PENAJA

Thursday 28 February 2013

Jambatan runtuh milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - metro

Bila rakyat Malaysia tidak sensitif dengan bencana

Gambar jambatan runtuh dari amazingnara. Gambar tsunami pula dari akhbar harian.

Jambatan link 28 putrajaya runtuh

Gempar hari ini apabila jambatan sebelum sampai ke tol putrajaya runtuh. Jika pendudu kawasan sekitar pasti menetahui oawasan tersebut agak teruk jalanrayanya kerana tanah lembut. Kerap kali jalan tersebut dibaikpulih namun masih rosak...kepada yang melalui kawasan ini harap dapat memilih kawasan lain kerana pasti iem teruk kawasan ini.

Pasti kejadian ininakan jadi bahan pilihanraya. BN akan cakap pakatan telah sabotaj, pakatan pula cakap BN korup bg kontrak bina lebuhraya ini.

Setakat ini tiada maklumat tentang kemalangan jiwa dan kos kerugian

Sumber, amazing nara

http://mynewshub.my/2013/02/28/sah-jambatan-berhampiran-science-park-memang-benar-benar-runtuh/

Sumber kekayaan hartawan Malaysia dengan ilustrasi bergambar

Sumber. Amazingnara

Wednesday 27 February 2013

ROTHSCHILD : YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL

TAJUK : ROTHSCHILD : YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL
PENULIS : IBNUYAACOB
PENERBIT : MOONMEDIA
TAHUN : 2012
LOKASI : KEDAH
HALAMAN : 255
HARGA : RM26.00

ULASAN
buku ini merupakan sebuah teori konspirasi yang cuba mengaitkan seluruh keluarga Rothschild dengan Dajjal. menariknya buku ini mendakwa bahawa Dajjal merupakan seorang manusia yang hayatnya amat panjang dan masih hidup hingga kini. buku ini cuba membuktikan segala kegiatan Rothschild di dunia selama ini adalah arahan dajjal. selain itu penulis juga membuktikan bahawa segala sejarah dunia dirancang oleh Dajjal melaui Rothschild. antara isi kandungan buku ini adalah segala aktiviti keluarga Rothschild di Perancis sehingga membawa revolusi Perancis. kemudian Rothschild di Britain, USA, Mesir, Indonesia, Jepun, Arab Saudi dan China. malah perang dunia pertama dan kedua juga adalah rancangan keturunan Rothschild yang di upah oleh dajjal menggunakan kekuasaan ekonomi perbankan.

bila kita membaca sebuah buku berbentuk konspirasi seperti ini kita seharusnya berada dalam keadaan neutral. ini kerana jika kita berada dalam keadaan untuk mempercayai sesuatu teori, kita akan mudah terpengaruh dan menjadi kurang rasional. segala maklumat yang diperolehi haruslah dinilai semasak-masaknya dan mencari sumber maklumat lain untuk mempercayainya

pada saya penulis sangat berusaha untuk membuatkan dan membuat anda percaya akan teori yang diketengahkan oleh beliau. saya amat kagum dengan hujah penulis. penulis membuktikan bahawa beliau seorang yang banyak membaca dari banyak sumber maklumat. dari buku, majalah, dan maya, semua sumber ini beliau kajian dan membuat bacaan. hujah beliau agak kukuh dan beserta sumber-sumber yang meyakinkan. jutaan terima kasih saya ucapkan atas usaha luar biasa penulis.

sebagai pembaca saya amat berhati-hati dengan segala hujah dan bukti. lazimnya saya adalah peminat teori konspirasi. namun ini adalah kali pertama saya membaca. hal ini kerana saya lazimnya hanya menonton di astro. secara peribadi menonton lebih menarik dan meyakinkan saya daripada membaca.

bila anda membaca sebuah teori tentang konspirasi sudah pasti anda akan dapati pembacaan itu amat berat sebelah. ini bermaksud bahawa penulis sudah mempunyai tesis dan apa yang dilakukan adalah membuktikan tesis tersebut. apabila keadaan ini berlaku kita akan dapat merasakan penulis membuat banyak andaian semata-mata untuk mengaitkan sesuatu perkara dengan matlamat penulisan beliau. bagaimanapun saya tidak pula mengatakan segala hujah adalah andaian. tetapi sebahagianya sahaja.

