PENAJA

Wednesday 8 October 2014

modul sejarah spm kertas 3 2014 - set 3 demokrasi berparlimen

7.1.2 RAJA BERPELEMBAGAAN

Sejarah negara kita telah merakamkan bahawa sistem pemerintahan beraja yang berakar umbi
dari Kesultanan Melayu Melaka digantikan dengan sistem Raja Berperlembagaan setelah negara mencapai kemerdekaan.

Institusi Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak
merdeka sehingga kini. Bincangkan.

1.    Pengenalan(5 markah)
 institusi Raja Berperlembagaan  ialah:
F1  Sistem pemerintahan beraja
F2  Mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia
F3  Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan
F4  nasihat Perdana Menteri
F5  Semasa menjalankan tugas, baginda tidak boleh bertindak sendirian
F6  kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara  baginda untuk membuat
      keputusan

2.    Pemahaman(30 markah)

a)    Cara pemilihan Yang Dipertuan Agong (5 markah)


Yang DiPertuan Agong dipilih dengan cara:
F1  dipilih daripada kalangan sembilan Raja-raja Melayu
F2  secara bergilir-gilir
F3  pemilihan berdasarkan peruntukan perlembagaan Malaysia
F4  secara sulit dalam mesyuarat Raja-raja Melayu
F5  diwujudkan sejak tahun 1957
F6  tujuan memberikan peluang kepada setiap raja Melayu
F7  memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong
F8  selama 5 tahun
F9  boleh meletakkan jawatan


b)    bidang kuasa Yang Dipertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia          (25 markah)


Bidang kuasa  YDPA ialah:
F1   sebagai ketua negara
F2   mengetuai tiga badan kerajaan
F3   Badan Perundangan (Legislatif)
F4   Badan Pemerintah (Eksekutif)
F5   Badan Kehakiman (Judisiari)
F6   Merupakan satu daripada tiga unsur parlimen
F7   Mempunyai kuasa memanggil
F8   membubarkan parlimen
F9   ketua Tertinggi Angkatan Bersejata
F10 Berkuasa mengampunkan
F11 Menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah  
       Tentera
F12 Menjaga dan memelihara kedudukan
F13 hak istimewa orang Melayu
F14 Boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat
F15 bagi membincangkan keistimewaan kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja 
       Melayu
F16 ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri
F17 Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan , Sabah dan Sarawak
F18 Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri
F19 Mempunyai kuasa melantik
F20 melucutkan jawatan Jemaah Menteri
F21 Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
F22 Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawa “Undang-Undang X”
F23 jika mendapati keselamatan negara terancam
F24 Melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)
F25 Ahli Perkhidmatan Kehakiman
F26 Serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SuruhanjayaPerkhidmatan Awam
F27 Melantik Peguam Negara
F28 dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
F29 Mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita

3.    Pemahaman(15 markah)
            sejarah perlantikan Yang Dipertuan Agong di negara kita sejak merdeka.


     Perlantikan Yang Dipertuan Agong  melibatkan beberapa orang sultan dari Sembilan buah negeri iaitu:

