Laporan berita kali ini adalah sambungan daripada Manifesto PR Pakatan Rakyat 2013 bahagian I (DI SINI). Untuk laporan berita kali ini dikhususnya kepada pembentangan Manifesto PR Pakatan Rakyat (PRU 13) yang memfokuskan usaha mereka untuk membendung lonjakan kos sara hidup yang dihadapi kalangan rakyat Malaysia ketika ini.
Bagaimana mekanisme dan langkah yang bakal dilakukan Pakatan Rakyat? Antaranya….
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun
- Negara Malaysia adalah pengeluar petroleum dan pengeksport minyak.
- Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.
- Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat
- Oleh itu, Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan & kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia
- Berapa harga petrol dan disesel yang bakal turun oleh Pakatan Rakyat? Kami tidak pasti…..
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah
- Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
- Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik semakin naik.
- Taikun IPP untung besar, rakyat terpaksa tanggung tarif elektrik yang tinggi
- Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun
- Ketika ini, konsesi air dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah mengakitbatkan tarif air tinggi. Oleh sebab itu, konsesi air seperti ini akan dihentikan terus.
- Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.
- Kawal selia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol
- Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
- Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.
- Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli
- Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka.
- Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.
- Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.
- Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000
- Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.
- Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.
Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:
- Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.
- Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebihberdaya saing.
- Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
- Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES
- Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.
- Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN
Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.
- Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
- Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
- Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan
- pengangkutan kecuali bagi mereka yang benarbenar kaya.
- Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.
- PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
- PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.
- Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar
- dijaga.
Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu Milik
Harga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.
Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undangyang berpihak kepada pihak pemaju. Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga
- 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
- Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat.
- PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi . Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep “bina dan jual” dengan lebih meluas.
- Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.
No comments:
Post a Comment