MESTI BELI
ia, jika sudah bersedia untuk bacaan seperti ini dan matang untuk menilai

STAR
6/10




Monday 25 February 2013

manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU 13 : manifasto bukan janji


Manifesto PR Pilihanraya 2013 Manifesto PR (Pakatan Rakyat PRU) ke 13. Harga Minyak Turun, Tol Hapus, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma (Hapus PTPTN) & 150,000 Rumah Mampu Milik!
Laporan berita kali ini adalah sambungan daripada Manifesto PR Pakatan Rakyat 2013 bahagian I (DI SINI). Untuk laporan berita kali ini dikhususnya kepada pembentangan Manifesto PR Pakatan Rakyat (PRU 13) yang memfokuskan usaha mereka untuk membendung lonjakan kos sara hidup yang dihadapi kalangan rakyat Malaysia ketika ini.
Bagaimana mekanisme dan langkah yang bakal dilakukan Pakatan Rakyat? Antaranya….

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun

  • Negara Malaysia adalah pengeluar petroleum dan pengeksport minyak.
  • Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.
  • Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat
  • Oleh itu, Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan & kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia
  • Berapa harga petrol dan disesel yang bakal turun oleh Pakatan Rakyat? Kami tidak pasti…..

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah

  • Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
  • Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik semakin naik.
  • Taikun IPP untung besar, rakyat terpaksa tanggung tarif elektrik yang tinggi
  • Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun

  • Ketika ini, konsesi air dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah mengakitbatkan tarif air tinggi. Oleh sebab itu, konsesi air seperti ini akan dihentikan terus.
  • Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.
  • Kawal selia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol

  • Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
  • Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.
  • Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli

  • Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka.
  • Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.
  • Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.
  • Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000

  • Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.
  • Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.
Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:
  • Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.
  • Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebihberdaya saing.
  • Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
  • Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES

  • Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.
  • Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN

Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.
  • Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
  • Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
  • Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan
  • pengangkutan kecuali bagi mereka yang benarbenar kaya.
  • Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.
  • PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
  • PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.
  • Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar
  • dijaga.

Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu Milik

Buku Manifesto PR 2013 Manifesto PR (Pakatan Rakyat PRU) ke 13. Harga Minyak Turun, Tol Hapus, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma (Hapus PTPTN) & 150,000 Rumah Mampu Milik!Harga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.
Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undangyang berpihak kepada pihak pemaju. Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga
  • 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
  • Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat.
  • PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi . Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep “bina dan jual” dengan lebih meluas.
  • Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.

sumber berita semasa

Sunday 24 February 2013

Negara samseng : membuka topeng Amerika

Tajuk :  Negara Samseng : Membuka Topeng Amerika
Penulis : William Blum
Penerbit : ITNM
Lokasi : Kuala Lumpur
Tahun : 2009
Halaman : 303
Harga : RM50.00
# buku asal ditulis pada 2001 dan buku ini adalah sebuah terjemahan

ULASAN
ini adalah sebuah buku Teori Konspirasi yang ditulis bagi membongkar rahsia besar negara polis dunia Amerika. Buku ini mengandungi segala bentuk pendedahan dan pembogelan  tentang Amerika terhadap dunia hari ini. Banyak rahsia cuba di selongkar oleh Blum. Antaranya hubungan Amerika dengan penganas, pencabulan hak asasi manusia, pengunaan aneka jenis senjata dan campurtangan Amerika terhadap negara lain dalam semua aspek.

Untuk makluman saya merupakan peminat teori konspirasi. Lazimnya saya lebih kerap menontonya di tv atau membaca di akhbr. Ini mungkin buku pertama bertema teori konspirasi yang saya baca. Jika diukur dengan kepuasan, saya rasa menonton di tv lebih memberi kepuasan. Namun membaca juga agak menarik.

Blum amat berusaha memberikan anda bukti2 disetiap yang Amerika lakukan kepada dunia selaku negara kuasa dunia tunggal selepas era perang dingin. Banyak bukti2 yang beliau dedahkan dan disusun secara teratur mengikut negara pula. Ini akan memudahkan pembacaan anda. Dan mungkin juga mendatangkan kebosanan. Saya rasa buku ini amat menarik dan memberi perspektif baru kepada para pembaca tentang apa yang dilakukan oleh amerika di atas dunia ciptaan tuhan ini. Dan anda akan melihat sebuah negara Amerika yang amat kejam dan sebuah negara yang mahu dunia mengikut telunjuk mereka.