F1   Yang di-Pertuan Agong Pertama Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum  
       Tuanku Muhammad.
F2   Negeri Sembilan Darul Khusus ( 3.8.1957-1.4.1960)
F3   Yang di Pertuan Agong Kedua Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-
       Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah.
F4   Negeri Selangor Darul Ehsan (14.4.1960-1.9.1960)
F5   Yang di-Pertuan Agong Ketiga Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al- Marhum Syed  
       Hassan Jamalullail.
F6   Negeri Perlis Indera Kayangan ( 20.9.1960-20.9.1965)
F7   Yang di-Pertuan Agong Keempat Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni
       Al-Marhum Sultan Zainal Abidin.
F8   Negeri Terengganu Darul Iman ( 21.9.1965-20.9.1970)
F9   Yang di-Pertuan Agong Kelima Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almutasimubillahi
       Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
F10 Negeri Kedah Darul Aman ( 21.9.1970-20.9.1975)
F11 Yang di-Pertuan Agong Keenam Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan 
        Ibrahim
F12  Negeri Kelantan Darul Naim (21.9.1975-29.3.1979)
F13  Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Al-Mustain 
        Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riyatuddin Al-Muadzam Shah
F14  Negeri Pahang Darul Makmur (25.4.1980-25.41984)
F15  Yang di-Pertuan Agong Kelapan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni
        Al-Marhum Sultan Ismail
F16  Negeri Johor Darul Takzim (26.4.1984-24.4.1989)
F17  Yang di-Pertuan Agong Kesembilan Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin
        Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
F18  Negeri Perak Darul Ridzuan (26.4.1989-25.4.1994)
F19  Yang di-Pertuan Agong Kesepuluh Duli Yang Maha Mulia Tunku Jaafar ibni Al-Marhum 
        Tuanku Abdul Rahman
F20  Negeri Sembilan Darul Khusus (26.4.1994-25.4.1999)
F21  Yang di-Pertuan Agong Kesebelas Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj 
        ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
F22  Negeri Selangor Darul Ehsan (26.4.1999-21.11.2001)
F23  Yang di-Pertuan Agong Kedua Belas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni
        Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al- Marhum Syed Hassan Jamalullail.
F24  Negeri Perlis Indera Kayangan (24.4.2002-12.12.2006)
F25  Yang di-Pertuan Agong Ketiga Belas Duli Yang Maha Mulia Al-Watmiqu Billah Tuanku
        Mizan Zainal Abidin ibni Al- Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
F26  Negeri Terengganu Darul Iman (13.12..2006-12.12.2011)
F27  Yang di-Pertuan Agong Keempat Belas Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almutasimubillahi
        Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
F28  Negeri Kedah Darul Aman ( 13.12.2011- sehingga kini)



4.    Analisis(10 markah)
Kedudukan  Yang di Pertuan Agong sebagai simbol perpaduan

Yang di Pertuan Agong sebagai simbol perpaduan kerana:
F1   YDPA berperanan sebagai ketua negara
F2   YDPA mempunyai  peranan khusus seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan 
       persekutuan.
F3   Peranan sebagai ketua negara ialah melindungi negara
F4   Baginda berperanan melindungi perlembagaan
F5   Baginda menjadi, lambang kepada kuasa
F6   Baginda menjadi lambang penyatuan masyarakat
F7   Baginda merupakan kuasa pemerintahan
F8   Baginda mengetuai angkatan tentera
F9   Baginda menjaga hak istimewa Melayu dan bumiputera
F10 Baginda juga melindungi kepentingan sah kaum lain.
F11 Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada mana-mana warganegara.
F12 Baginda boleh mencemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.
F10 Baginda berkuasa mengisytiharkan darurat,
F11 Baginda memberi pengampunan kepada pesalah-pesalah jenayah
F12 Baginda  mempunyai kuasa budi bicara berkait dengan penubuhan kerajaan persekutuan
F13 Baginda mempunyai kuasa untuk pembubaran parlimen.
F14 Sistem raja berpelembagaan telah diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum di  
       Malaysia bagi mempastikan kestabilan dalam pentadbiran.
F15 kedudukan baginda termaktub dalam Rukun Negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada
       raja dan negara.



5.    Aplikasi (10 markah)

Peranan rakyat dalam mengekalkan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita.

Peranan rakyat dalam mengekalkan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita ialah:

F1   Setia kepada raja
F2   Menghormati institusi diraja
F3   Menghayati Rukun Negara
F4   Menjunjung Perlembagaan
F5   Menjamin kedaulatan raja
F6   Memelihara kemuliaan raja
F7   Menjamin keistimewaan raja
F8   Mengenali sembilan raja Melayu
F9   Menghormati peranan raja
F10 Mengekalkan Majlis Raja-Raja Melayu
F11 Memelihara keamanan negara
F12 Menyambut ulangtahun keputeraan raja
F13 Menjaga keharmonian negara
F14 Mengunjungi Muzium Diraja/galeri Diraja
F15 Menghadiri majlis yang dihadiri oleh baginda
F16 Mengekalkan warisan/institusi raja
F17 Memahami/mempelajari protokol istana
F18 Mengetahui sejarah asal usul raja-raja Melayu
F19 Menziarahi majlis kemangkatan diraja
F20 Berkabung/berpakaian hitam/bendera separuh tiang
(Mana-mana jawapan yang munasabah)



6.    Penilaian (10 markah)
 
Institusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan  sistem pentadbiran Malaysia dan   
mewujudkan kestabilan negara. Buktikan.

