buktikan pernyataan tersebut

Amalan demokrasi berparlimen telah menjamin kestabilan politik dan kemakmuran sosioekonomi negara





            Antara kejayaannya ialah melahirkan rakyat yang taat dan setia kepada pemimpin negara. Rakyat yang akur kepada pemimpin akan menyebabkan  kedaulatan negara dapat dipertahankan. 
            Selain itu, dapat mengekalkan kerajaan yang adil kerana pemilihan pemimpin dibuat oleh rakyat. Apabila rakyat berpeluang memilih pemimpin yang disukai, maka akan meningkatkan kerjasama antara pemimpin dan rakyat.
            Seterusnya, kestabilan politik dapat dihasilkan. Hal ini kerana rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
            Kejayaan lain ialah kesejahteraan negara dapat dikekalkan. Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan dapat membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di samping menjaga kebajikan rakyat.
            Perpaduan kaum dapat dikekalkan apabila negara mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Buktinya walaupun rakyat berbilang kaum namun mereka saling menghormati budaya dan agama masing-masing.
            Keselamatan negara dapat dipelihara apabila Yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata di negara kita.
            Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen dapat membantu ke arah sebuah negara yang maju. Kecekapan pemimpin menerajui pentadbiran negara membolehkan negara membangun dengan pesat.
            Di samping itu, undang-undang dan perlembagaan negara dapat dipelihara. Dengan adanya undang-undang dan perlembagaan negara, seseorang tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga boleh menimbulkan perbalahan antara kaum.
            Kemakmuran ekonomi terjana dengan lebih berkesan ekoran negara mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Negara boleh bersaing seiring dengan negara maju yang lain.
            Akhir sekali dapat membentuk identiti sesebuah negara. Amalan Demokrasi yang dilaksanakan adalah mengikut acuan negara kita sendiri. Rakyat dapat memelihara jati diri bangsanya.


SOALAN
Usaha/langkah/cara/strategi anda/pemimpin/masyarakat untuk memelihara keluhuran perlembagaan negara kita

Peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan demokrasi berparlimen




          Antara usahanya ialah mematuhi undang-undang negara. Kesannya rakyat sentiasa berdisiplin dan negara dalam keadaan aman.
            Selain itu, Rukun Negara dijadikan amalan dalam setiap individu. Hasilnya dapat mengukuhkan jati diri bangsa.
            Usaha lain, mengeratkan perpaduan antara kaum. Contohnya sikap saling menghormati budaya dan agama kaum lain.
            Setiap individu perlu menjaga akhlak diri masing-masing. Seperti tidak terjebak dalam gejala sosial.
            Di samping itu, mengamalkan nilai-nilai murni dapat memelihara keluhuran perlembagaan. Antaranya sikap bersopan-santun dan berbudi bahasa.
            Melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti berkerja dengan telus dan amanah, dapat menjamin keluhuran perlembagaan negara.
            Setiap individu perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini akan meningkatkan ilmu pengetahuan dan penguasaan kemahiran teknologi.
            Seterusnya menghormati hak asasi manusia. Hal ini demikian akan menjamin kebebasan bersuara.
            Akhir sekali menghormati lambang-lambang negara. Rakyat perlu menghayati maksud setiap lambang-lambang tersebut. Contonya menerusi pendidikan mata pelajaran sejarah.


SOALAN
Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia

Catatan



Antara amalannya ialah mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. Contonya membudayakan amalan membaca, menjayakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara dan memartabatkan Bahasa Melayu diperingkat antarabangsa.
            Selain itu, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Antaranya merakyatkan seni budaya, mengadakan pesta kebudayaan melibatkan pelbagai kaum dan membudayakan kepenggunaan tulisan jawi.
            Seterusnya memperkukuh semangat patriotik melalui amalan Rukun Negara. Kesannya rakyat dapat memantapkan jati diri, menghormati lambang negara, dan menghargai tokoh-tokoh negara.
            Di samping itu, perlu memantapkan perpaduan negara dan Integrasi Nasional. Rakyat menghormati perlembagaan Malaysia, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum serta mempergiat aktiviti RIMUP.
            Akhir sekali, menanam semangat saling menghormati antara kaum. Setiap rakyat perlu peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Contohnya menziarahi dan mengunjungi sambutan perayaan, mengadakan pesta kebudayaan serta menerima kepelbagaian masyarakat Malaysia dengan hati terbuka.










SOALAN
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memantapkan sistem  pemerintahan Negara dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.



Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia ialah  masalah mengekalkan perpaduan  dalam kalangan rakyat Malaysia.Ini disebabkan institusi pendidikan di Malaysia masih tidak mampu melahirkan identiti bangsa Malaysia.
Cabaran seterusnya ialah mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam Negara.  Selain itu, masalah gejala sosial dalam negara semakin meningkat.
 Kejadian jenayah semakin berleluasa dan ini menjejaskan tahap keselamatan dalam negara. Di samping itu,
Malaysia juga menghadapi masalah kebanjiran pendatang asing yang menyebabkan peluang pekerjaan rakyat tempatan merosot.
Malahan, taraf hidup penduduk Malaysia masih rendah  terutama di kawasan luar bandar. Ini menyumbang kepada masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia..
 Selain itu, Malaysia masih bergantung kepada keperluan teknologi Negara luar kerana tahap penguasaan teknologi rakyat Malaysia masih rendah.
 Malaysia  juga bergantung kepada kemasukan pelabur-pelabur asing untuk menjanan ekonomi Negara. Hal ini kerana Malaysia masih belum mampu bersaing  dengan Negara maju.
Oleh itu, Malaysia  masih tidak mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Cabaran seterusnya ialah mengekalkan kestabilan politik dalam Negara . ketidakstabilan politik boleh menjejaskan ekonomi dan keharmonian Negara.
           
Langkah-langkah untuk menangani cabaran dalam Negara ialah perpaduan dalam kalangan rakyat perlu dimantapkan melalui pelbagai program seperti rumah terbuka.
Isu –isu sensitif yang berkaitan agama dan bangsa perlu dihindari supaya perpaduan kaum terus utuh dan kukuh.
Oleh demikian, konsep 1 Malaysia perlu dimula dan dimantapkan dari prasekolah lagi.
 Langkah seterusnya ialah kerajaan perlu membuat penambahbaikan terhadap sistem sekolah wawasan supaya matlamatnya untuk melahirkan bangsa Malaysia tercapai. .
Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam usaha memastikan pelajar-pelajar sekolah menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara .
 Di samping itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas agar keselamatan dalam Negara lebih terjamin.  Antaranya ialah dengan mewujudkan rakan cop. Selain itu , lebih banyak  polis komuniti perlu ditubuhkan di kawasan-kawasan perumahan bagi mengurangkan kadar jenayah.
 Kerajaan perlu mengalakkan penduduk  untuk menceburi semua bidang kerjaya dengan menyediakan insentif yang menarik  bagi mengurangkan  pengambilan pekerja  asing. 
Selain itu, taraf  hidup rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan  agar masyarakat hidup dengan selesa dan ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan.
Langkah seterusnya ialah kerajaan  perlu mempelbagaikan sumber ekonomi dan melahirkan lebih ramai pakar dan tenaga mahir untuk bersaing. Kerajaan perlu meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat mengurangkan keperluan teknologi luar.


8
Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperoleh daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen kepada masyarakat dan negara.



             Iktibar yang diperoleh daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah Kita hendaklah bersedia menerima perubahan yang positif demi memastikan kelancaran sistem pentadbiran negara kita. Kita juga perlu mematuhi undang-undang negara dan menghormati pemimpin agar
kestabilan politik negara kita terpelihara. Selain itu, kita perlu bersikap inovatif dan kreatif dan perlu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum penting bagi menjamin keamanan negara kita sentiasa terpelihara. Setiap masyarakat perlu bersikap toleransi  dan bertanggungjwab memelihara kemakmuran negara. Sikap taat setia kepada pemerintah perlu disemai supaya kedaulatan negara kita dapat dipertahankan.


9(a)
Pengetahuan yang diperoleh:



Sebagai kesimpulan, negara kita Malaysia mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kuasa pemeritahan di Negara kita dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat dijalankan dengan baik dan mantap dengan sokongan padu rakyat.


(b)
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara



               Sebagai iktibar, sokongan rakyat amat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran negara. Selain itu, kerjasama antara pemimpin dan rakyat  dapat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara. Di samping itu, kesetiaan dan semangat patriotisme mampu mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia


(c)
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.



               Sebagai warganegara yang patriotik rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia. Saya berharap agar semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.















9 comments:

  1. this all is useless only..sohai makahai lapsap kinabui

    ReplyDelete
  2. this all is useless makahai kinabui putang inak mu

    ReplyDelete
  3. bagus buat macam ni....tapi kalau buat dalam bentuk yang lebih mudah orang nak faham lagi bagus......saya punya cadangan macam buat dalam peta minda yang menarik ke....lagi cantikkkk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH ATAS CADANGAN TUAN. POST INI DIBUAT BERTUJUAN MEMBANTU PARA PELAJAR MENJADAP SOALAN KERTAS 3 SEJARAH. JADI KAMI MENYEDIAKAN JAWAPAN LENGKAP UNTUK MEREKA SALIN DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN...

      Delete