PENAJA

Thursday 31 January 2013

Sharnaaz Ahmad balas kenyataan ND Lala - Egois

Macam mana nak jadi menantu perangai macam ni.ada juga manusia macam ni. Pasal tak hormat orang tua 1 hal. Ni bakal mertua pun tak hormat pelik la. Bapak sharnaaz yg bergelar 2 tak ajar anak ke?. Zack zaidi buat tindakkan...shila amzah kalau dia tak sedar tak tahu la....
Sumber pic : ohbulan

IKLANIKA @ SHINICHIPEDIA

Alicia Esteve: Penipu paling berjaya dan terkenal di Amerika



Demi mendapat perhatian ramai dan keinginan mahu dihargai serta disayangi, Alicia Esteve yang kini berusia 40 tahun sanggup mereka cerita dia menjadi antara mangsa keruntuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC), Amerika Syarikat (AS) ketika bangunan itu menjadi sasaran serangan pengganas dalam kejadian 11 September 2001.
Hakikatnya, Alicia yang ketika itu baru berusia 28 tahun, bukan saja berada di negara asalnya Sepanyol ketika kejadian, malah hanya menjejakkan kaki ke AS buat pertama kali selepas dua tahun tragedi berkenaan. 
Menggunakan nama samaran Tania Head, Alicia muncul di tengah kesedihan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah mangsa terhadap kurangnya perhatian dan sokongan diberikan kerajaan bagi menyalurkan bantuan wajar kepada mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan kejadian malang itu.

Cerita menyayat hati Alicia yang mendakwa nyawa-nyawa ikan dan hampir kehilangan tangannya dalam kejadian itu sebelum ditarik keluar dengan selamat dari runtuhan oleh seorang lelaki yang memakai bandana merah di kepala, memukau ramai pihak hingga dia diangkat sebagai Presiden Rangkaian Mangsa Terselamat WTC.

Tidak cukup dengan kisahnya hampir menemui ajal, Alicia turut mendakwa dia kehilangan tunang tersayang, Dave yang bekerja di bahagian menara utara bangunan berkenaan.

Bagi meraih perhatian media, Alicia juga mengatakan kononnya seorang lelaki yang sedang nazak ketika runtuhan berlaku memintanya untuk membantu memberikan cincin perkahwinan kepada isterinya.

Alicia turut mendakwa dia berada di tingkat 78 di bahagian selatan menara ketika kapal terbang, United Airlines Flight 175 yang ditawan pengganas melanggar WTC, sekali gus menjadikan dia antara hanya 19 orang di tingkat itu dan di atasnya yang terselamat dalam kejadian ngeri itu.

Pada 2005, anak jati bandar Barcelona itu dipilih untuk menerajui Pusat Pelawat Penghormatan WTC serta membawa pelawat ternama melihat keadaan sekeliling runtuhan termasuk Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg; mantan Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani dan Gabenor New York, George Pataki.

Dia juga dijemput ramai untuk memberikan ucapan di merata tempat termasuk kolej, menceritakan kisah sebagai mangsa runtuhan menara itu yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Dengan penuh yakin, Alicia sering berkongsi ‘pengalaman tragisnya’ kepada kumpulan pelawat. Kata-kata seperti “saya seorang mangsa dan saya akan menceritakannya kepada anda” sering bermain di bibirnya.

Namun pada 2007, enam tahun selepas kejadian, bibit penipuan Alicia mula terbongkar apabila akhbar The New York Times mengambil langkah mengesahkan setiap fakta dalam kisah wanita itu.

Alicia menarik diri daripada tiga temu ramah yang sudah dijadualkan dan kemudian enggan bertemu wartawan. The New York Times kemudian menghubungi mangsa lain untuk memujuk Alicia, namun dia tetap enggan ditemu ramah.

Akhbar itu mula menimbulkan persoalan terhadap kebenaran fakta cerita Alicia dan pada 27 September 2007, pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC mengundi untuk memecat wanita itu sebagai presiden dan pengarah kumpulan itu kerana mereka-reka cerita.

Satu elemen yang dipersoalkan ialah pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Dave. Keluarga lelaki itu mendakwa tidak pernah mendengar mengenai Alicia.

Janice Cilento, seorang pekerja sosial di pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC dan rapat dengan Alicia berkata, pada September 2007, wanita itu membuat perubahan dalam pengakuannya beberapa minggu sebelum semuanya terbongkar. Dia mendakwa memiliki ijazah daripada Universiti Harvard dan ijazah perniagaan siswazah daripada Universiti Stanford, namun kedua-duanya melaporkan tiada rekod Alicia sebagai pelajar di situ.

Alicia juga mendakwa dia bekerja di Merrill Lynch di Pusat Dagangan Dunia sedangkan Merrill Lynch berkata, ia tidak mempunyai rekod dia bekerja di situ.

Menurut Adrian Gatton, pengeluar dokumentari The Faker 9/11, Alicia tidak berada di Amerika Syarikat pada 11 September 2001, sebaliknya dia menghadiri sekolah perniagaan di Barcelona, Sepanyol, ketika itu.

Satu laporan dalam akhbar harian Barcelona, La Vanguardia pada 2 Oktober 2007 mendedahkan Alicia menghadiri kelas Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Sekolah Perniagaan ESADE di Barcelona hanya seminggu selepas serangan itu.

Rakan di kelasnya juga tidak pernah mendengar Alicia membincangkan serangan atau kehilangan tunang dan dia tidak menunjukkan sebarang kecederaan ketika itu.

Namun Alicia ada memberitahu rakan kelasnya dia mengalami kecederaan lengan akibat kemalangan kereta atau ada masanya kemalangan menunggang kuda.

La Vanguardia melaporkan, wanita itu menghadiri kelas berkenaan sehingga Jun 2002 dan memberitahu rakan sekelas dia mahu bekerja di New York. Dia sebelum itu menghadiri Universiti Barcelona dan bekerja untuk penganjur hiburan tempatan dan syarikat hotel Sepanyol, Hovisa.

Sejak pendedahan mengenai cerita rekaannya tersebar, satu e-mel dihantar pada Februari 2008 dari akaun Sepanyol kepada ahli pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC mendakwa Alicia yang membunuh diri.

Bagaimanapun, dalam dokumentari The Faker 9/11 pada September 2008, kedudukan Alicia dikatakan tidak diketahui.

Dalam dokumentari filem dan buku bertajuk The Woman Who Wasn’t There, kisah Alicia dipaparkan melalui temu bual bersamanya dan ahli pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat WTC sebelum dan selepas penipuan terbongkar.

Alicia enggan ditemu bual selepas identitinya terdedah. Pada penghujung buku dan filem dokumentari itu, dia dilihat di bandar New York pada 14 September 2011, sekali gus menyangkal fakta tidak tepat dia membunuh diri.

