PENAJA

Thursday 31 October 2013

kertas 3 sejarah SPM 2013 - hubungan serantau (contoh jawapan) set 2



BAHAN PERSEDIAAN SEJARAH KERTAS 3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013


SOALAN 1: PENGENALAN

Maksud Pertubuhan Serantau

Pertubuhan serantau merupakan pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada Negara yang berjiran antara satu sama lain.
Pembentukan pertubuhan serantau adalah untuk kepentingan politik, ekonomi dan social. Terdapat tiga pertubuhan serantau yang dibentuk iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961.
MAPHILINDO telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan akhirnya ASEAN ditubuhkan pada tahun 1967.

Latar belakang Pertubuhan Serantau

Malaysia mengamalkan  dasar luar tersendiri iaitu dasar berbaik-baik dengan semua Negara.
Tujuan Malaysia mengamalkan dasar luar tersebut adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan Negara , memelihara kepentingan nasional, mengekalkan kedaulatan Negara, menggalakkan kemajuan ekonomi , mengekalkan keamanan sejagat dan menjadi warga global yang bertanggungjawab.
Malaysia peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan serantau. Selaras dengan itu Malaysia telah menyertai satu pertubuhan yang kenggotaannya terdiri daripada Negara-negara berjiran antara satu sama lain.
Tujuan menyertai pertubuhan tersebut adalah untuk kepentingan politik,ekonomi dan social.Terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk iaitu ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
Dua bentuk hubungan luar iaitu bilateral dan multilateral. Hubungan bilateral ialah hubungan terus dengan Negara-negara tertentu seperti Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Indonesia.
Hubungan Multilateral merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan.Contohnya, Malaysia dengan pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

                                                                                                [ 5 MARKAH]
SOALAN 2

Faktor yang mencorakkan dasar luar Malaysia.

Malaysia mengadakan hubungan dengan Negara luar. Banyak factor yang menentukan dasar luar Negara. Faktor-faktor tersebut ialah factor sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

Faktor Sejarah

Dari segi sejarah, hubungan kuar ini telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.

Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan Negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

Setelah mencapai kemerdekaan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan Negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand.

Hal ini berlaku disebabkan pada masa itu Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis yang mengugat keselamatan Malaysia telah mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro Barat dan anti Komunis.

Pada masa yang sama Malaysia masih bergantung kepada Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan sendiri.


Faktor Ekonomi

            Malaysia juga menjalin hubungan baik dengan Negara-negara lain untuk memajukan ekonominya yang mengamalkan pasaran bebas.

            Sejak zaman penjajahan lagi Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Setelah mencapai kemerdekaan Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britai dan Amerika Syarikat.

            Oleh itu, Malaysia telah mengambil langkan untuk menggalakkan pelaburan asing agar dapat meningkatkan ekonomi Negara disamping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

            Menjelang tahun 1890an , melalui Dasar Pandang ke Timur,pelaburan asing dari Negara di Timur terutama Jepun dan Korea digalakkan di samping menjalin hubungan baik dengan Negara membangun dan Negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di Negara yang berkenaan.

Faktor Geografi

            Malaysia mempunyai akedudukan yang strategic, mempunyai sempadan daratan dengan kebanyakan Negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Brunei.

            Malaysia juga mempunyai sempadan lautan dengan Filipina, Indonesi dan Singapura.

            Malaysia juga mempunyai perairan yang menjadi lalulan utama kapal-kapal perdagangan dunia. Contohnya Selat Melaka.

            Keselamatan Malaysia mempengaruhi keselamatan serantau.


Faktor Politik

            Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.

            Dasar luar Malaysia amat menekankan pemeliharaan kedaulatan Negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan dunia.

            Malaysia berpegang teguh pada prinsip –prinsip dan piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia.

            Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.


Faktor Demografi

            Malaysia mempunyai rakyat yang majority beragama Islam. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan diplomatic dengan Negara-negara Islam seperti Arab Saudi.

            Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatic dengan Negara Israel kerana menceroboh dan menindas rakyat Palestin.

                                                                                                                        [ 30 MARKAH ]

SOALAN 3
 Tahap-tahap hubungan:(15 markah)
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan dunia.Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar negara dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu;
Tahap Pertama yang bermula pada tahun 1957 hingga tahun 1970. Tahap Kedua pula pada tahun 1972 hingga 1981 dan Tahap Ketiga pula bermula pada tahun 1981 hingga tahun 2003.
Pada Tahap Pertama, dasar luar Malaysia adalah pro-Barat yang antikomunis. Selain itu, Malaysia juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
Dasar luar negara pada tahap ini dilaksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.. Beliau mengambil kira faktor politik, ekonomi dan sosial .
Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis di Malaysia dan negara Asia Tenggara.
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel,terutama Britain,Australia dan New Zealand.
Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) pada tahun 1996.Pihak British akan memberi bantuan kepada Malaysia sekiranya di serang oleh mana-mana negara.
Dasar luar untuk berbaik-baik dengan negara jiran menjadi keutamaan selepas berlakunya konfrantasi dengan Indonesia(1963-1965),terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).
Hubungan dengan negara jiran dibuat melalui Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA),MAPHILINDO dan ASEAN.
Faktor ekonomi,melibatkan pergantungan Malaysia kepada Britain untuk menjaga kepentingan ekonomi negara seperti tumpuan Malaysia yang masih bergantung kepada eksport  bijih timah dan getah ke negara Barat termasuk Britain.
Bagaimanapun,bagi mengurangkan pergantungan tersebut Malaysai telah menjalin hubangan perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Jepun dan Singapura untuk mencari pasaran baru.
Pada tahap kedua pula,dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya  pengaruh Britain di timur dan berlakunya pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China.
Usaha-usaha dilakukan bersama-sama dengan anggota negara-negara ASEAN seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China,Jerman Timur dan Korea Utara.Hubungan diplomatik dengan Vietnam dijalinkan pada tahun 1976.
Pada tahap ketiga, Malaysia meneruskan dasar-dasar pada tahap kedua.Bagaimanapun penekanan lebih tertumpu kepada kepentingan ekonomi seperti isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan dalam kalangan negara membangun.Untuk mencapai matlamat tersebut,Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN untuk menyelesaikan krisis di Vietnam dan Kompuchea.
Tahun 1982,diperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan Malaysia.Nilai-nilai yang baik , sikap kesungguhan dalam perkerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia.
Hubungan dua hala dipertingkatkan ke negara Dunia Ketiga seperti Afrika,Amerika Selatan,Caribbean dan Pasifik Selatan.Perjanjian perdagangan dua hala ditandatangani melalui siri lawatan ke negara-negara tersebut.

SOALAN 4
i)  Latarbelakang penubuhan  ASA,MAPHILINDO dan ASEAN.
ii) Matlamat penubuhan ASA,MAPHILINDO dan ASEAN. (25 Markah)

Latarbelakang dan matlamat penubuhan ASA.
ASA ditubuhkan pada tahun 31 Julai,1961, atas cadangan Tunku Abdul Rahman.Negara yang menanggotainya ialah Malaysia,Thailand dan Filipina.
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran kerana pada masa ini negara kita sedang diancam oleh gerakan Parti Komunis Malaya (PKM).PKM menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pengkalan gerakan gerila mereka.Begitu juga dengan Filipina yang turut diancam oleh pengaruh komunis.
Antara matlamat penubuhan ASA ialah menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi,sains dan sosial.
Matlamat kedua pula ialah memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan tekologi dalam kalangan negara anggota.
Matlamat ketiga ialah untuk mengekalkan dan menjamin keselamatan serta kestabilan politk negara-negar serantau.