Buku ini menggunakan sistem nota hujung. Ini memberi gambaran bahawa buku ini walaupun sebuah teori konspirasi namun masih lagi berlandaskan kajian yang agak ilmiah. Namun ianya sedikut menggangu pembacaan. Mungkin lebih baik menggunakan nota kaki. Ada antara isu yang diutarakan agak ringkas dan anda kurang jelas peristiwa yang berlaku. Tambahan pula kajian beliau banyak menceritakan peristiwa yang belaku sehingga 2000 sahaja. Tidak termasuk serangan 11 September. Ini yang menyebabkan generasi baru tidak berapa jelas akan sesetengan peristiwa. Amat menarik antra banyak negara diseluruh dunia dan Asia yang diceritakan di dwlam buku ini, nama Malaysia tiada langsung dikaitkan dengan Amerika!.

Penyerjemahan buku ini amat baik dan hampir tiada kesalahwn bahasa atau saya hanya menjumpai 1 sahaja kesalahan ejaan. Namun seperti buku terjemahan dari hasil penulisn beraras tinggi, agak sukar untuk memahami buku ini tanpa fokus yang agak tinggi juga. Ini bukan sebuah buku santai. Tetapi sebuah buku serius.

MESTI BELI
buku ini secara relatif amat mahal, namun jika anda mahu sesuatu anutan yang anda mahu percaya anda boleh mencuba buku ini. Mujurlah saya beli pada harga promosi hanya RM20.OO sahaja.

STAR
5/10

ramalan tarikh PRU-13

Pengerusi SPR mengatakan PM akan membubarkan parlimen selepas pameran LIMA 2013. rasional pandangan beliau adalah Najib merupakan bekas menteri pertahanan dan LIMA adalah acara penting/kesayangan untuk kementerian tersebut. selain itu jika parlimen bubar sebelum LIMA 2013, mungkin ramai pelabur dan syarikat penerbangan akan menarik diri dari pameran tersebut kerana faktor ketidakstabilan politik. tambahan pula PRU 13 adalah yang paling mencabar. macam-macam boleh berlaku. untuk makluman LIMA 2013 akan berlangsung pada 26-30 Mac 2013. tarikh akhir parlimen terbubar secara automatik adalah 24 April 2013.


mengikut ramalan tersebut mungkin PRU 13 bukan berlaku pada cuti sekolah pada bulan 3 ini. 

Kenapa cuti sekolah mungkin tarikh sesuai PRU 13? (23 - 31 Mac 2013)
1. mungkin sebab sekolah free masa itu. so mudah persiapan mahu dibuat. bukankah kebanyakan tempat pembuangan undi dijalankan di sekolah?

2. ramai guru-guru yang berjumlah hampir 0.5 juta itu sempat untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi

Kenapa cuti sekolah bukan tarikh PRU 13?
1. ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti dalam dan luar negara. 

2. lazimnya pengundi pembangkang lebih teruja mengundi. so masa ini mahu pulang ke kampung mengundi


ramalan shinichipedia (ramalan semata-mata)

tarikh pembubaran parlimen : 31/3/2013 (Ahad) boleh ke hari ahad?
tarikh penamaan calon : 20/4/2013 (SABTU) 
tarikh pilihanraya umum 13 : 27/4/2013 (SABTU) 


nantikan ramalan keputusan PRU 13 oleh SHINICHIPEDIA dalam post akan datang....

Friday 22 February 2013

Keberanian Menggapai Harapan : Gagasan Meraih Kembali Impian Amerika


Tajuk : Keberanian Menggapai Harapan : Gagasan Meraih Kembali Impian Amerika
Penulis : Barack Obama
Tahun : 2009
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia
lokasi : Kuala Lumpur
Halaman : 424
Harga : RM45.00

ULASAN
pertama kali saya mendapat buju ini saya amat teruja. bukan mudah untuk mendapatkan sebuah buku tentang tokoh penting dunia yang ditulis dalam Bahasa Melayu. kenapa kita kurang budaya menulis dan menterjemah?. kita amat jauh ketinggalan dengan Indonesia. itulah kesan konsep negara bangsa yang kental!.