Pada Julai 2012, Alicia dipecat daripada tugasnya di Inter Partner Assistance, sebuah syarikat insurans di Barcelona sebaik majikannya mendapat tahu mengenai penipuannya di New York.

Dia dikatakan menunjukkan prestasi yang baik di syarikat itu, tetapi dipecat kerana majikannya bimbang kehilangan kepercayaan pelanggan.

Pengganti Alicia sebagai Ketua Pertubuhan Rangkaian Mangsa Terselamat World Trade Center, Richard Zimbler berkata, tidak ada sebab bagi mereka atau sesiapa yang mendengar untuk meragui cerita wanita itu.
“Dia kelihatan serasi dengan cerita itu. Malah dia mempunyai parut terbakar akibat kecederaan yang teruk pada lengan dan ceritanya sangat realistik,” katanya.

Namun, La Vanguardia memetik seorang bekas rakan sekerja sebagai berkata, Alicia mengatakan lengannya berparut selepas kereta Ferrari yang dipandu selaju 200 kilometer sejam bersama tunangnya terbabit dalam kemalangan.

Sumber itu berkata, Alicia sering mengatakan dia sudah kehilangan tangannya dalam kemalangan itu, tetapi ia dijumpai dan dijahit semula.

Menurut La Vanguardia, Alicia sebenarnya datang dari keluarga Barcelona yang terkenal, tetapi terbabit dalam skandal kewangan pada 1992. Ayah dan abangnya dimasukkan ke penjara.

Seorang rakan lamanya juga berkata, Alicia sering memperkatakan mengenai kekayaan dan kedudukan sosial keluarganya, perniagaan abangnya, pakaian mewah dan pendidikannya di universiti terbaik di Amerika Syarikat.

“Bagi kami, amat mengejutkan kerana ceritanya lebih kepada rekaan berbanding fakta. Dia menipu dengan terlalu mudah,” katanya.

Ahli psikologi Amerika Syarikat, Bella DePaulo berkata, Alicia mahu apa yang semua pendusta paling inginkan iaitu mengubah cara orang lain melihat mereka, mahu disayangi, dihormati, dihargai dan diberi perhatian.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30 METRO

Wednesday 30 January 2013

cara bertahnik dan bacaan-bacaanya


Amalan Bertahnik Bayi Baru Lahir

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamaknnya Ibrahim, lalu mentahnikkanny (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."
Hadis riwayat Abu Burdah drp Abu Musa r.a 

Ada anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar/kurma yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.

memecah mulut bayi dengan kunyahan buha kurma

Antara hikmah amalan bertahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi kita untuk menghisap susu dengan sempurna.

Jika kurma susah diperolehi, bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah.




Petikan dari Kitab Ma’khuz as-Sibyan Ila Tariqat al-Jinan
Ini Doa Membelah Mulut Kanak-kanak atau Cara Bertahnik
بسم الله الرحمن الرحيمKemudian membaca al-Fatihah sekali, sebagai hadiah kepada Rasulullah saw,

kemudian membaca ia kepada kanak-kanak itu dihadapannya
فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
sebanyak tiga kali.

وَاللهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيْطٌ بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَجِيْدٌ فِى لَوْحٍ مَحْفُوْظٍ
sebanyak tiga kali

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الاِنْسَانَ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ طِيْنٍ, ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةَ فِى قَرَارٍ مَكِيْنٍ, ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةً عَلَقَةً, فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً, فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا, فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا, ثُمَّ أَنْشَأنَاهُ خَلْقًا آخَرَ, فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ. وَإِنْ يَكَادُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا لِيُزْلَقُوْنَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوْا الذِّكْرَ, وَيَقُوْلُوْنَ إِنَّهُ لَمَجْنُوْنَ, وَمَا هُوَ إِلاَّ ذِكْرٌ لِلْعَالَمِيْنَ.
kemudian membaca
قل أعوذ برب الفلق
sekali dan

قل أعوذ برب الناس
sekali kemudian membaca

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ, وَمِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ, حَصَّنْتُهُ بِالْحَيِّ الْقَيُّوْمِ, دَفَعْتُ عَنْكَ السُّوْءَ بِأُلْفِ أَلْفِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
kemudian sambil memegang ubun kanak tersebut, berkata ia

...........سَمَّاكَ اللهُ 
sebut nama budak itu yang hendak dinamakan,
kemudian membaca al-Fatihah sekali

kemudian
إنا أنزلناه فى ليلة القدر
hingga akhir

kemudian membaca
قل هو الله احد
sekali kemudian dilepaskan pegangan ubun tadi, kemudian berdoa dengan doa ini iaitu :

بسم الله الرحمن الرحيم, اَللَّهُمَّ انْشِئْتُهُ صَالِحًا, وَاحْيِهِ حَيَاةً طَيِّبَةً, وَاسْعِدْهُ سَعَادَةَ الْحُسْنَى, وَاجْعَلْهُ بَارًّا بِوَالَدِيْهِ غَيْرَ عَاقٍ, وَاجْعَلْهُ مِنَ الصَّالِحِيْنَ الْعَارِفِيْنَ, وَاكْفِهِ شَرَّ النَّظْرَةِ وَالْعَيْنِ, وَالْحَاسِدِيْنَ وَأَعِذْهُ مِنْ خَلْقِكَ أَجْمَعِيْنَ, وَلاَ تُوَّجِّهَهُ إِلاَّ لِوَجْهِكَ الْكَرِيْمِ, وَاغْفِرْ لِوَالِدَيْهِ وَالحَاضِرِيْنَ أَجْمَعِيْنَ, يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.




http://abunasihah.blogspot.com/2011/10/cara-bertahnik-atau-kaifiat-belah-mulut.html

http://momslurve.blogspot.com/2013/01/amalan-bertahnik-bayi-baru-lahir.html

Perkembangan fetus (kandungan) - hamil 32 minggu





IKLANEKA @ SHINICHIPEDIA



Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun. 

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044624/perkembangan-fetus---hamil-32-minggu#ixzz2JQWtKKnR

Vaksin selamat untuk bayi - Dr. Zubaidi

sila klik di sini ==> http://drzubaidi.com/blog/?p=3024 untuk membaca hujah Dr. Zubaidi.

IKLANEKA @ SHINICHIPEDIA



shinichipedia : disebabkan agak sukar untuk jumpa artikel yang menyokong pengunaan vaksin, maka cari ini mungkin yang terbaik. daripada hujah yang disebut agak ilmiah dan beliau agak arif dalam bidang ini. malangnya artikel ini tidak boleh dicopy. maka saya terpaksa link sahaja. harap ianya membantu pembacaan anda. tajuk ini ada hubung kait dengan tajuk post sebelum ini iaitu Bahaya Suntikan vaksin dan imunisasi kepada bayi.

dua2 artikel memberi fakta dan statistik yang agak baik untuk menyokong hujah mereka. admin sebenarnya akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. sekarang berada dalam dilema. ini kerana tidak pasti pihak mana yang benar. agak sukar disini. jika vaksin itu ada unsur2 babi atau benda haram tanpa fikir panjang memang wajib dijauhkan. jika tidak?.tambahan pula admin takut untuk ambil risiko untuk keluar dari aliran perdana yang menggunakan vaksin di zaman ini. Rasanya belum ada keputusan. Perlu lebih banyak kajian dan pembacaan.