Bukti Institusi Raja Berpelembagaan telah memantapkan  sistem pentadbiran Malaysia dan mewujudkan kestabilan negara ialah :

F1   Simbol perpaduan rakyat
F2   Lambang keutuhan negara
F3   Baginda sebagai ketua negara
F4   Memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
F5   Mengekalkan keharmonian
F6   Memelihara kesucian agama Islam
F7   Mengukuhkan pertahanan negara
F8   Lambang penyatuan orang Melayu
F9   Tumpah taat setia rakyat
F10 Menjamin kestabilan politik negara
F11 Lambang kemerdekaan negara

( Mana-mana jawapan yang munasabah)



7. Menjana idea (10 markah)

Cabaran dan langkah-langkah dalam meningkatkan ketertinggian dan kehormatan terhadap institusi raja berperlembagaan/Raja-Raja Melayu di negara kita.

a) cabaran yang dihadapi dalam meningkatkan ketertinggian dan
kehormatan institusi raja berperlembagaan/Raja-Raja Melayu di negara kita. (5M)

Cabaran yang dihadapi dalam meningkatkan ketertinggian dan
kehormatan Raja-Raja Melayu di negara kita ialah:

F1  Rakyat kurang memahami peranan raja-raja
F2  Raja dianggap sebagai simbol sahaja
F3  Tidak mempunyai pengetahuan tentang salasilah raja-raja Melayu
F4  Generasi muda tidak tahu menghargai konsep kedaulatan raja
F5  Pengaruh negatif dari luar
F6  Jurang antara raja dengan rakyat
F7  wujudnya golongan yang menggunakan media sosial untuk memburuk-burukkan golongan 
      raja.
F8  peranan arus globalisasi

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

b) langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5M)

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah:

F1 Penerapan nilai-nilai murni
F2 Peranan media massa/media sosial
F3 Mengamalkan prinsip kedua Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara
F4 Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran dan Moral
F5 Raja perlu mesra rakyat
F6 Memantapkan lagi mata pelajaran Sejarah
F7 Raja perlu bersifat sederhana
F8 Raja perlu turun padang
F9 Raja perlu terlibat dalam kerja amal

(Mana-mana jawapan yang munasabah)


8. Nilai-nilai murni (5 markah)
    Nilai-nilai murni atau ikhtibar yang diperolehi daripada sistem raja berperlembagaan

Ikhtibar yang saya perolehi daripada sistem raja berperlembagaan ialah:

F1  Taat kepada pemimpin
F2  Menghormati pemimpin
F3  Berbangga dengan institusi beraja
F4  Mengamalkan perpaduan
F5  Berbangga sebagai warganegara
F6  Mempertahankan kedaulatan negara
F7   Mematuhi undang-undang
F8   Memajukan negara
F9   Memelihara maruah negara
F10 Cinta akan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)



9. Rumusan (5 markah)

  i.   Pengetahuan yang diperolehi
  ii.   Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.
  iii.  Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

Pengetahuan yang saya perolehi ialah:
F1 Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi
     Raja Berpelembagaan
F2 Institusi Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan
     kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini
F3 Sistem ini memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi
     rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja
F4 Raja merupakan ketua negara dan perlu dihormati sebagai lambang
     perpaduan rakyat

Iktibar pada diri,bangsa dan negara ialah:

F1 Saya seharusnya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-Pertuan Agong /raja
F2 Rakyat perlu sedar betapa pentingnya berganding bahu,saling membantu dan menyokong sistem raja berperlembagaan untuk mengekalkan keharmonian yang ada.

Harapan:
Harapan saya semoga semua rakyat Malaysia terutama generasi muda mempunyai perasaan setia,bangga dan cintakan negara .Selain itu, harapan saya sistem raja berperlembagaan ini dikekalkan.



No comments:

Post a Comment