buku ini bukanlah biografi, sebaliknya buku ini adalah sebahagian idea Obama dalam mewujudkan sebuah Amerika yang ideal di mata beliau. saya boleh samakan buku ini dengan Dilema Melayu tulisan Mahathir. namun buku ini lebih rinci dan banyak skop yang beliau bincangkan. antara topik yang diutarakan dalam buku ini adalah isu  politik, nilai, perlembagaan, peluang, kepercayaan, kaum, dasar luar dan kekeluargaan Amerika. beliau menulis banyak perkara tentang perkara tersebut. pandangan beliau diutarakan dan diselang-seli dengan pengalaman beliau dari kecil sehingga 2005. untuk makluman buku ini ditulis pada 2005 sebelum beliau mencalonkan diri menjadi Presiden Amerika. jika anda mahu membaca perjalanan hidup beliau sejak dari kecil sehingga menjadi adli Senar Amerika buku ini bukan buku yang anda harus baca.

pada saya buku ini amat menarik dan bagus untuk dibaca. namun seperti Dilema Melayu, saya dapati bahasanya amat tinggi. kadang kala anda membaca dan tidak dapat memahami apa yang mahu disampaikan. pengisian buku ini agak berat dan perlu fokus dalam membacanya. semasa saya membacanya saya gagal menyelami dan berimaginasi tentang pemandangan sekeliling cerita dan sejarah yang berlaku disebalik peristiwa tersebut. saya rasa saya sudah cukup maklumat tentang Amerika, namun saya masih belum layak membaca buku ini. terlalu banyak tanda tanya tentang siapa orang ini, dimana tempai ini, apa peristiwa itu, kenapa jadi begitu. so ini banyak menggangu tumpuan saya membaca dan melemahkan semangat saya meghabiskan buku ini dengan jayanya. saya mengaku di sini saya tidak menghabiskan buku ini 100%. mungkin hanya 70%. sebab ada beberapa perkara yang saya amat kabur dan gagal berimaginasi. saya amat kesal. saya harap saya akan membaca buku ini sekali lagi di masa akan datang. sebelum itu saya harus mantapkan maklumat saya tentang Amerika dan Obama itu sendiri. mungkin saya perlu membaca biografi Obama sebelum mengulang baca buku ini.

buku ini agak berkualiti dan sesuai dengan harganya yang relatif mahal pada harga namun masih berpatutan dengan kandungan serta kualiti pembuatanya. sepanjang 424 halaman saya hanya menhesan 2 kesalahan ejaan. memang terjemahan ITNM adalah cemerlang. teruskan usaha ini. diharap ITNM akan menterjemah lebih banyak buku-buku besar seperti ini. tahniah!!


MESTI BELI
pastikan anda cukup pengetahuan dan seorang yang tegar untuk membeli buku ini. jika tidak anda boleh pinjam dari perpustakaan berhampiran (jika ada).


STAR
6/10

Parlimen bubar hari ini?

Sumber betita semasa

Thursday 21 February 2013

Bekas tunang Fizz Fairuz pernah hilang ingatan 8 bulan

Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan.Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian....B.NARA

Bekas tunang Fizz Fairuz dakwa tidak pernah berkahwin!

Semalam Fizz Fairuz tampil menjelaskan kepada para peminat dan juga media yang beliau sudah pun sudah putus tunang dengan wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang baru baru ini.Alasan’nya adalah kerana wanita itu, Azlyn Massiela memegang status isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an & Fizz Fairuz memutuskan pertunangan tanpa banyak persoalan.Hari ini menerusi Berita Harian, Azlyn Massiela secara eksklusif tampil memberikan kenyataan menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz di media semalam & menyifatkan ianya sebagai memalukan keluarga.“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga”“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya”“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam”“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),” ujar Azlyn Massiela hari ini. Rotikaya...

Wednesday 20 February 2013

Kakitangan awam mungkin naik gaji menjelang PRU13?