Tuesday 29 January 2013

Bahaya Suntikan Vaksin dan Imunisasi kepada bayi


Imunisasi: Satu Konspirasi.
Jika kita melihat sejarah vaksin moden yang dilakukan oleh Flexner Brothers, kita dapat menemukan kegiatan mereka dalam penelitian tentang vaksinasi pada manusia telah dibiayai oleh Keluarga Rockefeller.
Rockefeller sendiri adalah salah satu keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan mereka adalah bagian dari Zionis Internasional. Dan kenyataannya, mereka adalah pengasas WHO dan badan-badan strategik lainnya :
The UN’s WHO was established by the Rockefeller family’s foundation in 1948– the year after the same Rockefeller cohort established the CIA. Two years later the Rockefeller Foundation established the U.S. Government’s National Science Foundation, the National Institute of Health (NIH), and earlier, the nation’s Public Health Service (PHS).~ (Dr. Leonard Horowitz, “WHO Issues H1N1 Swine Flu Propaganda”)
Jika dilihat dari latar belakang WHO, jelas bahwa vaksinasi moden (imunisasi) adalah salah satu campur tangan (konspirasi) Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka.

IKLANEKA @ SHINICHUPEDIA

Apa Kata Para Akademik Tentang Vaksinasi?
Satu-satunya vaksin yang baik adalah vaksin yang tidak pernah digunakan.”~ Dr. James R. Shannon, mantan pengarah Institusi Kesihatan Nasional Amerika.
Vaksin menipu tubuh supaya tidak lagi menimbulkan reaksi radang. Sehingga vaksin mengubah fungsi pencegahan sistem imun.”~ Dr. Richard Moskowitz, Harvard University.
Kanser pada dasarnya tidak dikenali sebelum kewajiban vaksinasi cacar mula diperkenalkan. Saya telah menghadapi 200 kes kanser, dan tak seorang pun dari mereka yang terkena kanser itu tidak mendapatkan vaksinasi sebelumnya.”~ Dr. W.B. Clarke, pengkaji kanser.
Ketika vaksin dikatakan selamat, keselamatannya adalah istilah relatif yang tidak dapat diertikan secara umum”.~ Dr. Harris Coulter, pakar vaksin.
Kes polio meningkat secara cepat sejak vaksin dijalankan. Pada tahun 1957-1958 peningkatan sebesar 50%, dan tahun 1958-1959 peningkatan menjadi 80%.”~ Dr. Bernard Greenberg, dalam sidang kongres AS tahun 1962.
Sebelum vaksinasi besar besaran 50 tahun yang lalu, di negara itu (Amerika) tidak terdapat wabak kanser, penyakit autoimun, dan kes autisme.”~ Neil Z. Miller, pengkaji vaksin.
Vaksin punca terhadap peningkatan jumlah anak-anak dan orang dewasa yang mengalami gangguan sistem imun, hiperaktif, kelemahan daya ingat, asma, sindrom keletihan kronik, lumpuh, artritis reumatiod, sklerosis multiple, dan bahkan epilepsi. Bahkan AIDS yang tidak pernah dikenali dua dekad lalu, menjadi wabak di seluruh dunia saat ini.”~ Barbara Loe Fisher, Presiden Pusat Informasi Vaksin Nasional Amerika.
Tak masuk akal memikirkan bahwa anda dapat menyuntikkan nanah ke dalam tubuh anak kecil. Tubuh mempunyai cara pertahanan tersendiri yang bergantung pada vitaliti ketika itu. Jika dalam keadaan sihat, tubuh akan mampu melawan semua jangkitan, dan jika keadaannya sedang menurun, ia tidak akan mampu. Dan anda tidak dapat mengubah kesihatan tubuh menjadi lebih baik dengan memasukkan racun ke dalamnya.”~ Dr. William Hay, “Immunisation: The Reality behind the Myth”.
Dan masih banyak lagi pendapat ilmuwan yang lainnya.
Di Jerman para pengamal perubatan menolak imunisasi campak. Penolakan itu diterbitkan dalam “Journal of the American Medical Association” (20 Februari 1981) yang berisi sebuah artikel dengan judul “Rubella Vaccine in Susceptible Hospital Employees, Poor Physician Participation”. Dalam artikel itu disebutkan bahwa lebih kurang 90% pakar obstetrik dan 66% pakar pediatrik menolak suntikan vaksin rubella.
IKLANEKA @ SHINICHIPEDIA

