PENULIS : SYED HUSIN ALI
PENERBIT: SIRD
TAHUN : 1996 , 2008 (DITERBITKAN SEMULA)
LOKASI : PETALING JAYA
HARGA : RM 20.00
HALAMAN : 176
ULASAN
Buku ini saya dapat habiskan dalam masa kurang 10jam. Buku ini pada saya hanya sebuah buku kecil dan bersaiz biasa. Mudah dibaca dan tulisan jelas dan besar. Gaya bahasa agak klasik mungkin gaya bahasa tahun 1970an walaupun diterbitkan tahun 1996 dan semasa diulang cetak tahun 2008 tiada perubahan gaya bahasa dibuat.
Buku ni berkisar tentang bagaimana penulis telah ditahan oleh polis yang datang ke rumah beliau pada suatu malam. Disebabkan kisah ini bermula sedemikian mungkin ramai yang akan tertanya-tanya siapakah Syed husin?. Oleh itu sebelum baca cari dahulu maklumat tentang beliau. Jika tidak sukar untuk mengerti perjuangan beliau.
Buku ini seterusnya bercerita dengan agak jelas tentang bagaimana beliau ditahan dan apa yang berlaku kepda beliau selama hampir 6 tahun menjadi tahanan ISA. Banyak perkara yang berlaku terhadp beliau dan rakan-rakan. Menariknya beliau telah ditahan bersama-sama Anwar Ibrahim di Kem Kemunting dan Balai polis jalan bandar. Mungkin perkenalan ini telah membawa penggabungan di antara Parti Keadilan dan Parti Sosialis Rakyat kemudianya.
Pada saya buku ini agak sederhana. Jika anda baca pasti anda tercari-cari penyiksaan yang dihadapi oleh beliau semasa ditahan. Namun hasilnya agak hampa. Mungkin anda menjangkakan sesuatu yang lebih dashat diterima oleh tahanan ISA. anda tidak akan memperolehi dalam buku ini. Mungkin disebabkan beliau seorang yang berpelajaran, maka beliau dilayan dengan agak baik. Pada saya buku ini gagal menimbukan perasaan simpati dan menimbulkan kemarahan rakyat kepada ISA dan pemerintah. Mungkin kemanusiaan akan muncul dalam diri pembaca bila membayangkan anda ditahan tanpa sebab dan tidak dibicarakan. Namun bayangan ini gagal dioleh secara berkesan. Saya jangkakan jika beliau berjaya menimbukan belas dan kebencian terhadap kerajaan melalui buku ini, pastinya buku ini akan diharamkan penerbitanya.
Terdapatbeberapa kesalahan bahasa dan ejaan dalam buku ini. Saya kecewa sebab selalunya SIRD menghasilkan buku yang berkualiti,namun kali ini agak mengecewakan. Penerbit hanya copy dan paste sahaja tampa membuat perubahah bahasa dan kesalahan. Untuk makluman buku yang diterbitkan pada 1996 telah diterbitkan oleh syarikat lain iaitu INSAN.
Jika anda perhatikan ISA yang wujud pada zaman dalam buku ini adalah amat tidak berperikemanusiaan dan sering disalah guna oleh pihak berkuasa. Namun hari ini ISA masih wujud namun penggunaanya adalah agak terkawal dan waras.
WAJIB BELI
Sebagai warga Malaysia buku ini perlu dimiliki untuk melihat bagaimana ISA berjalan dan menilai adakah ianya wajar wujud.
BINTANG
6/10
No comments:
Post a Comment