Warga emas saspek kes racun beruang dan kuda di zoo melaka

GEMPAR : Fizz Fairuz putus tunang selepas 7 hari bertunang

Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.  Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tunangseminggu//Article/index_html

Mohd Mentor kesal tuduhan rogol rakan artis

Sumber mstar

Tuesday 19 February 2013

Jeslina Hashim akan ke mahkamah untuk penceraian esok


Jeslina Hashim rasanya sudah lama pelakon dan penyanyi, Jeslina Hashim menyepikan diri dalam industri hiburan tempatan.
Penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu ‘Ku Intai Cinta Dalam Rahsia’ ini difahamkan bakal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi esok bagi mengikuti perbicaraan kes cerainya bersama pasangan, Dion.
Menurut peguam yang mewakili kedua-dua pasangn ini iaitu Muhammad Hafiz Abd Rashid, Jeslina dan Dion telah bersetuju untuk menjalani proses percerian dan esok merupakan proses perbicaraan pertama buat mereka.
Untuk makluman, Jeslina Hashim atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim bt Khairuddin Mohd Hashim, 35 sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka yang berasal dari New Zealand iaitu Dion Rais Vercoe.
Pasangan ini telah bernikah pada April 2005 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan selama 8 tahun pasangan ini telah dikurnikan dua orang cahaya mata.
sumber: ohbulan

Sunday 17 February 2013

DARAH SYIAH MEMBONGKAR PENGKHIANATAN DAN KEZALIMAN SYIAH

TAJUK DARAH SYIAH MEMBONGKAR PENGKHIANATAN DAN KEZALIMAN SYIAH
PENULIS : Ahmad Faidzurrahim
LOKASI : Kuala Lumpur
PENERBIT : Darul Taklim.
TAHUN : 2013

ULASAN

selesai membaca buku DARAH SYIAH MEMBONGKAR PENGKHIANATAN DAN KEZALIMAN SYIAH karya Ahmad Faidzurrahim...
ulasan ringkas:
1. Syiah telah terbahagi kepada bebarapa mazhab sendiri, paling berbahaya Syiah Imam Ithna Asyariah (Imam 12), Syiah Alawiyah, Syiah Zaidiyah dll...
2. Terlampau byk penghianatan terhadap Sunni sepanjang sejarah Tamadun Islam (Kejatuhan BAni Abbasiyyah, Bani Seljuk, penindasan terhadap Kurdis (sebangsa dengan Salahuddin al-Ayubi), kejatuhan Turkri Uthmaniyyah, perpecahan di Timur Tengah, keganasan Syiah Alawiyah di Syria sekarang

STAR
5/10

ULASAN OLEH
EN. MOHD DANIAL BIN RAMLI


Perkembangan fetus - hamil 35 minggu (kandungan)

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 

Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru. 

Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim

http://www.babycenter.com.my/a1044663/perkembangan-fetus---hamil-35-minggu#ixzz2LALzh5uJ

pengiraan bayaran KWSP skim pencen kakitangan awam

 
sure ramai kawan-kawan yang telah bekerja di sektor awam melebihi 3 tahun dan memilih skim pencen akan tunggu time ini bukan?. ya inilah masanya. ramai yang sudah plan nak buat apa. ada yang nak buat kenduri kahwin dan beli aset seperti rumah dan kereta.

pernahkah anda melihat penyatan KWSP anda?. terkejut bukan akaun 1 dan 2 amat berbeza jumlahnya?. ok samalah dengan saya. terkejut juga. agak pelik kenapa demikian?. saya ingat akaun 1 adalah sumbangan majikan manakala akaun 2 sumbangan pekerja. rupanya bukan macam itu!!. mungkin pembahagian ini disebabkan akaun 2 boleh dikeluarkan untuk beli rumah dan menunaikan haji.

so bagaimana ianya dikira?. begini caranya. majikan akan menyumbang sebanyak 13% daripada gaji kasar anda ke dalam KWSP. manakala anda hanya tolak 11% daripada gaji kasar anda ke dalam KWSP. dari jumlah tersebut 70% akan dimasukan ke dalam akaun 1 manakala 30% ke akaun 2. sebab itu jumlah sangat tidak seimbang. oleh itu berapa yang anda akan perolehi selepas memilih skip pencen?

anda ada  rm28000
70% ke akaun 1
30% ke akaun 2

70/28000x100 = rm 19600

30/28000x100 = rm 8400

begini caranya, anda bukan hanya memperolehi sumbangan dari akaun 2 sahaja, sebaliknya gabungan kedua-dua akaun. caranya adalah anda hanya akan mendapat 45% sahaja dari jumlah keseluruhan dalam akaun KWSP tersebut. bakinya 55% akan dikembalikan kepada kerajaan. ini akan digunakan untuk bayar pencen bulanan anda pula kemudianya.

rm 28000 x 45% = rm12600 (jumlah yang diperolehi)

ada orang cakap rugi ambil pencen sebab majikan tidak lagi potong gaji majikan untuk pekerja macam KWSP dimana majikan perlu potong 13% dari gaji untuk dimasukan ke akaun KWSP anda?. jawapanya potongan itu akan dimasukan ke dalam akaun pencen anda. adil?