Latarbelakang  dan matlamat penubuhan MAPHILINDO
Penubuhan MAPHILINDO juga adalah atas cadangan Malaysia.MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga negara anggota iaitu Malaysia,Filipina dan Indonesia.
Gagasan Malaysia telah ditentang oleh Presiden Soekarno yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru.
Sementara Filipina pula menentang kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwa masih menjadi hak milik negara mereka.
Oleh itu,rundingan diadakan untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut sehingga membawa kepada penubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963.
Matlamat  utama penubuhan MAPHILINDO adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan diantara negara anggota dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia- Indonesia.
Bagaimanapun,MAPHILINDO gagal bertahan lama kerana Indonesia dan Filipina masih menentang pembentukan Malaysia.

Latarbelakangdan matlamat penubuhan ASEAN
ASEAN ditubuhkan hasil daripada termeterainya Deklarasi Bangkok  pada 8 Ogos,1967.Negara anggota pada peringkat awal penubuhannya ialah Malaysia,Indonesia,Filipina,Thailand dan Singapura.Tetapi kini negara yang menganggotainya bertambah dengan penyertaan negara Myanmar,Vietnam,Laos,Brunei dan  Kampchea.
Penubuhannya adalah sebagai usaha dan hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara jiran setelah ASA dan MAPHILINDO tidak dapat bertahan lama.
Matlamat penubuhan ASEAN ialah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.Selain itu untuk membantu negara anggota dalam bidang ekonomi,sosial dan kebudayaan.
ASEAN juga bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian,perdagangan dan perindustrian.
Selain itu,matlamat penubuhannya juga adalah untuk bekerjasama dan membantu negara-negara anggota dalam bentuk latihan dan penyelidikan melalui hubungan yang erat sesama negara anggota dan pertubuhan antarabangsa yang lain.

SOALAN 5 
Malaysia telah menyertai pertubuhan serantau secara aktif. Apakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia sehingga kini?
Malaysia menjadi Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) yang dibina di Pulau Pinang
Malaysia pernah menjadi tuan rumah  sukan SEA yang diadakan untuk merapatkan hubungan dalam kalangan negara anggota
Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November 1971
Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur
Malaysia bersama-sama dengan negara anggota telah mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau dikenali sebagai ZOPFAN
Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah  untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat
Malaysia bersama negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978
Dalam persidangan pada tahun 1982 di Kuala Lumpur, Malaysia bersama anggota yang lain bersetuju dengan penubuhan Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea
Pada tahun 1984, Menteri-menteri Luar ASEAN telah bersama-sama memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear
Larangan penggunaan perairan dan pelabuhan rantau Asia Tenggara untuk kapal-kapal mengangkut bahan atau senjata nuklear
Malaysia bersama anggota ASEAN yang lain bekerjasama dalam projek-projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu Sarawak dan Acheh
Malaysia mewujudkan kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN  atau ASEAN free Trade Area (AFTA)
Malaysia mengemukakan idea memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sisi melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan yang dikenali sebagai EAEC
Mewujudkan kerjasama antara negara ASEAN dengan China,Jepun dan Korea serta Amerika Syarikat
Bekerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
Malaysia bersama negara anggota yang lain membuat pertukaran rancangan televisyen dan radio
Kerjasama dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1992
Bekerjasama dalam kempen Tahun Melawat ASEAN tahun 1992
Kerjasama Belia ASEAN
Mewujudkan kerjasama dalam bidang teknikal
Mewujudkan kerjasama dengan negara anggota untuk mengatasi masalah ancaman komunis di Asia Tenggara
Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial
Malaysia turut bekerjasama memerangi masalah dadah di Asia Tenggara
Negara kita berjaya menamatkan konfrontasi Indonesia semasa pembentukan Malaysia
Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia bagi menyelesaikan pertelingkahan mengenai pembentukan Malaysia
Malaysia dan Kerajaan Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan iaitu persempadanan seperti di Rantau Panjang dan Bukit Kayu Hitam.
Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina dengan MNLF.
Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu pencerobohan di Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu.
Negara Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas dengan membenarkan Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia, iaitu Nordin Mat Top yang disyaki menjadi dalang dalam beberapa siri keganasan.
Malaysia juga memberi pengampunan kepada pendatang tanpa izin  dari negara Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.
Malaysia dapat menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan kerajaan Singapura dengan bijak.
Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand selaras dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.
Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan masalah pelarian Vietnam
Berusaha bersama-sama dengan Negara anggota yang lain menyelesaikan isu politik di Acheh
Malaysia telah menghantar tentera pengaman di Timur Leste dan Kemboja
Mengadakan Forum Serantau ASEAN bagi menyelesaikan konflik antara negara anggota disebabkan perbezaan politik, persempadanan dan pembangunan ekonomi
Malaysia menyatakan pendirian kurang senang dengan kewujudan pangkalan tentera Amerika di Singapura
Malaysia berusaha menyelesaikan tuntutan bertindih Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang melibatkan Republik China, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia







SOALAN 6
Bagaimanakah konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) membawa kemajuan kepada Negara kita?

Konsep ZOPFAN membawa kemajuan kepada Negara kita kerana beberapa perkara iaitu;
Malaysia tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing.
Kita juga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat mahupun blok Timur.
Dalam erti kata lain, untuk mengelakkan campur  tangan kuasa-kuasa besar contohnya Amerika Syarikat dan Russia.
Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara-negara berkecuali (NAM). 
Malaysia menyokong Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai  Zon Bebas Senjata Nuklear  dalam satu mesyuarat pada tahun1984 apabila Menteri-menteri Luar  Negara-negara  ASEAN  memutuskan  ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear .
Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut  bahan atau senjata nuklear.
Sokongan Malaysia terhadap dasar mewujudkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas nuklear melalui ZOPFAN.
Malaysia juga menyuarakan bantahan tegas di forum-forum antarabangsa mengenai isu penggunaan senjata nuklear.
Negara kita juga komited menganjurkan forum-forum antarabangsa yang bertemakan keamanan sejagat.
Pusat latihan nenangani keganasan serantau juga ditubuhkan.
Ini bertujuan untuk menyelesaikan semua isu atau pertelingkahan melalui rundingan.
Sebagai contoh, isu Selatan Filipina dan Selatan Thailand. 
Selain itu, Malaysia mencadangkan agar negara-negara anggota ASEAN berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideology mahupun bangsa.

SOALAN 7  
Sebagai warga global yang bertanggungjawab , bagaimanakah anda boleh menyumbang kepada kesejahteraan dunia.
            Sebagai warga gobal yang bertanggungjawab, bagaimana saya boleh menyumbang kepada kesejahteraan dunia ialah dengan mengelakkan persaingan persenjataan.Senjata merupakan medium utama yang boleh mencetuskan kesejahteraan dunia.Kita juga mestilah menghormati kedaulatan negara lain dengan cara menjaga kepentingan hak asasi manusia dan mengukuhkan hubungan diplomatik sesama negara serantau.Dengan menganggotai pertubuhan serantau dan antarabangsa juga kita boleh menyumbang kepada kesejahteraan dunia.Melalui pertubuhan ini kita boleh bertukar-tukar pendapat, menghapuskan diskriminasi , menentang kezaliman dan mengutamakan semangat setia kawan.Semangat bermasyarakat juga amat penting dalam menjaga kepentingan kesejahteraan dunia.Semangat bermasyarakat boleh dipupuk dengan cara bekerjasama , saling hormat menghormati, menghormati hak asasi manusia dan mempunyai semangat kemanusiaan yang tinggi.  

SOALAN 8
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda huraikan kejayaan yang dicapai Negara Malaysia setelah menjalin hubungan baik dengan Negara luar.

