PENAJA

Sunday, 24 February 2013

Negara samseng : membuka topeng Amerika

Tajuk :  Negara Samseng : Membuka Topeng Amerika
Penulis : William Blum
Penerbit : ITNM
Lokasi : Kuala Lumpur
Tahun : 2009
Halaman : 303
Harga : RM50.00
# buku asal ditulis pada 2001 dan buku ini adalah sebuah terjemahan

ULASAN
ini adalah sebuah buku Teori Konspirasi yang ditulis bagi membongkar rahsia besar negara polis dunia Amerika. Buku ini mengandungi segala bentuk pendedahan dan pembogelan  tentang Amerika terhadap dunia hari ini. Banyak rahsia cuba di selongkar oleh Blum. Antaranya hubungan Amerika dengan penganas, pencabulan hak asasi manusia, pengunaan aneka jenis senjata dan campurtangan Amerika terhadap negara lain dalam semua aspek.

Untuk makluman saya merupakan peminat teori konspirasi. Lazimnya saya lebih kerap menontonya di tv atau membaca di akhbr. Ini mungkin buku pertama bertema teori konspirasi yang saya baca. Jika diukur dengan kepuasan, saya rasa menonton di tv lebih memberi kepuasan. Namun membaca juga agak menarik.

Blum amat berusaha memberikan anda bukti2 disetiap yang Amerika lakukan kepada dunia selaku negara kuasa dunia tunggal selepas era perang dingin. Banyak bukti2 yang beliau dedahkan dan disusun secara teratur mengikut negara pula. Ini akan memudahkan pembacaan anda. Dan mungkin juga mendatangkan kebosanan. Saya rasa buku ini amat menarik dan memberi perspektif baru kepada para pembaca tentang apa yang dilakukan oleh amerika di atas dunia ciptaan tuhan ini. Dan anda akan melihat sebuah negara Amerika yang amat kejam dan sebuah negara yang mahu dunia mengikut telunjuk mereka.

Buku ini menggunakan sistem nota hujung. Ini memberi gambaran bahawa buku ini walaupun sebuah teori konspirasi namun masih lagi berlandaskan kajian yang agak ilmiah. Namun ianya sedikut menggangu pembacaan. Mungkin lebih baik menggunakan nota kaki. Ada antara isu yang diutarakan agak ringkas dan anda kurang jelas peristiwa yang berlaku. Tambahan pula kajian beliau banyak menceritakan peristiwa yang belaku sehingga 2000 sahaja. Tidak termasuk serangan 11 September. Ini yang menyebabkan generasi baru tidak berapa jelas akan sesetengan peristiwa. Amat menarik antra banyak negara diseluruh dunia dan Asia yang diceritakan di dwlam buku ini, nama Malaysia tiada langsung dikaitkan dengan Amerika!.

Penyerjemahan buku ini amat baik dan hampir tiada kesalahwn bahasa atau saya hanya menjumpai 1 sahaja kesalahan ejaan. Namun seperti buku terjemahan dari hasil penulisn beraras tinggi, agak sukar untuk memahami buku ini tanpa fokus yang agak tinggi juga. Ini bukan sebuah buku santai. Tetapi sebuah buku serius.

MESTI BELI
buku ini secara relatif amat mahal, namun jika anda mahu sesuatu anutan yang anda mahu percaya anda boleh mencuba buku ini. Mujurlah saya beli pada harga promosi hanya RM20.OO sahaja.

STAR
5/10

No comments:

Post a Comment