PENAJA

Friday, 22 February 2013

Keberanian Menggapai Harapan : Gagasan Meraih Kembali Impian Amerika


Tajuk : Keberanian Menggapai Harapan : Gagasan Meraih Kembali Impian Amerika
Penulis : Barack Obama
Tahun : 2009
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia
lokasi : Kuala Lumpur
Halaman : 424
Harga : RM45.00

ULASAN
pertama kali saya mendapat buju ini saya amat teruja. bukan mudah untuk mendapatkan sebuah buku tentang tokoh penting dunia yang ditulis dalam Bahasa Melayu. kenapa kita kurang budaya menulis dan menterjemah?. kita amat jauh ketinggalan dengan Indonesia. itulah kesan konsep negara bangsa yang kental!.

buku ini bukanlah biografi, sebaliknya buku ini adalah sebahagian idea Obama dalam mewujudkan sebuah Amerika yang ideal di mata beliau. saya boleh samakan buku ini dengan Dilema Melayu tulisan Mahathir. namun buku ini lebih rinci dan banyak skop yang beliau bincangkan. antara topik yang diutarakan dalam buku ini adalah isu  politik, nilai, perlembagaan, peluang, kepercayaan, kaum, dasar luar dan kekeluargaan Amerika. beliau menulis banyak perkara tentang perkara tersebut. pandangan beliau diutarakan dan diselang-seli dengan pengalaman beliau dari kecil sehingga 2005. untuk makluman buku ini ditulis pada 2005 sebelum beliau mencalonkan diri menjadi Presiden Amerika. jika anda mahu membaca perjalanan hidup beliau sejak dari kecil sehingga menjadi adli Senar Amerika buku ini bukan buku yang anda harus baca.

pada saya buku ini amat menarik dan bagus untuk dibaca. namun seperti Dilema Melayu, saya dapati bahasanya amat tinggi. kadang kala anda membaca dan tidak dapat memahami apa yang mahu disampaikan. pengisian buku ini agak berat dan perlu fokus dalam membacanya. semasa saya membacanya saya gagal menyelami dan berimaginasi tentang pemandangan sekeliling cerita dan sejarah yang berlaku disebalik peristiwa tersebut. saya rasa saya sudah cukup maklumat tentang Amerika, namun saya masih belum layak membaca buku ini. terlalu banyak tanda tanya tentang siapa orang ini, dimana tempai ini, apa peristiwa itu, kenapa jadi begitu. so ini banyak menggangu tumpuan saya membaca dan melemahkan semangat saya meghabiskan buku ini dengan jayanya. saya mengaku di sini saya tidak menghabiskan buku ini 100%. mungkin hanya 70%. sebab ada beberapa perkara yang saya amat kabur dan gagal berimaginasi. saya amat kesal. saya harap saya akan membaca buku ini sekali lagi di masa akan datang. sebelum itu saya harus mantapkan maklumat saya tentang Amerika dan Obama itu sendiri. mungkin saya perlu membaca biografi Obama sebelum mengulang baca buku ini.

buku ini agak berkualiti dan sesuai dengan harganya yang relatif mahal pada harga namun masih berpatutan dengan kandungan serta kualiti pembuatanya. sepanjang 424 halaman saya hanya menhesan 2 kesalahan ejaan. memang terjemahan ITNM adalah cemerlang. teruskan usaha ini. diharap ITNM akan menterjemah lebih banyak buku-buku besar seperti ini. tahniah!!


MESTI BELI
pastikan anda cukup pengetahuan dan seorang yang tegar untuk membeli buku ini. jika tidak anda boleh pinjam dari perpustakaan berhampiran (jika ada).


STAR
6/10

No comments:

Post a Comment