Apa rahsia di sebalik vaksin dan imunisasi?
Kandungan kimia berbahaya dalam vaksin.
Vaksin mengandung substansi berbahaya yang diperlukan untuk mencegah jangkitan dan meningkatkan keupayaan vaksin. Seperti merkuri,formaldehyde, dan aluminium, yang dapat membawa kesan jangka panjang seperti sakit mental, autisme, hiperaktif. alzheimer, kemandulan, dll. Dalam 10 tahun ini, jumlah anak autisme meningkat dari antara 200 – 500 % di setiap bagian di Amerika.
Babi dalam Vaksin.
Penggunaan asid amino binatang babi dalam vaksin bukanlah berita yang baru. Malah kaum Muslim dan Yahudi banyak yang menentang hal ini karena babi memang diharamkan, seperti dalil dalam Qur’an ayat berikut :
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”Qur’an surahAl-Maidah (5) ayat 3
Bahkan dalam Perjanjian Lama (Taurat) juga disebutkan :
Jangan makan babi. Binatang itu haram karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tidak boleh dimakan dan bangkainya pun tak boleh disentuh karena binatang itu haram.Imamat 11 : 7-8
Bencana akibat vaksin yang tidak pernah diberitakan.
• Di Amerika pada tahun 1991 – 1994 sebanyak 38.787 masalah kesihatan telah dilaporkan kepada Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS)FDA. Dari jumlah ini 45% terjadi pada hari vaksinasi, 20% pada hari berikutnya dan 93% dalam waktu 2 minggu setelah vaksinasi. Kematian biasanya terjadi di kalangan anak anak berusia 1-3 bulan.
• Pada 1986 ada 1300 kes pertussis di Kansas dan 90% pesakit adalah anak-anak yang telah mendapatkan vaksinasi ini sebelumnya. Kegagalan yang sama juga terjadi di Nova Scotia di mana pertussis telah muncul sekalipun telah dilakukan vaksinasi universal.
• Jerman mewajibkan vaksinasi tahun 1939. Jumlah kes diphtheria meningkat menjadi 150.000 kes, sementara pada tahun yang sama, Norway yang tidak melakukan vaksinasi, kes diphtheria nya hanya sebanyak 50 kes.
• Penularan polio dalam skala besar, menyerang anak-anak di Nigeria Utara berpenduduk muslim. Hal itu terjadi setelah diberikan vaksinasi polio, sumbangan AS untuk penduduk muslim. Beberapa pemimpin Islam tempatan menuduh kerajaan Nigeria bersubahat dengan Amerika untuk membunuh orang-orang Muslim dengan menggunakan vaksin.
• Tahun 1989-1991 vaksin campak ”high titre” buatan Yugoslavia Edmonton-Zagreb diuji pada 1500 anak-anak miskin keturunan orang hitam dan latin, di Los Angeles, Mexico, Haiti dan Afrika. Vaksin tersebut dicadangkan oleh WHO. Program dihentikan setelah di dapati banyak anak-anak meninggal dunia dalam jumlah yang besar.
• Vaksin campak menyebabkan penindasan terhadap sistem ketahanan tubuh anak-anak selama 6 bulan hingga 3 tahun. Akibatnya anak-anak yang diberi vaksin mengalami penurunan ketahanan tubuh dan ramai yang meninggal dunia berbanding penyakit-penyakit lain. WHO kemudian menarik vaksin-vaksin tersebut dari pasaran di tahun 1992.
• Setiap program vaksin dari WHO dilaksanakan di Afrika dan Negara-negara dunia ketiga lainnya, selalu saja ada jangkitan penyakit-penyakit berbahaya di lokasi program vaksin dilakukan. Virus HIV penyebab Aids diperkenalkan ketika program WHO bersama komuniti homoseksual melalui vaksin hepatitis dan masuk ke Afrika Tengah melalui vaksin cacar.
• Disember 2002, Menteri Kesihatan Amerika, Tommy G. Thompson menyatakan, tidak merancang memberi suntikan vaksin cacar. Dia juga mencadangkan kepada anggota kabinet lainnya untuk tidak meminta pelaksaanaan vaksin itu. Sejak vaksinasi diterapkan pada jutaan bayi, banyak dilaporkan berbagai gangguan serius pada otak, jantung, sistem metabolisme, dan gangguan lain mulai mengisi halaman-halaman jurnal kesihatan.
• Vaksin untuk janin adalah punca encephalomyelitis, dengan indikasi terjadi pembengkakan otak dan pendarahan di dalam. Bart Classen, seorang doktor dari Maryland, menerbitkan data yang memperlihatkan bahawa kadar penyakit diabetes berkembang secara signifikan di New Zealand, setelah vaksin hepatitis B diberikan di kalangan anak-anak.
• Vaksin meningococcal merupakan ”Bom jangka bagi kesihatan penerima vaksin.”
• Anak-anak di Amerika Syarikat mendapatkan vaksin yang berpotensi membahayakan dan dapat menyebabkan kerosakan yang kekal. Berbagai macam imunisasi misalnya, Vaksin-vaksin seperti Hepatitis B, DPT, Polio, MMR, Varicela (Cacar air) terbukti telah banyak mengorbankan anak-anak Amerika sendiri, mereka menderita sakit saraf, anak-anak cacat, diabetes, autisme, autoimun dan lain-lain.
• Vaksin cacar dipercayai boleh memberikan imunisasi kepada masyarakat terhadap cacar. Pada saat vaksin ini dilancarkan, sebenarnya kes cacar sudah sedang menurun. Jepun mewajibkan suntikan vaksin pada 1872. Pada 1892, ada 165.774 kes cacar dengan 29.979 berakhir dengan kematian walaupun adanya program vaksin.
• Pemaksaan vaksin cacar, dimana orang yang menolak boleh dijatuhkan hukuman, dilakukan di England tahun 1867. Dalam 4 tahun, 97.5% masyarakat berusia 2 sampai 50 tahun telah divaksinasi. Setahun kemudian England merasakan epidemik @ wabak cacar terburuknya dalam sejarah dengan 44.840kematian. Antara 1871 – 1880 kes cacar meningkat dari 28 menjadi 46 per 100.000 orang. Vaksin cacar tidak berhasil.
Mengapa vaksin gagal melindungi tubuh terhadap penyakit?
Walene James, pengarang buku Immunization: the Reality Behind The Myth, mengatakan respon inflamatori penuh diperlukan untuk menciptakan kekebalan nyata. Sebelum pengenalan vaksin cacar dan beguk, kes cacar dan beguk yang menimpa anak-anak adalah kes tidak berbahaya. Vaksin mengganggu tubuh sehingga tubuh kita tidak menghasilkan respon inflamatory terhadap virus yang disuntik.
SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) meningkat dari 0.55 per 1000 orang pada 1953 menjadi 12.8 per 1000 pada 1992 di Olmstead County, Minnesota. Puncak kejadian SIDS adalah umur 2 – 4 bulan, waktu dimana vaksin mulai diberikan kepada bayi. 85% kes SIDS terjadi di 6 bulan pertama bayi. Peratus kes SIDS telah naik dari 2.5 per 1000 menjadi 17.9 per 1000 dari 1953 sampai 1992. Peningkatan kematian akibat SIDS meningkat pada saat hampir semua penyakit anak-anak menurun karena kesedaran kebersihan dan kemajuan perubatan kecuali SIDS. Kes kematian SIDS meningkat pada saat jumlah vaksin yang diberikan kepada bayi naik secara meyakinkan menjadi 36 per anak.
Dr. W. Torch telah merekodkan 12 kes kematian pada anak-anak yang terjadi dalam 3,5 – 19 jam selepas imunisasi DPT. Dia juga melaporkan 11 kes kematian SIDS dan satu yang hampir mati 24 jam selepas suntikan DPT. Semasa dia mengkaji 70 kes kematian SIDS, 2/3 korban adalah mereka yang baru divaksinasi mulai dari 1,5 hari sampai 3 minggu sebelumnya.
