PENAJA

Thursday, 14 February 2013

SENGSARA KEM KEMUNTING : KISAH HIDUP DALAM PENJARA ISA

TAJUK : SENGSARA KEM KEMUNTING : KISAH HIDUP DALAM PENJARA ISA
PENULIS : SAARI SUNGIB
PENERBIT : SIRD
LOKASI : PETALING JAYA
TAHUN : 2011
HALAMAN : 362
HARGA : RM38.00
ULASAN
Buku ini mempunyai 60 bab dan setebal 362 halaman. Ini bermaksud setiap bab hanya mempunyai purata 5 atau 6 halaman sahaja. Buku ini hanya bercerita berkisar pengalaman penulis semasa berada di dalam tahanan ISA untuk kali ke dua pada tahun 2001. Sayangnya dalam buku ini tiada kisah tentang perjuangan dan sejarah hidup beliau sebelum ditahan ISA. Saya rasa penulis perlu menuliskan sejarah hidup dan perjuangan beliau sehingga ditahan ISA kali pertama pada 1998. Pasti amat menarik. Untuk makluman kisah beliau ditahan selama 58 hari disebuah lokasi rahsia dan disiksa tidak terdapat dalam buku ini. Ianya terdapat dalam buku Suara dari Kemunting part 1 dan 2. Malangnya saya tidak menemukan buku tersebut. Mungkin sudah diharamkan.
Saya amat selesa membaca buku ini kerana ianya amat santai, dan paling menarik adalah setiap bab hanya ada 5halaman. Saya kurang gemar baca buku yang setiap bab berjela-jela panjang. Ia membosankan dan merimaskan.
Pengalaman beliau di Kamunting amat menarik namaun seperti Syed Hussin dalam Dua Wajah, beliau juga gagal menimbulkan rasa simpati dan rasa kekejaman berada di kem tersebuat. Kadang-kadang rasa bahawa kem tersebuat sangat ok berbanding penjara yang kita sering bayangkan dan digambarkan di filem dan drama. Semua permintaan mereka tertunai dan tiada apa yang menyakitkan. Anda akan sentiasa tercari-cari klimaks kepada sengsaranya kem tersebuat dan anda akan menemui kegagalan.
Gaya penulisan adalah amat santai dan sederhana. Namun bila anda membacanya anda akan merasa bahawa penulis sentiasa hero dalam setiap cerita dan bab. Penulis juga sentiasa negatif dengan setiap yang ada di dalam kem tersebut dan sentiasa positif dengan perancangan beliau. Dan selalunya perancangan beliau digambarkan sangat-sangat berjaya, dan anda akan cuba baca sekali lagi untuk pastikan anda tidak terlepas sesuatu ayat yang penting. Hakikatnya anda tidak akan menemuinya.
Keseluruhan buku ini amat menarik minat saya. Dan saya membayangkan bahawa golongan reformis adalah mereka yang intelak. Sentiasa membaca buku dan tidak tinggal suruhan agama yang wajib dan mengamalkan pula perkara sunnat. Dari aspek keobjektifan buku politik seperti ini nyata tidak bertujuan ke arah itu.
WAJIB BELI.?
Jika anda adalah penyokong Pakatan, buku ini amat berharga dimiliki, untuk penyokong Barisan perlu beli jika anda seorang yang tenang dan tidak emosional.
STAR
7/10

No comments:

Post a Comment