KWSP umum dividen 6.15 peratus


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.
"Ia juga mencatatkan rekod baru berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.

"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.

Menurut beliau pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

Katanya walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah.

Selain itu, beliau berkata selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan stabil.

Pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur, tambahnya.

"Walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.

"Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa," katanya. - Bernama
 metro Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/17

Saturday 16 February 2013

PERMATA PENGISLAHAN PERUNDANGAN : BIOGRAFI PROFESOR EMERITUS TAN SRI DATUK AHMAD MOHAMED IBRAHIM


TAJUK : PERMATA PENGISLAHAN PERUNDANGAN ISLAM : BIOGRAFI PROFESOR EMERITUS TAN SRI DATUK AHMAD MOHAMED IBRAHIM

PENULIS : ABDUL MONIR YAACOB DAN RAKAN-RAKAN

PENERBIT : MPH PUBLICATION

LOKASI : PETALING JAYA

TAHUN : 2007

HALAMAN : 203

HARGA : RM35.00

ULASAN 
saya amat teruja apabila mendapat buku ini setelah membeli dalam talian. beliau adalah tokoh penting dalam sejarah perundangan negara. jika anda prihatin pasti anda tahu bahawa beliau antara peguam yang terlibat dengan kes NATRAH di singapura satu ketika dahulu.
permulaan buku ini amat menarik dan agak nostagia. ini kerana buku ini menggunakan konsep tesis atau latihan ilmiah. ini kerana bab-bab awal dimulakan dengan masalah kajian dan kaedah kajian. amat menarik dan kelihatan ilmiah. setelah itu barulah, perihal Ahmad Ibrahim diceritakan dari kehidupan, kerjaya dan sumbangan beliau.
buku setebal 203 halaman pada saya tidak cukup untuk melakarkan tentang seseorang yang penting seperti beliau, dan itulah yang anda akan temui dalam karya ini. hasilnya agak mengecewakan. buku ini adalah sebuah biografi dan banyak menggunakan sumber prime seperti wawancara dan kajian arkib. khabarnya kajian turut di jalankan di London dan Singapura. amat hebat penghasilan buku ini. mungkin sebab itu harga buku ini agak mahal. lazimnya buku setebal ini hanya berhagra RM20 - RM25 sahaja!.
agak ironi jika saya katakan buku ini amat membosankan. saya tidak pasti bagaimana penulis seramai 4 orang itu gagal menjadikan buku tokoh yang hebat ini gagal. amat gagal.hasil penulisnan ini bukan dibuat seakan-akan latihan ilmiah serjana muda, malah hasilnya memang setanding penulisan ilmiah yang boleh diberi markah B sahaja.
pada saya buku ini merupakan sebuah trofi kepda tokoh, dan logiknya tidak objektif. ini kerana karya ini diusahakan bersama dengan IKIM dimana tokoh pernah berkhidmat dan menyumbang tenaga di sana. 

MESTI BELI
mungkin tidak wajar untuk saya katakan, namun perlu saya nyatakan membeli sebuah buku yang relatif mahal berbanding halaman ditambah pula penulisan kurang matang dan kemas adalah sesuatu pembaziran. walaupun tokoh yang mahu diketengahan itu adalah seorang yang amat hebat!.

STAR
3/10

Spy shot Toyota Vios 2013

Watch "The New Next Gen Toyota Vios 2013 - Spy Shot" on YouTube

Thursday 14 February 2013

Budak lelaki 13 tahun ditangkap khalwat dengan wanita 20 tahun

Sumber: metro

Kandungan berusia 34 minggu

Fazurina jawab isu buka aurat

Apa pendapat anda dengan jawapan beliau?....