Tidak ada satu kematian pun yang dihubungkan dengan vaksin. Vaksin dianggap hal yang mulia dan tidak ada berita negatif apapun mengenainya di media utama karena ia begitu menguntungkan bagi perniagaan farmasi.
Ada alasan yang kukuh untuk percaya bahwa vaksin bukan saja tak berguna dalam mencegah penyakit, tetapi ia juga kontraproduktif karena melemahkan sistem ketahanan yang meningkatkan risiko kanser, penyakit kurang ketahanan tubuh, dan SIDS yang menyebabkan cacat dan kematian.
Adakah imunisasi menurut Islam?
Ada! Bahkan Rasulullah sendiri yang mengajar dan mencadangkannya.
Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr:
Dari Asma’ binti Abu Bakr bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, maka beliau Shalallaahu alaihi wasalam menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Shalallaahu alaihi wasalam memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalui Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, kemudian beliau men-tahnik-nya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam pun mendo’akannya dan mendoakan keberkahan kepadanya.
Dalam shahihain -Shahih Bukhari dan Muslim- dari Abu Musa Al-Asy’ariy, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan kurma.” dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka beliau SAW mendoakan kebaikan dan memdoakan keberkahan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.”
Bayi dilahirkan dalam keadaan kekurangan glukosa. Bahkan apabila tubuhnya menguning, maka bayi tersebut dipastikan memerlukan glukosa dalam keadaan yang cukup untuknya. Berat bayi saat lahir juga mempengaruhi kandungan glukosa dalam tubuhnya.
Pada kes bayi pramatang yang beratnya kurang dari 2,5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil sekali, dimana pada sebagian kes malah kurang dari 20 mg/100 ml darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2,5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml.
Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah.
Hal ini boleh menyebabkan terjadinya berbagai penyakit, seperti bayi menolak untuk menyusu, otot-otot bayi lemah, aktiviti pernafasan terganggu dan kulit bayi menjadi kebiruan, kontraksi atau kejang-kejang. Kadang-kala boleh juga menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan lama, seperti insomnia, lemah otak, gangguan saraf, gangguan pendengaran, penglihatan, atau kedua-duanya.
Apabila hal-hal di atas tidak segera diatasi atau diubati maka boleh menyebabkan kematian. Padahal ubat untuk itu adalah sangat mudah, yaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui infus, samada melalui mulut, mahupun pembuluh darah.Majoriti atau bahkan semua bayi memerlukan zat gula dalam bentuk glukosa seketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat boleh menjauhkan sang bayi dari kekurangan kadar gula.
Disunnahkan tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan pencegahan yang memiliki fungsi penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad SAW secara perubatan dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi. Tahnik sebaiknya dilakukan oleh orang-orang yang beriman kepada Allah, atau dapat pula dilakukan ayah atau ibu sang bayi.
Imunisasi yang selama ini digembar-gemburkan oleh Zionis dapat memberi masalah yang sangat serius bagi kehidupan penduduk dunia. Mereka yang bertujuan untuk menjadikan bangsa lainnya berada di bawah kekuasaan mereka dengan berbagai cara. Kini saatnya kita membuka mata dan bertanya pada hati nurani kita dengan berbagai propaganda yang mereka lakukan. Bahkan Allah telah menyuruh kita berhati-hati terdadap berita dari mereka :
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6
Bahaya Tersembunyi Dalam Vaksin
Apakah Vaksin Itu?
Vaksinasi telah menjadi tulang belakang kesihatan masyarakat sejak dulu. Apabila penyakit berjangkit, vaksinasi muncul dalam benak kita. Ia adalah suntikan kesihatan yang dianggap doktor (bahkan badan-badan kesihatan negara) sangat penting sebagai pelindung dari serangan penyakit.
Tujuan Vaksinasi adalah meniru proses penularan penyakit alami dengan kaedah tiruan. Vaksin itu sendiri adalah suntikan yang mengandung berbagai jenis racun yang dimasukkan ke dalam tubuh. Jika anda menyangka vaksin dapat membasmi kuman atau bebas dari kuman, dugaan anda meleset.
Cara Membuat Vaksin
Vaksin dihasilkan dari kuman (atau bagian dari tubuh kuman) yang menyebabkan penyakit. Sebagai contoh vaksin campak dihasilkan dari virus campak, vaksin polio dihasilkan dari virus polio, vaksin cacar dihasilkan dari virus cacar, dll. Perbezaannya terletak pada cara pembuatan vaksin tersebut.
Terdapat 2 jenis vaksin, hidup dan mati. Untuk membuat vaksin hidup, virus hidup dilemahkan dengan melepaskan virus ke dalam tisu organ dan darah binatang (seperti ginjal monyet dan anjing, embrio anak ayam, protein telur ayam dan itk, serum janin lembu, otak kelinci, darah babi atau kuda dan nanah cacar lembu) beberapa kali (dengan proses bertahap) hingga kurang lebih 50 kali untuk mengurangi potensinya.
Sebagai contoh virus campak dilepaskan kedalam embrio anak ayam, virus polio menggunakan ginjal monyet, dan virus Rubela menggunakan sel-sel diploid manusia (bagian tubuh janin yang digugurkan). Sedangkan vaksin yang mati dilemahkan dengan pemanasan, radiasi atau reaksi kimia.
Kuman yang lemah ini kemudian dikuatkan dengan Adjuvan (perangsang anti bodi) dan stabilisator (sebagai pengawet untuk mempertahankan khasiat vaksin selama disimpan). Hal ini dilakukan dengan menambah ubat, antibiotik dan bahan kimia beracun ke dalam campuran tersebut seperti: neomycin, streptomycin, natrium klorida, natrium hidroksida, alumunium hidroksida, alumunium fospat, sorbitol, gelatin hasil hidrolisis, formaldehid, formalin, monosodium glutamat, pewarna merah fenol, fenoksietanol (anti beku), kalium difospat, hidrolysate kasein pankreas babi, sorbitol dan thimerosal (raksa). (Menurut Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit (CDC) US juga menurut Psician’s Desk Reference).
Campuran virus atau bakteria, bahan kimia beracun dan bagian tubuh binatang yang berpenyakit inilah yang disuntik ke dalam tubuh anak atau orang dewasa ketika mendapatkan vaksinasi. Menurut CDC US, bahan tambahan dicampurkan ke dalam vaksin untuk meningkatkan reaksi imun, mencegah pencemaran mikrob dan memperkuat formula vaksin, serta untuk memastikan vaksin tersebut stabil, bebas kuman dan aman. Namun benarkah anggapan ini?
Bagaimana Vaksin Dihasilkan?
Macam-macam vaksin:
- Vaksin DPT (Difteria, Pertusis dan Tetanus)
- Vaksin DtaP (Difteria, Tetanus, dan Acellular Pertusis)
- Vaksin MMR (Campak, Beguk dan Rubela)
- Vaksin Polio hidup oral (OPV)
- Vaksin Polio tidak aktif (IPV)
- Vaksin Hepatitis B
- Vaksin Hib
