PENAJA

Saturday, 16 February 2013

PERMATA PENGISLAHAN PERUNDANGAN : BIOGRAFI PROFESOR EMERITUS TAN SRI DATUK AHMAD MOHAMED IBRAHIM


TAJUK : PERMATA PENGISLAHAN PERUNDANGAN ISLAM : BIOGRAFI PROFESOR EMERITUS TAN SRI DATUK AHMAD MOHAMED IBRAHIM

PENULIS : ABDUL MONIR YAACOB DAN RAKAN-RAKAN

PENERBIT : MPH PUBLICATION

LOKASI : PETALING JAYA

TAHUN : 2007

HALAMAN : 203

HARGA : RM35.00

ULASAN 
saya amat teruja apabila mendapat buku ini setelah membeli dalam talian. beliau adalah tokoh penting dalam sejarah perundangan negara. jika anda prihatin pasti anda tahu bahawa beliau antara peguam yang terlibat dengan kes NATRAH di singapura satu ketika dahulu.
permulaan buku ini amat menarik dan agak nostagia. ini kerana buku ini menggunakan konsep tesis atau latihan ilmiah. ini kerana bab-bab awal dimulakan dengan masalah kajian dan kaedah kajian. amat menarik dan kelihatan ilmiah. setelah itu barulah, perihal Ahmad Ibrahim diceritakan dari kehidupan, kerjaya dan sumbangan beliau.
buku setebal 203 halaman pada saya tidak cukup untuk melakarkan tentang seseorang yang penting seperti beliau, dan itulah yang anda akan temui dalam karya ini. hasilnya agak mengecewakan. buku ini adalah sebuah biografi dan banyak menggunakan sumber prime seperti wawancara dan kajian arkib. khabarnya kajian turut di jalankan di London dan Singapura. amat hebat penghasilan buku ini. mungkin sebab itu harga buku ini agak mahal. lazimnya buku setebal ini hanya berhagra RM20 - RM25 sahaja!.
agak ironi jika saya katakan buku ini amat membosankan. saya tidak pasti bagaimana penulis seramai 4 orang itu gagal menjadikan buku tokoh yang hebat ini gagal. amat gagal.hasil penulisnan ini bukan dibuat seakan-akan latihan ilmiah serjana muda, malah hasilnya memang setanding penulisan ilmiah yang boleh diberi markah B sahaja.
pada saya buku ini merupakan sebuah trofi kepda tokoh, dan logiknya tidak objektif. ini kerana karya ini diusahakan bersama dengan IKIM dimana tokoh pernah berkhidmat dan menyumbang tenaga di sana. 

MESTI BELI
mungkin tidak wajar untuk saya katakan, namun perlu saya nyatakan membeli sebuah buku yang relatif mahal berbanding halaman ditambah pula penulisan kurang matang dan kemas adalah sesuatu pembaziran. walaupun tokoh yang mahu diketengahan itu adalah seorang yang amat hebat!.

STAR
3/10

1 comment:

  1. Hai,

    Berminat utk membeli buku ini, tapi sukar didapati. Boleh tau beli di mana?

    ReplyDelete