Wanita paling hodoh didunia dikebumikan

Artikel dari kosmo

SENGSARA KEM KEMUNTING : KISAH HIDUP DALAM PENJARA ISA

TAJUK : SENGSARA KEM KEMUNTING : KISAH HIDUP DALAM PENJARA ISA
PENULIS : SAARI SUNGIB
PENERBIT : SIRD
LOKASI : PETALING JAYA
TAHUN : 2011
HALAMAN : 362
HARGA : RM38.00
ULASAN
Buku ini mempunyai 60 bab dan setebal 362 halaman. Ini bermaksud setiap bab hanya mempunyai purata 5 atau 6 halaman sahaja. Buku ini hanya bercerita berkisar pengalaman penulis semasa berada di dalam tahanan ISA untuk kali ke dua pada tahun 2001. Sayangnya dalam buku ini tiada kisah tentang perjuangan dan sejarah hidup beliau sebelum ditahan ISA. Saya rasa penulis perlu menuliskan sejarah hidup dan perjuangan beliau sehingga ditahan ISA kali pertama pada 1998. Pasti amat menarik. Untuk makluman kisah beliau ditahan selama 58 hari disebuah lokasi rahsia dan disiksa tidak terdapat dalam buku ini. Ianya terdapat dalam buku Suara dari Kemunting part 1 dan 2. Malangnya saya tidak menemukan buku tersebut. Mungkin sudah diharamkan.
Saya amat selesa membaca buku ini kerana ianya amat santai, dan paling menarik adalah setiap bab hanya ada 5halaman. Saya kurang gemar baca buku yang setiap bab berjela-jela panjang. Ia membosankan dan merimaskan.
Pengalaman beliau di Kamunting amat menarik namaun seperti Syed Hussin dalam Dua Wajah, beliau juga gagal menimbulkan rasa simpati dan rasa kekejaman berada di kem tersebuat. Kadang-kadang rasa bahawa kem tersebuat sangat ok berbanding penjara yang kita sering bayangkan dan digambarkan di filem dan drama. Semua permintaan mereka tertunai dan tiada apa yang menyakitkan. Anda akan sentiasa tercari-cari klimaks kepada sengsaranya kem tersebuat dan anda akan menemui kegagalan.
Gaya penulisan adalah amat santai dan sederhana. Namun bila anda membacanya anda akan merasa bahawa penulis sentiasa hero dalam setiap cerita dan bab. Penulis juga sentiasa negatif dengan setiap yang ada di dalam kem tersebut dan sentiasa positif dengan perancangan beliau. Dan selalunya perancangan beliau digambarkan sangat-sangat berjaya, dan anda akan cuba baca sekali lagi untuk pastikan anda tidak terlepas sesuatu ayat yang penting. Hakikatnya anda tidak akan menemuinya.
Keseluruhan buku ini amat menarik minat saya. Dan saya membayangkan bahawa golongan reformis adalah mereka yang intelak. Sentiasa membaca buku dan tidak tinggal suruhan agama yang wajib dan mengamalkan pula perkara sunnat. Dari aspek keobjektifan buku politik seperti ini nyata tidak bertujuan ke arah itu.
WAJIB BELI.?
Jika anda adalah penyokong Pakatan, buku ini amat berharga dimiliki, untuk penyokong Barisan perlu beli jika anda seorang yang tenang dan tidak emosional.
STAR
7/10