- Vaksin Varicellazostrer (Cacar Air)
- Vaksin Cacar
Dalam buku The Consumer’s Guide to Childhood Vaccines, Barbara Loe Fisher, pengasas dan presiden pusat informasi vaksin nasional (yang didirikan untuk mencegah kerosakan tubuh dan kematian akibat vaksin melalui pendidikan umum) menjelaskan proses pembuatan vaksin sebagai berikut :
Vaksin Cacar : Perut anak lembu dicukur kemudian diberikan banyak torehan pada kulitnya. Kemudian virus cacar dititiskan pada torehan itu dan dibiarkan bernanah selama beberapa hari. Anak lembu tersebut dibiarkan berdiri dengan kepala terikat supaya tidak dapat menjilat perutnya. Kemudian anak lembu itu dikeluarkan dari kandang dan dibaringkan di atas meja. Perutnya memburuk dan bernanah, nanahnya diambil lalu dijadikan serbuk. Serbuk itu adalah bahan vaksin cacar, virus yang kebetulan terdapat pada anak lembu itu terbawa ke dalamnya. (Walene James, Pengarang Immunization: The Reality Beyond the Myth)
Reaksi Tubuh Terhadap Vaksin
Apabila ramuan vaksin tersebut memasuki aliran darah anak. Tubuhnya akan segera bertindak untuk menyingkirkan racun tersebut melalui organ ekresi atau melalui reaksi imun seperti demam, bengkak atau ruam pada kulit. Apabila tubuh anak kuat untuk meningkatkan reaksi imun, tubuh anak mungkin akan berhasil menyingkirkan vaksin tersebut dan mencegahnya terjangkit kembali di masa yang akan datang. Akan tetapi jika tubuh anak tidak kuat untuk meningkatkan reaksi imun, vaksin beracun akan bertahan dalam tisu tubuh.
Timbunan racun ini dapat menyebabkan penyakit seperti diabetes pada anak-anak, asma, penyakit neurologi, leukimia, bahkan kematian mendadak. Ratusan laporan mencatat kesan sampingan jangka panjang yang buruk berkaitan vaksin seperti penyakit radang usus, autisme, esenfalitis kronis, skelerosis multipel, artritis reumatoid dan kanser. Sebagian vaksin juga diketahui menyebabkan kesan sampingan jangka pendek yang serius.
Pada 12 Julai 2002, Reuters News Service melaporkan hampir 1000 pelajar sekolah dibawa ke hospital setelah disuntik vaksin Ensefalitis di timur laut negara China. Para pelajar itu mengalami demam, lemah, muntah dan dalam beberapa kes terkena serangan jantung setelah divaksinasi.
Kerosakan Tubuh Akibat Vaksin
• Menurut analisa bebas dari data yang dikeluarkan Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS) di US, pada tahun 1996 terdapat 872 tragedi yang dilaporkan kepada VAERS, melibatkan anak-anak dibawah 14 tahun yang disuntik vaksin Hepatitis B. Anak-anak tersebut dibawa ke wad ICU hospital karena mengalami masalah kesihatan yang mengancam nyawa. Sebanyak 48anak dilaporkan meninggal setelah mendapatkan suntikan vaksin tersebut.
• Informasi kesihatan juga dipenuhi contoh yang mengaitkan vaksin dengan timbulnya penyakit. Vaksin telah dikaitkan dengan kerosakan otak, IQ rendah, gangguan konsentrasi, kemampuan belajar kurang, autisme, neurologi.
• Vaksin beguk dan campak yang diberikan pada anak-anak misalnya telah menyebabkan kerosakan otak, kanser, diabetes, leukimia, hingga kematian (sindrom kematian bayi mendadak).
• Kajian tahun 1992 yang diterbitkan dalam The American Journal of Epidemiology menunjukkan peningkatan kematian anak-anak meningkat hingga 8 kali ganda pada jangka waktu 3 hari setelah mendapat suntikan vaksin DPT.
• Kajian awal oleh CDC US mendapati anak yang menerima vaksin Hib berisiko 5 kali lebih mudah mengidap penyakit tersebut dibandingkan anak-anak yang tidak mendapatkan vaksin tersebut.
• Pada tahun 1977, Dr Jonas Salk (Penemu vaksin Polio salk) mengeluarkan kenyataan bersama ilmuan lain bahwa 87% dari kes Polio yang terjadi sejak tahun 1970 adalah akibat dari vaksin Polio.
• Di US sebelum tahun 1980 terdapat 1 dari 10.000 anak menderita autisme. Pada tahun 2002 Institut Kesihatan Negeri US mencatat peningkatan angka tersebut menjadi 250 dari 10.000. Kini persatuan orang tua penderita autisme Amerika memperkirakan peningkatan kes autisme ± 10% per tahun. Vaksin yang mengandungi raksa diyakini sebagai penyebabnya.
• Menurut Boyd Haley, pengurus program kimia Universiti Kentucky dan pakar logam beracun berkata ”Thimerosal mampu meresap di protein otak, ia sangat beracun bagi saraf dan enzim” Haley pun terlibat dalam penelitian pada bulan Ogos tahun 2003, mendapati banyaknya kandungan raksa pada penderita autisme, yang dapat dianalisa melalui kadar raksa pada rambut mereka yang bermaksud etil raksa dari thimerosal telah meresap ke dalam otak dan organ tubuh lainnya sangat bepotensi menyebabkan kerosakan sistem saraf dan mengganggu fungsi ginjal.
• Menurut San Jose Mercury News (6 Julai 2002), seorang dari sepuluh anak-anak dan remaja US mengalami kelemahan fizikal dan mental, menurut pengamatan tahun 2000 terdapat pertambahan mendadak angka kecacatan pada penduduk usia muda. Sedangkan pada tahun sebelumnya data menunjukkan peningkatan kecacatan pada anak-anak.
• Sampai usia 2 tahun, anak-anak Amerika dilaporkan telah menerima 237 mikrogram raksa melalui vaksin. Kadar ini melebihi had yang ditetapkan Organisasi Perlindungan Alam US yaitu 1/10 mikrogram per hari.
• Sebuah penemuan di Amerika menunjukan bahwa vaksin Hepatitis B mengandungi 12 mcg raksa (30 kali ganda dari had), DtaP dan Hib mengandungi 50 mcg raksa (60 kali ganda dari had) dan Polio mengandungi 62,5 mcg raksa (78 kali ganda dari had).
• Di US hari ini kes asma, diabetes dan penyakit auto imun pada usia anak telah meningkat 20 kali lganda dari tahun sebelumnya. Gangguan konsentrasi telah meningkat 3 kali ganda.
• Setiap tahun 25.000 bayi Amerika mengalami kematian mendadak. Vaksinasi adalah penyebab terbesar kematian mendadak. Jepun telah meningkatkan usia penerima vaksin sehingga 2 tahun kemudian angka kematian mendadak turun drastik di negara itu (Cherry, et al, 198
• Sweden menghentikan vaksinasi batuk kokol pada tahun 1979 karena ternyata wabak penyakit ini terjadi pada anak-anak yang telah mendapatkan vaksinasi. Setelah itu penyakit ini menjadi penyakit ringan tanpa kes kematian. Hal ini secara nyata menunjukkan bahwa vaksin sebenarnya menyebarkan penyakit.
• Pada tahun 1975, Jerman menghentikan kewajiban vaksin Pertussis, dan jumlah anak yang mengalami penyakit itu turun drastik. Pada tahun 2000 jumlahnya turun sampai 10%.
Bukti di atas menjadikan vaksinasi layak dipersoalkan. Fakta-fakta menjelaskan bahwa vaksin tidak meningkatkan kesihatan anak-anak. Tetapi anehnya vaksin terus-menerus dibuat dan diwajibkan kepada masyarakat.
Sarat Dengan Kimia Beracun
Dapat dikatakan semua jenis vaksin mengandungi racun. Dalam banyak keadaan bahan tambahan vaksin (penguat, peneutral, pengawet dan agen pembawa) jauh lebih beracun daripada komponen virus atau bakteria dalam vaksin tersebut. Misalnya agen penyebab kanser iaitu formaldehid dan thimerosal dapat merosakkan otak.