Berjaya mengekalkan keamanan melalui dasar berbaik-baik dengan Negara serantau
Kedaulatan Negara terjamin kerana tidak berlaku peperangan
Dasar ekonomi terbuka membawa kepada kepesatan ekonomi Negara
Pertukaran teknologi membantu pembangunan Negara lebih pesat
Kawasan perdagangan bebas Asean (AFTA) barangan dapat dipasarkan tanpa sekatan
Pertukaran idea dalam bidang sosio-budaya dan pendidikan
Mewujudkan kerjasama keselamatan antara Malaysia dengan Negara serantau
Kerjasama politik antara Malaysia dengan Singapura menjamin keselamatan pengairan Negara
Isu pencerobohan di Lahad Datu ditanggani bersama antara Malaysia dengan Filipina
Berjaya menanggani isu-isu pencemaran seperti jerebu antara Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan cara pembenihan awan
Kejayaan Negara menganjurkan Sukan SEA
Negara juga berjaya menganjurkan Tahun Melawat ASEAN
Malaysia berjaya menganjurkan Festival Filem ASEAN
Kita juga berjaya menjalankan pertukarkan rancangan televisyen dan radio
Malaysia memperoleh kemudahan tenaga pekerja dari sektor professional, perladangan, pembantu rumah dan buruh kasar
Pertukaran pelajar dan belia membolehkan mereka mengenali  budaya dan cara hidup masyarakat serantau
Berjaya menyelesaikan masalah pertindihan sempadan. Contohnya Pulau Sipadan
Negara berjaya menghasilkan kereta nasional contoh Proton
Malaysia diiktiraf sebagai pelopor hub halal
Malaysia berjaya menjadi tuan rumah  Le Tour De Langkawi, Formula One, Motor GP
Kejayaan Malaysia dalam pelaburan petroleum di luar Negara oleh PERTONAS
Berjaya meningkatkan industri pelancongan negara dengan adanya pengangkutan tanbang murah Air Asia dan Malindo Air
Menjalankan kerjasama dalam pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)