Monday 11 February 2013

POPE LETAK JAWATAN

Sinar harian

DUA WAJAH : TAHANAN TANPA BICARA

TAJUK : DUA WAJAH : TAHANAN TANPA BICARA
PENULIS : SYED HUSIN ALI
PENERBIT: SIRD
TAHUN : 1996 , 2008 (DITERBITKAN SEMULA)
LOKASI : PETALING JAYA
HARGA : RM 20.00
HALAMAN : 176
ULASAN
Buku ini saya dapat habiskan dalam masa kurang 10jam. Buku ini pada saya hanya sebuah buku kecil dan bersaiz biasa. Mudah dibaca dan tulisan jelas dan besar. Gaya bahasa agak klasik mungkin gaya bahasa tahun 1970an walaupun diterbitkan tahun 1996 dan semasa diulang cetak tahun 2008 tiada perubahan gaya bahasa dibuat.
Buku ni berkisar tentang bagaimana penulis telah ditahan oleh polis yang datang ke rumah beliau pada suatu malam. Disebabkan kisah ini bermula sedemikian mungkin ramai yang akan tertanya-tanya siapakah Syed husin?. Oleh itu sebelum baca cari dahulu maklumat tentang beliau. Jika tidak sukar untuk mengerti perjuangan beliau.
Buku ini seterusnya bercerita dengan agak jelas tentang bagaimana beliau ditahan dan apa yang berlaku kepda beliau selama hampir 6 tahun menjadi tahanan ISA. Banyak perkara yang berlaku terhadp beliau dan rakan-rakan. Menariknya beliau telah ditahan bersama-sama Anwar Ibrahim di Kem Kemunting dan Balai polis jalan bandar. Mungkin perkenalan ini telah membawa penggabungan di antara Parti Keadilan dan Parti Sosialis Rakyat kemudianya.
Pada saya buku ini agak sederhana. Jika anda baca pasti anda tercari-cari penyiksaan yang dihadapi oleh beliau semasa ditahan. Namun hasilnya agak hampa. Mungkin anda menjangkakan sesuatu yang lebih dashat diterima oleh tahanan ISA. anda tidak akan memperolehi dalam buku ini. Mungkin disebabkan beliau seorang yang berpelajaran, maka beliau dilayan dengan agak baik. Pada saya buku ini gagal menimbukan perasaan simpati dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada ISA dan pemerintah. Mungkin kemanusiaan akan muncul dalam diri pembaca bila membayangkan anda ditahan tanpa sebab dan tidak dibicarakan. Namun bayangan ini gagal dioleh secara berkesan. Saya jangkakan jika beliau berjaya menimbukan belas dan kebencian terhadap kerajaan melalui buku ini, pastinya buku ini akan diharamkan penerbitanya.
Terdapatbeberapa kesalahan bahasa dan ejaan dalam buku ini. Saya kecewa sebab selalunya SIRD menghasilkan buku yang berkualiti,namun kali ini agak mengecewakan. Penerbit hanya copy dan paste sahaja tampa membuat perubahah bahasa dan kesalahan. Untuk makluman buku yang diterbitkan pada 1996 telah diterbitkan oleh syarikat lain iaitu INSAN.
Jika anda perhatikan ISA yang wujud pada zaman dalam buku ini adalah amat tidak berperikemanusiaan dan sering disalah guna oleh pihak berkuasa. Namun hari ini ISA masih wujud namun penggunaanya adalah agak terkawal dan waras.
WAJIB BELI
Sebagai warga Malaysia buku ini perlu dimiliki untuk melihat bagaimana ISA berjalan dan menilai adakah ianya wajar wujud.
BINTANG
6/10

Thursday 7 February 2013

TOYOTA COROLLA ALTIS 2014



SUMBER:PAULTAN

(Gambar) Syaitan Di Gua Hira’ Adalah Konspirasi Yahudi?



gambar syaitan gua hira konspirasi yahudi



Sebenarnya gambar tersebut dipercayai satu konspirasi yahudi untuk menyesatkan dan menghina Nabi Muhammad SAW:

Gambar setan di Gua Hira’ (Fitnah Besar oleh Yahudi). Gambar itu dibuat bertujuan menghina Nabi Besar SAW. Konon reflek di sebalik gambar itu ialah Nabi Muhammad bertapa dengan Setan (Nauzubillah) dan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya setan. Yahudi akan sentiasa menyesatkan org Islam. Mohon sebarkan kepada semua org Islam!

Semoga Allah melindungi kita dari fitnah besar di akhir zaman ini. Amin…

http://fitrihadi.com/2012/07/gambar-syaitan-gua-hira-konspirasi-yahudi/

Wednesday 6 February 2013

Dato yahya sulong meninggal dunia

Sebab nazmi faiz pulang ke malaysia

Sumber...pensil tumpul

Sharnaaz Ahmad dakwa Shila Amzah macam budak-budak dan tidak tahu buat keputusan sendiri

Polis reman penyanyi muda (juara realiti tv) - rogol kekasih



ANGGOTA polis mengiringi suspek (dua dari kanan) selepas prosiding mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA – Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.
Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.
“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Semalam Kosmo! melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.
Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2K4rMcCWP 
Hakcipta terpelihara 

Shila Amzah mohon maaf kepada sharnaaz Ahmad dan keluarga?

Sumber: beautifulnara

Monday 4 February 2013

beza telur asli dan tiruan


Perkembangan fetus (kandungan) - hamil 33 minggu


Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. 

Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. 

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. 

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044630/perkembangan-fetus---hamil-33-minggu#ixzz2JvdkfISx