Tidak ada orang tua yang berfikir untuk memberi makan anaknya dengan formaldehid (pengawet mayat), raksa atau alumunium fosfat. Akan tetapi dengan suntikan vaksin bahan-bahan ini masuk secara langsung ke dalam aliran darah.
Berikut adalah informasi mengenai risiko kesihatan yang ditimbulkan oleh sebahagian bahan beracun utama dalam vaksin, yang disusun dari berbagai sumber termasuk dari Persatuan Pemerhati Vaksin Australia:
• Alumunium: dapat meracuni darah, saraf,pernafasan, mengganggu sistem imun dan saraf seumur hidup. Dinyatakan sebagai penyebab kerosakan otak, hilang ingatan sementara, kejang dan koma. (Catatan: dalam jumlah sedikit tidak beracun dan mungkin bermanfaat bagi tubuh. Namun kadarnya dalam vaksin amat tinggi, sekitar 0,5%)
• Ammonium Sulfat: dapat meracuni sistem pencernaan, hati, saraf dan sistem pernafasan.
• Ampotericin B: Sejenis ubat yang digunakan untuk mencegah penyakit kulit. kesan sampingannya adalah menyebabkan pembekuan darah, bentuk sel darah merah menjadi tidak sempurna, masalah ginjal, kelesuan dan demam dan alergi pada kulit.
• Beta-Propiolactone: diketahui menyebabkan kanser, meracuni sistem pencernaan, hati, sistem pernafasan, kulit dan organ genital.
• Kasein: pelekat yang kuat, sering digunakan untuk melekatkan label pada botol. Walaupun dihasilkan dari susu, di dalam tubuh kasein dianggap protein asing yang beracun.
• Formaldehid: penyebab kanser. Bahan ini lebih berbahaya dibanding sebagian bahan kimia lain.
• Formalin: Salah satu turunan dari formaldehid. Formalin adalah campuran 37%-40% formaldehid, air dan biasanya 10% metanol. Formalin adalah peringkat ke 5 dari 12 bahan kimia yang paling berbahaya.(Enviromental Defense Fund, US)
• Monosodium Glutamat (MSG): bagi orang yang alergi pada MSG mungkin akan mengalami perasaan seperti terbakar di belakang leher, lengan dan punggung atau mengalami sakit dada, sakit kepala, lesu, denyut jantung cepat dan kesulitan bernafas. Menurut Badan Pengawas Ubat dan Makanan (FDA) US, suntikan glutamate dalam haiwan menyebabkan kerosakan sel saraf otak.
• Neomycin: antibiotik ini mengganggu penyerapan vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 dapat menyebabkan epilepsi dan cacat mental.
• Fenol: digunakan dalam pembuatan disinfektan, pewarna, industri farmasi, plastik dan bahan pengawet. Fenol dapat menyebabkan keracunan sistemik, kelemahan, berpeluh, sakit kepala, muntah-muntah, gangguan mental, syok, hipersensitif, kerosakan ginjal, kejang, gagal jantung atau ginjal dan kematian.
• Fenoksi Etanol (anti beku): menimbulkan bau badan tidak sedap, kerosakan pencernaan, kebutaan, koma dan kematian.
• Polysorbate 20 dan Polysorbate 80: bahan yang meracuni kulit atau organ genital.
• Sorbitol: menyebabkan kerosakan sistem usus.
• Thimerosal: merupakan unsur ke 2 yang paling beracun kepada manusia setelah uranium. Dapat merosak otak dan sistem saraf juga dapat membawa pada penyakit autoimun.
12 Hal Yang Harus Diperhatikan
1. Doktor tidak mampu menjamin keselamatan dan keberkesanan vaksin.
2. Keselamatan vaksin belum diuji dengan benar.
3. Vaksinasi didasarkan pada prinsip yang tidak kukuh, sehingga dapat dipersoalkan.
4. Vaksin mungkin tercemar.
5. Kesan sampingan jangka panjang yang serius.
6. Menimbulkan penyakit yang seharusnya dapat disembuhkan.
7. Tidak dapat melindungi dari penyakit menular.
8. Vaksin berhubungan dengan wabak penyakit.
9. Vaksin tidak dapat dipercayai – vaksin tidak menghalang terhadap penyakit tetapi menghalang terhadap kesihatan.
10. Doktor dan profesional kesihatan jarang melaporkan kesan buruk vaksin.
11. Doktor menolak vaksinasi.
12. Vaksinasi lebih mengutamakan keuntungan daripada mengubati.
Para Doktor dan Ilmuan Membantah Vaksinasi
• • “Terdapat banyak bukti yang menunjukkan imunisasi terhadap anak lebih banyak merugikan dari pada manfaatnya.” (dr. J Anthony Morris, mantan Ketua Pengawas Vaksin
• • “Ancaman terbesar serangan penyakit anak-anak datang dari usia pencegahan yang tidak efektif dan berbahaya melalui imunisasi besar-besaran.” (dr. R. Mendelsohn, Penulis (How to Raise A Healthy Child In Spite Of Your Doctor dan Profesor Pediatrik).
• • “Semua vaksinasi berfungsi mengubah tiga situasi darah kepada ciri-ciri kanser dan leukemia…Vaksin DO dapat menyebabkan kanser dan leukemia.” (Profesor L.C. Vincent, penggagas Bioelektronika).
• • “Data rasmi menunjukkan vaksinasi berskala besar di US gagal memberikan kemajuan yang signifikan dalam pencegahan penyakit yang seharusnya dapat ia lindungi.” (dr. A. Sabin, pengembang vaksin Polio Oral, dalam kuliahnya di hadapan doktor-doktor Itali di Piacenza, Itali, 7 Disember 1985).
• • “Selain telah nyata banyak kes kematian akibat program ini, terdapat juga bahaya jangka panjang yang hampir mustahil diukur dengan pasti…Terdapat sejumlah bahaya dalam seluruh prosedur vaksin yang seharusnya mencegah penggunaan yang terlalu banyak atau tidak wajar.” (Sir Graham Wilson dalam The Hazards of Immunization).
• • “Dengan mengenepikan fakta bahawa vaksin berpeluang besar tercemar virus binatang yang dapat menyebabkan penyakit serius pada masa depan. Kita harus mempertimbangkan apakah ada vaksin yang benar-benar berfungsi sebagaimana tujuan asalnya.” (dr. W.C. Douglas dalam Cutting Edge, Mei 1990).
• • “Satu-satunya vaksin yang selamat adalah tidak menggunakannya sama sekali.” (dr. James A. Shannon, Institut Kesihatan Nasional, US)
• • “Vaksinasi adalah produk kesalahan dan kebodohan yang tidak dirancang dengan baik. Ia seharusnya tidak mendapat tempat dari segi kebersihan mahupun perubatan. Vaksinasi tidak ilmiah, keyakinan yang membawa maut dan mengakibatkan kesengsaraan yang berpanjangan.” (Profesor Chas Rauta, Universiti Perugia, Itali di dalam New York Medical Journal, Julai 1899).
• • “Imunisasi terhadap cacar lebih berbahaya dari pada penyakit itu sendiri.” (Profesor Ari Zuckerman, WHO).
• • “Tidak ada satupun vaksin yang telah dibuktikan keselamatannya sebelum diberikan kepada anak-anak.” (Pakar bedah umum, Leonard Scheele di Konfrensi AMA, US 1955).
Vaksin Bukan Penyelamat
Ilmu perubatan menerima pujian yang berlebihan bagi sebahagian kemajuan dalam bidang kesihatan. Ramai orang percaya keberhasilan dalam menangani penyakit menular pada abad terakhir terjadi seiring dengan penciptaan imunisasi. Sebenarnya, Kusta, Tifoid, Tetanus, Difteria, Batuk kokol, dll telah menurun sebelum ditemukan vaksin untuknya – iaitu merupakan hasil dari penjagaan kebersihan dan peningkatan kualiti makanan serta air minum.”(Dr. Andrew Weil dalam Health and Healthy)

Bahaya IMUNISASI!
Imunisasi merupakan cara terbaik untuk melindungi anak dari berbagai macam penyakit. Anda mendengar hal ini dari doktor, media massa, brosur di klinik, atau rakan-rakan anda. Tetapi, apakah Anda pernah berfikir kembali tentang tujuan imunisasi? Pernahkah anda meneliti lebih lanjut terhadap isu-isu dan cerita mengenai sisi lain imunisasi (yang tidak pernah dimaklumkan oleh doktor)?
Serangkaian imunisasi yang terus digiatkan hingga saat ini oleh pihak-pihak yang katanya demi ‘menjaga kesehatan anak’, patut dikritik dari segi kesihatan mahupun syariat. Teori pemberian vaksin yang menyatakan bahwa “memasukkan bibit penyakit yang telah dilemahkan kepada manusia akan menghasilkan pelindung berupa anti bodi tertentu untuk menahan serangan penyakit yang lebih besar”. Benarkah?
Tiga Mitos Menyesatkan
Vaksin begitu dipercayai sebagai pencegah penyakit. Hal ini tidak terlepas dari adanya 3 mitos yang sengaja disebarkan. Padahal, hal itu berlawanan dengan kenyataan.
1. Effektif melindungi manusia dari penyakit.
Kenyataan: Banyak penelitian perubatan mencatat kegagalan vaksinasi. Campak, beguk, polio, terjadi juga di pemukiman penduduk yang telah diimunisasi. Sebagai contoh, pada tahun 1989, wabak campak terjadi di sekolah yang mempunyai vaksinasi lebih besar dari 98%. WHO juga menemukan bahwa seseorang yang telah divaksin campak, mempunyai kemungkinan 15 kali ganda untuk mendapat penyakit tersebut daripada yang tidak divaksin.
2. Imunisasi merupakan sebab utama penurunan jumlah penyakit.
Kebanyakan penurunan penyakit terjadi sebelum diperkenalkan imunisasi secara menyeluruh. Salah satu buktinya, penyakit-penyakit berjangkit yang boleh membawa maut di US dan England mengalami penurunan sebesar 80%, itu terjadi sebelum ada vaksinasi. The British Association for the Advancement of Science menemukan bahawa penyakit anak-anak mengalami penurunan sebesar 90% antara 1850 dan 1940, dan hal itu terjadi jauh sebelum program imunisasi diwajibkan.
3. Imunisasi benar-benar selamat bagi anak-anak.
Yang benar, imunisasi lebih besar bahayanya. Salah satu buktinya, pada tahun1986, kongres US membentuk The National Childhood Vaccine Injury Act, yang mengakui kenyataan bahawa vaksin dapat menyebabkan cedera dan kematian.
Makhluk Mulia Vs Haiwan
Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Manusia merupakan khalifah di bumi, sehingga merupakan ashraful makhluqaat (makhluk termulia). Mengingat keunggulan fizikal, kecerdasan, dan jiwa secara hakiki, manusia mengungguli semua ciptaan Allah yang ada. Manusia merupakan makhluk unik yang dilengkapi sistem ketahanan alami yang berpotensi melawan semua mikrob, virus, serta bakteria asing dan berbahaya.
Jika manusia menjalani hidupnya sesuai petunjuk syariat yang berupa perintah dan larangan, kesihatannya akan tetap terjaga dari serangan virus, bakteria, dan kuman penyakit lainnya.
Sedangkan orang-orang kafir, menganggap adanya kekurangan dalam diri manusia sebagai ciptaan Allah, sehingga berusaha sekuat tenaga memperkuat sistem pertahanan tubuh melalui imunisasi yang bercampur najis dan penuh dengan bahaya.
Manusia merupakan makhluk yang punya banyak kelebihan. Terdapat perbezaan yang ketara antara manusia dengan haiwan. Apa yang ada padanya tidak cocok bagi haiwan, demikian juga sebaliknya. Namun, orang-orang atheis menyamakan haiwan dengan manusia, sebab mereka menganut teori evolusi manusia melalui kera yang sangat “menggelikan”.
Oleh karena itu, mereka percaya bahawa apa yang dimiliki haiwan dapat dimasukkan ke dalam tubuh manusia. Jadi, sel-sel haiwan, virus, bakteria, darah, dan nanah disuntikkan ke dalam tubuh manusia. Logik setan ini adalah menjijikkan menurut Islam.
Imunisasi digembar-gemburkan sebagai suatu bentuk keajaiban pencegahan penyakit, padahal faktanya cara itu tidak lebih hanya sebagai projek penjana wang para doktor dan perniagaan farmasi. Dalam kenyataannya, imunisasi lebih banyak menyebabkan bahaya kepada kesihatan. Bahkan, mengganggu proses-proses alami yang ada dalam ciptaan-Nya. Dengan paparan ini, orang tua mana yang berasa gembira dan senang hati untuk memberikan imunisasi pada anaknya?

http://mindaahad.wordpress.com/2011/01/30/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/