SOALAN 9
Jelaskan cabaran yang dihadapi oelh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau.Cadangkan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran tersebut.
Jawapan
Antara cabaran yang dihadapi negara kita Malaysia dalam mengekalkan hubungan dengan negara jiran ialah masalah persempadanan dengan negara jiran terutamanya dengan Indonesia dan Singapura.Masalah sempadan dengan Indonesia ialah berkaitan dengan Pulau Ambalat dan Pulau Sipadan.Manakala dengan Singapura pula berkaitan dengan Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang
Masalah  lain yng dihadapi oleh Malaysia dengan negara jiran ialah masalah memperdagangan manusia,barangan salah seperti senjata api,dadah,mercun,haiwan dan lain-lain lagi.Kebanyakan barang salah yang masuk kenegara kita adalah dari negara jiran terutama yang bersempadan dengan negara kita.
Kemasukan pendatang asing tanpa izin atau  PATI  juga boleh menjejaskan hubungan kita dengan negara jiran.Kebanyakan pedatang tanpa izin ini adalah  untuk mencari ekonomi di negara kita terutamanya dari Indonesia,Filipina dan Vietnam.Terdapat juga perlarian politik dari negara jiran terutama pelarian Rohingya dari Myanmar.
Cabaran seterusnya yang dihadapai oleh Malaysia ialah isu bertindih tuntutan bersama berkaitan kebudayaan terutama dalam nyanyian dan tarian pendet.Isu nyanyian dan tarian ini telah dibangktkan oleh Indonesia yang mendakwa Malaysia merompak hasil seni mereka.
Pecerobohan ruang angkasa oleh negra jiran terhadap negara kita juga boleh menjejaskan hubungan baik kta dengan negara jiran.Contohya pencerobohan tentera udara Singapura ke dalam ruang angkasa kita di Johor.Pencerobohan daratan juga berlaku contohnya pencerobohan Sulu dari Filipina  di Lahad Datu juga mecabar hubungan kita dengan negara Filipina.Tidak ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh nelayan asing di perairan laut kita menyebabkan hubungan kita dengan negara jiran tergugat Kebanyakan nelayan asing yang menceroboh perairan kita ialah dari Thailand dan Vietnam.
Selain dari itu masalah jenayah yang merentasi sempadan juga menggugat hubungan kita dengan negara jiran.Contohnya masalah rompakan dan pengedaran dadah oleh rakyat negara asing di negara ini sukar untuk kita mengambil tindakan.Ianya memerlukan tindakan bersama dari negara jiran.
Masalah pembakaan terbuka dan jerubu oleh negara jiran juga mengggugat hubungan kita dengan negara jiran.Ini kerana pembakaran yang berlelausa terutama di Indonesia telah merebak kenegara kita dan ia mengancam kualiti udara di negara kita.
Tuntutan pemisah dari negar jiran juga mendatangkan masalah kepada negara kita.Ini kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari perlindungan dari tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa di negara mereka.Selain itu Malaysia juga diminta menjadi orang tengan dalam menyelesaikan perikaian ini.Contohnya tuntutan pemisah Moro di Filipina dan pemisah diselatan Thailand.
Maalah kelonggaran undang-undang di nagara jiran juga menggugat hubungan kita.Contohnya kelonggaran dari pemilikan senjata api dan pelacuran di Thailand boleh menular kenegara kia.Kemasukan senjata api terutama dari Thailand akan mengancam ketenteraman negara ini
Dalam usaha untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut Malaysia telah mengambil beberapa langkah yang dianggap bersesuaia antaranya ialah mengadakan perundingan peringkat menteri contohnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.Dalam masyuarat tersebut beberapa isu yang boleh mengggugat kerjasama akan di bincang dan diselesaikan.
Penyelesaian melalui Mahkamah Antarabangsa juga telah dilakukan terutama berkaitan sempadan yang bertindih.Contohnya perebutan Pulau Batu Putih antara Ma;aysia dengan Singapura dan Pulau Sipadan antara Malaysia dengan Inonesia
Dalam menyelesaikan masalah jenayah sempadan kerjasama antara pasukan keselamatan negara ini dengan negara jiran juga telah diwujudkan contohnya menubuhkan APPM,UPP dan ESCOM.Kerjasama ini bertujuan untuk mengekang kemasukan barang terlarang seperti sejataa api,dadah,mercun.haiwan dan lain lagi.
Latihan ketenteraan bersama antara pasukan tertera Malaysia dengan pasukan tertera negara jiran akan dapat  menjalinkan lagi hubungan baik dengan negara jran.Contohnya latihan Malindo antara tentera Malaysia dendan tentera Thailand mengeratkan lagi hubungan kita dengan Thailand.
Dalam mengeratkan lagi hubungan kita dengan negara jiran Malaysia telah menghulur bantuan yang dipelukan oleh negara jiran apabila berlaku bencana alam.Contohnya Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan keIndonesia dan Filipiana apabila negara tersebut dilanda banjir dan gempa bumi.Selain itu kita juga menghantar pasukan bomba untuk memadam kebakaran di Indonesia.
Malaysia juga telah menghulur bantuan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara ASEAN yang lain untuk membantu mereka menyambung pelajaran kepringkat yang lebih tinggi Selain itu menyediakan peluang pelajaran kepada pelajar dari negara jran untuk belajar di negara ini.
Mengenai pelarian Rohingya negara kira terlah bekerjasama dengan PBB iaitu menyediakan tempat untuk pelarian UNHCR dari Rohingya.Kita juga telah menyediakan kemudahan perubatan,pendidikan,tempat ibadat dan lain lagi kepada pelarian tersebut

