N20 SUNGAI LIMAU
JUMLAH PENGUNDI : 27 287
MAJORITI
tumpuan negara bakal beralih ke Kedah tidak lama lagi kerana PRK DUn Sungai Limau akan dipertandingkan setelah kematian penyandang dan juga bekas menteri besar kedah Tan Sri Azizan.
selepas BN mengekalkan kerajaan persekutuan dan menawan Kedah, nampaknya prestasi BN diuji sekali lagi. manakala PAS dan PR pula akan sekali lagi akan menjadi lebih berdaya saing selepas dilihat lesu semasa PRK di Kuala Besut. nampaknya kali ini PAS perlu mempamerkan daya juang yang lebih baik untuk memastikan survival politik mereka terus releven.
kekuatan BN dalam PRK ini sudah jelas atas wibawa yang dimiliki oleh Menteri Besar mereka yang baru. beliau yang juga anak kepada Tun M dilihat faktor utama yang membolehkan BN menang di kerusi ini. Tambahan pula beliau dilihat calon terbaik untuk jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini. faktor beliau adalah kekuatan BN di sungai Limau. dijangka Tun M akan turun padang memastikan kerusi tradisi PAS itu menjadi milik BN. Kejayaan Bn menguasai Kedah juga dilihat akan dapat memancing undi di Sungai Limau. ini kerana mereka pasti tidak mahu dipinggirkan oleh kerajaan baru Kedah jika mereka terus memilih PAS. faktor ketiadaan Tan Sri azizan juga akan membantu BN. ini kerana personaliti Azizan dilihat amat kuat dan jawatan yang pernah disandang juga memberikan extra undi semasa PRU13. buktinya walaupun beliau tidak berkempen dalam PRU13, beliau masih menang di Dun Sungai Limau. dengan pemergian beliau, dilihat faktor personaliti menjadi lebih terbuka. selain itu dengan belanjawan yang bakal diumumkan kerajaan, dijangka BR1M akan menjadi modal politik yang baik untuk memancing undi. sekiranya PRK dilangsungkan selepas bajek, peluang BN dijangka lebih cerah.
kekuatan PAS pula dilihat pada status mereka sebagai parti pembangkang. lazimnya parti pembangkan akan lebih berusaha untuk turun mengundi. dijangka faktor peratus pegundi boleh menentukan kemenangan mana-mana parti. warisan yang ditinggalkan oleh Azizian nyata masih segar dalam ingatan penduduk Sungai Limau. jasa dan sumbangan beliau pasti akan dibalas oleh penduduka dengan mengundi calon PAS yang akan bertanding. kenaikan harga petrol dijangka akan memonopili isu pilihanraya. sudah pasti BN akan dibantai habis-habisan di sini. kenaikan petrol yang mendadak dilihat tali gantung untuk BN. meskipun BR1M sebagai ganti, ini dilihat tidak dapat membuatkan rakyat memaafkan kerajaan pusat. kenaikan harga rokok akan membuatkan undi pemuda akan memihak kepada PAS sekali lagi. selain itu sikap Bn yang dilihat cuba menghukum pengundi kerana prestasi mengecewakan semasa PRU13 nyata akan mempengaruhi pengundi. pengundi pasti tidak mahu memilih mereka yang bersikap menghukum dan tidak mahu membuat penambahbaikan atau muhasabah diri.
tanpa penamaan calon setakat ini, isu nasional dijangka akan menjadi penentu kemenangan mana-mana parti dalam PRK sungai Limau. namun faktor calon masih tidak boleh ditolak. adakalanya faktor calon juga mampu mengubah pola undi. peribadi calon juga kadangkala boleh dijadikan modal kempen dan mempengaruhi pengundi. Bayangkan jika Tun M yang bertanding!. selain itu manifesto yang akan ditawarkan juga boleh menarik pengundi untuk memangkah parti-parti tertentu. jika faktor ini merupakan faktor penentu, dijangka BN ada peluang yang lebih baik.
SHINICHIPEDIA sehingga tulisan ini ditulis menjangkakan PAS akan mengekalakan kerusi Sungai Limau. walaupun faktor Mukhris dilihat agak kuat, namun isu nasional terutamanya isu petro akan meneggelamkan karisma yang dimiliki beliau. pendekatan menghukum yang sedang dibuat BN dilihat sebagai senjata makan tuan. tidak mustahil BN yang kini berada di usia emas sedang mengukir batu nisan mereka sendiri!.
* ini adalah ramalan dan tidak bermaksud apabila saya meramalkan sesebuah parti itu menang bermaksud saya menyokong parti tersebut. semasa PRU13 saya juga telah meramalkan BN menang. dan ini tidak menjadikan saya penyokong BN. saya hanya membuat ramalan dan saya masih percaya saya bersikap nutral. tinggalkan komen anda yang rasional. TQ
No comments:
Post a Comment