PENAJA

Wednesday, 27 February 2013

ROTHSCHILD : YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL

TAJUK : ROTHSCHILD : YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL
PENULIS : IBNUYAACOB
PENERBIT : MOONMEDIA
TAHUN : 2012
LOKASI : KEDAH
HALAMAN : 255
HARGA : RM26.00

ULASAN
buku ini merupakan sebuah teori konspirasi yang cuba mengaitkan seluruh keluarga Rothschild dengan Dajjal. menariknya buku ini mendakwa bahawa Dajjal merupakan seorang manusia yang hayatnya amat panjang dan masih hidup hingga kini. buku ini cuba membuktikan segala kegiatan Rothschild di dunia selama ini adalah arahan dajjal. selain itu penulis juga membuktikan bahawa segala sejarah dunia dirancang oleh Dajjal melaui Rothschild. antara isi kandungan buku ini adalah segala aktiviti keluarga Rothschild di Perancis sehingga membawa revolusi Perancis. kemudian Rothschild di Britain, USA, Mesir, Indonesia, Jepun, Arab Saudi dan China. malah perang dunia pertama dan kedua juga adalah rancangan keturunan Rothschild yang di upah oleh dajjal menggunakan kekuasaan ekonomi perbankan.

bila kita membaca sebuah buku berbentuk konspirasi seperti ini kita seharusnya berada dalam keadaan neutral. ini kerana jika kita berada dalam keadaan untuk mempercayai sesuatu teori, kita akan mudah terpengaruh dan menjadi kurang rasional. segala maklumat yang diperolehi haruslah dinilai semasak-masaknya dan mencari sumber maklumat lain untuk mempercayainya

pada saya penulis sangat berusaha untuk membuatkan dan membuat anda percaya akan teori yang diketengahkan oleh beliau. saya amat kagum dengan hujah penulis. penulis membuktikan bahawa beliau seorang yang banyak membaca dari banyak sumber maklumat. dari buku, majalah, dan maya, semua sumber ini beliau kajian dan membuat bacaan. hujah beliau agak kukuh dan beserta sumber-sumber yang meyakinkan. jutaan terima kasih saya ucapkan atas usaha luar biasa penulis.

sebagai pembaca saya amat berhati-hati dengan segala hujah dan bukti. lazimnya saya adalah peminat teori konspirasi. namun ini adalah kali pertama saya membaca. hal ini kerana saya lazimnya hanya menonton di astro. secara peribadi menonton lebih menarik dan meyakinkan saya daripada membaca.

bila anda membaca sebuah teori tentang konspirasi sudah pasti anda akan dapati pembacaan itu amat berat sebelah. ini bermaksud bahawa penulis sudah mempunyai tesis dan apa yang dilakukan adalah membuktikan tesis tersebut. apabila keadaan ini berlaku kita akan dapat merasakan penulis membuat banyak andaian semata-mata untuk mengaitkan sesuatu perkara dengan matlamat penulisan beliau. bagaimanapun saya tidak pula mengatakan segala hujah adalah andaian. tetapi sebahagianya sahaja.

MESTI BELI
ia, jika sudah bersedia untuk bacaan seperti ini dan matang untuk menilai

STAR
6/10




No comments:

Post a Comment