SOALAN 10
Bagaimanakah dasar luar negara dapat membantu mengelakkan konflik antara negara
Dasar luar negara dapat mengelakkan konflik antara negara ialah dengan tidak mencampuri urusan negara lain. Selain itu, menjaga hubungan baik dengan negara lain. Negara kita juga haruslah mengutamakan keamanan dan kesejahteraan serta mengelakkan perlumbaan senjata dengan negara-negara maju. Bagi mengelakkan konflik juga, negara kita juga perlu prihatin dengan masalah yang dihadapi negara lain contohnya memberi bantuan perlindungan kepada pelarian Vietnam. Disamping itu, negara kita telah mengamalkan dasar berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana blok kapitalis atau komunis. Negara juga perlu meningkatkan hubungan dua hala dengan negara lain dalam pelbagai bidang. Dalam kalangan negara ASEAN ZOPFAN telah dibentuk untuk mengelakkan konflik. Selain itu, negara kita juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman selain memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan bagi mengelakkan konflik. Negara kita juga boleh mengelakkan konflik menerusi usaha sama dan kerjasama dalam pelbagai bidang contohnya pelaksanaan Sistem Pengharmonian Global.
[ 10 markah]






SOALAN 11
Sebagai seorang pemimpin,bagaimanakah cara untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau.
          Sebagai seorang pemimpin, cara-cara untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau adalah dengan  berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi dan menghormati kedaulatan negara-negara lain.
         Kita juga  tidak harus mencampuri  urusan hal ehwal dalam negara lain, sebaliknya kita harus menghormati kepelbagaian agama dan pengamalan demokrasi di negara-negara tersebut seperti membantu menyelesaikan konflik secara rundingan krisis di selatan Thailand dan selatan Filipina.
Dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau, kita juga boleh mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai aspek dan mengamalkan sikap toleransi contoh isu pembantu rumah dengan negara Indonesia.
Selain itu sebagai pemimpin juga ,kita harus mengutamakan keamanan dan  keharmonian negara-negara serantau dengan cara berpegang teguh kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dan mengelakkan  persaingan senjata antara negara serantau.
Kita mestilah menghormati hak asasi manusia contohnya   dengan membantu  membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan seperti pelaksanaan demokrasi  dan krisis kemanusiaan di Rohingya Myanmar (Burma).
            Sikap penting yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau adalah rasional dan berfikiran dinamik.

SOALAN 12
Berikan cadangan anda untuk memastikan Negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau.
Melahirkan pemimpin bersuara lantang di peringkat serantau
Menghantar bantuan kemanusiaan ke Negara yang memerlukan
Menjadi pemimpin/mengetuai pertubuhan-pertubuhan serantau
Menjadi tuan rumah persidangan serantau (Persidangan Kemuncak ASEAN)
Menganjurkan sukan di peringkat serantau (Sukan Sea)
Menyertai pameran bertaraf serantau
Terlibat dalam pertandingan-pertandingan serantau berkaitan Penyelidikan dan pembangunan (R& D)
Menghasilkan penyelidikan /buku/ novel bertaraf serantau
Menjadi perantara/orang tengah kepada negara-negara yang sedang bergolak                        
Menjadi pelopor hub halal serantau
Menjalankan kerjasama dalam pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
Mengadakan festival kebudayaan kebudayaan dan kesenian di setiap Negara anggota
Memperbanyakkan lagi pertukaran rancangan televisyen dan radio antara Negara
Mempromosikan Tahun Melawat ASEAN dalam kalangan rakyat
Menggiatkan peranan Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM)                     
Membentuk kerjasama dalam projek perindustrian seperti projek baja Urea di Bintulu Sarawak
Mengadakan kerjasama ekonomi ASEAN melalui AFTA
Menggalakkan pelabur-pelabur Malaysia melabur di Negara serantau. Contohnya Vietnam

SOALAN 13

Untuk terus relevan dengan keperluan negara dasar luar Malaysia tidak boleh bersifat statik. 
Berikan cadangan tentang hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara.

             Hala tuju yang sesuai bagi dasar luar negara Malaysia pada masa ini ialah kita mestilah mengekalkan dasar berkecuali. Selain itu kita perlu mengukuhkan hubungan serantau seperti ASEAN. Meneruskan kerjasama  erat dengan negara anggota serantau..
            Kita perlu meneruskan Dasar Pandang ke Timur.  Di samping itu mengamalkan sikap diplomasi tentang tuntutan sempadan yang bertindih. Selain itu menjadikan Malaysia sebagai tarikan pelabur luar seperti pelaburan dengan China dan pelaburan dengan Singapura.

Seterusnya kita perlu mengurangkan pergantungan perdagangan dua hala dengan Amerika Syarikat. Kita perlu mewujudkan usahasama ketenteraan dengan negara-negara serantau yang lain supaya rantau ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan stabil.

SOALAN 14
Jelaskan nilai, iktibar dan unsur patriotisme yang diperoleh daripada hubungan luar
Malaysia dengan negara serantau.

         Nilai dan unsur patriotisme yang diperoleh daripada hubungan luar Malaysia dengan negara serantau ialah berfikir secara rasional dalam menangani sesuatu isu. Bertoleransi antara masyarakat. Perlu  bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dengan negara serantau.Bekerjasama menjayakan program -program antara negara. Berbaik-baik dengan negara-negara anggota.Sentiasa prihatin terhadap perkembangan dunia. Pemimpin juga harus mempunyai semangat patriotik dan berwawasan. Sebagai pemimpin  mesti sanggup berkorban dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat.

          Iktibar yang diperoleh daripada hubungan luar Malaysia dengan negara serantau
ialah kita seharusnya menghormati dan memahami budaya negara lain. Kita juga tidak
mencampuri urusan negara lain kerana menghormati kedaulatan negara masing-masing. Kita
perlu menyelesaikan sebarang masalah secara musyawarah atau rundingan. Kita juga boleh
berkongsi kepakaran  dan teknologi antara negara. Kita perlu memperkukuhkan hubungan 
dengan negara-negara serantau. Kita seharusnya mempunyai tanggungjawab bersama  dan
bersungguh-sungguh mengekalkan keamanan serantau. Kita sewajarnya mengekalkan
keselamatan dan kestabilan politik negara dan serantau.Kita perlu sentiasa membuat rundingan
dan bertolak ansur dalam menjayakan sesuatu dasar. Kerjasama pemimpin serantau dan
negara kita dalam menstabilkan politik mampu menjadikan negara aman

SOALAN 15.
Rumusan.
       Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mengambil langkah yang  dinamis dalam  strategi dasar luarnya bagi memastikan negara dapat terus bersaing dengan negara lain.Selain itu Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHLINDO dan ASEAN. Malaysia juga banyak memberikan  sumbangan dalam pertubuhan serantau. Persahabatan  antara negara demi kepentingan rakyat dan negara.
            Iktibar yang boleh  diperoleh   ialah sebagai pelapis kepemimpinan negara saya haruslah mencontohi para pemimpin  Malaysia yang memberi sumbangan besar dalam pertubuhan serantau.  Kita perlu memupuk perpaduan dan toleransi dalam kerjasama serantau.Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah rakyat Malaysia haruslah mengambil ikhtibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian negara lain yang sedang bergolak iktibar kepada bangsa Malaysia ialah rakyat Malaysia perlu mengetahui peri pentingnya keamanan serantau.
Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah kita perlu menjalin semangat kerjasama antara negara
            Harapan untuk masa depan negara saya berharap pemimpin  negara akan terus menyumbangkan idea dan kepakaran untuk memajukan pertubuhan serantau. Saya berharap Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara serantau agar politik dan ekonomi negara terus kukuh. Saya berharap negara kita akan terus dihormati oleh negara-negara jiran. Saya berharap Malaysia akan terus memelihara maruah negara. Saya berharap politik  negara menjadi semakin stabil. Saya berharap taraf hidup rakyat semakin meningkat. Saya berharap ekonomi negara semakin maju. Saya berharap bidang pendidikan negara kita bertaraf dunia. Saya berharap Malaysia akan memelihara kemajuan yang telah dicapai dengan sebaiknya. Saya berharap Malaysia dapat mengekalkan keamanan serantau


2 comments: